Thursday, November 22, 2012

macamana nak pikat si solehah?

Assalamu'alaikum wrt wbt to all readers... ;)

nak berkongsi sket..heee
hanya mampu tersenyum bila tgk lam traffic sources or apa yg di search lam blog ni td...aduss...
dalam search keywords : "cara mengambil hati wanita sholehah"

ermm.. macamna ye? sy pun xtau sbb sy pun belum tentu solehah wlupun tu mmg cita2 saya..
tapi boley la nk bantu sket mengikut apa yg sy rasa n tahu..huu :P
harus di ingat.. ni cara ambil hati utk di jadikan isteri bukan utk dijadikan gewe/gurlfen/cewek/spare tyre/ awek/ makwe dan yg sewaktu dgnnya..noktah

nak ambil hati wanita solehah ni senang je...

1. SOLEHKAN DIRImu...Soleh kan lah dirimu dahulu. insya Allah akan dapat la yg solehah juga. Taat pada perintah Allah dan rasul Nya.. mencintai Allah melebihi segalanya.. kerana wanita yg sholehah pastinya berbuat yg sama yg mana cintanya kepada Allah melebihi segalanya n dia berusaha utk taat pada perintah Allah n menjauhi larangan Allah selama hayatnya. pasti saja dia inginkan lelaki yg soleh utk membimbingnya nanti.. err betul tak ni? huu boley rujuk kitab tuk tau 'SOLEH' tu apa. :P

2. YAKIN... yakin la dgn ayat ALLAH di dalam AL-QUR'AN ygmana ALLAH mention that perempuan yg baik utk lelaki yg baik n begitu juga sebaliknya. kalaupun kita rasa kita tak baik sekarang, tak salah inginkan org yg baik utk kita, hidup kita, dunia kita dan akhirat kita.. jika kita dah berusaha utk jadi baik, akan baikla juga pasangan kita. yg penting jadi SOLEH dulu sbb yg WAJIB perlu di utamakan dan di penuhi wlpun bukan utk memikat sesiapa kerana AJAL itu misteri.. gudluck!

 3. PIKAT ALLAH DULU... ha? apa kaitan? banyak sgt la kaitannya... ni la yg paling penting.. pikat ALLAH dulu sebelum terpikir maukan si SOLEHAH.. bila dah dpt pikat Allah, mudah la segala urusan kita. kerana apa? kerana anda sudah berada dekat dgn Allah.. sudah dikenali Allah dan sudah di sebut2 di kalangan penghuni2 langit. doa2 anda juga akan cepat termakbul. bila Allah syg pada kita, Allah akan datangkan org2 yg sama cintakan Dia pada kita.. kalau tak percaya boley try buat n tgk la hasilnya yg sukar utk di percayai.. cara nk dpt cinta Allah ada byk sgt... boleh search.. ;)

 4. USAHA... usaha ni pun ada byk cara.. lepas semua di atas da di buat n tak nmpak hasil lagi maka boley la usaha dgn cara yg lebih direct. contohnya :

~ melamar ~ bila hati da suka n berkenan tu terus la gi lamar, ramai yg berani buat mcm ni n ade feedback positif n ade jugak yg negatif.. sama ada melamar direct dpan2 atau melalui sms or call or ape2 saja (tapi still jaga batas).. jika cara ni baik utk menjaga agama kamu dan agar hati kamu tak terus terganggu ngan perasaan tu maka teruskan. lagi cepat setel lagi bagus. (sy xsuka sgt sbenarnya cara ni tp sy respek usaha n keberanian anda! moga Allah jodohkan dgn yg Solehah! Ameen..)

~ jumpa parents ~ gi jumpa mak ayah dia terus bagitahu da suka sgt da ngn anak pakcik yg solehah tu.. kalau berani boley buat tapi tak semua feedback positif - tgk kisah ali n fatimah ygmana byk pinangan drpd shbt2 lain yg di tolak kerana jodoh utk Fatimah adalah Ali r.a,,.. Allah sendiri da awal2 lagi menjodohkan mereka berdua..Subhana Allah! so sweet! hee ;) tapi jgn risau klw pinangan di tolak, bunga bukan sekuntum.. ramai lagi wanita solehah di bumi Allah ni.. da nama pun usaha.. ye dak? :P

~ guna orang tengah ~ ramai yg buat mcm ni. cara ni lebih selamat dan lebih menjaga kedua2 belah pihak agar tidak tersasar dari niat asal. kalau dlm jemaah ada yg uruskan soal baitul muslim ni. mungkin cara ni yg terbaik sbb dpt menjaga hati dan batas2 syariat.. akan ada proses mengenali atau ta'aruf tapi bersama org tgh tu la..(errkk) org tgh pula perlu la yg soleh/solehah juga yg diyakini keimanannya. biasanya naqib/naqibah jemaah tu sendiri or ibubapa.. dan kalau tak jadi pun, semua urusan akan di selesaikan dgn cara yg baik.. si soleh dan si solehah pasti kuat kan tuk hadapi semua kemungkinan?? betul tak? Allah kan ada.. no worries pliss ^_^

4. TAWAKKAL... bak kata murobi sy, kita usaha dulu then tawakal pada Allah, Dia yg akan uruskan yg selebihnya.. huuu kalau baca or eja memang senang. t a w a k a l = tawakal. tapi kalau nak apply tu berat sket kan.. pasti ada gak risau, takut, malu, segan, cuak or kecewa.. kalau tak byk pun mesti ada SIKIT.. biasala manusia kan lemah n kalau bab perasan ni cepat je nak down.. ape daa (nasihat pada diri sendiri)..  berserahlah pada Allah Ta'ala utk menentukan apa yg terbaik utk kita, untuk agama kita, untuk hidup kita, untuk dunia dan akhirat kita nanti.. ALLAH LEBIH MENGETAHUI kan? sedangkan kita ni makhluk dan hamba yg tidak tahu apa2 tanpa ilmu drpd Allah.. jadi, stelah berusaha biar Allah yg uruskan yg selebihnya.. masa ni boley la doa byk2, wat solat hajat ke istikharah ke, atau apa2 saja yg Allah suka.. hee apa2 pun yg berlaku, kena yakin la yg itu semua sudah tertulis dlm jalan hidup kita dan Allah dah atur semuanya.. hidup ini indah bila semuanya meyakinkan.. <3 selamat la semua..moga Allah membantumu ;)

 ~ALLAH ALWAYS KNOW WHAT IS BETTER FOR US~

p/s: ni jela cara yg mampu sy bagi.. kalau sy sendiri pulak, lebih suka yg sama2 dalam bidang dakwah, xbyk ckp sgt tp bukan sombong, berani (jihad cita2 tertinggi), hormat makayah saya, sopan, x merokok (tak suka!), hidup sederhana, low profile, kurang enjoy, seriyes (sbb sy susah nk seriyes..haa), paling penting mata dan hatinya tak tercemar dgn apa yang Allah larang. ;)

okbai~


No comments:

Post a Comment

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...