Tuesday, March 22, 2011

3 Syarat untuk bersahabat dengan Rasulullah SAW di Syurga

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/03/solat2bsebelum2bkamu2bdisolatkan.jpg?w=264&h=242
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/03/solat2bdhuha.jpg?w=259

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahhumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi.
Firman Allah ta’ala:

لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

 
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
~Surah Ibrahim:7.
 
Sabda Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam:

يصبح على كل سلامي أحدكم صدقة فكل تسبيحة صدقة وكل تحميدة صدقة
وكل تهليلة صدقة وكل تكبيرة صدقة وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن المنكر صدقة
ويجزي من ذلك ركعتا الضحي يركعهما

 
Keatas setiap sendi seseorang sedekah,setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,dan menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah dan menegah kemungkaran adalah sedekah.Dan itu semua dikira dengan 2 rakaat Dhuha yang disolatnya.
~Riwayat Imam Muslim
 
Waktu Dhuha:

15 minit selepas waktu syuruq hingga 10 minit sebelum zuhur.
Seandainya kita tidak tahu waktu dhuha,maka kira dari waktu masuk subuh.Jangka waktu subuh biasanya 1 jam setengah.Kemudian tambah dari 1 setengah jam itu,30 min kemudian baru solat dhuha.(Itu apa yang guru alfaqir ajarkan).

Inilah 3 syarat untuk bersahabat dengan Rasulullah SAW di dalam Syurga nanti,

Dari Sayyidina Abu Hurairah rodiallahu ‘anhu berkata:

أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث: 
صيام ثلاثة أيام من كل شهر،
وركعتي الضحى،
وأن أوتر قبل أن أنام

Kekasihku sollahu ‘alahi wasallam mewasiatkan kepadaku 3 perkara:
 
1-Puasa 3 hari setiap bulan,
 
2-2 rakaat dhuha ,
 
3-dan bersolat witir sebelum tidur. 

~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


Sheikh Yusri pernah sebut dalam majlis sohih Bukhari :



“Hendaklah setiap orang menjaga solat dhuha ini kerana ia ibarat membayar income tax buat sendi2 tulang kita.Nikmat tulang yang sihat adalah diantara nikmat2 besar kerana berapa ramai yang menghadapi penyakit tulang, menghalanganya untuk melakukan pekerjaan seharian.Setiap nikmat kita diminta untuk mensyukurinya dan cara untuk mensyukuri nikmat sendi2 tulang adalah dengan melakukan solat dhuha.Jadi,jika kita mahu terselamat dari ditimpa penyakit tulang,maka pelihara solat ini kerana apabila kita bersyukur Allah akan menambahkan nikmat tersebut,jika tidak,maka sebaliknya.”

Sheikh Mohammad Awad pula pernah sebut:

“Kalau kita tidak mampu melakukan solat2 rawatib,maka cukup buat kamu, lakukan solat dhuha kerana ia memurahkan rezki secara zohir dan batin. Mujarab!”

Pada mulanya…
Buat kerana faedah,
Selepas itu…
Kerana Rasulullah yang mewasiatkannya,
Dan akhirnya….

Kerana telah merasai apa yang Rasulullah rasa iaitu:

أفلا أكون عبدا شكورا

 
Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?!
 
Dan itu adalah hasil buah ma’arifatnya terhadap Allah s.w.t.

Kalau kita buat kerana faedah,maka kita akan susah untuk beristiqamah sebab bila susah,barulah memperbanyakkan solat dhuha.

Tapi jika buat kerana Kekasihnya yang memesannya untuk melakukan,maka tidak semudah itu untuk dia melepaskan walau ikutannya itu hanya kerana cinta tanpa memahami hakikatnya.

Dan akhirnya…

Kerana kejujuran cintanya dengan membuktikan melalui perbuatannya,Barulah dia faham rupanya “Aku lakukan itu adalah sebagai tanda kesyukuranku terhadap nikmat2Nya.”
Kerana itu,Rasulullah adalah pintu menuju kepadaNya.
Bila sudah sampai stage ini…

Kalau rasa malas,dia mudah melawan nafsunya dengan berkata:
“Biadab engkau seorang hamba!Nikmat2Nya apalagi yang engkau dustakan sehingga begitu berat untuk melakukan 2 rakaat sebagai tanda kesyukuran????”





Rujukan :
http://almaarif87.blogspot.com/


No comments:

Post a Comment

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...