Saya melahirkan rasa sedih dan
simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya,
inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah
Mesir.
Saya
menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan
diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan
tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi.
Ini tandanya tentera tidak yakin
dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran
untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan
untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan
panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.
Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti.

Sesiapa yang menjawat jawatan
ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu
banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk
melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa
bepaling lagi ke arah mereka.
Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.
Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.
Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!
Doa dan solidariti untuk Mesir.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)
Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M
No comments:
Post a Comment
berkata benarlah walaupun pahit