................................................................................................................................................................
kopi paste dari azzariyat.com
sebagai pngajaran pada diri aku sendiri utk lebih hati2 di masa depan...
................................................................................................................................................................
Anda cakna dengan apa yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang? Anda tahu seorang remaja sekitar tingkatan 3 meliwat seorang kanak-kanak berusia 6 tahun yang sedang bermain masak-masak? Anda tahu penyebaran rakaman aksi ghairah 2 beradik yang dirakam dari banyak sudut oleh pihak ketiga di Butterworth? Anda tidak percaya? Sila baca ini dan ini,beristighfarlah dan mari berfikir sejenak bersama saya bagi mencetus satu tindakan penyelesaian.
Kalau sekarang,remaja lelaki dan perempuan berpegangan tangan,saling berpelukan itu dikatakan normal dan ibu bapa yang melarangnya dikatakan tidak sporting,anda rasa di zaman cucu kita nanti,adakah mereka setakat berpegangan tangan dan berpelukan erat?
Itu yang kita biasa nampak.
Suatu hari saya sedang menunggu sepupu saya di 7Eleven Taman Tun Dr.Ismail,Kuala Lumpur. Di sebelah 7E ada sebuah restoran dan kelihatan ada 1 pasangan sedang duduk di meja untuk 4 orang. Mata saya tertarik ke arah mereka yang kelihatan seperti sudah berkahwin. Tidak berapa lama,datang satu lagi pasangan mendekati pasangan tadi dan mereka…
Anda rasa apa yang mereka buat?
Ya,mereka saling bertukar ciuman,bukan ciuman pipi tetapi mulut ke mulut. Mungkin slogan asrama ‘barang kau barang aku,barang aku barang kau’ diamalkan oleh mereka. Teman lelaki A bercium dengan teman perempuan B dan sebaliknya dan mereka ketawa selepas itu.
Mungkin,di zaman anak cucu kita nanti,bukan setakat bercium,malah bertukar-tukar perempuan juga akan menjadi perkara biasa. Ibu bapa yang melarangnya akan ditentang keras,”menyekat kebebasan seorang anak” kata mereka. Mungkin gadis-gadis di Malaysia suatu hari nanti akan malu jika masih ada dara pada umur 18 tahun seperti gadis-gadis Amerika sekarang. Atau mungkin,ibu bapa juga akan berasa malu jika anak perempuannya masih mempunyai dara pada umur 16 tahun?
Siapa dapat jamin perkara ini tidak akan berlaku?
Jika buka televisyen asyik perkara ghairah yang dipertontonkan,masakan kanak-kanak berumur 6 tahun tidak tahu bercium itu apa?
“Kami sudah melabelkan cerita-cerita yang mengandungi unsur-unsur seksual dengan label 18SX,kami tidak bersalah, yang bersalah adalah yang menontonnya,”hujah mereka.
Kalau yang menontonnya itu kanak-kanak berumur 6-10 tahun,masakan mereka dapat bezakan filem ini boleh tonton dan filem ini tidak boleh. Jangan katakan filem,kalau kita perhatikan iklan-iklan televisyen sekarang sudah cukup untuk meransang nafsu seseorang yang normal. Cuba anda perhatikan iklan-iklan trailer filem yang akan ditayangkan di pawagan yang ditayangkan di televisyen,pasti ada aksi ghairah walaupun sedikit,tidakkah itu mampu meracuni fikiran kanak-kanak?
Sebut tentang kartun,Shin Chan dan Spongebob,dua-dua mempunyai unsur-unsur seks. Malah,kalau anda penggemar anime,anda mesti terjumpa adegan-adegan yang tidak elok dalam cerita tersebut. Memang telah tertulis had umur untuk menonton atau membacanya,persoalannya,adakah perkara itu dipatuhi oleh masyarakat?
Kalau jalan raya yang had laju 90km/j yang berpolis trafik pun dilanggar,inikan pula undang-undang tanpa pengawal? Tambah-tambah,yang disuruh ikut undang-undang itu kanak-kanak yang belum mumayyiz(boleh bezakan baik dan buruk)?
Sebelum kita tuding jari kepada ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut,lebih baik kita tanya diri kita dahulu;
“Sepanjang aku hidup 21 tahun ni,apakah sumbangan aku kepada masyarakat?Apakah sumbangan aku kepada ahli keluargaku? Pernah aku menegur adik kakak ku? Pernah aku mengimami mereka? Pernah aku ajak ahli keluarga ku solat bersama? Pernah aku pergi ke surau untuk solat berjemaah? Pernah aku terfikir aku akan mati dalam Islam atau kafir? Pernah?”
Ya,muhasabah diri kita dahulu. Adakah pernah kita memberi sumbangan ‘kesedaran’ kita ini kepada masyarakat? Saya yakin,rata-rata antara kita bila tengok pelajar tingakatan 5 sedang bermadu kasih,kita takkan berani menegur mereka. Rasa bersala ada dalam diri kita tapi kita sejukkan hati kita dengan alasan,”aku membencinya dalam hati,at least ada gak iman aku..” Padahal kita sedang ditipu syaitan.
Kita juga beralasan, “kalau takleh jadi garam yang memasinkan ikan,at least aku tak jadi langau yang membusukkan ikan” dan kita sekali lagi salah. Memang betul kalau tidak boleh membetulkan masyarakat,jangan jadi golongan yang rosak tapi bukan itu yang Islam mahu. Kalau begini cara Islam mahu,mengapa tidak Nabi teruskan saja uzlahnya di gua Hira’? Bukankah Nabi ketika itu tidak menjadi langau yang membusukkan ikan?
Tapi Nabi keluar juga,nak tak nak Nabi mesti jadi garam yang memasinkan ikan. Begitu juga kita,tidak boleh dengan hanya duduk berdiam di dalam rumah dan merungut, “masya Allah budak ni,kecik-kecik dah pandai buat macam ni.. Ish,apa nak jadi dengan mak ayah budak ni,tak jaga anak ke..”. Sebaliknya,keluarlah dengan cara masing-masing dan berdakwahlah.
Sebarkan hukum-hukum,undang-undang Islam kepada semua orang. Adik-beradik,ibu bapa,kawan-kawan dan semua orang. Dunia semakin sempit dan kita makin senang berhubung dengan kawan-kawan kita. Gunakan segala yang ada, YM,Facebook,Tweeter dan Skype untuk sebar dakwah.
Tapi ingat,ia bukan sekadar untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai khalifah yang wajib berdakwah tetapi berdakwahlah dengan bersungguh-sungguh kerana itu yang dibuat oleh Rasulullah. Rasulullah tidak berdakwah seperti lepas batuk di tangga,dengan harapan di akhirat kelak Rasulullah mampu berkata kepada Allah, “Ya Allah,aku dah berdakwah tapi dorang tak nak ikut,lantak diorang la..” Tapi Rasulullah berdakwah bersungguh-sungguh sehingga di akhirat nanti pun Rasulullah masih bimbangkan kita,wahai umat Islam sekalian.
Ayuh,jangan biarkan kerosakan remaja sekarang diwarisi anak-anak yang bakal lahir. Sedarkan semua orang bahawa di alam roh dulu kita semua telah berjanji bahawa hanya Allah Tuhan kita dan kita wajib menurut segala perintah dan kemahuan Nya. Jangan biarkan ideologi-ideologi baru menyerap masuk dalam minda kita. Bila bertemu perkara baru, cepat-cepatlah rujuk Al-Quran dan Hadis,moga di situ ada jawapannya.
,saya menyeru diri saya dan anda semua,jom amalkan,setiap pagi,sila tanya diri sendiri dan jawab dalam hati sendiri;
Siapa yang hidupkan aku?
Untuk apa aku dihidupkan?
Macamana aku mati?
Cukupkah amalanku untuk memasuki syurga Allah?
Di mana ahli keluarga ku ketika itu?
No comments:
Post a Comment
berkata benarlah walaupun pahit