Saya tiada perkataan apa mahu tambah, mahu betul-betul setuju. Baca di bawah ini. :
*************************************************************
Kadar pengangguran kian meningkat seiring harga barangan yang melambung mendadak, ramai graduan yang tidak mempunyai peluang pekerjaan dan cuba mencari rezeki dengan usaha sendiri.
Mohamed Bouazizi, 26, hidup susah sejak dari kecil, dan rajin menjalankan perniagaan jualan buah-buahan dan sayur-sayuran di jalanan Sidi Bouzid.
Suatu hari, pihak berkuasa telah merampas barang-barang jualan beliau, gara-gara berniaga tanpa lesen. Bukan itu sahaja, Bouazizi turut diludah dan ditampar oleh seorang pegawai penguatkuasa wanita. Beliau berjumpa dengan Gabenor kawasan Sidi Bouzid, namun tidak diendahkan.
Kecewa dan hilang arah tujuan, kerana tidak lagi berdaya membantu keluarga, inilah mesej Facebook terakhir Bouazizi:-
Saya pergi, ibu. Maafkan saya. Mencela dan menyalahkan takkan membantu. Saya tersesat dan itu dari di luar kawalan saya. Maafkan saya jika saya tidak melakukan seperti yang ibu minta saya dan ingkar kepada ibu. Salahkan zaman di mana kita hidup, jangan salahkan saya.Saya sekarang pergi dan tidak akan datang kembali. Perhatikan saya tidak menangis dan tidak ada air mata jatuh dari mata saya. Tidak ada ruang lagi untuk mencela atau menyalahkan dalam zaman pengkhianatan di tanah Rakyat. Saya tidak merasa normal dan tidak dalam keadaan yang betul. Saya pergi, dan meminta yang memimpin perjalanan untuk melupakan.
17 Disember 2010, Bouazizi telah membakar dirinya dengan satu tin minyak petrol. Seterusnya beliau dikejarkan ke hospital di ibu negara Tunis dan bertahan sehingga 4 Januari 2011, dan disahkan meninggal dunia.
Apakah kesan daripada tragedi Bouazizi membakar diri ini?
Kerajaan Tunisia cuba mengawal kerosakan yang berlaku, dengan menurunkan harga barang-barang keperluan, selain janji Presiden Ben Ali untuk tidak lagi bertanding pada pilihanraya presiden yang dijadualkan pada 2014.
Namun, segalanya sudah terlambat, beribu-ribu rakyat semakin membanjiri kawasan pejabat kerajaan dan di tengah-tengah kekalutan itu, Ben Ali dan Laila lari dari Tunisia, bercadang untuk ke Perancis, namun terpaksa bertukar haluan ke Arab Saudi yang sudi menerima Ben Ali, sama seperti kisah Idi Amin beberapa tahun dahulu.
Kini, Tunisia sedang melalui siri-siri perubahan politik yang pastinya menyakitkan, namun dengan rakyat sebagai pembuat keputusan utama.
Pertama:- Jika Tunisia ada Ben Ali dan Leila,Malaysia ada Najib dan Rosmah. Kedua-duanya menyeleweng dana negara pada kadar yang amat besar. Juga, isteri mereka memainkan peranan yang giat sebagai Wanita Pertama, dan kerap kali mewakili negaradalam mesyuarat-mesyuarat penting.
Kedua:- Jika Tunisia punya insan berani seperti Bouazizi, kita ada Teoh Beng Hock, dan Aminulrasyid Amzah yang telah terkorban kerana tindakan tidak adil pihak penguasa undang-undang. Bezanya, kita belum lagi cukup berani untuk menyampaikan mesej jelas kepada kerajaan.
Ketiga:- Penguasa Tunisia menghalang para graduan dan usahawan muda daripada berniaga, dan meletakkan pelbagai peraturan permit yang rumit. Sedangkan perniagaan milik pendatang asing dibiarkan sahaja.
Cukup banyak persamaan kita di Malaysia dengan Tunisia rupanya. Cuma di mata kita sekarang, kelihatan negara kita seolah-olah lebih demokratik dan liberal, padahal hakikatnya sama sahaja.
Kita pandang ke arah pilihan raya umum ke-13 yang bakal diadakan,ramai yakin bahawa ianya bakal menjadi pilihanraya paling sengit, di mana peluang antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk menang dan membentuk kerajaan adalah seimbang.
Betul ke peluang seimbang? Kita periksa faktor-faktor yang menentukan peluang kemenangan dalam pilihanraya:-
Kebebasan media: TV, Radio dan akhbar dimiliki oleh kelompok-kelompok yang rapat dengan Barisan Nasional. Permit radio dan TV tidak dibenarkan bagi parti pembangkang.
Pengadil pilihanraya: SPR Malaysia, kerap kali dilihat berat sebelah dan memberikan kelebihan kepada BN, perkara ini kelihatan setiap kali pilihanraya kecil. Penetapan hari pilihanraya, kerap kali bagi memberi keselesaan kepada calon dan pemimpin BN.
Institusi pentadbiran kerajaan:Jentera pentadbiran kerajaan persekutuan, semuanya digerakkan bagi membantu kempen Barisan Nasional. Staf-staf kerajaan juga berat sebelah dan tidak cekap, kerana dipilih berdasarkan kesetiaan mematuhi perintah kerajaan, bukannya kerana rekod yang cemerlang. Contoh terbaik, Khusrin Munawi, SUK Selangor yang baharu, yang tunggang langgang bahasa Inggerisnya.
Kesedaran generasi muda:Budaya hedonisme menyebabkan golongan muda jauh daripada perhatian terhadap isu-isu penting negara. Kerap kali, walau apa yang berlaku, hanya satu perkataan terpacul di mulut mereka. “Whateverrrrr!”. Barang naik, kerja tak ada, gaji tak cukup, pun tak mengapa.
Kepada yang bermimpi dan amat yakin dengan kemungkinan Pakatan Rakyat untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke-13, ingatlah pesan daripada Presiden UMNO, Najib Razak:-
Najib Razak, Perhimpunan Agung UMNO 2010. (Petikan UMNO Online)
Pesan daripada seorang bakal diktator. Kita lawan, pastikan dia berundur!
No comments:
Post a Comment
berkata benarlah walaupun pahit