kopipes je ni sbb nak baca lagi lain kali...sentap! huuu layannnn...zass~
gambar hiasan yg comel.
eh?
Sepertimana
yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini
terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antara sebabnya
ialah kerana memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat
kebebasan. Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup mula
berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan
anak-anak.
Justeru
itu ramai yang lebih rela menjadi andartu walaupun pada hakikatnya,
ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak
berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang
tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan
tugas-tugas dan kerjaya masing-masing.
Kami
akan menceritakan tentang kerugian yang dialami oleh wanita yang tidak
mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana
tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh
dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian. Masalahnya
sekarang, terdapat wanita yang mempunyai peluang untuk berkahwin tetapi
menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang disebutkan di atas tadi.
Perkembangan
tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam
masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat
Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran
Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan
fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan
sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling
memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan
positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.
Di
Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih
hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa sepertimana di barat.
Walaupun demikian, pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin
dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga
tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di
dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum
wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya
bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di
sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak.
Amat mudah bagi kaum wanita untuk mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga di akhirat.
Ini
berdasarkan sabda Rasulullah: “Sekiranya seorang wanita dapat melakukan
empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang
ia kehendaki.”
Sekiranya
seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai
kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia
bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin
tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan
mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan
redha Allah pun bergantung kepada redha suami.
Selain
daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan
diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah (berjuang di jalan
Allah) di kala mengandung. Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik
air susu akan diberi satu kebajikan. Berjaga malam kerana mengurus anak
akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba. Wanita yang
berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan
dibebaskan daripada neraka. Bagi wanita yang mencuci pakaian suaminya
akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa. Lebih istimewa lagi
ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus hal-hal
berkaitan anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah saw di
syurga kelak. Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan
mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana
bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.
Semua
kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang
menolak perkahwinan. Malahan kedudukan mereka di dunia akan selalu
berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi. Oleh
itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang
sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman,
walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.
Sabda
Rasulullah saw: “Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan
berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan
kebinasaan.
Para
sahabat bertanya, “Bagaimana kalau ia telah berkahwin?” Jawab baginda,
“Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali).” Begitulah besarnya
pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk
keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan
wanita hari ini. Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan
ibu sudah memperolehi pahala yang banyak. Kalau suami redha dengan
perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui
kesukaran. Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang
menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita
solehah yang berada di bawah naungan suami. sumber darulnuman.com
p/s: bukan saje2 tolak. belum ade yg seswai/bkenan d hati..zzzzzzzzzzzz
No comments:
Post a Comment
berkata benarlah walaupun pahit