Tuesday, May 29, 2012

sifat KESEMBILAN

sifat yang kesembilan ialah si hamba itu tidak berharap2 kepada manusia dan tidak juga terasa dalam hatinya hendakkan apa yang ada pada mereka. Oleh itu, ini adalah sifat yang mulia, ia tidak perlu apa-apa. Inilah kebaikan yang besar, keyakinan dan pergantungan yang erat kepada Allah.. Inilah satu pintu daripada pintu2 tawakal kepada Allah, yang membolehkan seseorang itu takut kepadaNya dan ini menunjukkan kesempurnaan amalan ugamanya,, dan ini juga tanda perdampingan yang terus langsung dengan Allah swt..


sifat KELAPAN

yang kelapan ialah si hamba itu jangan membebani seseorang samada berat atau ringan. sebaliknya ia hendaklah membuang beban yang di tanggung oleh seseorang itu sama ada ia meminta atau tidak. sebenarnya ini adalah satu kemuliaan yang di beri Allah kepada si hambaNya dan ini juga memberi kekuatan kepada dia untuk menasihati orang2 lain supaya membuat yang baik dan melarang membuat yang jahat. ini adalah satu kemuliaan bagi si hamba Allah.. pada peringkat ini, seluruh makhluk ini di pandang sama sahaja. Dalam peringkat ini, si hamba itu akan di jadikan Allah hatinya tidak memerlukan apa2 dan ia berpegang teguh dan menyerah kepada Allah sahaja,. Allah tidak akan menaikkan pangkat seseorang itu di sisiNya jika ia masih terikat erat kepada kehendak hawa nafsu keduniaan semata-mata.. pada pandangan orang yang mencapai peringkat ini, semua makhluk ini adalah sama sahaja dan mempunyai hak yang sama.. inilah pintu kemuliaan bagi si mukmin dan orang2 yang salih dan inilah pintu yang sgt hampir kepada ikhlas...



sifat KETUJUH

yang ketujuh ialah si hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara yang berdosa, zahir dan batin dan menjauhkan anggotanya membuat perkara yang berdosa. Dengan itu, dapatlah hatinya itu kurniaan Allah dan juga anggotanya dalam dunia ini dan yang disediakan untuknya di akhirat nanti. kita berharap semoga Allah memberi kita sifat ini dan membuang dari hati kita segala hawa nafsu keduniaan semata-mata...



Wednesday, May 16, 2012

sifat KEENAM

YANG KEENAM ialah si hamba itu janganlah mengatakan bahawa seseorg (yang menurut kiblat yang sama, iaitu berugama Islam) itu musyrik, munafik, atau kafir. Jika kamu tidak mengkafirkan, memunafikkan atau memusyrikkan seseorg, maka itu menunjukkan kamu mengikut sunnah Nabi Besar Muhammad SAW dan menjauhkan diri kamu dari membuat kacau dalam perkara yang Allah saja mengetahui, dan menjauhkan dari seksaanNya. dan menghampirkan kamu kepada rahmat dan redha Nya.. Oleh itu, ini adalah pintu yang mulia menuju ALLAH SWT yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hambaNya yang beriman sebagai ganjaran kerana kasih sayangnya kepada semua orang..

aminn..insyaAllah...


sifat KELIMA

YANG KELIMA ialah si hamba itu jangan mendoakan supaya orang lain dapat bahaya walaupun ia di layan dgn cara yg tidak baik. janganlah membalas sama ada dengan lidah atau dengan perbuatan. bersabarlah dan serahkan kepada Allah. janganlah menuntut bela sama ada dengan perbuatan ataupun dgn lisan. orang yang melakukan ini akan di berikan pangkat yg tinggi di sisi Allah. orang yang terlatih dgn cara ini dan tetap dalam sifat ini akan mendapat kemuliaan dalam dunia ini dan di akhirat kelak, dan akan di cintai oleh orang2 yg benar, yang dekat dan yang jauh. permohonannya akan di terima dan dia akan mendapat kemuliaan di hati orang2 yang beriman...

Allahu AKbar..


Monday, May 14, 2012

Sifat KEEMPAT

si hamba itu jangan menyumpah atau melaknat makhluk ataupun menyakiti mereka, walaupun sedikit. kerana sifat keempat ini adalah di antara sifat2 yang baik dan kebajikan. ini adalah satu sifat yang benar. jika bertindak menurut dasar ini, seseorang itu akan berakhir dengan hidup yang baik di bawah lindungan Ilahi dan Allah akan menyediakn baginya pangkat kerohanian yang tinggi dan dia akan di pelihara daripada kejahatan manusia. Allah akan mengurniakannya rahmat dan kehampiran denganNya..



sifat KETIGA

si hamba itu jangan mungkir janji apabila telah berjanji atau jangan berjanji langsung. dengan tidak mungkir janji atau tidak langsung berjanji itu, dia akan dapat sumber kekuatan dalam hal dirinya dan ini adalah tindakan yang seimbang untuk di ikut.. kerana mungkir janji adalah termasuk dalam golongan berbohong. jika ia berbuat demikian, maka pintu kemuliaan akan dibuka kepadanya dan darjat akhlak yang tinggi akan di beri kepadanya. orang-orang yang benar akan cinta kepadanya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan....



Friday, May 11, 2012

sifat KEDUA

sifat kedua ialah...

si hamba itu hendaklah jangan berbohong sama ada benar-benar ataupun berjenaka sahaja. apabila ia telah dapat membuang perbuatan yg tidak di ingini itu dan telah menjadi sebati dgn dirinya maka Allah akan membuka hatinya dan membersihkan ilmunya sehingga beliau seolah-olah tidak tahu bohong dan apabila di dengarnya org lain berbohong, maka ia merasa benci dan malu dalam hatinya. jika ia berdoa kepada Allah untuk membuang kelakuan berbohong itu, maka Allah akan memperkenankannya...


p/s; aku manusia yg xreti berbohong..terutama ngn my parents...\





Thursday, May 10, 2012

perjuangan kerohanian- SIFAT PERTAMA

salam...
di sini ada perkongsian ilmu ruhiyah...
selamat mencari dan merasainya...

hendaklah ada 10 sifat bagi orang2 yang berada dalam perjuangn kerohanian dan dalam memeriksa diri sendiri dan yg berusaha mencapai matlamat kerohanian dan ingin berkekalan dalam keadaan itu. Apabila telah di izinkan Allah, mereka tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh di dalamnya, maka dapatlah mereka kedudukan yang tinggi...

sifat pertama ialah si hamba itu hendaklah jangan bersumpah dgn nama Allah, samada dalam perkara yang benar atau pun salah, dengan sengaja atau tersilap. apabila ia telah biasa dengan demikian, tidaklah lagi ia bersumpah dgn nama Allah dgn sengaja atau tersilap. maka Allah akan membuka pintu nur (cahaya)Nya. akan disedarinya faedah ini dalam hatinya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan. Kekuatan dan kesabarannya akan bertambah. Saudara-maranya akan memujinya dan jiran-jirannya akan memuliakannya. Barangsiapa yang kenal kepadanya akan menghormatinya dan barangsiapa yg melihatnya akan gentar memandangnya....

BY: SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI

ALLAHU'ALAM ;)

Friday, May 04, 2012

damba cinta Mu

Tuhanku ampunkanlah segala dosakuTuhanku maafkanlah, kejahilan hambaMuKusering melanggar laranganmuDalam sedar ataupun tidakKusering meninggalkan suruhanMuWalau sedar aku milikMu
Tuhanku ampunkanlah segala dosakuTuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Bilakah diri ini kan kembaliKepada fitrah sebenarPagiku ingat petang ku alpaBegitulah silih berganti
Oh Tuhanku Kau pimpinlahDiri ini Yang mendamba cintaMuAku lemah Aku jahilTanpa pimpinan dariMu
Ku sering depanMuSering jua kumemungkiriKu pernah menangis keranaMuKemudian ketawa semula
Bilakah diri ini kembaliKepada fitrah sebenarpagi ku ingat petang ku alpaBegitulah silih berganti
Oh Tuhanku, kau pimpilah diri iniYang mendamba cintaMuAku lemah aku jahil tanpa pimpinan dari muKau Pengasih Kau penyayang Kau PengampunKepada hamba-hambamuSelangkah ku kepadaMu Seribu Langkah kau padaku
Tuhan diri ini tidak layak ke syurgaMuTapi tidak pula aku snaggup kenerakaMu
Kutakut kepadaMuKuharap jua padaMuMogaku kan selamat dunia akhiratSeperti rasul dan sahabat
by: raihan

Tuesday, May 01, 2012

PALESTINE MEMANGGIL LAGI ;)



MEREKA MENCARI...
MEREKA MENUNGGU...
MEREKA MEMANGGIL...
PANGGILAN SAUDARA KITA SENTIASA MEMENUHI SEGENAP JIWA..

DI MANA KITA..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...