KUALA LUMPUR 7 Apr: Kerajaan Sementara Barisan Nasional patut bersikap
‘gentlement’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang
manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh
akademik, Dr Maszlee Malik.Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains
Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas
pelancaran manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran
RTM.Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama
seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.
Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk
Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan
untuk kemukakan manifesto mereka di RTM.“BN kalau nak bertanding,
tandinglah secara ‘gentleman’.
Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang
untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.“Lagi pun
media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang
pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral,” kata
Maszlee ketika dihubungi.
Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak,
rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.“Macam
pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah
pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?,“Nak bercakap
sejam, cakaplah.
Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto.. dan lagi baik
kalau ada debat,” kata Maszlee.Mengulas mengenai debat, katanya, ia
bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi
di seluruh dunia.
"Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di
Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru
ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.“Bila tidak ada ruang
dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” tegas
Maszlee. ~keadilandaily
No comments:
Post a Comment
berkata benarlah walaupun pahit