Showing posts with label TGNA. Show all posts
Showing posts with label TGNA. Show all posts

Wednesday, April 10, 2013

ISU SEMASA- Pondok2 di Kelantan Nyatakan Pendirian



KOTA BHARU: Sebanyak 20 institusi pondok seluruh Kelantan hari ini berikrar menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada masa yang sama mereka turut berikrar untuk turut serta bersama PAS dan Pakatan Rakyat  menawan Putrajaya pada PRU13 akan datang.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Pusat Pembangunan Pondok Berhad, Ustaz Ahmad Shairazi Atiqullah, selepas mesyuarat khas di JKR 10, tengah hari tadi.

Menurut Shairazi, program khas Ijtima Ulama’ dan Guru Pondok dari 20 institusi pondok seluruh negeri ini akan diadakan pada 14 April ini bermula 4.00 petang hingga 12.00 malam.

Menurutnya, 100 orang yang hadir hari ini hanyalah wakil-wakil dari pondok seluruh Kelantan untuk berbincang berhubung program khas itu.

“Seramai 4,000 orang ulama serta pelajar pondok akan berkampung di Pondok Pasir Tumbuh untuk menghadiri program tersebut,” ujarnya.

Menurutnya, majlis perasmian akan dilakukan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan penutup oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sehubungan itu, semua guru serta pelajar pondok di seluruh Kelantan diminta hadir pada program itu.

Turut hadir pada mesyuarat itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan, Datuk Mohammad Daud, Ustaz Muhammad Mustapha, Ustaz Nik Razi Nik Mat dan lain-lain kepimpinan ulama dan pondok.

Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS negeri, Ustaz Hassan Mahmod, ketika menjawab soalan media berkata, dakwaan yang mengatakan ulama pondok tidak menyokong Tuan Guru amat tidak benar.

Menurutnya, yang ada hanya seorang dua ‘orang pondok’ yang tidak mempunyai pelajar di pondoknya.

“Mana-mana pemimpin pondok dan pondok bertauliah semuanya memberi sokongan pada kepimpinan Tuan Guru,” ujarnya.

sumber

Friday, April 05, 2013

jom KEKAL bersama TGNA =) kalau TUKAR?


 JOM BERSAMAKU KEKALKAN PEMERINTAHAN ISLAM

klu bertukar tgn, tak mustahil perkara2 ini akan berlaku :

~kuliah jumaat tokguru di markas pas kb tiap2 minggu diharamkan
~balai islam akan sunyi tanpa aktiviti keagamaan
~majlis2 ilmu dan ceramah2 agama di masjid disekat
~panggung wayang yg tak mjaga ikhtilat lelaki-perempuan di setiap mall
~konsert2 lagho jauh dri landasan islam akan berleluasa mcm jomheboh dll.
~papan2 tanda yg melanggar garis panduan islam akn memenuhi negeri
~arak boleh di jual dgn terbuka di kedai2 di segenap tempat
~pusat judi n pusat hiburan/kelab malam/pub2 akan terwujud mcm cendawan
~bangunan2 pencakar langit terbina di pusat2 bandar-semakin PANAS kelantan
~tanah2 rezab yg masih byk di kelantan tergadai pada kroni2 
~hasil bumi n minyak d bumi kelantan bakal di ragut
~isu royalti di diamkan..duit royalti minyak apatah lagi
~kelantan akan jadi macam terengganu, korup mcm stadium,masjid jd hiasan
~sekolah tokguru/MMP/MML mungkin tak boleh beroperasi spti biasa
~semua masjid2 yang berkubah hijau akan dicat balik dgn wrne biru/merah/kuning
~sekolah2 juga takkan ada yg berwarna hijau
~pasangan2 kapel bermesra terang2an takkan di saman lagi-jdi makin parah
~wanita merokok di tempat awam jadi perkara biasa
~takkan ade sigboard islamik suh tutup aurat, jaga bumi dan sbgainya
~etika remaja berpakaian di kelantan akan jadi mcm di KL-seluar pendek/singlet
~kedai2 pemujaan di shopping mall mcm di times square
~ kedai jual sex toys di shopim mall mcm di timesquare jugak
~shopim mall di dominasi nonmuslim mcm di KLCC-lot2 kedai n foodcourt
~orang2 yg jahil akan diangkat jadi penympai agama
~replika AL-QUR'AN besar di pusat bandar KB agaknya diganti dgn apa yer?

~tepuk dada tanya iman~

rakyat kelantan yang bijak pasti tahu membezakan yg mana haq ygmana bathil
jika kemewahan dan pembangunan yang di impikan selain agama Allah
maka tunggulah azab daripada Allah Ta'ala yg akan menimpa kita

firman ALLAH SWT :

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
(QS 9:AT-Taubah ayat 23 dan 24 )


~berdiam atas kebenaran umpama syaitan yang bisu~


p/s: tiba2 teringat berita pasal penagih dadah yg ditangkap polis pakai baju TUKAR.. huhu macam UAI kata, orang yg tak cerdik je yang nak tukar keadaan yg baik kepada yg lebih buruk..wassalam








~sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerna Allah Ta'ala!~

Allahu Akbar!


Wednesday, April 03, 2013

akhirnyaa......YESSSSS!!!!


ALHAMDULILLAH...

akhirnya bubar jugak.. yes!!

Parlimen dibubar berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka laluan bagi Pilihan Raya Umum ke-13. Pembubaran diumumkan oleh Najib Tun Razak hari ini.

"Pembubaran ini membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 sejak negara merdeka," katanya dalam pengumuman khas yang dibuar dari Pejabat Perdana Menteri dan disiarkan secara langsung jam 11.30 pagi.

excited nak balik mngundi ngan mak ayah n nenek tercinta di kelantam tnh tumpah darahku...

rakyat kelantan.. jom KEKAL !!  upps =P

selamat mengundi...undi saya adalah rahsia...yg tak berapa nk rahsia sgt...hihhiii

kita bertanggungjawab atas apa yang kita undi dan kenapa kita undi..
moga masing2 dpat berfikir dgn waras sebelum, semasa n selepas mengundi nanti..
kerna kelak, di hadapan Allah, kita akan ditanya ttg apa yg kita telah perbuat..
sudah bersediakah untuk menanggung segalanya??

BERANI KERANA BENAR!

aku tetap bersama perjuangan TGNA dan UAI
dan lain2 yang ingin menegakkan syariat islam di muka bumi Allah.


errrr cuak pulak rasa kali pertama mengundi..
tapi insyaAllah..moga2 Allah permudahkan segala urusan dan memberi petunjuk serta meyakinkan hati tentang apa yang perlu dilakukan...Apa yg perlu di pilih.. walau sudah terang lagi bersuluh, still perlu mohon pada Allah agar diberi petunjuk.. nak istikharah pun lagi okey utk memantapkan lagi keyakinan hati utk buat sesuatu keputusan..moga dgn undian kita yg meminta petunjuk drpd Allah itu mampu mengubah sesuatu.. mana kita tau kan berkat doa kita?  =) 

dan...
ISTIKHARAH BUKAN BILA NAK NIKAH SAJA!

 milik siapakah pemerintahan nnti? hanya Allah yg mengizinkan segala sesuatu.

kagum gak ngan keberanian mahasiswa sekarang.. tidak berdiam diri utk menegakkan kebenaran..
rela lakukan apa saja walau dperlakukan dengan kasar.. apa beza dgn kerajaan hosni mubarak dulu yang berkasar dgn rakyat mesir yg bangkit menentang kezaliman.. aku lihat byk persamaan di situ..

sebagai contoh.. ini...


sape kata yg ni tak berlaku di negara kita yg kononnya aman?
cuba updet apa yg jadi depan kediaman bekas PM (da bukan PM sbb da bubar parlimen)
TENGOK GAMBAR YANG REAL PUNYE MEMANG SEDIH

aman la sangat kan?
aku salute pada budak2 UM.. terbaikk!! teruskan perjuangan kalian.. =) 

aku suka ayat ustad pahrol mohd juoi yg kata lebih kurang cmni
"janganlah cinta kepada keamanan melebihi cinta kepada kebenaran"


 AMAN DALAM DOSA = BAHAYA !

Aku lebih suka pilih JALAN susah dan derita dalam KEBENARAN daripada aman tenteram dalam DOSA dan maksiat.. orang yang berasa aman dengan perkara yang bathil dan menafikan or menidakkan segala yang haq bolehkah di sanjung bagai orang yang membawa keamanan pada negara? aku rasa tak.. cuba tengok perjuangan Rasulullah saw dan para sahabat macamana? susah ke senang? semua tau kan sirah perjuangan Nabi Muhammad saw tersayang kita? perjuangan as syahid imam hasan al banna pula bgmana? T_T


YANG MEMBERI KEAMANAN, KESEJAHTERAAN & KETENANGAN HANYA ALLAH !

dan siapalah kita hamba yg hina ini utk memberi jaminan keamanan?

sungguh menakutkan dunia yg penuh dgn fitnah dan tipudaya ni..

tahukah kalian semua itu tanda dunia ini sudah tua?

terlalu tua untuk meluahkan segala yang lama tersimpan


sudah bersediakah kita untuk menghadapi detik2 ini?

Allahu Rabbi
T_T

walau apa pun yang bakal berlaku, tetaplah berpegang teguh pada tali Allah!
bukan cepat terpengaruh hanya dgn wang ihsan, rebat hp or baucer buku saja!
jika dengan menda dunia kecil begitu sudah kalah terus bpaling drpd kebenaran,
maka barangkali bgmana keadaannya bila terzahirnya NABI PALSU AKHIR ZAMAN???

hanya org2 yg beriman saja mampu bertahan di saat itu

dan katakanlah,

~sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerna Allah Ta'ala!~

Allahu Akbar!





Friday, March 22, 2013

Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz Dan Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu

















Gambar : Berbagai sumber di FB

Puluhan ribu membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan untuk mengikuti Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz dan Bual Bicara bersama Ustaz Azhar Idrus.

Turut serta penampilan istimewa dari Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Haslin Bollywood.Foto diatas menceritakan betapa hebatnya sambutan rakyat Kelantan.Semuga Pas terus memerintah Kelantan selepas PRU 13 nanti ~ Tinta Hijau DKB
 
dari blog : http://malaysiaberih.blogspot.com/2013/03/gambar-puluhan-ribu-banjiri-kuliah.html
 
 
 
p/s: waa subhanallah..alhamdulillah..Allahu Akbar... suke sgt tgk ni,.,., yeay!sedih sbenarnye sbb tak dapt bersama mereka kt sana.. tapi bila lihat gambar ni..terus ati sejuk n tenang.. mcm tak caye pun ade..yela..stadium still juga penuh walaupun bukan utk tgk bola saja.. love Tokguru n UAI ! <3

btw, kenapa ngan tangan tokguru? huk2 ='(
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...