http://salafus-sholih.blogspot.com/2010/12/drama-filem-dan-wayang.html
Drama, filem dan wayang
Pada hari ini, hampir mustahil untuk berjumpa dengan isi rumah yang tidak punya sekurang-kurangnya sebuah televisyen (TV). Penggunaan TV telah dibahas panjang oleh para ulama, dan tidak perlu rasanya untuk menghurai secara lanjut. Cukuplah kita fokus kepada pendapat yang paling ringan, yakni mengatakan penggunaan TV adalah HARUS. Semua sedia maklum bahawa alat teknologi ini sekadar bertindak sebagai suatu alat pengarahan dan hiburan, maka hal-ehwal setiap alat ini boleh dilihat sama ada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Ia ibarat pedang, ditangan mujahid ia digunakan untuk berjihad manakala ditangan perompak pula digunakan untuk kejahatan.
Ini yang disokong oleh ulama kontemporari, Syeikh Yusof Qaradhawi menerusi bukunya, Al-Halal Wal Haram Fil Islam. Namun pandangannya itu juga disertai dengan beberapa SYARAT yang perlu dipatuhi. Tetapi amat malang sekali, umat Islam kini mengambil kesempatan terlampau mengambil mudah dalam soal ini sehingga meringan-ringankan syarat yang ditetapkan. Kita mahu berbincang dan bertanyalah kepada diri sendiri, sejauh manakah kita mematuhi syarat yang ditetapkan di mana penggunaannya dilakukan dalam kerangka yang dikatakan harus, tidak berubah kepada haram?
Penayangan aurat
Sudah menjadi lumrah, setiap rancangan di TV pasti tidak terlepas daripada menunjukkan pendedahan aurat. Ini termasuklah slot iklan, rancangan berita sekalipun, malah rancangan yang dicanang-canangkan sebagai ‘drama islamik’ juga tidak terlepas dalam soal ini. Apakah dibolehkan untuk menonton pendedah aurat ini? Menurut fatwa ulama al-Azhar, hukum melihat aurat di kaca TV adalah DIHARUSKAN dan ini disokong juga oleh fatwa lajnah ulama Kuwait. Namun, ianya disyaratkan tidak mengandungi elemen berlebih-lebihan sehingga merangsang nafsu. Kita kira dengan mengambil pandangan para ulama ini, adalah tidak muktamad lagi kerana turut disertai dengan syarat lanjut. Kita akan terus bincang dengan lebih teliti.
Elemen maksiat
Adegan merokok, minum arak, pergaulan bebas, dan lain-lain lagi sering dijadikan selitan sebagai pelengkap suatu rancangan drama dan filem. Walaupun sesetengah plot mempamerkan pengajaran namun kebanyakan plot lagi mempromosikan secara langsung kemaksiatan tesebut. Lihatlah lambakan filem Hollywood tidak kira genre aksi, seram, cinta mahupun lain-lain, pasti akan mempamer gaya hidup sosial mereka. Drama korea yang digilai oleh majoriti kaum wanita pula penuh dengan ketaksuban kisah cinta. Tidak banyak pengajaran terkandung melainkan mempromosikan sebuah kasih sayang antara seorang lelaki dan perempuan yang belum berkahwin, ditambah dengan plot konflik yang melanda mereka dan akhirnya diakhiri dengan kejayaan penyatuan mereka di penghujungnya (Adakah SEKS?). Mudah bukan jalan ceritanya yang kini boleh dihafal skrip oleh budak sekolah rendah sekali pun.
Merangsang nafsu
Tak perlu nak dihurai panjang juga, kerana sudah dihuraikan dalam artikel 'lelaki dan blue' sebelum ini. Semua orang pasti tahu wanita sering dieksploitasi untuk tujuan meningkatkan rating drama atau filem mereka. Adegan-adegan jijik wajib untuk diselitkan dalam setiap filem Hollywood. Paling tidak pun, drama dari jepun sering menjaja seorang watak heroin berwajah menggoda. Nah, tanyalah diri anda sejujurnya, mampukah anda mengawal nafsu melihat filem atau drama sebegini? Tidak ternaikkah sedikut pun nafsu seketika watak tersebut beraksi? Dan kaum wanita juga tidak terlepas. Tidak perlu menipu diri, masakan gambar Ikuta Toma dijadikan gambar profile di facebook, huh?
Campuran lelaki dan perempuan
Tidak cukup menonton TV di rumah, sudah menjadi trend kini untuk masyarakat kita menonton wayang. Menonton wayang umpama gaya ‘menonton TV’ secara berskala besar, yakni menonton secara beramai-ramai. Maka keadaan sekeliling turut memainkan peranan dalam menentukan hukumnya. Sebagai tambahan daripada syarat yang dibincangkan tadi, Syeikh Yusof Qaradhawi menambah, perlu elak dari bergaul di antara lelaki dan perempuan ajnabi dan lebih-lebih lagi menonton di dalam keadaan gelap! Apabila melihat fenomena menonton wayang pada hari ini, apakah anda masih berfikir ianya dalam kerangka syarat yang ditetapkan?
-------
Sudah tiba masanya kita semak kembali penggunaan TV dan wayang oleh kita sendiri. Kita bukan menyuruh anda untuk mencampak TV ke sungai, tetapi tidak mahu menjadikan teknologi sebagai pemudah cara untuk melakukan dosa-dosa besar yang lain. Jadi, sudah menjadi satu keperluan untuk setiap orang mempunyai suatu ‘filter’ yang mampu bertindak memilih rancangan yang mampu memanfaat diri dan membuang rancangan yang membawa kemudaratan. Ini yang ditekankan oleh Syeikh Yusof Qaradhawi lagi,
“Setiap insan itu adalah ibarat mufti bagi dirinya sendiri. Ia berupaya menutup pintu keburukan dan kerosakan terhadap dirinya. Jika tidak berupaya menghalang dirinya, maka lebih baik tidak terjebak dengan sistem yang bakal membuka pintu kejahatan!”
P/s: huhuu....hepi sgt2 da ada da entri psl drama,criter,tv,movie,n wayang nih....da lama sgt da nk buat post pasal nih..tp xde mase nk research n mnulis..suka sgt entry dari blog jalan shalafus sholih..sy xsuka tgk tv...benci tgk org2 yg blakon..idup xde arah tuju...mngikut haluan nafsu sdiri..mjadi boneka...hanya mgikut sgale ape yg disuruh wlpun tpaksa dedah semua..blakon blagak alim dan mcm2 lagi adegan n plakuan2 bodoh dan hina...kdg2 agama seolah2 mjadi sindiran...crita2 munafik diolah dilakon oleh org2 fasik...yakin rezeki yg dperoleh halal hasil lakonan,terbitan,arahan...sedih...yg mnonton lagi la kesian sanggup mgadap tv berjam2 lamanya tiap2 hari sampai beratus2 episod...pelik btol la...naper baca buku agama or baca al-quran xsampai 5 minit pon?? ok ni sy nk attch skali lah pngakuan lelaki yg komen kt post ni d blog jalan shalafus sholih..moga jdi pngajaran utk kita semua insan hina lgi dhaif.. wassalam...
lelaki 1 - Saya dah 5 tahun x tgk TV. Ternyata minda saya lebih tajam & cergas. Bg saya tv ini adalah haram kerana terlalu bnyk sampah & kita sebg org biasa tiada kuasa untuk menentukan apa yg tv akan hidangkan pada kita. Menteri pun x bole diharap untuk pantau siaran tv & buat saringan. Prof. Diraja Ungku Aziz pernah sebut '70% program tv adalah sampah'. Ibarat makan McD setiap hari apa akan jadi pada badan kita? Begitu jugalah minda kita dah jadi korup & bnyk perkara buruk menjadi kebiasaan. kalo kaji topik social engineering TV ni adalah weapon of mass destruction. Ada org kata 'saya cuma ambil pengajaran yg elok & buang yg tidak elok. Tapi adakah itu berkesan? Bnyk org melihat pada micro scale effect yg bersifat individu. Bagaimana pula dgn macro scale effect pada masyarakat? tgk le kadar perceraian & kes buang anak, juga kes2 jenayah. Anyway selamat tahun baru semua. Harap2nya bulan 9 nnti kita nampak pengurangan kes anak luar nikah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
lelaki 2 - TV dan duniaku memang tidak lari. Kadangkala aku rasa seronok melihat tv tambah2 lagi pasang astro.
Antara iman dan nafsu, aku salu pilih nafsu, menonton tv sampai kerja lain x buat. Aku x habis lagi baca terjemahan Quran sampai betul2 faham apa yang aku baca tapi aku terus menonton tv. Sebab apa tonton tv? Tengok berita, lawak.. bila tengok cerita berita kat tv.. dah abis tetiba ada citer best, terus layan sampai abis...
Persoalannya... adakah penting tv buat diriku? sedangkan aku tidak tahu apa kandungan Quran... pentingkah tv dalam hidupku senangkan Allah dah beri aku Quran untuk jadikan panduan hidup untuk aku berjaya dunia akhirat...
Dari menonton tv, walaupun bukan cerita blue, bisikan syaitan bermula, bila melihat cerita yang bercorak kekeluargaan walaupun cerita Melayu, bila melihat perempuan cantik apatah lagi tidak menutup aurat dengan sempurna dan bersuara merdu, nafsuku berporantakan, jarum syaitan pun bermula.
Aku x suka tv sebenarnya, aku x suka tp bila ada media ini aku terhanyut...
Betul, mukaddimah dosa banyak bermula dengan tv, sedangkan channel tv9, astro oasis pun ada cerita yang tidak menutup aurat...
Bila media dikuasai oleh orang munafik... hanya 1-3% kandungan yang betul Islam.. yang lain.. ????
Pengakuanku...seorang lelaki..
Antara iman dan nafsu, aku salu pilih nafsu, menonton tv sampai kerja lain x buat. Aku x habis lagi baca terjemahan Quran sampai betul2 faham apa yang aku baca tapi aku terus menonton tv. Sebab apa tonton tv? Tengok berita, lawak.. bila tengok cerita berita kat tv.. dah abis tetiba ada citer best, terus layan sampai abis...
Persoalannya... adakah penting tv buat diriku? sedangkan aku tidak tahu apa kandungan Quran... pentingkah tv dalam hidupku senangkan Allah dah beri aku Quran untuk jadikan panduan hidup untuk aku berjaya dunia akhirat...
Dari menonton tv, walaupun bukan cerita blue, bisikan syaitan bermula, bila melihat cerita yang bercorak kekeluargaan walaupun cerita Melayu, bila melihat perempuan cantik apatah lagi tidak menutup aurat dengan sempurna dan bersuara merdu, nafsuku berporantakan, jarum syaitan pun bermula.
Aku x suka tv sebenarnya, aku x suka tp bila ada media ini aku terhanyut...
Betul, mukaddimah dosa banyak bermula dengan tv, sedangkan channel tv9, astro oasis pun ada cerita yang tidak menutup aurat...
Bila media dikuasai oleh orang munafik... hanya 1-3% kandungan yang betul Islam.. yang lain.. ????
Pengakuanku...seorang lelaki..
aku benci tgk tv...tp seringkali aku tpaksa mgadap jugak bila tv dpasang di rumah..arghh..xkanla nk lari..bimbg hbngn kekeluargaan tjejas pulak nanti..huhu aku pasrah..
ReplyDeletemedia- alat yahudi yg plg bkesan n mudah utk mnyesatkan org islam..ideologi2 barat n sesat diterap dalam semua channel..klw kamu bijak kamu akan sedar n alert ngn pmainan mereka..tp aku lihat, majoriti masih buta..plg kesian budak2 kecik n org tua..aku benci tgk tv..tlalu byk kburukan n pndustaan..tgkla the arrivals..episod psl cara2 zionis/golongan2 elit masonic mgawal deria n pancaindera manusia..moga kalian fhm...bangunla...da lama sgt kita tido..
mohon share ya kak... hehe
ReplyDeletehehhee..share ler...huuu
ReplyDelete