menuju cinta Allah swt dan Rasulullah saw..mengecapi kebahagiaan dunia akhirat...
10 SIFAT KEROHANIAN
Showing posts with label IKRAM. Show all posts
Showing posts with label IKRAM. Show all posts
Sunday, August 18, 2013
sumbangan untuk mesir
pokok pangkal
egypt,
ikhwanul muslimin,
IKRAM,
infaq,
mesir,
SATU AQIDAH,
SATU UMAT
Thursday, July 04, 2013
MURSYIDUL AM PAS bersama PERJUANGAN MORSI
Saya melahirkan rasa sedih dan
simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya,
inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah
Mesir.
Saya
menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan
diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan
tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi.
Ini tandanya tentera tidak yakin
dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran
untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan
untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan
panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.
Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti.
Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti.
Sesiapa yang menjawat jawatan
ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu
banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk
melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa
bepaling lagi ke arah mereka.
Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.
Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.
Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!
Doa dan solidariti untuk Mesir.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M
pokok pangkal
dunia ISLAM,
fitnah dunia,
ikhwah,
ikhwanul muslimin,
IKRAM,
konspirasi DAJAL,
mesir,
morsi,
PAS,
PERJUANGAN sang DA'EI,
POLITIK,
SATU AQIDAH,
SATU UMAT
Thursday, June 06, 2013
IKRAM for SYRIA - jom bantu mereka!
pokok pangkal
IKRAM,
infaq,
SATU AQIDAH,
SATU UMAT,
syria
kenapa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat ??
Assalamualaikum wrt wbt...semua oram..
just nak share per yg terbaca di FB ikram siswa uiam gombak tadi.. menarik juga la penulisan ikhwah ni...tak tau la ikhwah mane...sape nak kenal boley la klik link fb dia kat bawah tu...slmt mbaca.. penulisan ni pasai....pasai...pasai paaa nak kena kawin sama jemaah?? perlu ker???
zassssssss~~
*gambar jiwang ini hanya sekadar hiasan saja =P
..............................................................................................................
Pasai pa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat.... hmmm..
“Abang Ismail, saya nak tanya betoi ka ikhwah dan akhawat yang ikut
usrah ni depa akan kahwin dengan sesama ahli jemaah depa saja, tu kan
boleh jadi benda yang bidaah dak pun asobiyyah namanya?” Acu melontarkan
satu soalan cepumas kepada saya.
Lama saya dok termenung dan
dok pikiaq, apa jawapan yang terbaik supaya saya boleh jawab soalan Acu
tu dengan cara yang santai dan mudah difahami. Sebelum saya jawab soalan
Acu, saya cuba tanya apa yang bermain dalam fikiran Acu.
“Akhi, tetiba ja tanya soalan macam tu, dah bersedia ke?
Bukan apa Abang Ismail, sebab ana dok nampak, ramai ikhwah akhawat
kalau depa nak kahwin ja mesti nak cari pasangan yang sesama jemaah,
dulu penah ana ikut satu program daurah baitul Muslim kat sekolah
al-Islah, depan qumah ana, anjuran Anak-anak Ikram negeri Kedah,. Pak
cik yang jadi panel malam tu dia habaq kita digalakkan kahwin sesama
ahli jemaah kita. Jelas Acu.
“Okay, bagus la kalau macam tu
atau Acu tengok ada masalah ka dengannya, maksud abang kahwin sesama
jemaah.” Tanya saya lagi, untuk tahu apa yang sedang bermain dalam
fikiran anak muda yang komited dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiah
ini.
“Bukan apa abang Ismail, ana tengok seolah-olah ada unsur paksaan pulak, bukankah kita sepatutnya bebas memilih?” Jelas Acu.
Berpusing-pusing cari idea nak jawab soalan Acu, teringat satu ketika
dulu saya juga pernah bertanya soalan yang sama kepada naqib usrah tapi
pada masa tu saya sendiri tak brapa nak faham apa yang dijawab oleh
nakib saya hingga akhirnya pengalaman sendirilah yang membuatkan saya
tahu serba sedikit tentang hakikat pembinaan rumahtangga dakwah.
“Hmmm, soalan yang Acu tanya ni, jawapannya mungkin berbeza mengikut
siapa yang jawap dan bergantung kepada situasi orang yang bertanya. Apa
pun, abang akan bagi garis panduan yang mudah-mudah dulu supaya terjawap
persoalan Acu.” Saya memulakan jawapan.
cuba meyusun bicara
sebaik mungkin supaya jawapan yang diberi adalah jawapan yang tidak akan
menyebabkan salah fahamnya menjadi bertambah buruk.
“Perkara
pertama yang perlu abang jelaskan adalah, dalam Islam, tidak ada
halangan untuk kita berkahwin dengan mana-mana wanita dari mana-mana
bangsa atau suku pun, asalkan dia Muslim dan tidak ada halangan lain
seperti belum habis tempoh iddah, bukan adik beradik susu, tidak ada
halangan keras dari ibu bapa, bukan perkahwinan yang akan membawa
mudharat dan sebagainya.”
“Selepas itu, kita lihat garis
panduan yang Nabi berikan iaitu agar kita mencari wanita solehah yang
beragama sebelum melihat kepada ciri-ciri lain seperti cantik rupa
paras, keturunan dan harta dalam hadis yang biasa kita dengar.”
“Beragama ni Acu kena ingat, ukurannya bukan hanya pada tudung labuh,
niqab, tanda sujud di kepala atau wajah yang seakan bercahaya sahaja,
tapi hakikatnya jauh lebih luas.”
“Beragama ni adalah tahu dan
mengamalkan agama, bukan hanya dari segi aurat, tudung dan
kalimah-kalimah Arab atau post islamiknya di fb semata-mata.”
“Huraian tentang pemilihan calon dan sifat-sifat calon yang baik abang
Ismail dah jelaskan panjang lebar dulu, memang kita boleh memilih, tapi
biarlah realistik dan jangan terlalu mendamba kesempurnaan dari
pasangan. Itu asasnya.”
“Okay, jadi berbalik kepada persoalan Acu tadi tu, iaitu mengapa ikhwah kena kahwin dengan akhawat yang satu jemaah sahaja?”
“Sebenarnya, seperti mana yang abang Ismail sebut tadi, dalam Islam,
TIDAK ADA perintah untuk mengahwini akhawat satu jemaah sahaja, IKRAM
kena kahwin dengan IKRAM, HALUAN kena kahwin dengan HALUAN, ISMA kena
kahwin dengan ISMA, PAS kena kahwin dengan PAS. Benda itu setahu abang
Ismail, tidak pernah wujud pun.”
“Jika ada organisasi dakwah
yang mewajibkan dengan unsur paksaan perkahwinan satu jemaah, maka
jelas, itu adalah satu penyimpangan. Ingin berkahwin dengan siapa pun,
pilihan di tangan Acu sendiri.”
“Itu asas dia, harap Acu fahamkan betul-betul, jangan timbul salah sangka pula nanti.”
“Walaupun demikian, dalam perkahwinan, ada aspek praktikal yang perlu
kita lihat dalam pemilihan calon dan aspek praktikal itu ada hubungan
yang amat rapat dengan isu yang Acu timbulkan. Ianya banyak bergantung
kepada sejauh mana Acu beriltizam dengan dakwah dan tarbiah dalam jemaah
yang disertai.”
“Bila Acu beriltizam dengan amal dakwah dan
tarbiah, iltizam itu diharapkan adalah iltizam sepanjang hayat, iaitu
kita ingin menjadikan dakwah dan tarbiah berlandaskan sunnah Rasul
sebagai jalan hidup kita sehingga kita mati.”
“Dengan kata
lain, amal dakwah dan tarbiah ini akan berterusan selepas fasa kita
sebagai pelajar. Ia akan berlanjutan hinggalah ke fasa kita bekerja,
berkahwin, beranak pinak dan hingga mempunyai cucu, dan di sinilah aspek
praktikal itu hadir.”
“Aspek praktikal yang abang Ismail
maksudkan adalah bila suami dan isteri berkongsi jalan dakwah dan
tarbiah yang sama, perancangan keluarga insya-Allah akan jadi kurang
kompleks kerana masing-masing saling memahami tugas masing-masing.”
“Persefahaman adalah antara kunci utama dalam kebahagiaan rumahtangga.
Sinergi suami isteri yang faham dakwah adalah kunci utama untuk
kelangsungan dakwah.”
“Contoh mudah, bila ada program boleh
berpergian bersama-sama, boleh berbincang berkenaan isu-isu yang timbul
dalam jemaah bersama-sama atau berbincang tentang permasalahan umat
Islam, banyak perkara yang boleh dikongsi sehati sejiwa. Banyak perkara
teknikal dalam rumahtangga akan jadi lebih mudah.”
“Kalau suami
keluar berusrah, berprogram dan melaksanakan misi dakwah kepada
masyarakat, isteri di rumah akan lebih memahami dan ada juga masanya
suami terpaksa bertahan di rumah ketika isteri keluar seketika untuk
berusrah dan berdakwah di medannya.”
“Tarbiah anak-anak juga
akan jadi lebih harmoni bila ada kesepakatan antara ibu bapa, sebagai
contoh, anak-anak boleh disepakati untuk dihantar ke program-program
tarbiah anjuran IKRAM, ke tadika dan sekolah Islam yang ditubuhkan oleh
IKRAM, bila dah meningkat usia sedikit boleh bersama IKRAM Teens dan
IKRAM Siswa, jadi kurang kompleksiti dalam perbincangan kerana kedua ibu
bapa punya agenda yang sama.
“Perkara ini kita boleh sebut
sebagai sekufu, iaitu bukan sekadar sekufu dari segi agama, keturunan,
pendidikan, tapi kalau boleh, kita nak kena cari juga yang sekufu dari
segi kefahaman amal dakwah.”
“Atas sebab-sebab yang abang
Ismail nyatakan tadilah maka jemaah amat menggalakkan agar kalau masih
belum berpunya, carilah calon yang sekufu dalam kefahaman amal dakwah,
dengan kata lain, dari jemaah yang sama lah.”
“Macam mana nak mencari calon isteri, itu isu lain pula, perlu sesi lain untuk dijelaskan.”
“Seperkara lagi, bila dari jemaah yang sama, mudah untuk orang tengah
menyelidiki keperibadiannya melalui mekanisme-mekanisme yang kita ada
dan segala urusan juga akan lebih sejahtera kerana kita sentiasa
muhasabah agar tidak berlaku ikhtilat yang keterlaluan sebelum
perkahwinan berjaya dilangsungkan.”
“Macam yang abang Ismail
sebut awal-awal tadi, kalau dah berpunya atau memang dah ada penyusunan
ibu bapa tu lain pula jawapannya, tapi memandangkan Acu ni belum
berpunya dan punya semangat untuk beriltizam dengan amal dakwah, maka
inilah jawapan yang abang Ismail fikirkan paling sesuai.”
“Walau apa pun, harus diingat, pilihan di tangan Acu sendiri,
persetujuan ibu bapa juga teramat penting, jemaah hanya ‘facilitate’ dan
beri panduan sahaja.”
“Tidak dapat dinafikan, ada yang
berkahwin dengan pasangan berbeza jemaah atau tidak punya jemaah tapi
masih berjaya membangunkan rumahtangga islami yang diidam-idamkan dan
ada juga yang berkahwin satu jemaah yang tidak lepas dari pelbagai
masalah.”
“Pertimbangan yang kita buat adalah berdasarkan
praktikal dan pengalaman mereka yang telah lama bergiat cergas dalam
amal dakwah ini, dan abang Ismail juga telah merasai dan melihat perkara
ini sepanjang beberapa tahun dalam alam dakwah dan rumahtangga ini.”
“Banyak yang abang Ismail lihat dan diceritakan oleh orang lama, bila
memilih calon yang tidak ‘sekufu’ kefahaman dakwah atau yang tidak
memahami keutamaan dakwah dan tarbiah untuk membangunkan umat, akhirnya
leka dan larut dalam dunia rumahtangga dan kerjaya hingga agenda dakwah
yang dulunya berdegar-degar dilaungkan, lebur dengan begitu mudah.”
“Kalau boleh kita tak nak perkara seperti itu berlaku, kalau boleh kita
ingin bersama pasangan sama-sama menjadi pejuang agama dan melahirkan
zuriat yang akan dididik menjadi pejuang juga.”
“Bukan bermakna
kalau kahwin satu jemaah itu akan bebas dari masalah dan selesai
segalanya, kerana ada juga yang bermasalah, tapi kita berikhtiar agar
masalah-masalah dapat dikurangkan dan rumahtangga yang dibangunkan punya
asas untuk suami dan isteri bersefahaman.”
“Acu faham ke?
Perkara ini sebenarnya ‘common sense’ sahaja jika kita berfikir dan
melihat rumahtangga sebagai satu medan untuk membangunkan ummah. ini
adalah pendapat abang Ismail berdasarkan sedikit pengalaman, mungkin
orang lain ada pendapatnya yang lain yang mungkin lebih bernas lagi.”
Panjang lebar saya menjelaskan dengan bahasa termudah yang boleh saya susun.
“Oooo, ok, faham-faham.” Jawab Acu dengan wajah yang cerah. Semoga persoalan dan sangkaannya kembali jernih.
Mencari pasangan yang ‘sekufu’ kefahaman adalah antara satu aspek
penting dalam membina rumahtangga dakwah yang bahagia. Walaupun ianya
bukan jaminan mutlak kepada kebahagiaan, tapi sekurang-kurangnya, bila
asas yang dibina adalah di atas kefahaman yang sama iaitu untuk membina
ummah melalui jalan dakwah dan tarbiah, adalah diharapkan suami dan
isteri akan lebih mudah untuk saling memahami dan bersinergi dalam
menyumbang kepada dakwah.
Harus diingat, membina rumahtangga
dakwah bukan satu tugas mudah, dan ia bukan juga ubat mujarab untuk
menyelesaikan segala masalah hati ikhwah dan akhawat. Tetapi rumahtangga
dakwah adalah tempat untuk para da’ie membina kekuatan diri, menjadikan
diri lelaki sejati yang mampu memimpin ummah dan melahirkan generasi
singa yang berkualiti.
Ia adalah ujian, hanya yang kuat dan bersedia akan terus melangkah.
Kredik to Ismail Md Desa
*gambar jiwang ini pun hanya sekadar hiasan saja =P
p/s: Ismail Md Desa ni ikhwah melaka kot..btw, nice try!
pokok pangkal
akhowat,
baitulmuslim,
ikhwah,
IKRAM,
kopi paste,
nikahkawin
Thursday, May 09, 2013
aku tetap bersama IKRAM & PAS! -kenyataan PRU-13
Pasca PRU-13: Kenyataan Media IKRAM
Kelmarin, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) telah selesai dilaksanakan.
IKRAM merakamkan ucapan tahniah kepada semua pengundi Malaysia yang telah keluar menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan aman. Dengan peratusan keluar mengundi lebih 80%, yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah PRU di negara ini, kesedaran politik rakyat Malaysia tentunya sudah mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Mereka sudah faham apakah itu erti kuasa rakyat.
Walaubagaimana pun, IKRAM mengambil perhatian berat terhadap kemungkinan berlakunya proses pengundian meragukan, malahan bertentangan dengan undang-undang sehingga menjadikan PRU-13 dilihat bukannya satu proses demokrasi yang bebas dan adil. IKRAM mengambil maklum perihal beberapa isu seperti publisiti media yang berat sebelah, masalah dakwat kekal yang mudah dibasuh, proses pengundian yang meragukan serta pengundian awal dan pengundian pos yang tidak telus dan boleh dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.
Ketelusan institusi yang bertanggungjawab khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi tanda tanya, diragui serta dicemari. IKRAM mempersoalkan kesahihan keputusan yang telah dimaklumkan. IKRAM menuntut SPR memberi penjelasan kepada setiap isu keraguan yang ditimbulkan sebelum ia dapat diterima sewajarnya.
IKRAM menggesa Pakatan Rakyat memilih pendekatan aman, melalui tindakan undang-undang atau perhimpunan aman.
Pengalaman PRU13 ini menguatkan lagi tekad IKRAM untuk terus memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.
Jangan sesekali memandang kecil kuasa dan pengaruh rakyat jelata Malaysia!
Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

pokok pangkal
ikhwanul muslimin,
IKRAM,
konspirasi DAJAL,
PAS,
POLITIK,
SATU AQIDAH,
SATU UMAT
Monday, March 04, 2013
bantu diri dgn bantu mereka = hepi ^_^
dgn nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang...
segala puji bagi Allah ta'ala...
dengan limpah kurnianya dpt lagi hari ini aku berkata2 dgn gugusan abjad2 fana...
sedang di awang awangan melayan qasidah wahai purnama...
aduhaiii hebat sungguh penangan rindu pada baginda kekasih agung...
alangkah indah dan bahagia jika kembali pada Nya dlm kerinduan sebegini...
pergi dlm nyanyian zikir lagu hati utk Pencipta diri, Pemberi mati
pergi dlm bait syair buat sang penghulu, cinta kalbu tiap yg merindu...
eh meleret ke lain pula..nak citer pasal lain senarnye..
lupe blog ni takleh berpuitis sgt nnti org xfahamm..huhuu
sbenarnye hepi sgt.. dpt berita gembira gak dari mak..tapi tak sama kisah kita...
sabtu sbelum gi mabit ansar (mabit=malam bina taqwa), sempat call my mom...rinduu...
tanya kabar my mom n dad..mcmana keadaan mereka? sihat kah atau apa2 kah? risau juge sbb org lain sibuk duk tanya banjir ke tak umah kt kelantan? kelantan banjir teruk la.. aisshhh mmg rase mcm tak je sbb family takde pun gtaw pape..dan sbb fb pun da deactivte balik bbrpa minggu lpas jadi agak tak terupdate sgt la..so call sbb nk konfemkan gak yg umahku tak dilanda air bah..
kegembiraan pertama..
alhamdulillah semua baik2 aja.. mak ayah sihat..Allah jaga mak ayah kita kalau anak2 selalu doakan mereka =)
kegembiraan kedua..
rumahku pun tak naik air gak..sbb umahku di kawasan tinggi..kalau banjir btul2 besar je yg akan sampai kota bharu..mybe 10thn skali kot..bnjir tu area pasir puteh, machang gitu...
kegembiraan ketiga...
masa call mak, waa bising sgt la duk dgr sore ayah kt blkg duk ckp kuat2 pastu dgr macam tgh bertukang... tanya punya tnya..owhh mak ayah renovate umah..alhamdulillah mmg cite2 mak ayah nk lapangkan umah utk anak2 mereka..yela kami anak2 mereka kan 11 org.. lagi rasa tersekat sistem pernafasan bila abg n kakak yg da kawin tido umah tu ngn anak2 mereka lagi..kesian pula sbb kena share2 bilik n tido kt ruang tamu je...selalu bincg ngn mak pasal ni tiap kali balik.. jadi mmg kna tmbah jumlah bilik baru best boleh duk umah tu ramai2.. kdg terdetik di hati "mak ayah selalu pikir nak senangkan n hepikan anak2 tapi anak2 11 org pikir benda sama tak??" sedihnyerr T_T
kegembiraan keempat...
alhamdulillah lagi..sbb kontraktor yg buat rumah tu anak murid ayah..dia pun da anggap mak ayah mcm parents dia...kontraktor yg low profile kate mak..join jemaah tabligh..kdg2 datang tgk pkerja2 dia ngan pakai jubah kopiah n selipar je...dia nk tlg ayah siapkn cepat umah tu sambung ngan umah nenek sbb nenek duk sorang je jadi ayah decide untuk renovate rumah tu biar bersambung ngn umah nenek senang mak nk tlg tengokkan/masak tuk nenek nanti..takla sunyi sgt mak n nenek..yela mak da pencen xde aktiviti sgt... kontraktor tu pun amik murah2 je..baik sungguh ati dia...i like! usahawan yg perlu dijadikan contoh.. dia panggil "ma" kt mak..hhaaha lucu..gelak kecil mak mase tgh citer tu... jelas la nmpak mak hepi.. mimi pun hepi kalau mak hepi.. =') Allah memang baik T_T
kegembiraan kelima...
masa duk ckp2 ngan mak pasal macam2 benda....mak pun tanya.. (loghat kelatey di tukar ke BM) =P
"mimi..macamna ye kalau mak nak derma untuk palestin?? mimi tau ke mana2 tempat atau saluran yang boleh kita yakin sumbangan akan sampai pada org palestin kat sana? dah lama rasa nak bagi tapi tak tahu nak bagi melalui apa...sedih juga mak tgk org2 palestin tu dlm tvalhijrah tunjuk.."
kalau mak sedih tgk tu,,,mimi lagi sedih ni dgr mak ckp mcm tu.. dlm 11 org anak, mak pilih diri ni utk tlg mujahid2 palestin...Allahu Rabbi... semakin hari smakin byk tanda cinta dari Mu... T_T izinkin aku benar2 menjadi cahaya keharuman kedua ibubapa ku...ameen...harap smpai mati..
"boleh sgt mak..nnti mimi uruskan..." aku da nmpak AQSA SHARIF... alhamdulillah...
segala puji bagi Allah... membuka jalan utk ibubapaku turut bersama2 dgn ku... semoga dokongan mereka akan terus menguatkanku dlm jalan yg ku pilih ini.. ameen Ya Rahman Ya Rahim... sempat juga mak doakan ku agar berhati2 n jaga diri dlm mnyebarkan fikrah agar tak disekat study ku.. insyaAllah jika kita tolong agama Allah, Allah akan permudahkan urusan hidup kita.. =') dan aku sgt hepi bila mak meredhai apa yg aku lakukan skrg... alhamdulillah.. sedihnyeerr...
Allah mmg sgt baik... T_T satu persatu doa2ku termakbul dan Dia tunaikan...Allahu Rabbi...aku benar2 malu pada Mu.. T_T mmg ayah selalu ajar aku utk memberi pada siapa yg memerlukan wlupun sedikit wlupun ketika tidak berduit...berilah apa saja yg mmpu membahagiakan org lain... dan jgn pernah harapkan balasan...aku mmg anak mak ayah... =')
sayang dan cinta mak ayah kerana Allah !! terimakasih kerna memahami perjuangan ini... T_T
bantulah diri kita dengan membantu mereka
sesungguhnya kita sedang berjual beli dengan Pemilik segala di langit n bumi
bisnes dengan Allah menjamin keuntungan abadi
pokok pangkal
aqsa sharif,
bobey2,
cerita seorang saya,
gaza,
hatiku berkata,
ibubapa,
IKRAM,
infaq,
jemaah,
palestin,
SATU AQIDAH,
SATU UMAT
Monday, February 04, 2013
tahniah IKRAM! =')
tahniah timbalan presiden IKRAM atas perlantikan sbgai duta kehormat kerajaan palestin di gaza..Allahu Akbar! :')
Dengan penuh rasa kesyukuran dan kerendahan
hati Pertubuhan IKRAM Malaysia dan Aqsa Syarif mengucapkan setinggi
penghargaan kepada Perdana Menteri Ismail Haniyeh yang telah perkenan
melantik Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom, Timbalan Presiden Pertubuhan
IKRAM Malaysia sebagai Duta Kehormat (Honorary Ambassador) Kerajaan
Palestin di Gaza. Anugerah ini telah diisytiharkan oleh kementerian Luar
Palestin dan disampaikan oleh Perdana Menteri Ismail Haniyeh dalam
satu majlis yang sederhana dan penuh
penghormatan. Majlis bersejarah ini turut disaksikan oleh anggota misi
Aqsa2Gaza12 yang dipimpin oleh Tn Hj. Ahmad Shafiai Uda Jaafar, ahli
Lembaga Pemegang Amanah Aqsa Syarif. Sudah pastinya anugerah ini
merupakan satu penghormatan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tidak
putus-putus menunjukkan prihatin dan menyokong perjuangan rakyat
Palestin melalui Aqsa Syarif, sebuah agensi yang diwujudkan di bawah
Pertubuhan IKRAM Malaysia bagi membela rakyat Palestin. Tahniah kepada
Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom atas anugerah yang amat bermakna ini.
Semuga ia menjadi motivasi kepada seluruh rakyat Malaysia dan aktivis
Aqsa Syarif di seluruh negara bagi mempertingkatkan usaha kalian di
dalam 'MEMPERKASA UMMAH, MEMBEBASKAN AL AQSA' - Prof Madya Dr Hafidzi
Mohd Noor (Pengerusi Aqsa Syarif)
Aqsa Syarif
pokok pangkal
gaza,
IKRAM,
palestin,
SATU AQIDAH,
SATU UMAT
Tuesday, December 04, 2012
IKRAR KAMI di sini... :')
Astargfirullah wa atubu Ilaihi (3x)
Ya Allah...
Sesungguhnya aku berjanji kepada Mu
Untuk selalu taat kepada Mu
dan meninggalkan maksiat kepada Mu
selalu mencintai Pemimpin ku
dan saudaraku sesama hamba Mu
Ya Allah...
sesungguhnya aku berjanji
utk selalu teguh memegang prinsip
berakhlak dengan etika agama selama aku hidup
aku berjanji...
untuk memikul penderitaan demi memenangkan prinsipku
ikhlas bagi Mu dalam semua perbuatanku
aku berjanji utk meneladani sunnah Nabi S.a.w
dalam perkataan, perbuatan, perilaku ku
dan mencintai Allah, Rasul Nya serta pemimpin Islam
lebih dari cintaku kepada diriku
dan kedua orang tuaku dan manusia seluruhnya...
selawat dan salam tercurah ke hadrat Nabi Muhammad S.a.w,
keluarga dan sahabatnya...
ALLAHU AKBAR !!!
pokok pangkal
cinta Allah,
IKRAM,
ikrar,
janji,
jemaah,
PERJUANGAN sang DA'EI,
SATU AQIDAH,
SATU UMAT,
ukhuwah
Subscribe to:
Posts (Atom)