Monday, December 24, 2012

pesanan buat niqabis


Kamu katakan niatmu berada di sini adalah sebagai salah satu medan bagimu untuk meyampaikan dakwah-Nya seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah-Nya. Namun sedarkah kamu apa yang kamu lakukan sekarang? Adakah kamu sedar atau sememangnya kamu masih belum sedar? Mari kita lihat.

Ramai antara niqobis yang ana perhatikan sekarang gemar upload gambar mereka berniqob dan ada juga tanpa niqob dengan gaya yang bisa menarik perhatian. Tidak ana nafikan, ana jua pernah melakukan sedemikian namun dengan izin suatu hari Allah telah menunjukkan cahaya-Nya.

Tahukah kamu walau gambar yang kamu upload itu gambar berniqob yang menutup sebahagian wajahmu namun sebenarnya masih lagi dapat meruntuhkan jiwa lelaki dengan satu fitnah. Apakah ia? Ianya adalah sepasang mata. Sepasang mata yang terhias cantik dengan ukiran celak yang menawan. 'Sepasang mata Si Hawa itu mampu menggelorakan seribu jiwa Si Adam'. Ianya menjadi daya penarik utama bagi kaum Adam dan sedar atau tidak ianya ke arah membuka satu pintu zina buat kamu. Nauzubillah!

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan :

"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"

Srikandi Islam yang cantik rupawan ini,malah baik ilmunya dan menjadi ikon kaum Hawa dulu kini dan selamanya sendiri berpesan akan azimat ini. Pesanan ini untuk menegaskan bahawa,"SEBAIK-BAIK" bermaksud penekanan kepada wanita-wanita yang berusaha menjadi baik,haruslah dan mestilah orang yang berusaha untuk tidak dipandang dan tidak memandang.

Tidak dipandang adalah membawa maksud,tidak menjadi perhatian kaum ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) secara syahwat ataupun tanpa nafsu syahwat.
Tidak memandang pula membawa maksud,menundukkan pandangan daripada melihat ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) dan perkara yang berupa maksiat.

Jadi disini ingin ana tegaskan, pemakaian purdah ini dasarnya adalah untuk tidak diPANDANG akan kejelitaan wajah yang mampu menaikkan syahwat ajnabi(lelaki tiada pertalian darah) Atau lebih mudah adalah supaya tidak menjadi perhatian awam. Namun,sekiranya pemakaian purdah itu sendiri menjadi perhatian,maka tujuan asalnya telah terpesong sama sekali. Malah,akan menimbulkan fitnah kepada si pemakai itu sendiri.

Sama hal juga seperti kamu upload gambar kamu berniqob di facebook and etc. Ianya sememangnya tidak memaparkan wajah kamu tetapi cukup dengan sepasang mata yang indah dan gaya kamu itu sudah membuatkan lelaki ajnabi 'terjatuh'.

Oleh yang demikian, sebagai wanita yang berusaha untuk menjadi"SEBAIK-BAIK"wanita seperti yang dipesan oleh Saidatina Aisyah,maka perlu dan wajiblah kepada kita untuk berusaha agar tidak dipandang dan juga tidak memandang kepada yang maksiat itu. Supaya kita,terselamat dari fitnah-fitnah dunia dan mengharumkan nama baik muslimah itu sendiri.

"Wanita itu adalah perhiasan dunia.Dan SEBAIK-BAIK perhiasan adalah yang solehah"

Jelas? Tepuk dada. Buka hati. Buka minda. Tanya iman. Apa khabar imanmu?
________________________________________________

Allahummasallia'ala Saidina Muhammad,
Pena Dakwah-Nya ♥
 
 

No comments:

Post a Comment

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...