Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang
perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi,
paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan
ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah s.a.w. Itulah Fatimah
Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia
sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya
usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu
baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa
sahabat mulia nabi, Abu Bakr As-Siddiq, melamar Fatimah.
“Allah mengujiku rupanya”, begitu batin Ali. Ia merasa diuji kerana merasa
apalah dia dibanding Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama,
mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan
pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu
Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas
menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana
Abu Bakr berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah
yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakr; Utsman, Abdurrahman ibn Auf,
Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan
kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim
yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga
Yassir, Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan Ali? Dari segi
kewangan, Abu Bakr sang saudagar, insyaAllah lebih bisa membahagiakan Fatimah.
Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.
“Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali.
“Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah
atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu
Bakr ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha
mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran
lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa,
menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki
yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan
muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir
Quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan
berlari ketakutan.
Ya, Al-Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebatilan itu juga datang melamar
Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, “Aku datang
bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk
bersama Abu Bakr dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya disisi Rasul, disisi
ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali
lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar
juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan Nabi, sedangkan dua
sahabat baginda turut ditolak peminangannya?
Pada suatu hari Abu Bakr As-Siddiq r.a, Umar Ibnu Khattab r.a dan Sa’ad bin
Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu
diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda
bertanya kepada Abu Bakr As-Siddiq r.a: “Apakah engkau bersedia menyampaikan
persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Siddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi
Ali r.a. Sewaktu Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As-Siddiq r.a dgn
tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang
membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirehat sejenak, Abu Bakar As-Siddiq r.a segera
menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yang beriman
kepada Allah dan RasulNya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan
orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah
kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan
lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah
beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan
kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum
pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk
dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu
untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakr r.a mata Saidina Ali r.a berlinang air mata.
Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakr, anda telah
membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan
sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi
yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai
apa-apa.”
Abu Bakr r.a terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan
menguatkan hati Ali r.a, Abu Bakar r.a berkata: “Hai Ali, janganlah engkau
berkata seperti itu. Bagi Allah dan RasulNya dunia dan seisinya ini hanyalah
ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a berhasil mendorong
keberanian Ali r.a untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Sayyidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah
s.a.w yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar
pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah
yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu
baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah
dan RasulNya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w itu belum memuaskan Ummu Salamah r.ha. Ia
bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salamah di kemudian hari
mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a kepada
Nabi Muhammad s.a.w itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku
terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali
bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan
salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau.
Ali bin Abi Talib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu
hendak mengutarakannya.
Rasul Allah s.a.w mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai
suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau
perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w yang demikian itu lahirlah keberanian
Ali bin Abi Talib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat
bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Talib dan makcikmu Fatimah
binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda
ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi
wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang
menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang
aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah
anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salamah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah
nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Talib:
“Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”
Jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang. “Demi Allah, anda sendiri
mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda
ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang
dan seekor unta.”
Rasul Allah s.a.w menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib: “Tentang pedangmu
itu engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu
engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau
memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan
engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima
barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza
Wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku
menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salamah
r.ha.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan
disaksikan oleh para sahabat, Rasul Allah s.a.w mengucapkan kata-kata ijab
kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t memerintahkan aku supaya
menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan
engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu ku terima dgn baik” jawab Ali bin Abi Talib r.a dalam
pernikahan itu.
sekadar gambar hiasan
Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam
suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali:
“Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan
jatuh cinta pada seorang pemuda”. Ali terkejut dan berkata: “Jikalau begitu,
mengapa engkau mahu menikah denganku? Dan siapakah pemuda itu?”
Sambil tersenyum Fatimah berkata: “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu”
Wallahua’lam bissawab..
p/s: nangis kot baca.. seriyes sweeettt sgt mereka berdua ni.. huuu <3 part paling sweet adalah bila Allah pada awalnya lagi dah menjodohkan mereka berdua.. Allahu Rabbi.. sebagai peringatan utk semua yg gian bercinta tu, yakinla dgn jodoh yg Allah dan tetapkan utk kita..jangan tertipu dgn perasaan sendiri n tak payah nak sibuk2 pasal jodoh ke ape sbb mmg Allah dah tetapkan untukmu..