Thursday, December 09, 2010

HIJRAH KE ARAH KEBAIKAN - Malek Nor

HIJRAHLAH KEARAH KEBAIKAN ^_^
Mari kita hayati kisah MALEK NOR yang telah berhijrah ke arah kebaikan..
semoga kisah ini dapat menjadi sumber inspirasi dan dapat menaikkan semangat kita semua untuk berhijrah ke arah kebaikan...


insyaallah..Allahumma min ya latif...

-----------------------------------------------------

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

"Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi...kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

"Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

"Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati," luahnya.

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

"Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku TANPA SAYA DUGA . Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

"Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

"Selepas berpusing-pusing MACAM ORANG GILA, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berWUDUK kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran," cerita Malek.

"Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini," kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara,Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

SUBHANALLAH....
SESUNGGUHNYA ALLAH ITU YA HADI...
MAHA PEMBERI HIDAYAH...


buang yang keruh,ambil yang jernih...
marilah sama-sama kite berhijrah ke arah kebaikan..
andai jatuh,bangkit kembali..

insyaallah..Allahumma amin ya latif...



sumber : http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6863.0

No comments:

Post a Comment

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...