Tuesday, October 26, 2010

10 Sifat Calon SUAMI SYURGA

Muhasabah dri sblom kawen! let's check out!

by محمد أمير الهادي عزمي on Monday, October 18, 2010 at 10:42pm

 
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.


6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Copied from: Maizatul Akmal
 


Feel free to copy/share. Don't ask


P/S;sungguh bahagia  n gembira melihat kebahagiaan org lain...dalam rumahtangga yg dirahmati n diredahi Allah swt...perjuangan menegakkan agama Allah swt dipikul bersama...Ya ALLAH...kurniakanlah aku seorg suami yg mampu menjadi guru agama bagiku n anak2ku kelak...JAUHILAH AKU DARI MEREKA2 YG MENJAUHIMU YA ALLAH,.,,.AMINN YA RABBAL ALAMIN...

4 comments:

  1. knape aku sedih bila baca pasal ni...Ya Allah janganlah Kau mnguji aku dgn cinta yg dusta..jauhilah aku daripada pendusta..cinta aku tidak layak untuk lelaki begitu..moga Allah mendekatiku dgn org2 yg taat padaNya n mpunyai ciri2 sperti di atas wlpun klihatan agak mustahil di akhir zaman ini..aminn...

    ReplyDelete
  2. smoga cik cahaya mndpat chinta yg sejati,chinta yg diredhaiNYA,chinta yang kekal dn bahagia dunia akhirat!

    ReplyDelete
  3. syukran ya akhi...moga kamu juga begitu..moga kita semua tergolong dlm glngn org2 yg redha pada qada' n qadarNya..

    ReplyDelete

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...