Wednesday, April 03, 2013

akhirnyaa......YESSSSS!!!!


ALHAMDULILLAH...

akhirnya bubar jugak.. yes!!

Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Pembubaran diumumkan oleh Najib Tun Razak hari ini.

"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," katanya dalam pengumuman khas yang dibuar dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi.

excited nak balik mngundi ngan mak ayah n nenek tercinta di kelantam tnh tumpah darahku...

rakyat kelantan.. jom KEKAL !!  upps =P

selamat mengundi...undi saya adalah rahsia...yg tak berapa nk rahsia sgt...hihhiii

kita bertanggungjawab atas apa yang kita undi dan kenapa kita undi..
moga masing2 dpat berfikir dgn waras sebelum, semasa n selepas mengundi nanti..
kerna kelak, di hadapan Allah, kita akan ditanya ttg apa yg kita telah perbuat..
sudah bersediakah untuk menanggung segalanya??

BERANI KERANA BENAR!

aku tetap bersama perjuangan TGNA dan UAI
dan lain2 yang ingin menegakkan syariat islam di muka bumi Allah.


errrr cuak pulak rasa kali pertama mengundi..
tapi insyaAllah..moga2 Allah permudahkan segala urusan dan memberi petunjuk serta meyakinkan hati tentang apa yang perlu dilakukan...Apa yg perlu di pilih.. walau sudah terang lagi bersuluh, still perlu mohon pada Allah agar diberi petunjuk.. nak istikharah pun lagi okey utk memantapkan lagi keyakinan hati utk buat sesuatu keputusan..moga dgn undian kita yg meminta petunjuk drpd Allah itu mampu mengubah sesuatu.. mana kita tau kan berkat doa kita?  =) 

dan...
ISTIKHARAH BUKAN BILA NAK NIKAH SAJA!

 milik siapakah pemerintahan nnti? hanya Allah yg mengizinkan segala sesuatu.

kagum gak ngan keberanian mahasiswa sekarang.. tidak berdiam diri utk menegakkan kebenaran..
rela lakukan apa saja walau dperlakukan dengan kasar.. apa beza dgn kerajaan hosni mubarak dulu yang berkasar dgn rakyat mesir yg bangkit menentang kezaliman.. aku lihat byk persamaan di situ..

sebagai contoh.. ini...


sape kata yg ni tak berlaku di negara kita yg kononnya aman?
cuba updet apa yg jadi depan kediaman bekas PM (da bukan PM sbb da bubar parlimen)
TENGOK GAMBAR YANG REAL PUNYE MEMANG SEDIH

aman la sangat kan?
aku salute pada budak2 UM.. terbaikk!! teruskan perjuangan kalian.. =) 

aku suka ayat ustad pahrol mohd juoi yg kata lebih kurang cmni
"janganlah cinta kepada keamanan melebihi cinta kepada kebenaran"


 AMAN DALAM DOSA = BAHAYA !

Aku lebih suka pilih JALAN susah dan derita dalam KEBENARAN daripada aman tenteram dalam DOSA dan maksiat.. orang yang berasa aman dengan perkara yang bathil dan menafikan or menidakkan segala yang haq bolehkah di sanjung bagai orang yang membawa keamanan pada negara? aku rasa tak.. cuba tengok perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat macamana? susah ke senang? semua tau kan sirah perjuangan Nabi Muhammad saw tersayang kita? perjuangan as syahid imam hasan al banna pula bgmana? T_T


YANG MEMBERI KEAMANAN, KESEJAHTERAAN & KETENANGAN HANYA ALLAH !

dan siapalah kita hamba yg hina ini utk memberi jaminan keamanan?

sungguh menakutkan dunia yg penuh dgn fitnah dan tipudaya ni..

tahukah kalian semua itu tanda dunia ini sudah tua?

terlalu tua untuk meluahkan segala yang lama tersimpan


sudah bersediakah kita untuk menghadapi detik2 ini?

Allahu Rabbi
T_T

walau apa pun yang bakal berlaku, tetaplah berpegang teguh pada tali Allah!
bukan cepat terpengaruh hanya dgn wang ihsan, rebat hp or baucer buku saja!
jika dengan menda dunia kecil begitu sudah kalah terus bpaling drpd kebenaran,
maka barangkali bgmana keadaannya bila terzahirnya NABI PALSU AKHIR ZAMAN???

hanya org2 yg beriman saja mampu bertahan di saat itu

dan katakanlah,

~sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerna Allah Ta'ala!~

Allahu Akbar!





No comments:

Post a Comment

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...