Showing posts with label nikahkawin. Show all posts
Showing posts with label nikahkawin. Show all posts

Monday, November 18, 2013

[SENTAP] Wanita menolak perkahwinan tidak hebat di dalam Syurga

kopipes je ni sbb nak baca lagi lain kali...sentap! huuu layannnn...zass~


http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2013/11/b212c-15697_383707342187_75249642187_3685752_6291687_n.jpg?w=500 
gambar hiasan yg comel. 
eh?


Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak.

Justeru itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.

Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat. Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.

Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.

Ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki.”

Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah saw: “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

Para sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda, “Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita solehah yang berada di bawah naungan suami. sumber darulnuman.com
 
 
 
 
p/s: bukan saje2 tolak. belum ade yg seswai/bkenan d hati..zzzzzzzzzzzz
 
 

Sunday, August 18, 2013

saya dan poligami - ustad zaharuddin AR

salam..selamat membaca...sy just kopipes dari Fb je ni sebagai bacaan saya..memang sejak awal hijrah saya lagi ustad zaharuddin dan isteri pertama adalah figure yg mahu sy contohi..alhamdulillah Allah permudahkan urusan ustad dlm poligami..moga segalanya yg terbaik utk ustad n keluarga.. amiin..
.................................................................

 
Saya & Poligami ( Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen)


Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda

قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل

Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)


Justeru,

1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.

2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.

3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)

4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.

5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.

6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :


a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.

b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.

c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.

d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.

e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.

f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.

g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.

h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.

i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.

j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi

k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.

l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.


‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.


Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.


Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.


Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.


Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.


Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.


Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.


PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.


Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.


Dr. Zaharuddin Abd Rahman

6 Syawwal 1434
 

Thursday, June 06, 2013

kenapa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat ??

Assalamualaikum wrt wbt...semua oram..
just nak share per yg terbaca di FB ikram siswa uiam gombak tadi.. menarik juga la penulisan ikhwah ni...tak tau la ikhwah mane...sape nak kenal boley la klik link fb dia kat bawah tu...slmt mbaca.. penulisan ni pasai....pasai...pasai paaa nak kena kawin sama jemaah?? perlu ker???
zassssssss~~
*gambar jiwang ini hanya sekadar hiasan saja =P
..............................................................................................................
Pasai pa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat.... hmmm..

“Abang Ismail, saya nak tanya betoi ka ikhwah dan akhawat yang ikut usrah ni depa akan kahwin dengan sesama ahli jemaah depa saja, tu kan boleh jadi benda yang bidaah dak pun asobiyyah namanya?” Acu melontarkan satu soalan cepumas kepada saya.

Lama saya dok termenung dan dok pikiaq, apa jawapan yang terbaik supaya saya boleh jawab soalan Acu tu dengan cara yang santai dan mudah difahami. Sebelum saya jawab soalan Acu, saya cuba tanya apa yang bermain dalam fikiran Acu.

“Akhi, tetiba ja tanya soalan macam tu, dah bersedia ke?

Bukan apa Abang Ismail, sebab ana dok nampak, ramai ikhwah akhawat kalau depa nak kahwin ja mesti nak cari pasangan yang sesama jemaah, dulu penah ana ikut satu program daurah baitul Muslim kat sekolah al-Islah, depan qumah ana, anjuran Anak-anak Ikram negeri Kedah,. Pak cik yang jadi panel malam tu dia habaq kita digalakkan kahwin sesama ahli jemaah kita. Jelas Acu.

“Okay, bagus la kalau macam tu atau Acu tengok ada masalah ka dengannya, maksud abang kahwin sesama jemaah.” Tanya saya lagi, untuk tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran anak muda yang komited dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiah ini.

“Bukan apa abang Ismail, ana tengok seolah-olah ada unsur paksaan pulak, bukankah kita sepatutnya bebas memilih?” Jelas Acu.

Berpusing-pusing cari idea nak jawab soalan Acu, teringat satu ketika dulu saya juga pernah bertanya soalan yang sama kepada naqib usrah tapi pada masa tu saya sendiri tak brapa nak faham apa yang dijawab oleh nakib saya hingga akhirnya pengalaman sendirilah yang membuatkan saya tahu serba sedikit tentang hakikat pembinaan rumahtangga dakwah.

“Hmmm, soalan yang Acu tanya ni, jawapannya mungkin berbeza mengikut siapa yang jawap dan bergantung kepada situasi orang yang bertanya. Apa pun, abang akan bagi garis panduan yang mudah-mudah dulu supaya terjawap persoalan Acu.” Saya memulakan jawapan.

cuba meyusun bicara sebaik mungkin supaya jawapan yang diberi adalah jawapan yang tidak akan menyebabkan salah fahamnya menjadi bertambah buruk.

“Perkara pertama yang perlu abang jelaskan adalah, dalam Islam, tidak ada halangan untuk kita berkahwin dengan mana-mana wanita dari mana-mana bangsa atau suku pun, asalkan dia Muslim dan tidak ada halangan lain seperti belum habis tempoh iddah, bukan adik beradik susu, tidak ada halangan keras dari ibu bapa, bukan perkahwinan yang akan membawa mudharat dan sebagainya.”

“Selepas itu, kita lihat garis panduan yang Nabi berikan iaitu agar kita mencari wanita solehah yang beragama sebelum melihat kepada ciri-ciri lain seperti cantik rupa paras, keturunan dan harta dalam hadis yang biasa kita dengar.”

“Beragama ni Acu kena ingat, ukurannya bukan hanya pada tudung labuh, niqab, tanda sujud di kepala atau wajah yang seakan bercahaya sahaja, tapi hakikatnya jauh lebih luas.”

“Beragama ni adalah tahu dan mengamalkan agama, bukan hanya dari segi aurat, tudung dan kalimah-kalimah Arab atau post islamiknya di fb semata-mata.”

“Huraian tentang pemilihan calon dan sifat-sifat calon yang baik abang Ismail dah jelaskan panjang lebar dulu, memang kita boleh memilih, tapi biarlah realistik dan jangan terlalu mendamba kesempurnaan dari pasangan. Itu asasnya.”

“Okay, jadi berbalik kepada persoalan Acu tadi tu, iaitu mengapa ikhwah kena kahwin dengan akhawat yang satu jemaah sahaja?”

“Sebenarnya, seperti mana yang abang Ismail sebut tadi, dalam Islam, TIDAK ADA perintah untuk mengahwini akhawat satu jemaah sahaja, IKRAM kena kahwin dengan IKRAM, HALUAN kena kahwin dengan HALUAN, ISMA kena kahwin dengan ISMA, PAS kena kahwin dengan PAS. Benda itu setahu abang Ismail, tidak pernah wujud pun.”

“Jika ada organisasi dakwah yang mewajibkan dengan unsur paksaan perkahwinan satu jemaah, maka jelas, itu adalah satu penyimpangan. Ingin berkahwin dengan siapa pun, pilihan di tangan Acu sendiri.”

“Itu asas dia, harap Acu fahamkan betul-betul, jangan timbul salah sangka pula nanti.”

“Walaupun demikian, dalam perkahwinan, ada aspek praktikal yang perlu kita lihat dalam pemilihan calon dan aspek praktikal itu ada hubungan yang amat rapat dengan isu yang Acu timbulkan. Ianya banyak bergantung kepada sejauh mana Acu beriltizam dengan dakwah dan tarbiah dalam jemaah yang disertai.”

“Bila Acu beriltizam dengan amal dakwah dan tarbiah, iltizam itu diharapkan adalah iltizam sepanjang hayat, iaitu kita ingin menjadikan dakwah dan tarbiah berlandaskan sunnah Rasul sebagai jalan hidup kita sehingga kita mati.”

“Dengan kata lain, amal dakwah dan tarbiah ini akan berterusan selepas fasa kita sebagai pelajar. Ia akan berlanjutan hinggalah ke fasa kita bekerja, berkahwin, beranak pinak dan hingga mempunyai cucu, dan di sinilah aspek praktikal itu hadir.”

“Aspek praktikal yang abang Ismail maksudkan adalah bila suami dan isteri berkongsi jalan dakwah dan tarbiah yang sama, perancangan keluarga insya-Allah akan jadi kurang kompleks kerana masing-masing saling memahami tugas masing-masing.”

“Persefahaman adalah antara kunci utama dalam kebahagiaan rumahtangga. Sinergi suami isteri yang faham dakwah adalah kunci utama untuk kelangsungan dakwah.”

“Contoh mudah, bila ada program boleh berpergian bersama-sama, boleh berbincang berkenaan isu-isu yang timbul dalam jemaah bersama-sama atau berbincang tentang permasalahan umat Islam, banyak perkara yang boleh dikongsi sehati sejiwa. Banyak perkara teknikal dalam rumahtangga akan jadi lebih mudah.”

“Kalau suami keluar berusrah, berprogram dan melaksanakan misi dakwah kepada masyarakat, isteri di rumah akan lebih memahami dan ada juga masanya suami terpaksa bertahan di rumah ketika isteri keluar seketika untuk berusrah dan berdakwah di medannya.”

“Tarbiah anak-anak juga akan jadi lebih harmoni bila ada kesepakatan antara ibu bapa, sebagai contoh, anak-anak boleh disepakati untuk dihantar ke program-program tarbiah anjuran IKRAM, ke tadika dan sekolah Islam yang ditubuhkan oleh IKRAM, bila dah meningkat usia sedikit boleh bersama IKRAM Teens dan IKRAM Siswa, jadi kurang kompleksiti dalam perbincangan kerana kedua ibu bapa punya agenda yang sama.

“Perkara ini kita boleh sebut sebagai sekufu, iaitu bukan sekadar sekufu dari segi agama, keturunan, pendidikan, tapi kalau boleh, kita nak kena cari juga yang sekufu dari segi kefahaman amal dakwah.”

“Atas sebab-sebab yang abang Ismail nyatakan tadilah maka jemaah amat menggalakkan agar kalau masih belum berpunya, carilah calon yang sekufu dalam kefahaman amal dakwah, dengan kata lain, dari jemaah yang sama lah.”

“Macam mana nak mencari calon isteri, itu isu lain pula, perlu sesi lain untuk dijelaskan.”

“Seperkara lagi, bila dari jemaah yang sama, mudah untuk orang tengah menyelidiki keperibadiannya melalui mekanisme-mekanisme yang kita ada dan segala urusan juga akan lebih sejahtera kerana kita sentiasa muhasabah agar tidak berlaku ikhtilat yang keterlaluan sebelum perkahwinan berjaya dilangsungkan.”

“Macam yang abang Ismail sebut awal-awal tadi, kalau dah berpunya atau memang dah ada penyusunan ibu bapa tu lain pula jawapannya, tapi memandangkan Acu ni belum berpunya dan punya semangat untuk beriltizam dengan amal dakwah, maka inilah jawapan yang abang Ismail fikirkan paling sesuai.”

“Walau apa pun, harus diingat, pilihan di tangan Acu sendiri, persetujuan ibu bapa juga teramat penting, jemaah hanya ‘facilitate’ dan beri panduan sahaja.”

“Tidak dapat dinafikan, ada yang berkahwin dengan pasangan berbeza jemaah atau tidak punya jemaah tapi masih berjaya membangunkan rumahtangga islami yang diidam-idamkan dan ada juga yang berkahwin satu jemaah yang tidak lepas dari pelbagai masalah.”

“Pertimbangan yang kita buat adalah berdasarkan praktikal dan pengalaman mereka yang telah lama bergiat cergas dalam amal dakwah ini, dan abang Ismail juga telah merasai dan melihat perkara ini sepanjang beberapa tahun dalam alam dakwah dan rumahtangga ini.”

“Banyak yang abang Ismail lihat dan diceritakan oleh orang lama, bila memilih calon yang tidak ‘sekufu’ kefahaman dakwah atau yang tidak memahami keutamaan dakwah dan tarbiah untuk membangunkan umat, akhirnya leka dan larut dalam dunia rumahtangga dan kerjaya hingga agenda dakwah yang dulunya berdegar-degar dilaungkan, lebur dengan begitu mudah.”

“Kalau boleh kita tak nak perkara seperti itu berlaku, kalau boleh kita ingin bersama pasangan sama-sama menjadi pejuang agama dan melahirkan zuriat yang akan dididik menjadi pejuang juga.”

“Bukan bermakna kalau kahwin satu jemaah itu akan bebas dari masalah dan selesai segalanya, kerana ada juga yang bermasalah, tapi kita berikhtiar agar masalah-masalah dapat dikurangkan dan rumahtangga yang dibangunkan punya asas untuk suami dan isteri bersefahaman.”

“Acu faham ke? Perkara ini sebenarnya ‘common sense’ sahaja jika kita berfikir dan melihat rumahtangga sebagai satu medan untuk membangunkan ummah. ini adalah pendapat abang Ismail berdasarkan sedikit pengalaman, mungkin orang lain ada pendapatnya yang lain yang mungkin lebih bernas lagi.”

Panjang lebar saya menjelaskan dengan bahasa termudah yang boleh saya susun.

“Oooo, ok, faham-faham.” Jawab Acu dengan wajah yang cerah. Semoga persoalan dan sangkaannya kembali jernih.

Mencari pasangan yang ‘sekufu’ kefahaman adalah antara satu aspek penting dalam membina rumahtangga dakwah yang bahagia. Walaupun ianya bukan jaminan mutlak kepada kebahagiaan, tapi sekurang-kurangnya, bila asas yang dibina adalah di atas kefahaman yang sama iaitu untuk membina ummah melalui jalan dakwah dan tarbiah, adalah diharapkan suami dan isteri akan lebih mudah untuk saling memahami dan bersinergi dalam menyumbang kepada dakwah.

Harus diingat, membina rumahtangga dakwah bukan satu tugas mudah, dan ia bukan juga ubat mujarab untuk menyelesaikan segala masalah hati ikhwah dan akhawat. Tetapi rumahtangga dakwah adalah tempat untuk para da’ie membina kekuatan diri, menjadikan diri lelaki sejati yang mampu memimpin ummah dan melahirkan generasi singa yang berkualiti.

Ia adalah ujian, hanya yang kuat dan bersedia akan terus melangkah.

Kredik to Ismail Md Desa
*gambar jiwang ini pun hanya sekadar hiasan saja =P
 
p/s: Ismail Md Desa ni ikhwah melaka kot..btw, nice try!
 
 

Wednesday, May 01, 2013

seakan mimpiku...PULANG TIKA WALIMAH~

assalamualaikum..wrt wbt..
juz nak share satu cerita sedih..n memberi inspirasi pada diri..
pernah juga mimpi macam ni..seakan-akan begini...
sedih campur gembira...
selamat membaca..
sila sediakan tisu..bagi yg hati tisu tu..huhuu
k SAS----Semoga Allah Sayang.. T_T


dan ini kisah benar...


PENGANTIN KEMBALI KE RAHMATULLAH DI SAAT SUJUD...

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!


Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

ps: Buat adik-adik bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tingal Solat apabila tiba waktunya...

Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disisi Allah...




cukuplah Allah untuk ku...hidup matiku...

Tuesday, April 30, 2013

hakikat pernikahan & cinta abadi

ni ana kopipes je ni k..
macam menarik jer.. untuk panduan bagi yg nak nikah =)
selamat membaca ya sahabat semua..yg sudi baca..

...................................................
✽¸.•✿✽¸.••.¸✽¸••.¸•**•¸••.¸✽¸.••.¸✽✿¸✽✽¸.•✿✽¸.••.¸✽¸••.¸•**•¸••.¸✽¸.••.¸✽✿¸✽

BismillahiRRahmaniRRahim

❥ Bila hakikat pernikahan adalah karena Nafsu,
maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur
tidak memuaskan..

❥ Bila hakikat pernikahan adalah karena HARTA,

maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.

❥ Bila hakikat pernikahan adalah karena BEAUTY/BODY,
pasangan bakal lari jika rambut beruban dan
muka keriput atau badan jadi gendut..

❥ Bila hakikat pernikahan adalah karena ANAK,
maka pasangan akan cari alasan utk pergi jika buah hati
(anak) tidak hadir..

❥ Bila hakikat pernikahan adalah karena KEPRIBADIAN,
pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya..

❥ Bila hakikat pernikahan adalah karena CINTA,
hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-
hal yang lebih baik, lagi pula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI..

❥ Bila hakikat pernikahan adalah karena IBADAH kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, sesungguhnya ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala itu
KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kepada makhluk-NYA.
Dan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala mencintai hamba-NYA melebihi
seorang ibu mencintai bayinya..

❥ Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga
kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala..

❥ Semoga BERMANFA’AT.. (◡‿◡✿)

✽¸.•✿✽¸.••.¸✽¸••.¸•**•¸••.¸✽¸.••.¸✽✿¸✽✽¸.•✿✽¸.••.¸✽¸••.¸•**•¸••.¸✽¸.••.¸✽✿¸✽


dikopipes dari sini.. http://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/04/29/hakikat-pernikahan-dan-cinta-abadi/

daripada sini.
ღღ•*Lembut Hatimu Anggun Pribadimu~Duhai Muslimah Sholehah*•ღღ




ok ini adalah suwit kapel..heeee



Monday, April 08, 2013

Aku Bangga pada Suamiku

assalamualaikum wrt wbt... ini sharing drpd akhowat d fb..dia tag ana d post ni..xsempAT nk baca..ltak dlm blog dulu...nti free baru boleh baca..apa yg ana tulis yg tulisan pink ni saja yer.. selamat mbaca semua sahabat...moga bermanfaat bg yg dah kawin n akn kawin..ana lmbt lg.. =P

............................................................................................................................
 
Bismillah …
(Semoga kisah ini juga bisa diambil manfaatnya oleh saudari-saudari muslimahku dimanapun berada)
.
***
Sore itu, menunggu kedatangan teman yang akan menjemputku di masjid ini seusai ashar.. seorang akhwat datang, tersenyum dan duduk disampingku, mengucapkan salam, sambil berkenalan dan sampai pula pada pertanyaan itu.
.
“Anty sudah menikah ?”.
“Belum mbak ”, jawabku .
Kemudian akhwat itu bertanya lagi
“ kenapa ?”
hanya bisa ku jawab dengan senyuman. ingin ku jawab karena masih kuliah, tapi rasanya itu bukan alasan.
“Mbak menunggu siapa?” Aku mencoba bertanya .
“Nunggu suami” jawabnya.
.
Aku melihat kesamping kirinya, sebuah tas laptop dan sebuah tas besar lagi yang tak bisa kutebak apa isinya. Dalam hati bertanya-tanya, dari mana mbak ini? Sepertinya wanita karir. Akhirnya kuberanikan juga untuk bertanya,
.
“Mbak kerja dimana?”, Entahlah keyakinan apa yang meyakiniku bahwa Mbak ini seorang pekerja, padahal setahu ku, akhwat seperti ini kebanyakan hanya mengabdi sebagai ibu rumah tangga.
“Alhamdulillah 2 jam yang lalu saya resmi tidak bekerja lagi”, jawabnya dengan wajah yang aneh menurutku, wajah yang bersinar dengan ketulusan hati.
“kenapa?” tanyaku lagi .
Dia hanya tersenyum dan menjawab,
“karena inilah satu cara yang bisa membuat saya lebih hormat pada suami” jawabnya tegas .
.
Aku berfikir sejenak, apa hubungannya? Heran. Lagi-lagi dia hanya trsenyum.
“Ukhty, boleh saya cerita sedikit? Dan saya berharap ini bisa menjadi pelajaran berharga buat kita para wanita yang Insya Allah akan didatangi oleh ikhwan yang sangat mencintai akhirat”.
.
“Saya bekerja di kantor, mungkin tak perlu saya sebutkan nama kantornya. Gaji saya 7 juta/bulan. Suami saya bekerja sebagai penjual roti bakar di pagi hari, es cendol di siang hari. Kami menikah baru 3 bulan, dan kemarinlah untuk pertama kalinya saya menangis karena merasa durhaka padanya. Waktu itu jam 7 malam, suami baru menjemput saya dari kantor, hari ini lembur, biasanya sore jam 3 sudah pulang. Saya capek sekali ukhty. Saat itu juga suami masuk angin dan kepalanya pusing. Dan parahnya saya juga lagi pusing. Suami minta diambilkan air minum, tapi saya malah berkata,
.
“Abi, Umi pusing nih, ambil sendiri lah!”.
Pusing membuat saya tertidur hingga lupa sholat isya. Jam 23. 30 saya terbangun dan cepat – cepat sholat, Alhamdulillah pusing pun telah hilang. Beranjak dari sajadah, saya melihat suami saya tidur dengan pulasnya . Menuju ke dapur, saya liat semua piring sudah bersih tercuci. Siapa lagi yang bukan mencucinya kalo bukan suami saya? Terlihat lagi semua baju kotor telah di cuci.
.
Astagfirullah, kenapa Abi mengerjakan semua ini? Bukankah Abi juga pusing tadi malam? Saya segera masuk lagi ke kamar, berharap Abi sadar dan mau menjelaskannya, tapi rasanya Abi terlalu lelah, hingga tak sadar juga.
Rasa iba mulai memenuhi jiwa saya, saya pegang wajah suami saya itu, ya Allah panas sekali pipinya, keningnya, Masya Allah, Abi demam, tinggi sekali panasnya. Saya teringat atas perkataan terakhir saya pada suami tadi. Hanya disuruh mengambilkan air minum saja, saya membantahnya. Air mata ini menetes, betapa selama ini saya terlalu sibuk diluar rumah, tidak memperhatikan hak suami saya .”
.
Subhanallah, aku melihat Mbak ini cerita dengan semangatnya, membuat hati ini merinding. Dan kulihat juga ada tetesan air mata yang di usapnya.
.
“Anty tau berapa gaji suami saya? Sangat berbeda jauh dengan gaji saya. Sekitar 600 -700 rb /bulan. 10x lipat lebih rendah dari gaji saya. Dan malam itu saya benar- benar merasa durhaka pada suami saya. Dengan gaji yang saya miliki , saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami, meskipun suami selalu memberikan hasil jualannya itu pada saya, dan setiap kali memberikan hasil jualannya, ia selalu berkata,
.
“Umi, ini ada titipan rezeki dari Allah. Di ambil ya. Buat keperluan kita. Dan tidak banyak jumlahnya, mudah-mudahan Umi ridho ”, begitu katanya.
Kenapa baru sekarang saya merasakan dalamnya kata- kata itu. Betapa harta ini membuat saya sombong pada nafkah yang diberikan suami saya ”, lanjutnya.
.
“Alhamdulillah saya sekarang memutuskan untuk berhenti bekerja, mudah -mudahan dengan jalan ini, saya lebih bisa menghargai nafkah yang diberikan suami. Wanita itu begitu susah menjaga harta, dan karena harta juga wanita sering lupa kodratnya, dan gampang menyepelekan suami.” Lanjutnya lagi, tak memberikan kesempatan bagiku untuk berbicara.
.
“Beberapa hari yang lalu, saya berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini . Saya sedih, karena orang tua, dan saudara - saudara saya tidak ada yang mendukung niat saya untuk berhenti berkerja. Malah mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dengan orang lain.”
.
Aku masih terdiam, bisu, mendengar keluh kesahnya. Subhanallah, apa aku bisa seperti dia? Menerima sosok pangeran apa adanya, bahkan rela meninggalkan pekerjaan.
.
“Kak , kita itu harus memikirkan masa depan. Kita kerja juga untuk anak -anak kita Kak . Biaya hidup sekarang ini besar. Begitu banyak orang yang butuh pekerjaan . Nah kakak malah pengen berhenti kerja . Suami kakak pun penghasilannya kurang . Mending kalo suami kakak pengusaha kaya, bolehlah kita santai- santai aja dirumah. Salah kakak juga sih, kalo mau jadi ibu rumah tangga, seharusnya nikah sama yang kaya. Sama dokter muda itu yang berniat melamar kakak duluan sebelum sama yang ini. Tapi kakak lebih milih nikah sama orang yang belum jelas pekerjaannya. Dari 4 orang anak bapak , Cuma suami kakak yang tidak punya penghasilan tetap dan yang paling buat kami kesal , sepertinya suami kakak itu lebih suka hidup seperti ini, ditawarin kerja di bank oleh saudara sendiri yang ingin membantupun tak mau, sampai heran aku, apa maunya suami kakak itu”. Ceritanya kembali, menceritakan ucapan adik perempuannya saat dimintai pendapat .
.
“Anty tau , saya hanya bisa nangis saat itu..
Saya menangis bukan Karena apa yang dikatakan adik saya itu benar, bukan karena itu. Tapi saya menangis karena imam saya dipandang rendah olehnya. Bagaimana mungkin dia maremehkan setiap tetes keringat suami saya, padahal dengan tetesan keringat itu, Allah memandangnya mulia”
.
“Bagaimana mungkin dia menghina orang yang senantiasa membanguni saya untuk sujud dimalam hari. Bagaimana mungkin dia menghina orang yang dengan kata -kata lembutnya selalu menenangkan hati saya. Bagaimana mungkin dia menghina orang yang berani datang pada orang tua saya untuk melamar saya, padahal saat itu orang tersebut belum mempunyai pekerjaan. “
.
“Bagaimana mungkin seseorang yang begitu saya muliakan, ternyata begitu rendah dihadapannya hanya karena sebuah pekerjaaan. Saya memutuskan berhenti bekerja, karena tak ingin melihat orang membanding-bandingkan gaji saya dengan gaji suami saya. Saya memutuskan berhenti bekerja juga untuk menghargai nafkah yang diberikan suami saya. Saya juga memutuskan berhenti bekerja untuk memenuhi hak -hak suami saya .Semoga saya tak lagi membantah perintah suami. Semoga saya juga ridho atas besarnya nafkah itu. “
.
“Saya bangga ukhti dengan pekerjaan suami saya, sangat bangga, bahkan begitu menghormati pekerjaannya , karena tak semua orang punya keberanian dengan pekerjaan itu. Kebanyakan orang lebih memilih jadi pengangguran dari pada melakukan pekerjaan yang seperti itu. Tapi lihatlah suami saya , tak ada rasa malu baginya untuk menafkahi istri dengan nafkah yang halal.”
.
” Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya. Semoga jika anty mendapatkan suami seperti saya, anty tak perlu malu untuk menceritakan pekerjaan suami anty pada orang lain. Bukan masalah pekerjaannya ukhty, tapi masalah halalnya, berkahnya , dan kita memohon pada Allah, semoga Allah menjauhkan suami kita dari rizki yang haram”. Ucapnya terakhir, sambil tersenyum manis padaku. Mengambil tas laptonya, bergegas ingin meninggalkanku.”
.
Kulihat dari kejauhan seorang ikhwan dengan menggunakan sepeda motor butut mendekat ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helm , meskipun tak ada niatku menatap mukanya. Sambil mengucapkan salam, meninggalkanku. Wajah itu tenang sekali, wajah seorang istri yang begitu ridho .
.
***
.
Ya Alloh … .
Berkahi kami dalam menapaki jalan perjuangan menujuMU. Semoga Aku bisa selalu menjadi sebaik-baik istri untuk suamiku, yang menjadi bekal untuk meraih jannah Mu… Amin
.
Untuk Abi, apapun pekerjaan Abi, Ummi BANGGA Bi,

..:: SANGAT BANGGA ::.
[renungan & kisah inspiratif]

***




Wednesday, March 20, 2013

awak tersalah orang rasanya...


yer..
awak mungkin tertukar orang...
eh bukan mungkin.. memang tersalah orang..
bila awak datang rumah saya,
dan awak nmpak wanita tanpa niqab,
luar rumah atau dalam rumah,
dengan muke rilek je time awak datang...
means,,,tu bukanlah diri saya.
tu mungkin salah sorang dari kakak2 saya.
muka kami ade iras2 juga..sikit la..
pernah juga dulu sblum sy berniqab, org kata kami kembar..huu
kalau awak lelaki ajnabi selain abang ipar saya..
mmg sy takkan kuar bilik kalau awak datang rumah (selain time majlis2)
tak kire la awak siapa asal awak lelaki ajnabi pd saya,
sy tak berminat untuk menayangkan diri walaupun dgn niqab
takde sebab utk sy ade di ruang tamu atau luar rumah
time ade lelaki ajnabi yang datang rumah...(lain crite kalau awk posmen..hehe)
masa hari raya dan kenduri kawin abang sebelum ni sudah cukup buat saya rimas
rimas dgn mereka.. bila sy mmg kena kluar juga utk bersilaturahim dgn sedaremare
walaupun dgn niqab, mereka still berpeluang melihat..
even sepupu sndiri boleh tertarik..inikan pula org lain...
time tu juga peluang murid2 ayah/mak merisik2
then lepas tu ada la yg datang rumah menyuarakan hasrat..
jadi...saya decide utk duk dlm bilik je time ade lelaki ajnabi yg dtg rumah..
selain sedaremara n jika di di ari2 biasa, bukan hariraya or kenduri..
untuk elakkan diri sy jadi tarikan pada org yg datang..
yerla..wanita berniqab ni sering dilihat pelik..mcm nmpk hantu.. sabar je..
lagi satu, untuk elak dari buat mak ayah pening...
pening pikirkan alasan nak tolak pinangan org bg pihak sy.
sy harap sgt tiada yg berkecil hati bila hajat tak bersambut..
jangan salahkan mak ayah saya.. mereka hanya mahukan kebaikan utk saya..
dan mereka tahu siapa yg terbaik utk sy sbb mereka yg jaga saya sejak sy bayi lagi..
sy berniqab n seakan2 tak wujud d rumah tu kalau org dtg
bukan saja nak menyorok nak bajet hot or jual mahal ke ape
tapi sy taknak jadi fitnah pada hati2 awak semua.
cukuplah sy dah lama berada di tempat tu dulu..jd fitnah n difitnah.. T_T
saya juga mahu menghargai diri sendiri.. dan tu slh satu cara sy mencintai diri..
sebaik2 tempat solat bg wanita pun tempat yg plg dalam n tersorok di dlm rumah,
inikan pula utk bersenang2 saja saja di depan orang asing..errkk malu la.
sy bukannya baik sgt pun..tapi sy cuba utk jadi baik..dan sy mahu jadi baik..
kakak2 sy pun kdg2 mcm tu juga.. kalau ade je yg dtg rumah, terus lari masuk dapur..hehe

sombong ke sy buat mcm tu?
tepuk dada tanya iman...yg penting awak da salah orang.. huhuu
dan bila sy memilih utk berniqab lpas dpt hint daripd istikharah,
ia bermaksud sampai skrg macam tu...
bukan menda mudah lagi utk buka niqab dpn org asing.
wlpun bukan makhluk asing, tapi awk tetap lelaki asing bg sy..

kecuali time ta'aruf..
errkk...
kecuakan pasti akan berlaku nnti...
malunyer.. Allah saja yg tahu...
(situasi ni bukan sy je yg alami k.. kwn2 sy yg berniqab semua mcm ni)

mak penah tanya,

'nanti kalau org dtg merisik kt rumah mcmna? kna buka ke niqab?
mesti mak dia nak tgk juga kan bakal menantu mcmana?'

'errkk..emm..yer mak.. nanti kena buka...
tapi...tapi..taknak buka kalau ade sedaremara dia yg laki..'
(huwaa...rasa nk pengsan..seriyesly!)

kena buka sbb Rasulullah saw pun suruh tgk dulu muka sblum nikah..
bimbang nnti jadi kes mcm kisah shbt yg diminta cerai oleh isteri sbb rupa.
penting utk tgk dulu sbb kawin bukan utk sehari dua je..

lgpun mmg kna buka niqab, kalau tak bkenan time tu bole la dreject terus.. haha errpp..

aku pasti ramai yg tak sedap ati sbb ni,, pheww~~ (-__-)#
terutamanya wanita yg bergelar niqabi fulltime..
kalau ana yg baru 2 thn setengah berniqab ni pun da rasa nk pengsan,
kena isi borg bm,bagi gambar pun da nangis2 da nk pgsan..ni kan yg real..huk2
kalau yg berniqab lebih lama tu ape la agaknya perasaan mereka apabila kena buka niqab..
wlaupun utk taaruf sbelum kawin.. hmm..pasti sukar juga kan..

sebab tu la ramai yg buka niqab terus lepas kawin..
erkk..ape kaitan??
ade kaitan nya..
dan hanya niqabis saja yg tau...
dan aku selalu berdoa agar aku tak tergolong dlm golongan tu.
bila niat n tujuan sebenar berniqab hilang ntah ke mana..
prinsip 'berniqab kerana Allah' bertukar jadi 'tak berniqab kerana suami'.. 
astargfirullahal'azim...astargfirullahal'azim...astargfirullahal'azim...

btw, ckp pasal niqabis ni, tak sabar pula rasanya nak balik kelantan.. =)
28-30mac, group niqab girls FB ade buat Kem Ibadat Niqab Girls 3 ari dua mlm..
moga dipermudahkan...ameen...

n antara aktiviti nya mcm yg biasa buat di sini; usrah, solat jemaah, tazkirah subuh& asar, LDK, qiamulail, riadhah dlll...tapi ade yg lebih dari tu n best sgt2..hee dlm perancangan, kitorg akan ke rumah kebajikan org tua sri kenanga kt pengkalan chepa,kb.. khidmat masyarakat kat situ.. waaa hepinyerr masa mula2 dpt tau drpd shbt ana merangkap pengarah program ni... tau tak kenapa hepi? sebab dulu ana da penah pegi sana masa PLKN, n ana rindu sgt2 pada pakcik n makcik kat sana.. dulu masa plkn tu, ana org yg paling lambat kuar dari tempat tu sbb rasa nk duk lama2 lagi dgn mereka.. ana nk hiburkan mereka.. banyak ana nangis time tu, dgr crite2 mereka, tgk mereka nangis masa bercerita ttg hidup n keluarga T_T..dapat salam ngn mereka, sembang2 n buat mereka senyum,,tu pun da cukup membahagiakan hati ana.. =') dan lepas tu memang ana ade doa biar Allah beri peluang utk ana ke sana lagi sbb masa tu hati ana sgt berat tuk tinggalkan tempat tu..sampai skrg ana masih ingat wajah sorang pakcik tu..ntah mcmana pakcik tu skrg..nk try cari la..huuu..ntah dia masih ingat atau tak ana...yela..dulu lain skrg lain..dulu pegi pakai baju askar skrg ninja..hahaha

tak sangka doa ana bakal termakbul setelah 7 tahun berlalu.. Allah sgt baik kan.. =')  alhamdulillah juga mak ayah ana izinkan ana join pogrem ni n tak ikut mak ayah ke KL, majlis sepupu time tu..

jumaat-ahad ni pun ade jaulah ke perlis klu tak silap..akhowat kawin.. rasa mcm nk pegi.. patut plan asal nak balik kelantan awal ari jumaat tu tapi tiket da abis..haha padan muke takleh balik awal.. ari sabtu pula ade pogrem habib assagof kt dataran merdeka,,berqasidah kt sana..tu pun ade akhowat lain ajak pegi..nak sgt2 pegi yg tu..suke duk lam majlis habib2 mcm pogrem ari sabtu lepas maulid n haul dgn habib2 di putrajaya (nnti sy buat entri pasal pogrem ni)..best2 sgat2 XD.. fuh~~ tak tau nak pegi yang mana.. takpela..tunggu je la hint daripada Dia.. =)

saya sayang Allah, Tuhan saya.. Cinta Agung ku.. <3

yeayy!! ^_^

ok bai..assalamu'alaikum...



p/s; awak memang salah orang.



Thursday, January 03, 2013

tempat seorang isteri tetap di situ


walaupun suaminya hanya berselipar jepun 
=)


saya tak kesah
asal hatinya bersih

Tuesday, November 27, 2012

Kisah Ali كرم الله وجهه menanti Fatimah رضي الله عنها


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah s.a.w. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakr As-Siddiq, melamar Fatimah.

“Allah mengujiku rupanya”, begitu batin Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakr; Utsman, Abdurrahman ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakr sang saudagar, insyaAllah lebih bisa membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

“Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali.
“Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakr ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir Quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al-Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebatilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, “Aku datang bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya disisi Rasul, disisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan Nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakr As-Siddiq r.a, Umar Ibnu Khattab r.a dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakr As-Siddiq r.a: “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Siddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As-Siddiq r.a dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirehat sejenak, Abu Bakar As-Siddiq r.a segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakr r.a mata Saidina Ali r.a berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakr, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakr r.a terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Ali r.a, Abu Bakar r.a berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan RasulNya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a berhasil mendorong keberanian Ali r.a untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Sayyidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan RasulNya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w itu belum memuaskan Ummu Salamah r.ha. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad s.a.w itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Talib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah s.a.w mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Talib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salamah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Talib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

Jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang. “Demi Allah, anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”

Rasul Allah s.a.w menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib: “Tentang pedangmu itu engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza Wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.ha.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat, Rasul Allah s.a.w mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu ku terima dgn baik” jawab Ali bin Abi Talib r.a dalam pernikahan itu.

 sekadar gambar hiasan

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”. Ali terkejut dan berkata: “Jikalau begitu, mengapa engkau mahu menikah denganku? Dan siapakah pemuda itu?”
Sambil tersenyum Fatimah berkata: “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu”

Wallahua’lam bissawab..


p/s: nangis kot baca.. seriyes sweeettt sgt mereka berdua ni.. huuu <3 part paling sweet adalah bila Allah pada awalnya lagi dah menjodohkan mereka berdua.. Allahu Rabbi.. sebagai peringatan utk semua yg gian bercinta tu, yakinla dgn jodoh yg Allah dan tetapkan utk kita..jangan tertipu dgn perasaan sendiri n tak payah nak sibuk2 pasal jodoh ke ape sbb mmg Allah dah tetapkan untukmu..


 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...