kenapa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat ??
Assalamualaikum wrt wbt...semua oram..
just nak share per yg terbaca di FB ikram siswa uiam gombak tadi.. menarik juga la penulisan ikhwah ni...tak tau la ikhwah mane...sape nak kenal boley la klik link fb dia kat bawah tu...slmt mbaca.. penulisan ni pasai....pasai...pasai paaa nak kena kawin sama jemaah?? perlu ker???
zassssssss~~
*gambar jiwang ini hanya sekadar hiasan saja =P
..............................................................................................................
Pasai pa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat.... hmmm..
“Abang Ismail, saya nak tanya betoi ka ikhwah dan akhawat yang ikut
usrah ni depa akan kahwin dengan sesama ahli jemaah depa saja, tu kan
boleh jadi benda yang bidaah dak pun asobiyyah namanya?” Acu melontarkan
satu soalan cepumas kepada saya.
Lama saya dok termenung dan
dok pikiaq, apa jawapan yang terbaik supaya saya boleh jawab soalan Acu
tu dengan cara yang santai dan mudah difahami. Sebelum saya jawab soalan
Acu, saya cuba tanya apa yang bermain dalam fikiran Acu.
“Akhi, tetiba ja tanya soalan macam tu, dah bersedia ke?
Bukan apa Abang Ismail, sebab ana dok nampak, ramai ikhwah akhawat
kalau depa nak kahwin ja mesti nak cari pasangan yang sesama jemaah,
dulu penah ana ikut satu program daurah baitul Muslim kat sekolah
al-Islah, depan qumah ana, anjuran Anak-anak Ikram negeri Kedah,. Pak
cik yang jadi panel malam tu dia habaq kita digalakkan kahwin sesama
ahli jemaah kita. Jelas Acu.
“Okay, bagus la kalau macam tu
atau Acu tengok ada masalah ka dengannya, maksud abang kahwin sesama
jemaah.” Tanya saya lagi, untuk tahu apa yang sedang bermain dalam
fikiran anak muda yang komited dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiah
ini.
“Bukan apa abang Ismail, ana tengok seolah-olah ada unsur paksaan pulak, bukankah kita sepatutnya bebas memilih?” Jelas Acu.
Berpusing-pusing cari idea nak jawab soalan Acu, teringat satu ketika
dulu saya juga pernah bertanya soalan yang sama kepada naqib usrah tapi
pada masa tu saya sendiri tak brapa nak faham apa yang dijawab oleh
nakib saya hingga akhirnya pengalaman sendirilah yang membuatkan saya
tahu serba sedikit tentang hakikat pembinaan rumahtangga dakwah.
“Hmmm, soalan yang Acu tanya ni, jawapannya mungkin berbeza mengikut
siapa yang jawap dan bergantung kepada situasi orang yang bertanya. Apa
pun, abang akan bagi garis panduan yang mudah-mudah dulu supaya terjawap
persoalan Acu.” Saya memulakan jawapan.
cuba meyusun bicara
sebaik mungkin supaya jawapan yang diberi adalah jawapan yang tidak akan
menyebabkan salah fahamnya menjadi bertambah buruk.
“Perkara
pertama yang perlu abang jelaskan adalah, dalam Islam, tidak ada
halangan untuk kita berkahwin dengan mana-mana wanita dari mana-mana
bangsa atau suku pun, asalkan dia Muslim dan tidak ada halangan lain
seperti belum habis tempoh iddah, bukan adik beradik susu, tidak ada
halangan keras dari ibu bapa, bukan perkahwinan yang akan membawa
mudharat dan sebagainya.”
“Selepas itu, kita lihat garis
panduan yang Nabi berikan iaitu agar kita mencari wanita solehah yang
beragama sebelum melihat kepada ciri-ciri lain seperti cantik rupa
paras, keturunan dan harta dalam hadis yang biasa kita dengar.”
“Beragama ni Acu kena ingat, ukurannya bukan hanya pada tudung labuh,
niqab, tanda sujud di kepala atau wajah yang seakan bercahaya sahaja,
tapi hakikatnya jauh lebih luas.”
“Beragama ni adalah tahu dan
mengamalkan agama, bukan hanya dari segi aurat, tudung dan
kalimah-kalimah Arab atau post islamiknya di fb semata-mata.”
“Huraian tentang pemilihan calon dan sifat-sifat calon yang baik abang
Ismail dah jelaskan panjang lebar dulu, memang kita boleh memilih, tapi
biarlah realistik dan jangan terlalu mendamba kesempurnaan dari
pasangan. Itu asasnya.”
“Okay, jadi berbalik kepada persoalan Acu tadi tu, iaitu mengapa ikhwah kena kahwin dengan akhawat yang satu jemaah sahaja?”
“Sebenarnya, seperti mana yang abang Ismail sebut tadi, dalam Islam,
TIDAK ADA perintah untuk mengahwini akhawat satu jemaah sahaja, IKRAM
kena kahwin dengan IKRAM, HALUAN kena kahwin dengan HALUAN, ISMA kena
kahwin dengan ISMA, PAS kena kahwin dengan PAS. Benda itu setahu abang
Ismail, tidak pernah wujud pun.”
“Jika ada organisasi dakwah
yang mewajibkan dengan unsur paksaan perkahwinan satu jemaah, maka
jelas, itu adalah satu penyimpangan. Ingin berkahwin dengan siapa pun,
pilihan di tangan Acu sendiri.”
“Itu asas dia, harap Acu fahamkan betul-betul, jangan timbul salah sangka pula nanti.”
“Walaupun demikian, dalam perkahwinan, ada aspek praktikal yang perlu
kita lihat dalam pemilihan calon dan aspek praktikal itu ada hubungan
yang amat rapat dengan isu yang Acu timbulkan. Ianya banyak bergantung
kepada sejauh mana Acu beriltizam dengan dakwah dan tarbiah dalam jemaah
yang disertai.”
“Bila Acu beriltizam dengan amal dakwah dan
tarbiah, iltizam itu diharapkan adalah iltizam sepanjang hayat, iaitu
kita ingin menjadikan dakwah dan tarbiah berlandaskan sunnah Rasul
sebagai jalan hidup kita sehingga kita mati.”
“Dengan kata
lain, amal dakwah dan tarbiah ini akan berterusan selepas fasa kita
sebagai pelajar. Ia akan berlanjutan hinggalah ke fasa kita bekerja,
berkahwin, beranak pinak dan hingga mempunyai cucu, dan di sinilah aspek
praktikal itu hadir.”
“Aspek praktikal yang abang Ismail
maksudkan adalah bila suami dan isteri berkongsi jalan dakwah dan
tarbiah yang sama, perancangan keluarga insya-Allah akan jadi kurang
kompleks kerana masing-masing saling memahami tugas masing-masing.”
“Persefahaman adalah antara kunci utama dalam kebahagiaan rumahtangga.
Sinergi suami isteri yang faham dakwah adalah kunci utama untuk
kelangsungan dakwah.”
“Contoh mudah, bila ada program boleh
berpergian bersama-sama, boleh berbincang berkenaan isu-isu yang timbul
dalam jemaah bersama-sama atau berbincang tentang permasalahan umat
Islam, banyak perkara yang boleh dikongsi sehati sejiwa. Banyak perkara
teknikal dalam rumahtangga akan jadi lebih mudah.”
“Kalau suami
keluar berusrah, berprogram dan melaksanakan misi dakwah kepada
masyarakat, isteri di rumah akan lebih memahami dan ada juga masanya
suami terpaksa bertahan di rumah ketika isteri keluar seketika untuk
berusrah dan berdakwah di medannya.”
“Tarbiah anak-anak juga
akan jadi lebih harmoni bila ada kesepakatan antara ibu bapa, sebagai
contoh, anak-anak boleh disepakati untuk dihantar ke program-program
tarbiah anjuran IKRAM, ke tadika dan sekolah Islam yang ditubuhkan oleh
IKRAM, bila dah meningkat usia sedikit boleh bersama IKRAM Teens dan
IKRAM Siswa, jadi kurang kompleksiti dalam perbincangan kerana kedua ibu
bapa punya agenda yang sama.
“Perkara ini kita boleh sebut
sebagai sekufu, iaitu bukan sekadar sekufu dari segi agama, keturunan,
pendidikan, tapi kalau boleh, kita nak kena cari juga yang sekufu dari
segi kefahaman amal dakwah.”
“Atas sebab-sebab yang abang
Ismail nyatakan tadilah maka jemaah amat menggalakkan agar kalau masih
belum berpunya, carilah calon yang sekufu dalam kefahaman amal dakwah,
dengan kata lain, dari jemaah yang sama lah.”
“Macam mana nak mencari calon isteri, itu isu lain pula, perlu sesi lain untuk dijelaskan.”
“Seperkara lagi, bila dari jemaah yang sama, mudah untuk orang tengah
menyelidiki keperibadiannya melalui mekanisme-mekanisme yang kita ada
dan segala urusan juga akan lebih sejahtera kerana kita sentiasa
muhasabah agar tidak berlaku ikhtilat yang keterlaluan sebelum
perkahwinan berjaya dilangsungkan.”
“Macam yang abang Ismail
sebut awal-awal tadi, kalau dah berpunya atau memang dah ada penyusunan
ibu bapa tu lain pula jawapannya, tapi memandangkan Acu ni belum
berpunya dan punya semangat untuk beriltizam dengan amal dakwah, maka
inilah jawapan yang abang Ismail fikirkan paling sesuai.”
“Walau apa pun, harus diingat, pilihan di tangan Acu sendiri,
persetujuan ibu bapa juga teramat penting, jemaah hanya ‘facilitate’ dan
beri panduan sahaja.”
“Tidak dapat dinafikan, ada yang
berkahwin dengan pasangan berbeza jemaah atau tidak punya jemaah tapi
masih berjaya membangunkan rumahtangga islami yang diidam-idamkan dan
ada juga yang berkahwin satu jemaah yang tidak lepas dari pelbagai
masalah.”
“Pertimbangan yang kita buat adalah berdasarkan
praktikal dan pengalaman mereka yang telah lama bergiat cergas dalam
amal dakwah ini, dan abang Ismail juga telah merasai dan melihat perkara
ini sepanjang beberapa tahun dalam alam dakwah dan rumahtangga ini.”
“Banyak yang abang Ismail lihat dan diceritakan oleh orang lama, bila
memilih calon yang tidak ‘sekufu’ kefahaman dakwah atau yang tidak
memahami keutamaan dakwah dan tarbiah untuk membangunkan umat, akhirnya
leka dan larut dalam dunia rumahtangga dan kerjaya hingga agenda dakwah
yang dulunya berdegar-degar dilaungkan, lebur dengan begitu mudah.”
“Kalau boleh kita tak nak perkara seperti itu berlaku, kalau boleh kita
ingin bersama pasangan sama-sama menjadi pejuang agama dan melahirkan
zuriat yang akan dididik menjadi pejuang juga.”
“Bukan bermakna
kalau kahwin satu jemaah itu akan bebas dari masalah dan selesai
segalanya, kerana ada juga yang bermasalah, tapi kita berikhtiar agar
masalah-masalah dapat dikurangkan dan rumahtangga yang dibangunkan punya
asas untuk suami dan isteri bersefahaman.”
“Acu faham ke?
Perkara ini sebenarnya ‘common sense’ sahaja jika kita berfikir dan
melihat rumahtangga sebagai satu medan untuk membangunkan ummah. ini
adalah pendapat abang Ismail berdasarkan sedikit pengalaman, mungkin
orang lain ada pendapatnya yang lain yang mungkin lebih bernas lagi.”
Panjang lebar saya menjelaskan dengan bahasa termudah yang boleh saya susun.
“Oooo, ok, faham-faham.” Jawab Acu dengan wajah yang cerah. Semoga persoalan dan sangkaannya kembali jernih.
Mencari pasangan yang ‘sekufu’ kefahaman adalah antara satu aspek
penting dalam membina rumahtangga dakwah yang bahagia. Walaupun ianya
bukan jaminan mutlak kepada kebahagiaan, tapi sekurang-kurangnya, bila
asas yang dibina adalah di atas kefahaman yang sama iaitu untuk membina
ummah melalui jalan dakwah dan tarbiah, adalah diharapkan suami dan
isteri akan lebih mudah untuk saling memahami dan bersinergi dalam
menyumbang kepada dakwah.
Harus diingat, membina rumahtangga
dakwah bukan satu tugas mudah, dan ia bukan juga ubat mujarab untuk
menyelesaikan segala masalah hati ikhwah dan akhawat. Tetapi rumahtangga
dakwah adalah tempat untuk para da’ie membina kekuatan diri, menjadikan
diri lelaki sejati yang mampu memimpin ummah dan melahirkan generasi
singa yang berkualiti.
Ia adalah ujian, hanya yang kuat dan bersedia akan terus melangkah.
Kredik to Ismail Md Desa
*gambar jiwang ini pun hanya sekadar hiasan saja =P
p/s: Ismail Md Desa ni ikhwah melaka kot..btw, nice try!
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
ReplyDeletehttps://www.facebook.com/photo.php?fbid=408036805938182&set=pb.225124360896095.-2207520000.1370966851.&type=3&src=https%3A%2F%2Ffbcdn-sphotos-c-a.akamaihd.net%2Fhphotos-ak-prn1%2F46419_408036805938182_280696708_n.jpg&size=477%2C720
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=407501362658393&set=pb.225124360896095.-2207520000.1370966851.&type=3&theater
nak sngt tgk awak jgak mcm tu
sya doakan yang terbaik untuk AwAK,DUNIA AKHIRAT =)
cantik sgt la dua pasangan dlm link gmbar tu..hohoooo tak penah rasa mampu pun tuk dpt mcm tu..erkkk...byk lg dosa dlm diri, nak berangan dapat yg baik pun tak berani,,,,,,,,Allah Lebih mengerti =)
Deletekita hanya merancang,.Allah jua yang menentukan..
ReplyDeletekita meminta..dan Allah jua Yang tunaikan..
usaha doa dan tawakal..mudah2an baik2 saja utk semua org.. anonymous juga moga beroleh yg sama,pasangan yg sentiasa mbantu utk merebut cinta Allah..aminn...
kita mengimpikan apa yg terbaik utk kita..
tapi Allah memberi apa yg memang baik utk kita.