Monday, January 31, 2011

Sharing is Loving


Sunday, January 30, 2011

sgt indah bagiku..=))

kesenangan kita berada dalam IMAN...
penyejuk hati kita berada dalam SOLAT...
keselamatan kalbu kita berada dalam REDHA...
keteduhan perasaan kita berada dalam sifat QANAAH...
sesungguhnya kecantikan wajah kita berada dalam SENYUMAN..
terpeliharanya kehormatan kita berada dalam HIJAB...
dan ketenangan hati kita terletak pada ZIKIR...
(\/)
(. .)
c(")('')~ ♥ ♥ ♥



p/s: dari seorg sahabat...memberi erti pada diri..moga menjadi kekuatan n semangat untuk terus istiqamah mencari redhaNya..amin..

DATO' SERI, MARI BACA !




Assalamualaikum Dato' Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH, Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun, sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin, dalam ruang demokrasi, tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato' Seri. Dato' Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini, menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).
Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. 'Singgah' di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya kini.

Tidaklah pula saya katakan, yang saya lebih tahu daripada Dato' Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan, saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari, makan, tidur, 'menelan' buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato' Seri, untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak,seorang remaja. Mungkin Dato' Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato' Seri yang InsyaALLAH, kelak, kamilah yang akan membuang undi!


Dato' Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. "Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat", begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini, percaya bahawa, setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato' Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato' Seri, kiranya jawapan Dato' Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato' Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato' Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato' Seri.

ANAK MUDA ! KAU TUNGGU APA?

Saya tiada perkataan apa mahu tambah, mahu betul-betul setuju. Baca di bawah ini. :
                                   *************************************************************
Di sebuah negara di utara Afrika, yang mana kebebasan media dan rakyat disekat oleh kerajaan diktator yang sudah memerintah lebih 23 tahun, muncul cerita seorang anak muda yang gigih mencari sesuap nasi.
Kadar pengangguran kian meningkat seiring harga barangan yang melambung mendadak, ramai graduan yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan cuba mencari rezeki dengan usaha sendiri.
Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.
Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.
Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-
Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan  saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan.
17 Disember 2010, Bouazizi telah membakar dirinya dengan satu tin minyak petrol. Seterusnya beliau dikejarkan ke hospital di ibu negara Tunis dan bertahan sehingga 4 Januari 2011, dan disahkan meninggal dunia.
Apakah kesan daripada tragedi Bouazizi membakar diri ini?
Sebenarnya setin petrol itu jugalah, yang telah membakar kemarahan seluruh rakyat Tunisia kepada presiden dan isterinya, Ben Ali dan Leila Trabelsi yang selama 23 tahun telah menyalahgunakan wang rakyat.
Kerajaan Tunisia cuba mengawal kerosakan yang berlaku, dengan menurunkan harga barang-barang keperluan, selain janji Presiden Ben Ali untuk tidak lagi bertanding pada pilihanraya presiden yang dijadualkan pada 2014.

Mewakili Tunisia dalam persidangan utama, walaupun tidak dilantik. Serupa macam Rosmah.
Namun, segalanya sudah terlambat, beribu-ribu rakyat semakin membanjiri kawasan pejabat kerajaan dan di tengah-tengah kekalutan itu, Ben Ali dan Laila lari dari Tunisia, bercadang untuk ke Perancis, namun terpaksa bertukar haluan ke Arab Saudi yang sudi menerima Ben Ali, sama seperti kisah Idi Amin beberapa tahun dahulu.

Kebangkitan anak muda Tunisia. Kita kelihatan masih leka, penuh hedonisme. Buktikan saya salah.









Kini, Tunisia sedang melalui siri-siri perubahan politik yang pastinya menyakitkan, namun dengan rakyat sebagai pembuat keputusan utama.

Pasangan NR, Najib dan Rosmah.





Pertama:- Jika Tunisia ada Ben Ali dan Leila,Malaysia ada Najib dan Rosmah. Kedua-duanya menyeleweng dana negara pada kadar yang amat besar. Juga, isteri mereka memainkan peranan yang giat sebagai Wanita Pertama, dan kerap kali mewakili negaradalam mesyuarat-mesyuarat penting.

Mangsa kekejaman dan kerakusan sesetengah anggota Polis.

Kedua:- Jika Tunisia punya insan berani seperti Bouazizi, kita ada Teoh Beng Hock, dan Aminulrasyid Amzah yang telah terkorban kerana tindakan tidak adil pihak penguasa undang-undang. Bezanya, kita belum lagi cukup berani untuk menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan.
Ketiga:- Penguasa Tunisia menghalang para graduan dan usahawan muda daripada berniaga, dan meletakkan pelbagai peraturan permit yang rumit. Sedangkan perniagaan milik pendatang asing dibiarkan sahaja.

Larangan berniaga oleh Majlis Perbandaran Kajang. Apa benda ini? Pakatan Rakyat sila peka.
Cukup banyak persamaan kita di Malaysia dengan Tunisia rupanya. Cuma di mata kita sekarang, kelihatan negara kita seolah-olah lebih demokratik dan liberal, padahal hakikatnya sama sahaja.


Kita pandang ke arah pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan,ramai yakin bahawa ianya bakal menjadi pilihanraya paling sengit, di mana peluang antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menang dan membentuk kerajaan adalah seimbang.


Betul ke peluang seimbang? Kita periksa faktor-faktor yang menentukan peluang kemenangan dalam pilihanraya:-


Ambil contoh laporan Kosmo, nampaknya awal-awal ditulis Beng Hock jatuh! Boleh percaya ka?

Kebebasan media: TV, Radio dan akhbar dimiliki oleh kelompok-kelompok yang rapat dengan Barisan Nasional. Permit radio dan TV tidak dibenarkan bagi parti pembangkang.
Pengadil pilihanraya: SPR Malaysia, kerap kali dilihat berat sebelah dan memberikan kelebihan kepada BN, perkara ini kelihatan setiap kali pilihanraya kecil. Penetapan hari pilihanraya, kerap kali bagi memberi keselesaan kepada calon dan pemimpin BN.
Institusi pentadbiran kerajaan:Jentera pentadbiran kerajaan persekutuan, semuanya digerakkan bagi membantu kempen Barisan Nasional. Staf-staf kerajaan juga berat sebelah dan tidak cekap, kerana dipilih berdasarkan kesetiaan mematuhi perintah kerajaan, bukannya kerana rekod yang cemerlang. Contoh terbaik, Khusrin Munawi, SUK Selangor yang baharu, yang tunggang langgang bahasa Inggerisnya.

Ayat popular anak muda kita.




Kesedaran generasi muda:Budaya hedonisme menyebabkan golongan muda jauh daripada perhatian terhadap isu-isu penting negara. Kerap kali, walau apa yang berlaku, hanya satu perkataan terpacul di mulut mereka. “Whateverrrrr!”. Barang naik, kerja tak ada, gaji tak cukup, pun tak mengapa.

Kepada yang bermimpi dan amat yakin dengan kemungkinan Pakatan Rakyat untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke-13, ingatlah pesan daripada Presiden UMNO, Najib Razak:-
“Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji BN.Walau berkecai tulang dan juga badan… walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan,”
Najib Razak, Perhimpunan Agung UMNO 2010. (Petikan UMNO Online)


Pesan daripada seorang bakal diktator. Kita lawan, pastikan dia berundur!

Sunday, January 23, 2011

Pahala yang tidak diterima oleh Allah SWT

www.news-all.com (138).JPG

Ibnu Mubarak menceritakan bahwa Khalid bin Ma’dan berkata kepada Mu’adz, “Mohon Tuan ceritakan hadits Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam yang Tuan hafal dan yang Tuan anggap paling berkesan. Hadits manakah menurut Tuan?
Jawab Mu’adz, “Baiklah, akan kuceritakan.”

Selanjutnya, sebelum bercerita, beliau pun menangis. Beliau berkata, “Hmm, Betapa rindunya diriku pada Rasulullah, ingin rasanya diriku segera bertemu dengan beliau.”

Kata beliau selanjutnya, “Tatkala aku menghadap Rasulullah sallAllahu ‘alayhi wasallam, beliau menunggang unta dan menyuruhku agar naik di belakang beliau. Kemudian berangkatlah kami dengan berkendaraan unta itu.

Selanjutnya beliau menengadah ke langit dan bersabda:
Puji syukur ke hadirat Allah Yang Berkehendak atas makhluk-Nya, ya Mu’adz!
Jawabku, “Ya Sayyidi l-Mursalin”

Beliau kemudian berkata, ‘Sekarang aku akan mengisahkan satu cerita kepadamu. Apabila engkau menghafalnya, cerita itu akan sangat berguna bagimu. Tetapi jika kau menganggapnya remeh, maka kelak di hadapan Allah, engkau pun tidak akan mempunyai hujjah (argumen).

Hai Mu’adz! Sebelum menciptakan langit dan bumi, Allah telah menciptakan tujuh malaikat. Pada setiap langit terdapat seorang malaikat penjaga pintunya. Setiap pintu langit dijaga oleh seorang malaikat, menurut derajat pintu itu dan keagungannya.

Dengan demikian, malaikat pula-lah yang memelihara amal si hamba. Suatu saat sang Malaikat pencatat membawa amalan sang hamba ke langit dengan kemilau cahaya bak matahari.

Sesampainya pada langit tingkat pertama, malaikat Hafadzah memuji amalan-amalan itu. Tetapi setibanya pada pintu langit pertama, malaikat penjaga berkata kepada malaikat Hafadzah:

“Tamparkan amal ini ke muka pemiliknya. Aku adalah penjaga orang-orang yang suka mengumpat. Aku diperintahkan agar menolak amalan orang yang suka mengumpat. Aku tidak mengizinkan ia melewatiku untuk mencapai langit berikutnya!”


PURDAH - kpd bakal suami/isteri

Kepada Bakal Suami,
Andai purdah menjadi beban, pilihlah yang menampakkan muka. Andai itu lebih menyenangi hatimu.

Andai purdah itu memelihara dirinya sebagai isteri, maka pilihlah yang sudah berpurdah. Usah dipaksa mereka yang tidak mahu berpurdah untuk berpurdah, bimbang keikhlasan tercalar.

Kepada Bakal Isteri,
Andai purdah menjadi pakaianmu, pilihlah lelaki yang tahu menghormati isteri, memuliakan dikau sesuai dengan malu yang ada pada dirimu.

Andai purdah itu membebankanmu, pilihlah suami yang suka kau memperlihatkan wajahmu. Kerana lelaki soleh yang kau sukai itu tidak mahu dirimu menjadi perhatian umum. Oleh itu, jika bakal suamimu menyuruhmu berpurdah, jika kau tidak mahu maka pilihlah lelaki yang lain.

~SrikandiUmar~


Thursday, January 20, 2011

DOA HADAPI UJIAN NAFSU


Ya ALLAH...
Engkau yang menciptakan diriku..
Engkau tahu tentang kelemahanku...
Engkau tahu betapa nafsuku sentiasa bergelora..
Iblis dan syaitan yang sentiasa mengintai kelemahanku
Justeru itu,,,
Berilah kekuatan kepadaku,,
Sepertimana Engkau telah berikan pada Yusuf
untuk menghadapi isteri Al-Aziz..
bantulah aku untuk menghadapi ujian gelojak nafsu keremajaan ini..
bantulah aku untuk melentur nafsuku..
supaya sentiasa taat kepadaMu...

Ya ALLAH...
rahmatMu seluas angkasa raya..
keampunanMu mendahului azabMU..
kasihMu lebih daripada kasih seorang ibu..
limpahkanlah kasihsayangMu kepadaku,,

Ya ALLAH...
Penuhkan hatiku dengan cintaMU..
Cinta kepada RasulMU...
Cinta untuk masuk ke syurgaMu..

Amin,,,
YA RAABAL ‘ALAMIN,,,

FAEDAH CINTA SEBELUM KAHWIN





·        Hilang tumpuan belajar
·        Gagal dalam peperiksaan
·        Tidak cemerlang dalam kuliyah
·        Prestasi yang tidak baik dalam pelajaran atau kerja
·        Hilang ilmu-ilmu yang dipelajari
·       Kekecewaan dan kegagalan
·        Keluh kesah dan tidak tenang
·       Sentiasa dalam kesedihan
·       Penuh dendam dan hasad dengki
·        Cemburu yang tidak kena pada tempat
·        Gelisah berpanjangan
·       Menjadi mangsa penipuan dan pengkhianatan
·        Sentiasa makan hati berulam jantung

TIPS MENJAUHI CINTA

Tips Mengelak Diri Daripada Terjebak Dengan Cinta

1.      Katakan TIDAK !! pada CINTA.
2.      Katakan, “CINTA” itu maksiat dan dosa.
3.      Katakan, “CINTA” itu menjatuhkan maruah.
4.      Oleh itu, jangan berbincang tentang CINTA.. tiada faedah!
5.      Oleh itu, jangan berkawan dengan orang yang dilamun cinta nanti terpengaruh..
6.      Jangan membuka ruang diri untuk bercinta atau dicintai.
7.      BILA perasaan terlonjak-lonjak utnuk bercinta, beristighfarlah mohon keampunan, mohon kekuatan menghadapi ujian.
8.      BILA berhadapan dengan panggilan CINTA, bisikkan pada diri “ini adalah hasutan syaitan!!”.
9.      BILA ada orang melafazkan CINTA, katakan, “aku takut pada larangan ALLAH SWT!!”.
10.  INGATLAH..orang yang didesak oleh perasaannya untuk bercinta, tapi dia melawan perasaannya, iman dan hatinya sedang di uji oleh Allah, supaya Allah melihat bagaimana hamba-hambanya berusaha mentaatiNYA..
11.  INGATLAH...orang yang tinggi maruahnya tidak akan bercinta kecuali dengan pasangan hidupnya yang sah nanti selepas ijab dan kabul.
12.  INGATLAH...cinta remaja tidak kesampaian. Jika sampai ke jinjang pelamin.. ia menjadi hambar...



~Allah Pemilik segala CINTA~

ANAK ZINA ??

KISAH BENAR :
Mengapa Aku Dilahirkan Begini..

Suatu petang..ada seorang remaja perempuan datang berjumpa saya tanpa temujanji terlebih dahulu. Pakaian amat sopan. Bertudung bulat dan wajahnya putih bersih. Dia bertanya berbagai-bagai persoalan agama. Saya menjawab sekadar yang saya tahu.
Dia bertanya : apa hukum anak zina??
Saya katakan : anak zina tidak bersalah apa-apa. Yang bersalah ibubapanya. Anak zina tidak menanggung apa-apa dosa perbuatan ibubapanya.
Dia bertanya lagi : apakah hubungan anak zina dengan bapanya ??
Saya katakan : Islam tidak mengiktiraf hubungan darah antara anak zina dengan bapanya. Bahkan bapa itu boleh berkahwin dengan anak zinanya..
Remaja itu terus bertanya : kalau begitu anak zina itu bukan muhrim ??
Saya menjawab : ya. Anak itu tidak bolah mendedahkan auratnya kepada bapa (zina) walaupun di dalam rumah, tidak boleh bersalaman. Apatah lagi mengucup tangannya..
Tiba-tiba remaja itu tunduk dan menangis semahu-mahunya. Sesiapa yang melihat pasti akan turut menangis bersama-samanya. Dengan sedikit kekuatan dia mengangkat kepalanya. Saya adalah anak zina !!!
Saya cuba tenangkan perasaannya.. adakah kamu pasti? Dia menjawab : ya, saya terdengar dari sebelah bilik di rumah saya. makcik bertangkar dengan mak  dan ayah pada malam itu. Dalam keadaan marah dan tegang, makcik menjerit, kamu jangan nak tunjuk baik, warak,.. kaklong tu (dirinya) adalah anak zina!!
Apabila saya mendengar kalimah itu, saya rasaka dunia ini gelap gelita. Saya menangis semahu-mahunya. Mengapa ayah dan mak lakukan begitu? Alhamdulillah..Allah masih sayangkan saya.. saya masih hidup. Sudah kering airmata. Saya tidak dapat mengubah sejarah yang telah berlaku. Ayah dan ibu yang saya kenali adalah orang yang baik, tidak pernah mengabaikan solat dan puasa,.bahkan mereka berdua amat penyayang, ambil berat pendidikan agama anak-anak. Saya tidak percaya mereka dahulu pernah terlanjur. Inilah yang terpaksa saya tanggung sepanjang hayat saya. saya adalah anak zina..
Dia terus menangis dan menangis. Airmata belum dapat menggambarkan luka sebenar hatinya...


Ambillah iktibar. Janganlah menjadi ibu dan bapa kepada anak zina. Kesihanilah zuriat kita. Janganlah anak yang berdosa  menanggung keaiban ibubapa mereka. Mereka tidak mahu dilahirkan sebagai anak zina. Oleh itu, janganlah hampiri zina!!


By Shopuan Anuar bin Ahmad
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral
Jabatan Pelajaran selangor, shah alam selangor

----> CINTA vs ZINA <----

Sekadar perkongsian dan pesanan...
Buat panduan, pedoman dan teladan....
Sebuah buku kecil yg memberi erti pada diri yang jauh lebih kecil...
*************************************************************
By Shopuan Anuar bin Ahmad
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral
Jabatan Pelajaran selangor, shah alam selangor

*************************************************************
JANGAN HAMPIRI ZINA
Baca...Fahami...Hayati...

Firman Allah :
“Janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan).”
(AL-ISRA’ : 32)

KAMI TIDAK BERZINA!
Maaf, saya tidak menuduh kamu berzina tetapi kamu menghampiri zina..

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum2....adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus kamu ke lembah perzinaan..

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu..
Hari ini,ya...tetapi esok mungkin kamu kecundang..kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya..iblis dan syaitan akan memerangkap kamu..sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman.. tipu daya iblis amat halus..dia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa..jangan pula lupa sejarah! Siapalah kita dibandingkan dgn Adam dan Hawa?? Iblis amat licik..pengalamannya banyak. Dia ada lebih 1001 cara. Ingatlah pesanan Rasulullah Saw :
“janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan”. (Riwayat Tabrani)..
Apabila berduaan antara lelaki dan perempuan, syaitan akan menghembus perasaan berahi. Perasaan ketika itu sukar hendak dikawal..pintu perzinaan pun terbuka. Desakan nafsu semakin kuat. Iblis riang gembira melihat mangsa godaannya yang hampir terpedaya.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus pada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms saja. Xpernah bersua muka pon!
Betul..itu adalah salah satu bentuk yang dimaksudkan dgn menghampiri zina. Memang pada awalnya mereka tidak bersua muka, tp perasaan mereka pasti bergelora.. lambat launnya, desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret mereka pada satu pertemuan. Ingat, pertemuan pertama yang indah itu tidak akan terhenti di situ saja.. percayalah, ia pasti berlanjutan dan berterusan.. tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??
Takkan nak berbual-bual pon xboleh?? Itu pon berzina jugak ke??
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya..ada zina betul..ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan..ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dengan perasaan berahi.. begitu juga melihat auratnya itu juga dikira zina mata.. ada satu lagi zina iaitu zina hati..ia berkhayal dgn berahi bersama kekasihnya..alangkah jelasnya sabda Rasulullah SAW :
”kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh..kedua-dua kaki juga berzina,dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat pertemuan)..mulut juga berzina,dan zinanya ialah ciuman” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan, lorong, dan pintu menuju kepada perzinaan amat banyak.. Tutuplah dengan rapat mana-mana pintu atau jalan yang boleh membawa kepada perzinaan.

Sunday, January 16, 2011

hukum dgr lagu rihanna n lady gaga??

assalamualaikum wbt...

okey...entri nih sy buat khas utk org yg search pasal tajuk kat atas nih lam search keywords blog sy nih...huhu xtaw la sape...hmm..sy hargai sbb anda ingin tahu hukumnya,...,sy sebenarnya bukanlah seorg ustazah ataupun pendakwah atau org2 alim yg mngetahui n boleh meletakkan hukum pada sesuatu perkara..tp bagi saya la,,.hukumnya HARAM pada orang islam..haram jika anda bukan non-muslim...sape2 yg bpengetahuan sila betolkan sy andai pndapat2 sy berikutnya salah..

haram kerana?

* anda sudah mengetahui bahawa mereka berdua adalah ahli freemason atau iluminati yg semakin femes n berani menonjolkan diri sekarang..tanpa berselindung mnyelitkan unsur2 iluminati/freemason atau lebih teruk bunyinyer unsur2 penyembahan dajal dalam klip2 videonya..

* jika yg demikian, lirik2 lagu mereka sudah pasti menceritakan ttg apa yg mereka agung2kan dlm kepercayaan mereka..mugkin kamu tertipu dgn liriknya yg mungkin kedengarannya seperti ditujukan pada kekasih hati..oh..kasihan..kamu mmg silap besar jika ade pemikiran begitu..kerana mereka secara halus akan menyesatkan pendengar mereka dgn lagu2 n lirik2nya yg mmg bukan ditujukan pada manusia...fikirkan apa kesannya pada hati kamu andai kamu begitu asyik mendengar lagu2 mereka n terkadang ada yg menghafal lirik2nya n mengingati n mengulang2 dlm nyanyian...astagfirullahalazim..moga Allah mngampunkan kita semua,..bertaubatlah n mengucap kalimah syahadah semula andai kamu tergolong dlm golongan itu..

* sebab lain...jika kamu lelaki,ianya memang haram..sudah jelas haramnya kerana suara wanita adalah aurat bagi kamu...jika kamu mengetahui..mahukah kamu di curahkan timah panas ke telingamu kelak hanya kerana mendengar lagu2 dari penyanyi wanita? kalau kamu mahu..silakan...suara wanita ajnabi bagi seorg lelaki ajnabi hukumnya haram lebih2 nyanyian xkira la nyanyiam dari org kafir ataupun penyanyi islam sdri...

* jika kamu wanita, hukumnya juga haram kerana lagu mereka mmg jelas sesat n tidak memenuhi ciri2 musik yg dibenarkan dalam islam..lagu2 yg mengagungkan makhluk bukankah ianya haram?? lagu2 yg melalaikan kamu n meggelapkan hati kamu adakah dibenarkan dalam islam?? lagu2 yg melupakan kamu pada Allah swt adakah dibolehkan??

* hiburan yg dibolehkan dlm islam bukanlah seperti yg kita lihat di sekeliling kita sekarang..perhatikanlah sekeliling anda,,,adakah itu dibenarkan dalam islam?? pada sy tidak sama sekali..hiburan yg melibatkan percampuran antara lelaki n wanita= HARAM.hiburan yg mengeluarkan belanja yg besar/mbazir=HARAM.. hiburan dari wanita2=HARAM..hiburan yg memuji2 makhluk melebihi ALLAH n melalaikan n terdapat unsur2 kemunafikan=HARAM...hiburan yg disertai tarian2 = HARAM...hiburan menggunakan alat2 musik bertali=HARAM...


okey...da cukup rasanya penjelasan atau pendapat daripada sy ttg persoalan ini...bila mendengarnya sudah jelas HARAM, maka melihat video klip lagu2 mereka lagilah HARAM..as a conclusion, xpayah dengar n xpayah tgk..bukan saja lagu mereka berdua tp semua hiburan yg menyesatkan umat Muhammad SAW...jika sy salah sila betolkan..moga Allah swt mengampuni dosa2 sy kerna dulu sy juga pernah tlibat dgn lagu2/hiburan2 yg menyesatkan ini...astagfirullahalazim...masih belum terlambat utk kita pulang pada jalanNya,,Allah Maha Menerima Taubat..dan Allah menyukai org2 yg bertaubat...sesungguhnya hanya kepada ALLAH sebaik2 tempat kembali...wassalam...=)

Sunday, January 09, 2011

Petua Mencari Lelaki Yang Baik?

by Abu Hanifah on Sunday, January 9, 2011 at 2:23pm

 


1. Yang berkemampuan.


2. Boleh dijadikan sebagai ganti ayah bonda.

Sanggup melindungi wanita daripada segala bahaya dan kecelakaan yang menimpa kerana apabila seorang wanita rela dinikahi, bererti ia rela melepaskan dirinya daripada ayah bonda yang selama ini menjadi tempat pergantungan hidup.
Kini berpindah kepada lelaki yang bakal menjadi suaminya.


3. Pandai menjaga darjat diri; apabila bercakap dikota dan diamalkan.

Selain daripada itu suami yang baik akan sentiasa mengajak isteri ke arah kebaikan, menjauhkan yang mungkar dan mendahului perbuatan itu.Begitu juga isteri yang baik.Seringkali la mengajak suami kearah kebaikan dan sering mengingatkan.Kerana ada ketika suami2 ini terlalai.


4. Berkebolehan di dalam urusan rumahtangga.

Kebolehan memasak, menjahit juga membasuh akan membantu kerana lelaki yang biasa membuat kerja begini, tidak akan membebankan isterinya membuat kerja rumah sekiranya isteri tiada kemampuan.


5. Mempunyai penuh kepercayaan kepada perempuan dan tidak mudah bersangka buruk.

Biasanya apabila suami bertugas mencari nafkah maka isteri akan menjaga segala amanah harta dan anak di rumah.Sekiranya suami tidak mempunyai kepercayaan kepada isteri, ini bererti suami akan sentiasa menyangka buruk.Begitu juga isteri jangan menaruh sebarang syak wasangka yang buruk terhadap suami.


6. Rajin, berpemikiran luas dan tidak memakan harta perempuan.

Lelaki begini adalah ciri-ciri lelaki yang tidak pemalas, inginkan kemajuan serta tidak mengharapkan titik peluh isteri.

7. Mudah memaafkan.

8. Datang daripada keturunan orang yang baik-baik.

Seelok-eloknya, mempunyai akhlak dan budi bahasa mulia.

Friday, January 07, 2011

3 Asas utama menjadikan ilmu memberi manfaat

www.news-all.com (134).JPG


Diceritakan dalam suatu riwayat bahwa dahulu pada masa kaum Bani Israil terdapat seorang lelaki punya 80 buah peti yang penuh dengan kitab-kitab ilmu yang telah dibacanya, namun ia tidak beroleh manfaat dari ilmunya.

Allah pun menurunkan wahyu kepada Nabi-nya untuk menyampaikan kepada lelaki tersebut: “Meskipun engkau mengumpulkan ilmu yang banyak, niscaya ilmu itu tidak akan memberi manfaat bagimu, kecuali jika engkau mengerjakan tiga hal berikut:


Jangan engkau mencintai dunia, karena dunia bukan tempat orang-orang beriman menerima pahala-Nya;

Jangan berteman dengan setan, karena setan bukan teman orang-orang beriman;

Jangan mengganggu seseorang, karena mengganggu orang lain bukanlah pekerjaan orang-orang yang beriman.”




———————————————————–

Sumber : Terjemahan Kitab Nashaihul ’Ibaad – Menjadi Santun dan Bijak
http://irdy74.multiply.com/journal/item/190



p/s: ilmu tanpa amal tiada gunanya walaupun ilmu setinggi gunung everest..huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...