~Istimewa buatmu An-Nisa~
by AinunMardhiah عين مرضية on Friday, April 29, 2011 at 8:45am
Mengisahkan tentang bidadari-bidadari syurga, mereka itu adalah
Dialah bidadari dunia...
Dialah wanita solehah yang menjaga kesucian dirinya.
wanita suci yang menyenangkan jika dipandang mata, menyejukkan jika dilihat, dan mententeramkan hati setiap pemiliknya. Rupanya cantik jelita, kulitnya mulus. Ia memiliki akhlak yang paling baik, perawan, kaya akan cinta, dan umurnya sebaya.
Siapakah yang orang yang beruntung mendapatkannya?
Siapa lagi kalau bukan orang-orang yang syahid kerana berjihad di jalan Allah,
orang-orang yang tulus dan ikhlas membela agama Allah.
Sebahagian kita mungkin berfikir..
bila kita berjumpa dengan bidadari-bidadari itu?
Apakah ia akan kita miliki, adakah ia sedikit di antara mereka mendiami bumi sekarang ini?
Bidadari-bidadari itu telah turun ke bumi.
Seperti apakah bidadari bumi itu?
Semenjak Islam mulai bangkit lagi di bumi ini. Bidadari-bidadari itu menghias diri setiap hari. Dia berwujud manusia yang berhati lembut, menyenangkan jika dipandang mata, menyejukkan jika dilihat, mententeramkan hati setiap pemiliknya.
"Dan dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah."
(HR. Muslim).
...............................................................................................
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang hatinya dibalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Dien Allah
Yang senantiasa haus dengan ibadah kepada Allah,
Yang senantiasa dahaga akan mengharap redha Allah...
Yang solatnya adalah bekal dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang senatiasa bersama para mujahiddah Allah...
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang senantiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jahat...
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang menghormati suaminya.
Yang senantiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendampingi suami dalam mendidik anak-anaknya
untuk mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya...
adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang wanita solehah,
Yang senatiasa bersedia untuk menjadi makmum imamnya
Yang hidup di bawah naungan Al-Qur'an dan qana'ah
Yang tidak dikotori dengan perhiasan dunia
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang wanita solehah
Yang selalu menjaga lisan, penyayang keluarga & suaminya,
Matanya kepenatan kerana membaca Al-Qur'an,
Suaranya lesu kerana penat berzikir...
Tidurnya lelap dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kesigapan
Karena dia sedar betapa indahnya menjadi wanita solehah melebihi perhiasan apapun di dunia
Semakin sedar bertambah usianya...
bertambahlah kematangannya.
Jadilah seorang wanita solehah
Yang senantiasa mengabdikan diri untuk menjadi mujahiddah Allah
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dipelihara dan dijaga,
Agar tumbuh putik tunas yang bakal menjaga dirinya di alam baqa'
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang wanita solehah
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga Allah
Dialah wanita solehah yang keberadaan dirinya lebih baik dan bererti dari seluruh isi alam ini...
..............................
Kitalah bakal bidadari dunia itu wahai an-nisa...
Tidak mahukah dikau bergelar bidadari dunia???
p/s:memberi erti pada diri