Showing posts with label akhowat. Show all posts
Showing posts with label akhowat. Show all posts

Friday, January 31, 2014

detik-detik terakhirku di UIAM

assalamualaikum wrt wbt.

sudah lama rasanya x updet blog ni..
maaf..sgt bz mnyiapkan thesis.
sampai xsempat nak berpuisi sangat.
alhamdulillah dis is my last semester here (uiam).
after submit thesis then just need to wait for viva/presentation.
then, i'll be graduated from Master of Science in Built Environment.
esok, aku akan berangkat pulang ke kampung halaman.
dan akan terus menetap di kelantan. insyaAllah.

sementara tunggu viva tu insyaAllah i've my own plan,
akan kerja biasa2 dulu, buat lesen kete, n masuk pondok.
lpas grad nanti baru apply jadi tutor/lecturer d mana2 institusi.
pastu insyaAllah akan sambung lagi study on 2015.
my target is to finish phD before i turn to 30.
kalau sambung pun akan buat di kelantan.
sebab nak teman mak n nenek kat rumah..kesian nenek dduk sorang2.
amiin,..moga Allah permudahkan..

tentang mereka...
MY BELOVED AKHOWAT..
akan sentiasa bersemadi dalam hati kecil ini.

berat tubuh nak packing all my belongings,
berat lagi hati nak tinggalkan uiam, bout 8 years im here.
tapi yg sebenar-benar berat bila jauh dari akhowat.
i know da time will surely come,
no matter how long i extend my time to be wif them.
but im not gonna say 'so long' and 'gudbye',
cause they'll alwez in my heart wherever i m.

love akhowat fillah. abadan abada.

sgt sedih bila semalam adalah hari terakhir aku berusrah di sini.
ari terakhir bersama ahli halaqah..murobbi..akhowat..
my last tazkirah dlm halaqah gak..
sgt terkesan bila murobbi mentadabbur ayat 17-26 surah At-Tur
tentang nikmat-nikmat di dalam syurga bagi org2 yg bertaqwa/org2 soleh.
salah satunya adalah bila di dalam syurga nanti, 
org2 yg btaqwa akan bertemu lagi dgn org2 soleh yg pernah dikenali d dunia
dan saling bertegur sapa dan duduk berhadap-hadapan
di atas dipan-dipan yg indah..
mereka kekal di dalamnya dgn nikmat dan kasihsayang Allah..

SubhanaAllah.

membaca terjemahan ayat tersebut saja sudah cukup menyentuh hati
memberi motivasi pada diri aku yg lemah ini
perpisahan yg hanya sekejap ini akan mjadi pertemuan yg kekal di sana nanti
andai ia benar dalam redha Ilahi 
Allahu rabbi..
pertemukanlah kami semua nanti di syurgaMu..
yakni sebaik-baik tempat untuk kembali dan menetap.
3 tahun yg aku luangkan bersama mereka
takkan mungkin sama dgn tahun2 yg akan datang tanpa mereka
ya..aku masih  boleh mencari biah solehah yg lain di tempatku
namun ia tetap tidak sama. maka tugasku utk menyamakan suasana.
aku harap Allah berikan yg terbaik walau dimanapun aku berada.
amiin.

menyintai dan menyayangi biarlah kerana Allah.
kerna Dia saja yg mampu memelihara perasaan itu.
dan ikatan yang takkan pernah putus hanyalah ikatan kernaNya.
aku menyintai akhowat kernaNya semata.
tiada lain hanya utk mencari redhaNya.
menagih kasihNya.
kerna bila bersama mereka.
aku mampu bahagia.
lupa segala duka.
ingat Pencipta.

selamat berjaya dunia akhirat utk semua muslimin muslimat yg dirahmati Allah.
maafkan segala salahsilap dalam penulisan/luahan.

wassalam....


~Tuhan Cinta Agungku~




p/s; nangis kot tulis ni..erghh


 

Friday, September 13, 2013

antara kawan, sahabat n akhowat

perbezaan antara kawan, sahabat n akhowat bagiku.

KAWAN - kwn biasa, saja2, suke2 or mmg kenal kerana keadaan spt dlm kelas, sama sekolah or sama tmpat kerja, etc. kawan biasanya jarang dikenali oleh keluarga. kadang2 ibubapa akan melarang dari berkawan n kdg2 kawan boleh menjadi sahabat.

SAHABAT - lebih dari seorg kawan, means dia tahu segala baik buruk kita n boleh mnjadi pndengar yg setia pada tiap masalah, suka or duka. sahabat akan dikenali oleh ahli keluarga kerana kekerapan ziarahnya ke rumah dan tidak dikenali kerana faktor2 lain spti jarak jauh, etc. biasanya persahabatan tak dihalang oleh ibubapa. keakraban disukai oleh ibubapa.

AKHAWAT- segala-galanya kerana Allah. semua pon ok. bpisah sekejap rasa macam bertahun2 tak jumpa. saling mendoakan satu sama lain. selalu offer utk membantu yg lain. sakit penat sering disorokkan hingga ada yg setelah pengsan baru teringat yg dri belum makan kerana diri disibukkan dgn hisbah..Allahu rabbi.. mereka tempat curhat terbaik dgn solusi2 membina n islami. sentiasa berpesan2 dgn kebaikan d dunia n akhirat, dgn azab n ancaman seksa api neraka. masing2 berlumba2 utk mendapatkan redha Allah dan membuatkan yg jatuh akn turut bangun bersama kembali. tiada istilah 'selfish' dalam kamus hidup mereka. seringkali bkorban mbelakangkan kemahuan diri utk keperluan org lain. masalah ummah adalah masalah mereka. 7-8jam masa utk tidur seolah mustahil. hubungan erat dgn mereka bukan saja disukai oleh ibubapa malah di redhai n di doakan selalu oleh mereka agar ikatan yg terbina akan kekal smpai syurga. insyaAllah..amiin..

as a conclusion : i love akhowati fillah..

Thursday, July 04, 2013

ikhwanul muslimin & Morsi T_T

ikhwanul muslimin.. T_T moga Allah sentiasa menjaga kalian. amin..
hanya kepada Allah tempat berharap dan meminta pertolongan...


Semalam saya menyaksikan perhimpunan pro Mursi (Tajarrud) di hadapan rumah saya. 
(Rumah saya tingkat 6, jadi tengok dari rooftop).

Hati saya tersentuh melihat ahli Ikhwanul Muslimin. Ramai ikhwah-ikhwah (lelaki) yang berjubah berjanggut, berjumpa, bersalaman dan bertemu pipi. Pandangan yang melihat boleh merasa kekuatan tarbiyyah yang mengalir pada mereka. Terharu dan terkesima. Akhowat-akhowat (perempuan) pula berpakaian labuh. Boleh kata sangat berbeza penampilan mereka dengan kumpulan anti-Mursi (Tamarrud). Laungan mereka, jelas ingin mendaulahkan Islam di tempatnya. Bila tiba waktu solat mereka terus mengemaskan saf di atas jalan raya tanpa sejadah pun. Di akhir rakaat mereka membaca doa Qunut Nazilah. Betapa kuatnya tarbiyyah mereka, Allah swt datangkan ujian yang berat ini bagi mereka.

Sebelah malamnya sejurus lepas mereka hendak bersurai dari perhimpunan yang aman, datang kumpulan upahan menyerang. Kalaulah anda berada di sini dan melihat sendiri betapa susahnya Dr Mursi menghapuskan tinggalan Mubarak, hasutan sepanjang tahun yang tidak berhenti, kekacauan yang berbagai ditimbulkan dalam negara, tentangan dari Israel dan pihak luar, penyiksaan dan pembunuhan yang dilakukan ke atas orang Ikhwan, anda pasti menyesal dengan fitnah yang anda taburkan terhadap pentadbirannya.

Saya melihat sendiri, yang mereka serang itu, tentera agama Allah swt tanpa mereka sedari.

Qunut Nazilah - http://www.youtube.com/watch?v=2Y6xo2Ci0_I


Thursday, June 13, 2013

kenangan terindah NUQABA' TRAINING CAMP 10-12 JUNE 2013

dengan nama Allah, Yang Maha PEngasih, Maha PEnyayang...

sangat indah kisah di sebalik camp ni.
Alhamdulillah.
selamat semuanya.. selesai semua urusan dgn baik dan jayanya.
walau ade yg tidak sempurna.
tapi segalanya terkabur dgn budi dan jasa..
Allahu Rabbi..byk sgt ibrahnya dari cerita yg Kau nukil ini..
meski kau datangkan ujian yg berat pada hatiku...
dekatkan aku dengan sesuatu yang aku cuba jauhi..
dgn itu aku lebih berani diri..
mula belajar utk berlapang dada dan berani berhadapan dgn apa jua situasi.
ya..tidak dinafikan aku malu sertai camping bersama lawan jantina.
tapi aku tahu itu sebagai psediaan utkku melangkah kluar nanti..
ya..lebih2 lagi jika jadi pendidik.
tidak dapat tidak...student juga terdiri daripada lawan jantina..
selama mana mahu bersembunyi dan mjauhkan diri..
kadang diri perlu begitu..kadang perlu juga cuba menjadi sesuatu.
yg pasti, jadi sumthing yg osem..ya naqibah osem..comel sungguh akhowat..hii

sebenarnya penat ni baru sampai je uia jam kurang lebih 11pm tadi..masih bermain2 lagi di fikiran segala apa yg ditanam dlm kepala n hati ni.. Alhamdulillah...sgt byk apa yg diperoleh melalui camp selam 3 hari ni.. sgt seronok, terharu, mencabar, menguji hati, gembira, sedih, n macam2 lagi la perasaan yg hadir selama progrem berlngsung...SubhanaAllah.. sungguh rasa ini hanya diriMu yang Maha Tahu.. terimakasih..syukur pada Allah atas anugerah yg tak terhingga..memberi peluang utkku terus bersama dan dikelilingi orang2 yg baik..dan sgt hebat..Allah..Allah..Allah.. kadang terasa diri ini sgt kecil berbanding mereka..huuuuuuu aku suka duk belakang tabir je...tapi lam pogrem tu 2 kali gak la kena naik stage..malu betul..hmmm...sabar je.

ok esok la sambung tulis...sekrg penat n nak lepas rindu pada bilik di uia ni.. alhamdulillah..sampai je uia dpt msj dari anak usrah..mlm esok nak buat baca yasin n tahlil..kena conduct mjlis tu..sebelum ni xpenah lagi nk kena handle mjlis tahlil..huu insyaALLAH.. moga2 Allah permudahkan segala urusan.. memang hakikat sesiapa saja yg bergiat dalam bidang dakwah, percayalah kadang masa yg Allah berikan padamu, adanya hak org lain atas waktu itu... Allahu Rabbi.. permudahkanlah..amin...

bersambung........





point2 yg insyaAllah akn d sambung berkaitan kem ni,byk ibrah, tulis dulu takut lupa.,.heee :-

sudah ketentuannya, bertemu berpisah kerana Allah, ibrah dari aktiviti, jungle trekking, mandi sungai, peringatan dari sorg hamba Allah, tawakal, naqibah osem, penyelamat, ketua yang baik, berukhuwah kerana Allah, mencintai saudara yg lain, berbeda tapi sama, berpesan2, amanah, jujur, ikhlas, 7wonders, cabaran ujian dan dugaan, PACAT vs KUCING, ikhwah/akhowat militan, Nur&yakin, murobbi hatiku, peranan seorg kakak, teguran dan tangisan, life is a test!, presentation skills, seni itu indah, dikir, pantun,drama,etc.....APA YANG PENTING?? KERJASAMAAA~~ ^_^


OK WASSALAM..

p/s: mimi, jgn lupa ambik gamba pogrem ngan kakshaz...huhuuu peringatan tuk diri sendiri..

Thursday, June 06, 2013

kenapa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat ??

Assalamualaikum wrt wbt...semua oram..
just nak share per yg terbaca di FB ikram siswa uiam gombak tadi.. menarik juga la penulisan ikhwah ni...tak tau la ikhwah mane...sape nak kenal boley la klik link fb dia kat bawah tu...slmt mbaca.. penulisan ni pasai....pasai...pasai paaa nak kena kawin sama jemaah?? perlu ker???
zassssssss~~
*gambar jiwang ini hanya sekadar hiasan saja =P
..............................................................................................................
Pasai pa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat.... hmmm..

“Abang Ismail, saya nak tanya betoi ka ikhwah dan akhawat yang ikut usrah ni depa akan kahwin dengan sesama ahli jemaah depa saja, tu kan boleh jadi benda yang bidaah dak pun asobiyyah namanya?” Acu melontarkan satu soalan cepumas kepada saya.

Lama saya dok termenung dan dok pikiaq, apa jawapan yang terbaik supaya saya boleh jawab soalan Acu tu dengan cara yang santai dan mudah difahami. Sebelum saya jawab soalan Acu, saya cuba tanya apa yang bermain dalam fikiran Acu.

“Akhi, tetiba ja tanya soalan macam tu, dah bersedia ke?

Bukan apa Abang Ismail, sebab ana dok nampak, ramai ikhwah akhawat kalau depa nak kahwin ja mesti nak cari pasangan yang sesama jemaah, dulu penah ana ikut satu program daurah baitul Muslim kat sekolah al-Islah, depan qumah ana, anjuran Anak-anak Ikram negeri Kedah,. Pak cik yang jadi panel malam tu dia habaq kita digalakkan kahwin sesama ahli jemaah kita. Jelas Acu.

“Okay, bagus la kalau macam tu atau Acu tengok ada masalah ka dengannya, maksud abang kahwin sesama jemaah.” Tanya saya lagi, untuk tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran anak muda yang komited dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiah ini.

“Bukan apa abang Ismail, ana tengok seolah-olah ada unsur paksaan pulak, bukankah kita sepatutnya bebas memilih?” Jelas Acu.

Berpusing-pusing cari idea nak jawab soalan Acu, teringat satu ketika dulu saya juga pernah bertanya soalan yang sama kepada naqib usrah tapi pada masa tu saya sendiri tak brapa nak faham apa yang dijawab oleh nakib saya hingga akhirnya pengalaman sendirilah yang membuatkan saya tahu serba sedikit tentang hakikat pembinaan rumahtangga dakwah.

“Hmmm, soalan yang Acu tanya ni, jawapannya mungkin berbeza mengikut siapa yang jawap dan bergantung kepada situasi orang yang bertanya. Apa pun, abang akan bagi garis panduan yang mudah-mudah dulu supaya terjawap persoalan Acu.” Saya memulakan jawapan.

cuba meyusun bicara sebaik mungkin supaya jawapan yang diberi adalah jawapan yang tidak akan menyebabkan salah fahamnya menjadi bertambah buruk.

“Perkara pertama yang perlu abang jelaskan adalah, dalam Islam, tidak ada halangan untuk kita berkahwin dengan mana-mana wanita dari mana-mana bangsa atau suku pun, asalkan dia Muslim dan tidak ada halangan lain seperti belum habis tempoh iddah, bukan adik beradik susu, tidak ada halangan keras dari ibu bapa, bukan perkahwinan yang akan membawa mudharat dan sebagainya.”

“Selepas itu, kita lihat garis panduan yang Nabi berikan iaitu agar kita mencari wanita solehah yang beragama sebelum melihat kepada ciri-ciri lain seperti cantik rupa paras, keturunan dan harta dalam hadis yang biasa kita dengar.”

“Beragama ni Acu kena ingat, ukurannya bukan hanya pada tudung labuh, niqab, tanda sujud di kepala atau wajah yang seakan bercahaya sahaja, tapi hakikatnya jauh lebih luas.”

“Beragama ni adalah tahu dan mengamalkan agama, bukan hanya dari segi aurat, tudung dan kalimah-kalimah Arab atau post islamiknya di fb semata-mata.”

“Huraian tentang pemilihan calon dan sifat-sifat calon yang baik abang Ismail dah jelaskan panjang lebar dulu, memang kita boleh memilih, tapi biarlah realistik dan jangan terlalu mendamba kesempurnaan dari pasangan. Itu asasnya.”

“Okay, jadi berbalik kepada persoalan Acu tadi tu, iaitu mengapa ikhwah kena kahwin dengan akhawat yang satu jemaah sahaja?”

“Sebenarnya, seperti mana yang abang Ismail sebut tadi, dalam Islam, TIDAK ADA perintah untuk mengahwini akhawat satu jemaah sahaja, IKRAM kena kahwin dengan IKRAM, HALUAN kena kahwin dengan HALUAN, ISMA kena kahwin dengan ISMA, PAS kena kahwin dengan PAS. Benda itu setahu abang Ismail, tidak pernah wujud pun.”

“Jika ada organisasi dakwah yang mewajibkan dengan unsur paksaan perkahwinan satu jemaah, maka jelas, itu adalah satu penyimpangan. Ingin berkahwin dengan siapa pun, pilihan di tangan Acu sendiri.”

“Itu asas dia, harap Acu fahamkan betul-betul, jangan timbul salah sangka pula nanti.”

“Walaupun demikian, dalam perkahwinan, ada aspek praktikal yang perlu kita lihat dalam pemilihan calon dan aspek praktikal itu ada hubungan yang amat rapat dengan isu yang Acu timbulkan. Ianya banyak bergantung kepada sejauh mana Acu beriltizam dengan dakwah dan tarbiah dalam jemaah yang disertai.”

“Bila Acu beriltizam dengan amal dakwah dan tarbiah, iltizam itu diharapkan adalah iltizam sepanjang hayat, iaitu kita ingin menjadikan dakwah dan tarbiah berlandaskan sunnah Rasul sebagai jalan hidup kita sehingga kita mati.”

“Dengan kata lain, amal dakwah dan tarbiah ini akan berterusan selepas fasa kita sebagai pelajar. Ia akan berlanjutan hinggalah ke fasa kita bekerja, berkahwin, beranak pinak dan hingga mempunyai cucu, dan di sinilah aspek praktikal itu hadir.”

“Aspek praktikal yang abang Ismail maksudkan adalah bila suami dan isteri berkongsi jalan dakwah dan tarbiah yang sama, perancangan keluarga insya-Allah akan jadi kurang kompleks kerana masing-masing saling memahami tugas masing-masing.”

“Persefahaman adalah antara kunci utama dalam kebahagiaan rumahtangga. Sinergi suami isteri yang faham dakwah adalah kunci utama untuk kelangsungan dakwah.”

“Contoh mudah, bila ada program boleh berpergian bersama-sama, boleh berbincang berkenaan isu-isu yang timbul dalam jemaah bersama-sama atau berbincang tentang permasalahan umat Islam, banyak perkara yang boleh dikongsi sehati sejiwa. Banyak perkara teknikal dalam rumahtangga akan jadi lebih mudah.”

“Kalau suami keluar berusrah, berprogram dan melaksanakan misi dakwah kepada masyarakat, isteri di rumah akan lebih memahami dan ada juga masanya suami terpaksa bertahan di rumah ketika isteri keluar seketika untuk berusrah dan berdakwah di medannya.”

“Tarbiah anak-anak juga akan jadi lebih harmoni bila ada kesepakatan antara ibu bapa, sebagai contoh, anak-anak boleh disepakati untuk dihantar ke program-program tarbiah anjuran IKRAM, ke tadika dan sekolah Islam yang ditubuhkan oleh IKRAM, bila dah meningkat usia sedikit boleh bersama IKRAM Teens dan IKRAM Siswa, jadi kurang kompleksiti dalam perbincangan kerana kedua ibu bapa punya agenda yang sama.

“Perkara ini kita boleh sebut sebagai sekufu, iaitu bukan sekadar sekufu dari segi agama, keturunan, pendidikan, tapi kalau boleh, kita nak kena cari juga yang sekufu dari segi kefahaman amal dakwah.”

“Atas sebab-sebab yang abang Ismail nyatakan tadilah maka jemaah amat menggalakkan agar kalau masih belum berpunya, carilah calon yang sekufu dalam kefahaman amal dakwah, dengan kata lain, dari jemaah yang sama lah.”

“Macam mana nak mencari calon isteri, itu isu lain pula, perlu sesi lain untuk dijelaskan.”

“Seperkara lagi, bila dari jemaah yang sama, mudah untuk orang tengah menyelidiki keperibadiannya melalui mekanisme-mekanisme yang kita ada dan segala urusan juga akan lebih sejahtera kerana kita sentiasa muhasabah agar tidak berlaku ikhtilat yang keterlaluan sebelum perkahwinan berjaya dilangsungkan.”

“Macam yang abang Ismail sebut awal-awal tadi, kalau dah berpunya atau memang dah ada penyusunan ibu bapa tu lain pula jawapannya, tapi memandangkan Acu ni belum berpunya dan punya semangat untuk beriltizam dengan amal dakwah, maka inilah jawapan yang abang Ismail fikirkan paling sesuai.”

“Walau apa pun, harus diingat, pilihan di tangan Acu sendiri, persetujuan ibu bapa juga teramat penting, jemaah hanya ‘facilitate’ dan beri panduan sahaja.”

“Tidak dapat dinafikan, ada yang berkahwin dengan pasangan berbeza jemaah atau tidak punya jemaah tapi masih berjaya membangunkan rumahtangga islami yang diidam-idamkan dan ada juga yang berkahwin satu jemaah yang tidak lepas dari pelbagai masalah.”

“Pertimbangan yang kita buat adalah berdasarkan praktikal dan pengalaman mereka yang telah lama bergiat cergas dalam amal dakwah ini, dan abang Ismail juga telah merasai dan melihat perkara ini sepanjang beberapa tahun dalam alam dakwah dan rumahtangga ini.”

“Banyak yang abang Ismail lihat dan diceritakan oleh orang lama, bila memilih calon yang tidak ‘sekufu’ kefahaman dakwah atau yang tidak memahami keutamaan dakwah dan tarbiah untuk membangunkan umat, akhirnya leka dan larut dalam dunia rumahtangga dan kerjaya hingga agenda dakwah yang dulunya berdegar-degar dilaungkan, lebur dengan begitu mudah.”

“Kalau boleh kita tak nak perkara seperti itu berlaku, kalau boleh kita ingin bersama pasangan sama-sama menjadi pejuang agama dan melahirkan zuriat yang akan dididik menjadi pejuang juga.”

“Bukan bermakna kalau kahwin satu jemaah itu akan bebas dari masalah dan selesai segalanya, kerana ada juga yang bermasalah, tapi kita berikhtiar agar masalah-masalah dapat dikurangkan dan rumahtangga yang dibangunkan punya asas untuk suami dan isteri bersefahaman.”

“Acu faham ke? Perkara ini sebenarnya ‘common sense’ sahaja jika kita berfikir dan melihat rumahtangga sebagai satu medan untuk membangunkan ummah. ini adalah pendapat abang Ismail berdasarkan sedikit pengalaman, mungkin orang lain ada pendapatnya yang lain yang mungkin lebih bernas lagi.”

Panjang lebar saya menjelaskan dengan bahasa termudah yang boleh saya susun.

“Oooo, ok, faham-faham.” Jawab Acu dengan wajah yang cerah. Semoga persoalan dan sangkaannya kembali jernih.

Mencari pasangan yang ‘sekufu’ kefahaman adalah antara satu aspek penting dalam membina rumahtangga dakwah yang bahagia. Walaupun ianya bukan jaminan mutlak kepada kebahagiaan, tapi sekurang-kurangnya, bila asas yang dibina adalah di atas kefahaman yang sama iaitu untuk membina ummah melalui jalan dakwah dan tarbiah, adalah diharapkan suami dan isteri akan lebih mudah untuk saling memahami dan bersinergi dalam menyumbang kepada dakwah.

Harus diingat, membina rumahtangga dakwah bukan satu tugas mudah, dan ia bukan juga ubat mujarab untuk menyelesaikan segala masalah hati ikhwah dan akhawat. Tetapi rumahtangga dakwah adalah tempat untuk para da’ie membina kekuatan diri, menjadikan diri lelaki sejati yang mampu memimpin ummah dan melahirkan generasi singa yang berkualiti.

Ia adalah ujian, hanya yang kuat dan bersedia akan terus melangkah.

Kredik to Ismail Md Desa
*gambar jiwang ini pun hanya sekadar hiasan saja =P
 
p/s: Ismail Md Desa ni ikhwah melaka kot..btw, nice try!
 
 

Monday, April 08, 2013

Aku Bangga pada Suamiku

assalamualaikum wrt wbt... ini sharing drpd akhowat d fb..dia tag ana d post ni..xsempAT nk baca..ltak dlm blog dulu...nti free baru boleh baca..apa yg ana tulis yg tulisan pink ni saja yer.. selamat mbaca semua sahabat...moga bermanfaat bg yg dah kawin n akn kawin..ana lmbt lg.. =P

............................................................................................................................
 
Bismillah …
(Semoga kisah ini juga bisa diambil manfaatnya oleh saudari-saudari muslimahku dimanapun berada)
.
***
Sore itu, menunggu kedatangan teman yang akan menjemputku di masjid ini seusai ashar.. seorang akhwat datang, tersenyum dan duduk disampingku, mengucapkan salam, sambil berkenalan dan sampai pula pada pertanyaan itu.
.
“Anty sudah menikah ?”.
“Belum mbak ”, jawabku .
Kemudian akhwat itu bertanya lagi
“ kenapa ?”
hanya bisa ku jawab dengan senyuman. ingin ku jawab karena masih kuliah, tapi rasanya itu bukan alasan.
“Mbak menunggu siapa?” Aku mencoba bertanya .
“Nunggu suami” jawabnya.
.
Aku melihat kesamping kirinya, sebuah tas laptop dan sebuah tas besar lagi yang tak bisa kutebak apa isinya. Dalam hati bertanya-tanya, dari mana mbak ini? Sepertinya wanita karir. Akhirnya kuberanikan juga untuk bertanya,
.
“Mbak kerja dimana?”, Entahlah keyakinan apa yang meyakiniku bahwa Mbak ini seorang pekerja, padahal setahu ku, akhwat seperti ini kebanyakan hanya mengabdi sebagai ibu rumah tangga.
“Alhamdulillah 2 jam yang lalu saya resmi tidak bekerja lagi”, jawabnya dengan wajah yang aneh menurutku, wajah yang bersinar dengan ketulusan hati.
“kenapa?” tanyaku lagi .
Dia hanya tersenyum dan menjawab,
“karena inilah satu cara yang bisa membuat saya lebih hormat pada suami” jawabnya tegas .
.
Aku berfikir sejenak, apa hubungannya? Heran. Lagi-lagi dia hanya trsenyum.
“Ukhty, boleh saya cerita sedikit? Dan saya berharap ini bisa menjadi pelajaran berharga buat kita para wanita yang Insya Allah akan didatangi oleh ikhwan yang sangat mencintai akhirat”.
.
“Saya bekerja di kantor, mungkin tak perlu saya sebutkan nama kantornya. Gaji saya 7 juta/bulan. Suami saya bekerja sebagai penjual roti bakar di pagi hari, es cendol di siang hari. Kami menikah baru 3 bulan, dan kemarinlah untuk pertama kalinya saya menangis karena merasa durhaka padanya. Waktu itu jam 7 malam, suami baru menjemput saya dari kantor, hari ini lembur, biasanya sore jam 3 sudah pulang. Saya capek sekali ukhty. Saat itu juga suami masuk angin dan kepalanya pusing. Dan parahnya saya juga lagi pusing. Suami minta diambilkan air minum, tapi saya malah berkata,
.
“Abi, Umi pusing nih, ambil sendiri lah!”.
Pusing membuat saya tertidur hingga lupa sholat isya. Jam 23. 30 saya terbangun dan cepat – cepat sholat, Alhamdulillah pusing pun telah hilang. Beranjak dari sajadah, saya melihat suami saya tidur dengan pulasnya . Menuju ke dapur, saya liat semua piring sudah bersih tercuci. Siapa lagi yang bukan mencucinya kalo bukan suami saya? Terlihat lagi semua baju kotor telah di cuci.
.
Astagfirullah, kenapa Abi mengerjakan semua ini? Bukankah Abi juga pusing tadi malam? Saya segera masuk lagi ke kamar, berharap Abi sadar dan mau menjelaskannya, tapi rasanya Abi terlalu lelah, hingga tak sadar juga.
Rasa iba mulai memenuhi jiwa saya, saya pegang wajah suami saya itu, ya Allah panas sekali pipinya, keningnya, Masya Allah, Abi demam, tinggi sekali panasnya. Saya teringat atas perkataan terakhir saya pada suami tadi. Hanya disuruh mengambilkan air minum saja, saya membantahnya. Air mata ini menetes, betapa selama ini saya terlalu sibuk diluar rumah, tidak memperhatikan hak suami saya .”
.
Subhanallah, aku melihat Mbak ini cerita dengan semangatnya, membuat hati ini merinding. Dan kulihat juga ada tetesan air mata yang di usapnya.
.
“Anty tau berapa gaji suami saya? Sangat berbeda jauh dengan gaji saya. Sekitar 600 -700 rb /bulan. 10x lipat lebih rendah dari gaji saya. Dan malam itu saya benar- benar merasa durhaka pada suami saya. Dengan gaji yang saya miliki , saya merasa tak perlu meminta nafkah pada suami, meskipun suami selalu memberikan hasil jualannya itu pada saya, dan setiap kali memberikan hasil jualannya, ia selalu berkata,
.
“Umi, ini ada titipan rezeki dari Allah. Di ambil ya. Buat keperluan kita. Dan tidak banyak jumlahnya, mudah-mudahan Umi ridho ”, begitu katanya.
Kenapa baru sekarang saya merasakan dalamnya kata- kata itu. Betapa harta ini membuat saya sombong pada nafkah yang diberikan suami saya ”, lanjutnya.
.
“Alhamdulillah saya sekarang memutuskan untuk berhenti bekerja, mudah -mudahan dengan jalan ini, saya lebih bisa menghargai nafkah yang diberikan suami. Wanita itu begitu susah menjaga harta, dan karena harta juga wanita sering lupa kodratnya, dan gampang menyepelekan suami.” Lanjutnya lagi, tak memberikan kesempatan bagiku untuk berbicara.
.
“Beberapa hari yang lalu, saya berkunjung ke rumah orang tua, dan menceritakan niat saya ini . Saya sedih, karena orang tua, dan saudara - saudara saya tidak ada yang mendukung niat saya untuk berhenti berkerja. Malah mereka membanding-bandingkan pekerjaan suami saya dengan orang lain.”
.
Aku masih terdiam, bisu, mendengar keluh kesahnya. Subhanallah, apa aku bisa seperti dia? Menerima sosok pangeran apa adanya, bahkan rela meninggalkan pekerjaan.
.
“Kak , kita itu harus memikirkan masa depan. Kita kerja juga untuk anak -anak kita Kak . Biaya hidup sekarang ini besar. Begitu banyak orang yang butuh pekerjaan . Nah kakak malah pengen berhenti kerja . Suami kakak pun penghasilannya kurang . Mending kalo suami kakak pengusaha kaya, bolehlah kita santai- santai aja dirumah. Salah kakak juga sih, kalo mau jadi ibu rumah tangga, seharusnya nikah sama yang kaya. Sama dokter muda itu yang berniat melamar kakak duluan sebelum sama yang ini. Tapi kakak lebih milih nikah sama orang yang belum jelas pekerjaannya. Dari 4 orang anak bapak , Cuma suami kakak yang tidak punya penghasilan tetap dan yang paling buat kami kesal , sepertinya suami kakak itu lebih suka hidup seperti ini, ditawarin kerja di bank oleh saudara sendiri yang ingin membantupun tak mau, sampai heran aku, apa maunya suami kakak itu”. Ceritanya kembali, menceritakan ucapan adik perempuannya saat dimintai pendapat .
.
“Anty tau , saya hanya bisa nangis saat itu..
Saya menangis bukan Karena apa yang dikatakan adik saya itu benar, bukan karena itu. Tapi saya menangis karena imam saya dipandang rendah olehnya. Bagaimana mungkin dia maremehkan setiap tetes keringat suami saya, padahal dengan tetesan keringat itu, Allah memandangnya mulia”
.
“Bagaimana mungkin dia menghina orang yang senantiasa membanguni saya untuk sujud dimalam hari. Bagaimana mungkin dia menghina orang yang dengan kata -kata lembutnya selalu menenangkan hati saya. Bagaimana mungkin dia menghina orang yang berani datang pada orang tua saya untuk melamar saya, padahal saat itu orang tersebut belum mempunyai pekerjaan. “
.
“Bagaimana mungkin seseorang yang begitu saya muliakan, ternyata begitu rendah dihadapannya hanya karena sebuah pekerjaaan. Saya memutuskan berhenti bekerja, karena tak ingin melihat orang membanding-bandingkan gaji saya dengan gaji suami saya. Saya memutuskan berhenti bekerja juga untuk menghargai nafkah yang diberikan suami saya. Saya juga memutuskan berhenti bekerja untuk memenuhi hak -hak suami saya .Semoga saya tak lagi membantah perintah suami. Semoga saya juga ridho atas besarnya nafkah itu. “
.
“Saya bangga ukhti dengan pekerjaan suami saya, sangat bangga, bahkan begitu menghormati pekerjaannya , karena tak semua orang punya keberanian dengan pekerjaan itu. Kebanyakan orang lebih memilih jadi pengangguran dari pada melakukan pekerjaan yang seperti itu. Tapi lihatlah suami saya , tak ada rasa malu baginya untuk menafkahi istri dengan nafkah yang halal.”
.
” Itulah yang membuat saya begitu bangga pada suami saya. Semoga jika anty mendapatkan suami seperti saya, anty tak perlu malu untuk menceritakan pekerjaan suami anty pada orang lain. Bukan masalah pekerjaannya ukhty, tapi masalah halalnya, berkahnya , dan kita memohon pada Allah, semoga Allah menjauhkan suami kita dari rizki yang haram”. Ucapnya terakhir, sambil tersenyum manis padaku. Mengambil tas laptonya, bergegas ingin meninggalkanku.”
.
Kulihat dari kejauhan seorang ikhwan dengan menggunakan sepeda motor butut mendekat ke arah kami, wajahnya ditutupi kaca helm , meskipun tak ada niatku menatap mukanya. Sambil mengucapkan salam, meninggalkanku. Wajah itu tenang sekali, wajah seorang istri yang begitu ridho .
.
***
.
Ya Alloh … .
Berkahi kami dalam menapaki jalan perjuangan menujuMU. Semoga Aku bisa selalu menjadi sebaik-baik istri untuk suamiku, yang menjadi bekal untuk meraih jannah Mu… Amin
.
Untuk Abi, apapun pekerjaan Abi, Ummi BANGGA Bi,

..:: SANGAT BANGGA ::.
[renungan & kisah inspiratif]

***




Saturday, February 23, 2013

apa erti jadi naqibah?

alhamdulillah...
segala puji bagi Allah ta'ala...
Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang...
kerna memberi peluang yang tak pernah aku sangkakan...dulu...
tapi kini...
diri yg terasa tidak layak untuk itu
nampaknya semakin hari semakin tamak mahukan semuanya...

alhamdulillah...
segala puji bagi Allah ta'ala...
Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang...
kerna memberi pengalaman manis yang tak pernah aku mimpikan... dulu...
tapi kini...
diri yang terasa tidak mampu untuk itu
nmpaknya semakin hari semakin bersemangat lakukan semuanya...

dulu aku takut..bimbang...jika tersalah kata..salah penyampaian...
sepertinya berhamburan gunung ganang tika kalam Agung Nya di amanahkan..
begitu lah aku suatu ketika dulu...
merasakan diri ini terlalu kotor utk berkongsi sesuatu yg sgt suci
siapa diriku untuk menyentuhnya kemudian menyampaikannya...
entah sampai bila mahu menghinakan diri sendiri...

namun...semakin masa berlalu..melihat akhowat tercinta di sekelilingku
berjuang tanpa jemu...berhabis berkorban...rela diri memikul beban..
semuanya mereka lakukan tanpa paksaan...Allahu rabbi...
mereka bagiku mujahidah di jalan Pencipta jiwaku...
mendidik diri ini dgn peribadi mereka...
mengajar aku menjadi hamba yang selalu merindui akhiratku...

kerna semangat mereka...aku juga mampu menumpang kesungguhan itu...
kerna penat lelah mereka...aku juga mampu merasai kebahagiaan itu..
apa erti aku menjadi naqibah?
aku hanya ingin menjadi seperti mereka...menolong agama Allah...
menyayangi saudara2 seaqidah, melayani karenah tanpa keluhkesah...
aku tahu dan dapat merasakan...
kadang hatimu turut dibisik hiasan2 dunia...godaan pada jiwa seorang hawa...
namun kerna keyakinanmu pada janji Tuhan mu...
segala yang menghalang jalanmu menujuNya seolah terbabas
kalian melengkapkan hidupku di jalan yang ku pilih ini...
ukhuwah ini bukannya setakat disini saja utk kita
aku tetap nantikan pertemuan di sana jua.. di hadapan Cinta Agung ku...
airmata ini menjadi saksi setia ku...
tidaklah mudah utk mengakhiri sesuatu yang baru saja bermula..
dan aku sangat bahagia dengan itu... =')

jazakumullah khyran katsira ya akhowati fillah... uhibbukum fillah abadan abada.. insyaaAllah. T_T


p/s; ari first jadi naqibah/faci halaqah ccac uia.. erkkk masih terasa seperti sedang bermimpi.. btw, mimpi ini sgt indah dan sgt comel.. adik2 baru pun comel2 semua..heee ^_^ budak2 tu semua mesti redho je dpt kakak naqibah yg mcm kanak2 riang.. wawawa...okbai..zzz~ jgn kejut sy dari mimpi ni!




Tuesday, December 11, 2012

TAHUKAH KAU WAHAI ADAM

♥ Apa yang ada di sebalik sekeping hati
seorang muslimah itu ?

♥ Ketahuilah , dia sedang berjuang
memelihara hati engkau
supaya tegar meletakkan Allah di atas
singgahsana dalam
hatimu .

♥ Dia mahukan engkau , 
menjadi mujahid yang sibuk
menegakkan kalimah haq berbanding
melayani hawa nafsumu.

♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya
menjadi punca kelalaian hatimu 
dalam menunaikan haq Allah .

♥ Betapa dia sangat takut andai dirinya
mengkhianati haq Allah dgn 
mengambil alih singgahsana Allah dalam hatimu
 
 

Friday, December 07, 2012

off to MK 2012

BismilLahirRahmanirRahim..

as akhowat 02, we must attend Mukhayyam Khariji 07th - 09th of Dec 2012..
dengan ini di umumkan bahawa blog ini akan sunyi sampai ari ahad.. hii tata semua..

"..Bekerjalah, maka Allah akan melihat amal-amal kamu serta orang-orang beriman..."

Insyaa Allah dengan niat yang tulus, ukhuwwah dan toleransi semua akan menjadi mudah.. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. >>>> ayat akhowat :)


Allahummahdina wahdibina...
(Ya Allah,berilah hidayat pd kami dan jadikanlah kami asbab hidayat).. 

Ameen..

salam dakwah dan tarbiyah! =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...