Showing posts with label pru13. Show all posts
Showing posts with label pru13. Show all posts

Thursday, May 09, 2013

805 BLACKOUT !! SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT !



12 hours ago

Harga sebuah kesusahan yang terpaksa dibayar oleh rakyat demi mencari erti keadilan dan transformasi....hujan....jalan jem...bukan lagi alasan untuk berpeluk tubuh menikmati hari-hari yang mendatang yang penuh dengan kezaliman dan kekenyangan sang penguasa yang bobrok !


 

 [BLACK WEDNESDAY] - STADIUM KELANA JAYA


Gambar cantik dipetik dari The Malaysian Insider 
best dapat join ni dengan akhowat ramai2 ngan naqibah sekali..alhamdulillah 
terharu sbb dapat sama2 turun sbb biasanya kalau bkaitan politik ni ana pegi ngan member lain..
tapi yg kali ni syukur sgt sbb mereka pun pegi jugak..alhamdulillah..
takde apa2 yg buruk berlaku..sedih sgt tgk smua rakyat turun penuhi stadium..sampai tak muat n ade yg duduk luar stadium n di jalan2 semata2 utk menolak penipuan dalam pru-13 n menentang kezaliman pemerintah..2 3 jam jugak la tsekat di jalan..hehehe


DAN INI PULA GAMBAR DI TERENGGANU..
di anggarkan lebih kurg 20 000 yg hadir beri sokongan utk Tuan Guru Haji HAdi..

(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)

DAN NI SOKONGAN DARI PELAJAR JORDAN
 Mahasiswa berkumpul nyatakan kebersamaan dengan kebangkitan rakyat. -Jahar

  
JANGAN LEPASKAN PELUANG UTK TURUN BERSAMA LAGI !!
JUMAAT (esok)- di SPR PUTRAJAYA
 

SABTU- di PENANG

#Share!

Location: Stadium MPSP, Jalan Betek, P. Pinang 
Map: http://goo.gl/maps/KQ9kH


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kepada yg hadir di Stadium MPSP JALAN BETEK, berhati2 kpd provokasi diluar stadium... Kemungkinan ada drama melayu dipukul cina atau cina dipukul melayu. Kemungkinan besar ada pihak yg x bertanggungjawab akan mulakan pergaduhan terancang.

Rakyat menolak provokasi melibatkan perkauman x kira dari parti mana sekalipun. Jika terlihat apa2 yg mencurigakan, sila segera laporkan kpd pihak keselamatan.

Buktikan pada BN kita dalam PR menolak rasis perkauman!!

Harap maklum..

DAN SAYA ANTI ORANG2 YANG RACIST! 

Photo
 semalam...orang cina yang bagi ruang tuk saya jalan..
orang cina yang bagi tempat utk saya duduk..
orang cina yang bagi ruang tuk saya masuk ke stadium..
orang cina yang sekat kereta2 untuk saya lintas jalan..
dan mereka senyum melihat saya yg mcm ninja ni..
xde pun pndg sy pelik mcm bgsa sy sendiri buat.. jadi bangga kah dgn BANGSA???

Rasulullah saw sendiri tak pernah perjuangkan bangsa... sedih la tgk paper2 sehari dua ni..
dah terdesak sangat agaknya mereka..
dan bila saya tgk gmba yg di share oleh rakan fesbuk...
automatik airmata saya mengalir..sy sedih pikir kalau sy di tempat mereka.. 
bila di maki hamun di negara sendiri. T_T

 NAK REDHA JE DGN PENIPUAN YG BERLAKU??/
mungkin sy di antara rakyat2 yg terkecuali.. 
nah..amik ni baca..sy suke pendpt ustad zaharudin..n dr hafidzi mohd noor.. 

Photo: Jangan redha dengan penipuan walaupun sesama Islam!! 

Hafidzi Mohd Noor's status.
Jangan sekali tidak peduli kepada kezaliman kerana ia tidak mengenai diri kita, keluarga kita atau lingkungan kita. Kerana kezaliman itu adalah ibarat penyakit yang berjangkit. Ia bolih merebak dan bolih menimpa sesiapa sahaja. Sesiapa yang tidak peduli pada kezaliman lambat laun kezaliman itu akan tetap menjengah kita. Ketika kita ditimpa atau disentuh oleh kezaliman itu ia sudah terlambat kerana ia sudah merata dan sudah menjadi wabak yang sukar untuk dibendung. Jadi jangan pentingkan diri sendiri. Asal tidak mengenai batang hidung sendiri atau sanak saudara sendiri, kita buat alpa. Kita biarkan kezaliman berleluasa sehingga bila kita menjadi mangsanya barulah kita tersedar ibarat 'sudah terantuk baru tengadah'.

Ini bagi mereka yang tidak peduli atau alpa dengan kezaliman. Bagaimana pula dengan mereka yang redha bahkan mendokong kezaliman itu?

Friday, May 03, 2013

Gambar : Munajat Rakyat Kelantan Sempena PRU 13











Munajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi ~ Tinta Hijau DKB


 sedih xdpt join pg tadi..huk2...
Allahu rabbi..alangkah indahnya jika terus kekal begini..
n lebih baik lagi..
amin..insyaAllah...



Wednesday, April 03, 2013

akhirnyaa......YESSSSS!!!!


ALHAMDULILLAH...

akhirnya bubar jugak.. yes!!

Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Pembubaran diumumkan oleh Najib Tun Razak hari ini.

"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," katanya dalam pengumuman khas yang dibuar dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi.

excited nak balik mngundi ngan mak ayah n nenek tercinta di kelantam tnh tumpah darahku...

rakyat kelantan.. jom KEKAL !!  upps =P

selamat mengundi...undi saya adalah rahsia...yg tak berapa nk rahsia sgt...hihhiii

kita bertanggungjawab atas apa yang kita undi dan kenapa kita undi..
moga masing2 dpat berfikir dgn waras sebelum, semasa n selepas mengundi nanti..
kerna kelak, di hadapan Allah, kita akan ditanya ttg apa yg kita telah perbuat..
sudah bersediakah untuk menanggung segalanya??

BERANI KERANA BENAR!

aku tetap bersama perjuangan TGNA dan UAI
dan lain2 yang ingin menegakkan syariat islam di muka bumi Allah.


errrr cuak pulak rasa kali pertama mengundi..
tapi insyaAllah..moga2 Allah permudahkan segala urusan dan memberi petunjuk serta meyakinkan hati tentang apa yang perlu dilakukan...Apa yg perlu di pilih.. walau sudah terang lagi bersuluh, still perlu mohon pada Allah agar diberi petunjuk.. nak istikharah pun lagi okey utk memantapkan lagi keyakinan hati utk buat sesuatu keputusan..moga dgn undian kita yg meminta petunjuk drpd Allah itu mampu mengubah sesuatu.. mana kita tau kan berkat doa kita?  =) 

dan...
ISTIKHARAH BUKAN BILA NAK NIKAH SAJA!

 milik siapakah pemerintahan nnti? hanya Allah yg mengizinkan segala sesuatu.

kagum gak ngan keberanian mahasiswa sekarang.. tidak berdiam diri utk menegakkan kebenaran..
rela lakukan apa saja walau dperlakukan dengan kasar.. apa beza dgn kerajaan hosni mubarak dulu yang berkasar dgn rakyat mesir yg bangkit menentang kezaliman.. aku lihat byk persamaan di situ..

sebagai contoh.. ini...


sape kata yg ni tak berlaku di negara kita yg kononnya aman?
cuba updet apa yg jadi depan kediaman bekas PM (da bukan PM sbb da bubar parlimen)
TENGOK GAMBAR YANG REAL PUNYE MEMANG SEDIH

aman la sangat kan?
aku salute pada budak2 UM.. terbaikk!! teruskan perjuangan kalian.. =) 

aku suka ayat ustad pahrol mohd juoi yg kata lebih kurang cmni
"janganlah cinta kepada keamanan melebihi cinta kepada kebenaran"


 AMAN DALAM DOSA = BAHAYA !

Aku lebih suka pilih JALAN susah dan derita dalam KEBENARAN daripada aman tenteram dalam DOSA dan maksiat.. orang yang berasa aman dengan perkara yang bathil dan menafikan or menidakkan segala yang haq bolehkah di sanjung bagai orang yang membawa keamanan pada negara? aku rasa tak.. cuba tengok perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat macamana? susah ke senang? semua tau kan sirah perjuangan Nabi Muhammad saw tersayang kita? perjuangan as syahid imam hasan al banna pula bgmana? T_T


YANG MEMBERI KEAMANAN, KESEJAHTERAAN & KETENANGAN HANYA ALLAH !

dan siapalah kita hamba yg hina ini utk memberi jaminan keamanan?

sungguh menakutkan dunia yg penuh dgn fitnah dan tipudaya ni..

tahukah kalian semua itu tanda dunia ini sudah tua?

terlalu tua untuk meluahkan segala yang lama tersimpan


sudah bersediakah kita untuk menghadapi detik2 ini?

Allahu Rabbi
T_T

walau apa pun yang bakal berlaku, tetaplah berpegang teguh pada tali Allah!
bukan cepat terpengaruh hanya dgn wang ihsan, rebat hp or baucer buku saja!
jika dengan menda dunia kecil begitu sudah kalah terus bpaling drpd kebenaran,
maka barangkali bgmana keadaannya bila terzahirnya NABI PALSU AKHIR ZAMAN???

hanya org2 yg beriman saja mampu bertahan di saat itu

dan katakanlah,

~sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerna Allah Ta'ala!~

Allahu Akbar!





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...