Showing posts with label sunnah. Show all posts
Showing posts with label sunnah. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

saya dan poligami - ustad zaharuddin AR

salam..selamat membaca...sy just kopipes dari Fb je ni sebagai bacaan saya..memang sejak awal hijrah saya lagi ustad zaharuddin dan isteri pertama adalah figure yg mahu sy contohi..alhamdulillah Allah permudahkan urusan ustad dlm poligami..moga segalanya yg terbaik utk ustad n keluarga.. amiin..
.................................................................

 
Saya & Poligami ( Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen)


Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda

قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل

Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)


Justeru,

1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.

2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.

3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)

4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.

5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.

6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :


a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.

b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.

c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.

d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.

e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.

f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.

g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.

h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.

i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.

j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi

k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.

l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.


‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.


Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.


Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.


Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.


Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.


Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.


Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.


PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.


Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.


Dr. Zaharuddin Abd Rahman

6 Syawwal 1434
 

Tuesday, February 05, 2013

7 sunnah2 utama Rasulullah SAW

"Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah pintu untuk bertemu Allah bagi setiap manusia. Baginda SAW adalah sebaik-baik ikutan, bagi mereka yang yakin dengan Allah, yang mahu redha Allah. Ikutlah." (Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid)


 Berkata-kata tentang sunnah Baginda SAW, apakah ia sunnah-sunnah utama:

Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjud malamnya.

Kedua: Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: Solat di masjid terutama di waktu subuh.

Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat utk menghapus dosa. Ketahuilah dosa-dosa kita buat kita jauh dari Allah.

 sumber : Ismi Eila


 

Wednesday, December 05, 2012

mari bersilaturrahim! ^_^ Allahu Rabbi..

MAKSUD SILATURRAHIM?

"Menghubungkan Silaturrahim" atau tali persaudaraan dan kekeluargaan. Silah memberi maksud hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

IMAM Ibnul Atsir berkata: "Silaturrahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya"

Kaum kerabat terdiri daripada kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk dan anak yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).

Allah swt ada berfirman dengan maksud: "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (di masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara" (Surah Ali-Imran, ayat 103)

ISLAM ANJUR HUBUNGKAN SILATURRAHIM

Mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di bawah ini:

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)

Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah swt sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah saw. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)” (Hadits riwayat Bukhari)

Allah swt mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharam memutuskannya dan menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada mereka yang ada hubungan kekeluargaan.

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa', ayat 1 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia, hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allah, yang telah menjadikan kamu sekalian (berasal) dari satu bapa (Adam) yang kemudian dijadikannya pula pasangannya , dari kedua jenis kelamin iaitu maka berkembang biaklah manusia di muka bumi ini lelaki dan perempuan. Maka hendaklah kamu takut kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, demikian juga hendaklah kamu jaga tali persaudaraan (silaturrahim). Allah selalu waspada tehadap kamu sekalian"

Dalam surah yang sama (An-Nisa’), ayat 36, Allah swt berfirman lagi, yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri"

Rasulullah saw ada membuat penjelasan berhubung dengan hubungan silaturrahim ini. ANTARA hadis yang berkaitan:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari)

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dengan bersandarkan peringatan Allah swt dan Rasul saw ini, MARI KITA jalin, MARI KITA pelihara dan MARI KITA suburkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli keluarga kita.

HIKMAT PENSYARIATAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim adalah hubungan untuk menyebar kasih sayang dan kecintaan bukan kebencian antara sesama orang yang beriman. Mereka yang mengutamakan hubungan silaturrahim memiliki banyak kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt. ANTARANYA:

1.Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw bersabda dengan maksud:

“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim)”

2. Selain melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, jalinan silaturrahim juga akan membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu di kalangan ahli keluarga. Hubungan baik ini juga membolehkan berlaku perkongsian ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan yang akhirnya diberi jaminan syurga oleh Allah swt.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya: "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku suatu amal yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Maka Nabi SAW bersabda: Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjalinkan silaturrahim" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu" (Surah an-Nisaa', ayat 1)

Rumusannya, usaha menjalinkan silaturrahim memberikan banyak manfaat. Ia sebagai suatu usaha (tanggungjawab) melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi keluasan rezeki oleh Allah, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah dan buruk sangka, dan yang akhirnya diberi jaminan Syurga (dijauhkan dari Neraka) oleh Allah swt.

MENJALIN SILATURRAHIM – BAGAIMANA CARA?


Menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara. ANTARANYA sentiasa berhubung dengan mereka sama ada dengan menziarahi mereka atau dengan memanfaatkan peranan alat bantu teknologi masa kini (seperti internet, e-mail, sms, atau telefon), bertanyakan khabar , memberikan hadiah, sentiasa hormat-menghormati terutamanya kepada mereka yang lebih tua, segera membantu mereka yang memerlukan dan yang berada dalam kesusahan, saling sayang menyayangi, ingat mengingatkan, memuliakan mereka, mendampingi mereka jika mereka menghadapi kesedihan, meraikan kegembiraan mereka, sentiasa memenuhi undangan dari mereka, mendoakan kebaikan buat mereka, mendamaikan yang berselisih, dan juga mengajak mereka kepada jalan kebaikan yang diredhai oleh Allah swt.

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlu dilakukan secara berterusan bertepatan dengan petunjuk Allah swt dan sunnah RasulNya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir, fasiq, atau seumpamanya, maka jalinan kekeluargaan bersama dengan mereka boleh dilakukan melalui nasihat-nasihat tertentu yang baik-baik, memberi tunjuk ajar, peringatan, membantu mereka dalam kesusahan, dan berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah.

Kita boleh gunakan kesempatan hari-hari perayaan (umpamanya Hari Raya Aidil Fitri) untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat di kalangan sesama ahli keluarga. Yang terputus, kita jalinkan kembali; yang renggang, kita dekat-dekatkan; dan yang rapat, kita mesra-mesrakan. Hulurkan tangan memohon maaf tanpa mengira siapa yang benar dan siapa yang salah. Itulah sifat seorang Muslim yang mulia.

SILATURRAHIM YANG TERPUTUS - JALIN SEMULA !

Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim itu amat besar kesan keburukannya, bukan hanya setakat di dunia sahaja bahkan juga di akhirat kelak. Lazimnya, gejala memutuskan silaturrahim di kalangan ahli keluarga berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementing diri sendiri. Hatta perkelahian antara sesama anak pun juga boleh menyebabkan terputusnya ikatan silaturrahim, di mana kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan, didorong lagi jika kedua-duanya tidak mempunyai kesabaran dan sikap terbuka serta mengalah untuk memohon maaf atau saling bermaafan. Permusuhan dan pergeseran seperti ini boleh berlaku secara berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua pihak atau tidak ada orang lain yang mahu meleraikan atau mendamaikan pihak yang bermusuhan ini.

Perlu diingat bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus.

Oleh itu binalah ikatan silaturrahim sesama insan dalam apa jua kesempatan, mungkin dalam suasana hari raya, merupakan kesempatan yang baik untuk menjalinkan semula hubungan yang baik,
tetapi menunggu hari raya mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu, berfikir dan bertindaklah secara bijaksana dalam mencari waktu yang sesuai pada bila-bila masa sebagai satu wadah untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

"Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus" (Hadis riwayat Bukhari)

Kita perlu berusaha menghubungkan silaturrahim dengan mereka. Kita ketepikan kebencian dan padamkan api dendam. Kita berlaku baik dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka. Kita juga perlu bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan berbuat baik dan bergaul bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat

Firman Allah swt di dalam surah Fussilat ayat 34, yang bermaksud:

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku yang demikian maka orang yang merasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

KESIMPULAN
Mewujudkan silaturrahim itu terutamanya di kalangan sesama ahli keluarga adalah satu tuntutan dan menjadi kewajipan kepada umat Islam melaksanakannya selari dengan amalan-amalan lain. Kalau silaturrahim itu belum wujud, hendaklah kita wujudkan; kalau ada apa-apa masalah atau kesulitan, hendaklah kita selesaikan; kalau sudah terputus, hendaklah kita pulihkan dan jika sudah baik keadaannya hendaklah kita suburkan. 
 kredit to : adikku syg, ukhti Khairunnisa Zamri
~ hidup ini indah bila semuanya meyakinkan ~
Allah Cinta Agungku 
^_^
 
 

Saturday, November 24, 2012

HARI ASYURA - 10 Muharam – 7 peristiwa besar



10 Muharam di namakan juga dengan Hari Asyura kerana pada hari itu banyak terjadi peristiwa-peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang gigih menegakkan syiar Islam.

7 PERISTIWA ANTARA YG BERLAKU PADA HARI ASYURA

·     Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi. Allah jadikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala. Allah jadikan Arasy, Loh Mahfuz, Kalam dan malaikat.

·     Allah mencipta Nabi Adam a.s. Allah menjadikan Hawa. Allah menjadikan syurga. Diampunkan dosa Nabi Adam a.s setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah – makan buah khuldi.

·     Nabi Nuh a.s diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi ditenggelami banjir selama 6 bulan.

·     Nabi Yunus a.s selamat keluar daripada perut ikan setelah berada di dalamnya selama 40 hari dan 40 malam.

·     Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa a.s bersama pengikutnya daripada tentera fir’aun. Fir’aun dan pengikutnya tenggelam ke dalam lautan tersebut.

·     Nabi Isa a.s di angkat ke syurga ketika di buru oleh tentera Rome untuk menyalib baginda.

·     Saidina Hussein ibni Ali telah syahid akibat di bunuh dgn kejam di Karbala oleh tentera Khalifah Bani Umaiyyah iaitu Khalifah yazid.


p/s: di galakkan berpuasa pada hari assyura, 10 muharram. tapi utk tidak di samakn dengan org yahudi yg juga berpuasa pda hari asyura, maka umat islam di galakkan berpuasa dua hari, 9 &10 muharram atau pun 10 & 11 muharram.. Allahu’alam... selamat beramal! ;)


Wednesday, November 07, 2012

salah ke tolak lamaran?

menolak lamaran... boleh kah? salah kah? sampai bila...?
perkara ni memang satu ujian yg benar2 berat untukku lalui...dulu..sehingga kini..
walau sejauh mana pun aku menjauh.. Allah masih ingin menguji ku dgn ujian ini...
maafkan diri ini yg selalu menolak.. bukan sengaja.. tapi redha kedua ibubapa lebih aku damba...
kenapa mahukan sesuatu yg xmenjamin kebahagiaan tnpa restu ibubapa..
dan kalaupun benar ada yg disukai ibubapa, kewajipan dlm jemaah masih perlu di penuhi...
antara keinginan ibubapa? keinginan jemaah? keinginan diri? keinginan Allah lah yg Utama..
menggembirakan ibubapa dan jemaah lebih aku sukai drpd memenuhi kemahuan sdri..
kerna aku pasti redha Allah ada pada mereka..dan itu yg ku kejar...insyaAllah...mudah-mudahan...

baca kisah ni.. ade pengajaran n jawapan atas tiap persoalan...
............................................................................................................

putra Abdul Malik berkata ; 'sungguh aneh, Said!'

seorg penduduk Madinah menjawab, "apa yang aneh darinya wahai Pangeran? dia orang yang telah menjadikan dunianya sebagai bahtera menuju akhirat dan membeli akhirat yang kekal untuk dirinya dan keluarganya dengan dunia yang fana. Demi Allah, ia bukanlah orang yang enggan untuk menikahkan putrinya dengan putra Abdul Malik. aku tidak melihatnya tidak setara dengan putrinya. namun ia takut fitnah dunia atas diri putrinya". 

sungguh beberapa sahabat telah bertanya kepadanya: 'apakah engkau menolak pinangan amirul mukminin dan menikahkan putrimu dengan orang biasa dari kaum muslimin?'

ia menjawab:"sesungguhnya puteriku ini adalah amanah di pundakku dan aku berusaha mencari untuk kebaikan urusannya pada apa yang telah aku perbuat."

'bagaimanakah itu ? ',  tanya seseorang kepadanya.

ia menjawab:"Apa anggapan kalian terhadapnya bila ia pindah ke istana Bani umayyah dan bergelimang di antara baju-baju mewah dan perabotan megah. pembantu, pengawal dan para budak berdiri di depannya, di sebelah kanan dan kirinya. Kemudian ia mendapatkan dirinya setelah itu menjadi isteri khalifah? Bagaimana jadinya agamanya ketika itu?"
seseorang daripada penduduk Syam berkata : "nampaknya Said adalah model manusia langka.'
seorang penduduk kota yang lain berkata; "demi Allah, engkau tidak salah.'
...............................................................

itulah kisah Said bin Al-Musayyib.. beliau menolak pinangan khalifah dan mengahwinkan anaknya dengan seorang pemuda biasa, namun luar biasa pada pandangannya..
agama yg di lihat bukannya pangkat, harta dan sebagainya...Allahu Rabbi.. T_T

setiap ayah pastinya menginginkan apa yang terbaik untuk anak perempuannya... ayahku tak terkecuali...dia sgt bimbang tentang agamaku...bukan mudah untuk dia melepaskan ku pada org yg dia tak kenali.. aku adalah amanahnya dan dia punyai hak ke atasku.. dia punya hak utk memilih siapa yg terbaik utkku meskipun aku belum tentu layak utk pilihannya itu... namun ayahku tidak pernah memaksa.. apa yang baik pada ayahku, baik juga lah untukku.. hidupku.. dan agamaku... aku akan gembira bila ayahku gembira.. memang aku anak ayah pun..huuhuu begitu juga dgn jemaah.. baik utk mereka, baik juga untukku.. sekurang2nya aku da memenuhi keinginan keduanya.. yang selebihnya bukan urusanku. itu semua urusan Allah Tuhanku.. tipu la kalau kata tak takut..memang takut bila berkali2 menolak lamaran.. namun hanya Allah yang tahu apa yg terbaik untukku... berusaha apa yg termampu.. selebihnya tawakkal hanya kpd Allah Ta'ala.. 

murobi kata;  "jangan bersedih.. ada hikmah di sebaliknya... Allah hendak menguji mimi.. bykkan berdoa kepada ALLAH.."

ayat sorang hamba Allah ni sgt berbekas pada hati...moga Allah berikan yg terbaik utknya..bukan sy.
"jodoh tu hak Allah... sebesar mana saya harap kalau bukan hak saya, tetap juga bukan hak saya."
Alhamdulillah.. moga aku juga akan jadi setabah dia.. Ameen... InsyaAllah..
"kita mengimpikan apa yg terbaik untuk kita, 
tapi Allah memberikan apa yg memang terbaik utk kita"


ni Ustad Azhar Idrus cakap.. huu sy rasa tenang lepas baca ni... 
jadi  tak salah la kan menolak utk dptkan yg terbaik di antara yg baik2 ? 
....Allah Lebih Mengetahui....


~Tuhan Cinta Agungku~
  



Tuesday, November 06, 2012

PURDAH bukan PENGHALANG II


Assalamu'alaikum wrt wbt...

ramainya yg bertanya.. 

awak tak rimas ke pakai niqab? 
tak panas ke tutup semua macam ni? sy yg tengok pun rasa panas..
Boleh ke Belajar or kerja pakai purdah? tak menyusahkan ke?
nak makan macam mana? 
kenapa susahkan diri sendiri..kan tak wajib tutup muka... 

mungkin benar ia tak wajib untuk mu.. tapi aku tau aku perlu memakainya... tolong jangan halang orang lain yg nak ikut sunnah.. sebelum berkata-kata, lebih baik berfikir dahulu.. banyakkan membaca dan tambah ilmu... maaf jika ia membebankan penglihatan kalian, tapi Demi Allah, diri ini tak pernah rasa niqab ni satu BEBAN! dan aku akan buktikan.. noktah...
 
sahabat2 fillah... betul ke purdah ni membebankan? bagi saya ia satu cabaran pada diri.. cabaran utk uji diri sendiri.. kita mampu buat jika kita mahu.. dan kita tahu... carilah YAKIN di hatimu.. insyaAllah jika benar niatmu kerana Allah.. pasti kau kan temui keindahan dan kemanisan di sebalik hijab yg membalut tubuhmu... kat bwh ni cerita sy dgn niqab sy.. moga jadi penguat pada niqabis semua utk terus istiqamah.. panas di dunia jauh lebih baik drpd panas di akhirat..

 ..............................................................

ALHAMDULILLAH..PURDAH BUKAN PENGHALANG...hee ye memang betul..purdah bukan lah satu penghalang bagi sy untuk belajar n melakukan kerja2 di luar rumah or university tmpat sy belajar..masa degree dulu,sy masuk workshop n lab pakai niqab gak,bjubah n btudung labuh..masa tu awal 2011.. syukur la lecturer2 sy pun semuanya tak mempertikaikan apa yg sy nak pakai..maybe sbb diorang tau sy ni jenis degil n xmakan saman..kalau suruh buang pun,sy xkan buang sbb sy buat apa yg Allah suruh..kalau di halang untuk berniqab n menutup aurat, kenapa tak dihalang student yg mendedahkan aurat? Betol tak? Hee ^^ it’s my right..freedom to choose!

Masa tgh buat thesis degree pulak,site study sy di KL n area2 Manjung Perak.. sepanjang trip n keje2 tuk research mmg sy berniqab.. sy pegi n deal dengan staf muzium negara,muzium beruas, pasir salak historical complex, hospital manjung, balai polis segari, manjung coal-fired power plant,resident and tok sidang kt segari perak..mcm2 org yg sy kena interview n jumpa utk ask permission to do sampling at those sites.. daripada ketua penyelidik jabatan muzium negara,curator,museum assistant, pak guard, doktor, nurse, inspektor polis, sarjan, penghulu n macam2 org lagi..semuanya dgn secebis kain kecil menutupi wjh..hee sy hepi sgt sbb mereka semua ok je ngan sy n baik sgt layan kerenah sy yg mcm2 ni.. XD

And till now..alhamdulillah again n again sbb dgn keizinan Allah juga sy mampu berniqab during my master prgrme.. research utk master sy pun hampir siap..mybe thn dpan insyaAllah sy grad lagi skali..hee so far,kt semua class sy pakai niqab n tiap kali presentation pun sy pakai..berniqab jugak masa present paper research at International conference in universal design (ICUDBE) di uia.. alhamdulillah lagi, kawan sy yg buat master sama2 pun da berniqab jugak..yeay! ade gang! Kitorang pegi present paper at ASEAN conference di bangkok Thailand pun dgn niqab..hepiii!! XD <3 kita masih boleh bercakap kan wlpun xnampak muka? ;) thank U ALLAH! <3
“i am a niqabi. Means, i wear niqab/purdah or put on veil. Hopefully i can wear niqab while presenting the paper at the conference since i did wear it before at another conference. Thank you.” à ni la ayat lam borang as a special request masa conference kt bangkok tu..hee grammar berterabur.. ;P

Lagi..aktiviti2 lain..bykla yg sy buat dgn niqab tutup muka..pnah jungle trekking kt FRIM pakai niqab thn ni masa accompanied student lam grup research same sbb dia punya pilot study kt situ..haa sy mmg lasak pun..maklumla budak artdesign kan dulu... ;P lgpun mmg aktif sjak skolah smua sukan sy masuk,pnjat2 bukit tu small the matter la..haa.. ngan akhwt pun pnah jungle trekg di ulu yam..siap ujan lebat lagi kat atas bukit tu,.sebab Allah syg kami, tiada kemalangan ape2 yg berlaku..huu mmg best la.. akhowat mesti la kena lasak baru boleh jadi serikandi or mujaheedah nanti.. aminn.. aminn.. insyaAllah! ;) 

masa praktikal pun pakai niqab di ofis wlpun mula2 diorg xkasi..hee pastu sy gtaw la yg sy da istikharah n sy mmg kna pakai..diorg pun redho je la..haa lpas raya baru2 ni pun sy berniqab jugak ajar budak2 pra di sekolah kakak mengajar, seminggu jugak la jadi cikgu volunteer..alhamdulillah cikgu2 kat situ baik je n guru besar dia pun xkesah sy masuk sekolah diorg.. guru besar sekolah tu kakak ipar rector baru UIA kot..haaa kebetulan... ape2 pun sy buat2 rilek cool fever je.. skrg diorg plak yg tnya kakak sy bila sy nk gi lagi sekolah tu..haa tengokkk... Allah Maha Penyayang kan?! Yeay! XD 

 SAHAJA AKU BERNIQAB KERANA ALLAH ! <3
gambar ni bukan tujuan utk mpamerkan diri tapi sbgai bukti yg purdah tu tak pernah menghalang saya dalam pelajaran saya, kerja dan kehidupan seharian saya..moga ALLAH mengampuni sy andai meletakkan gambar ini akn mengundang dosa.. moga di jauhi.. ameen..

cukuplah hanya kepada Allah aku berserah diri

~TUHAN CINTA AGUNGKU~

P/S: gmbar ni HARAM di 'save as', 'copy paste' n yg sewaktu dgnnya... harap maklum.. TQ moga Allah merahmati kita semua ;) wassalam... <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...