Thursday, March 31, 2011

~cinta sana sini~

by : http://jeminghassan.blogspot.com/


Bercakap tentang cinta,gunang ganang pun bisa jadi rata. Kalau berjanji atas nama cinta, lautan api akan sanggup direnangai. Tapi bila berkisah realiti cinta, geli hati tidak terkata.

Hari ini, perkataan cinta bukan lagi perkataan yang asing. Sana sini bercakap tentang cinta. Daripada adik pelajar pasti sehingga ke pelajar tadika, daripada pelajar engineering sehinggalah ke pelajar syariah islam, daripada lelaki bujang hinggalah ke laki orang, daripada bujang terlajak hinggalah duda beranak lapan, kisah cinta bukan lagi asing seperti dulu.

Dulu perkataan CINTA seperti menjual ganja. Di dalam diam perkataan cinta bernafas. Sembunyi kerana malu masih menebal untuk berbicara tentang cinta.



Kini~

Status hubungan di facebook adalah perkara yang wajib untuk diisi. Tak perlu lagi nak merisik atau menyiasat. Semua sudah tertera distatus facebook masing-masing. Kisah cinta bersepah disana sini. Bukan benci pada perkataan cinta, bahkan kita diwajibkan bercinta dengan mendalam pada si Pencipta kita.

Namun kisah cinta hari ini terlalu mengelikan hati. Cinta sebelum kahwin terlalu indah, sehingga racun pun sanggup ditelani bukti kepada cinta. Ada juga yang asalnya Islam mati tidak lagi beragama Islam hanya kerana cinta sesama manusia yang palsu itu. Kecewa dengan cinta, dunia ini tidak lagi bermakna, sehingga sanggup mengantung diri sehingga mati, sehingga sanggup terjun bangunan sehingga berkecai nyawa dan badan, semua kerana cinta.



Argh, indah lagi cinta kini?

Cinta, couple, sudah perpunya, bergewe dan macam-macam lagi istilah cinta. Semuanya merujuk kepada hubungan antara lelaki dan wanita. Namun yang peliknya, ianya juga digunakan bagi lelaki dan wanita yang masih lagi tidak diijab kabul.

Haramkah bercinta, berpunya, bercouple atau bergewe ini ?


Menurut Sheikh Atiyyah Saqr iaitu bekas Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Mesir di dalam kitabnya Seen wal Jeem lil mar’atil muslimah ada ditanyakan soalan seumpama ini. Beliau menjawab bahawa bercinta itu tidak salah. Yang menjadi kesalahan adalah perlakuan kesan daripada bercinta itu. Ini kerana cinta itu mempunai satu ‘kuasa’ yang tersendiri. Jika tidak dikawal, maka ia boleh membawa mudharat yg besar. Namun, jika ia dikawal oleh batasan syara’, maka tidak mengapa untuk bercinta. Kerana Allah telah menganugerahkan hambanya perasaan cinta. Fitrah cinta tidak mampu untuk kita membunuhnya, cukuplah dengan mengawal perasaan cinta itu.


Hari ini, boleh dikatakan semua manusia yang sudah akil baligh mempunyai pasangan masing-masing, baik yang dah kahwin mahu pun yang bercinta sebelum kahwin. Namun ada moleknya bercinta selepas kita ucap "aku terima nikahnya"

Namun jika kita mencari pasangan demi ingin memastikan dan memilih pasangan kita adalah daripada kalangan wanita yang soleha untuk dijadikan calon isteri, maka,tetaplah dengan matlamat suci itu. Namun, ingin mencari calon isteri tidak semestinya dengan cara bercinta, berkawan juga boleh dijadikan cara untuk mencari calon isteri. Dan lagi selamat berkawan kerana bila bercinta sesama manusia, akan hadir makhlut alam ghaib yang datang menghasut untuk membuat maksiat, dari maksiat kecil yang bermula dengan perkataan, sehinggalah terjadinya maksiat besar dan akhirnya matlamat untuk mencari wanita soleha berkubur kerana si pencari sendiri yang menguburkan wanita soleha yang dicarinya.


Jika kita bercinta, cintailah pasangan itu kerana ALLAH swt, dan jika kita cinta pasangan kita itu, bawalah bersamanya sehingga ke pintu syurga. Berusahalah bersama-sama untuk disyurga bukan bersama syaitan yang dijadikan teman di dalam neraka.



Doa Nabi Daud as Memohon Cinta Allah.


Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersabda: “Di antara doa Nabi Daud ’alihis-salaam ialah: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin.” Dan bila Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam mengingat Nabi Daud ’alihis-salaam beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah.” (HR Tirmidzi 3412)

Dari Nabi shollallahu ’alaih wa sallam beliau bersabda: “Bila Allah mencintai seorang hamba, maka Allah berseru kepada Jibril: “Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka cintailah dia.” Jibrilpun mencintainya. Kemudian Jibril berseru kepada penghuni langit: ”Sesungguhnya Allah mencintai Fulan, maka kalian cintailah dia.” Penghuni langitpun mencintainya. Kemudian ditanamkanlah cinta penghuni bumi kepadanya.” (HR Bukhary 5580)

Sesungguhnya Rasulullah shollallahu ’alaih wa sallam bersada: “Ruh-ruh manusia diciptakan laksana prajurit berbaris, maka mana yang saling kenal di antara satu sama lain akan bersatu. Dan mana yang saling mengingkari di antara satu sama lain akan berpisah.” (HR muslim 4773)


Cintailah sesama kita, kerana cinta tidak pernah bermata. Semoga cinta tetap abadi. Cintalah dengan bijaksana. Dan sesunnguhnya "Orang-orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah. (al- Baqarah: 165)"




fitnah memakan diri sendiri

syukur...

fitnah xmenjadi..

terkena batang hidung sendiri...

masih membela diri...

terpulangla...

kamu bisa lakukan apa saja...

kerna kamu tidak akan di adili....

kerna kamu yg mengepalai...

kamu yang memulai...

kamu yang mengadili...

kamu yang meghakimi...

kamu juga yg mengakhiri...

kamu xtakut memfitnah...

selalu menuding jari...

dosa2 lain juga kamu biarkan saja...

kerna memang kamu yang memulai....

kamu cemari agama kami....

Allah....bantu kami...

Allah...dunia skrg mmg tidak merasai hadirnya Kamu....

Allah...ampuni kami...

bantu kami hadapi dunia fitnah ini....

zahirkan segera pemimpin agama kami....

pemimpin yang sebenar-benar pemimpin...

yg punyai akhlak semulia Rasulullah SAW..

jika benar beliau akan di bai'ah di tanah suci....

kau segerakanlah ya Allah...

dunia islam menunggu kehadirannya...

sungguh diri lemah tanpa bantuanMu....


.......


..............................

Wednesday, March 30, 2011

~....carilah HATI mu....~

Carilah hatimu pada tiga tempat.

Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.

Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.

Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.

Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai... hati!".
 


~Imam Al-Ghazali~
 
 
 

Monday, March 28, 2011

hidayah Allah pada yang di kehendakiNya

1.Bob Lokman brkngsi dr hati yg mrindui Tuhan..bila ia sedar,agama bkn skadar adat,tapi ibadat..Apalah erti gaji RM30 ribu sebulan klu hidup brtuhankn duniawi n mlupakn ukhrawi..Ia bkn skdar brkongsi apa yg dia rsa tp apa yg org lain ptut ada

2."Ungkapan syahadah sy lebih bernilai dari b'juta2 duit yg sy ada"kta Loones,bks penyanyi rapp t'kenal Amerika di UIA br2 ni bla beliau mmluk Islam...

GEREJA TERBESAR DI ASIA – BUKIT JALIL (PART 2)

Assalamualaikum teman blogger..=)


Emm..pertama skali..inginku mohon maaf buat semua yg membaca post yg sy tulis perihal gereja terbesar di Asia – Bukit Jalil.. setelah diteliti dan dibaca kembali entri tersebut, jelas sy mnggunakan ayat2 yg beserta perasaan marah n kecewa lantas diterjemahkan eksperi n perasaan itu dlm bentuk essay..ku ingin mintak maaf kerna ayat2 dlm post tu kelihatannya agak keras..mungkin kerana terlalu sedih, terkejut, kecewa, marah n rasa xpuas hati mendorong terhasilnya ayat2 yg agak pedas itu..huhu..moga Allah mengampuni sy kerana kekhilafan sy yg masih belajar utk mnyampaikn sesuatu dgn hikmah...tidak pernah terniat utk memarahi sesiapa..post tersebut tlah sy tukar sedikit ayatnya agar lebih tenang ketika dibaca n moga2 tersentuh sedikit hati kita untuk kembali pada ajaran Penghulu kita, Muhammad S.A.W..

post tersebut mndpt smbutan n feedback yg mnggalakkan n mberansangkan..malah telah diambil n tersebar dalam dunia maya ni melalui email2, blog2 lain (terima kasih blogger2 lain yg sudi ambik), laman2 sosial spt mukabuku (facebook) kalau xsilap dalam group ’anti konspirasi’ kot dan juga melalui forum2 islamik online (al-fikrah.net).. syukur alhamdulillah kerana ada yg sudi n mahu berkongsi perasaan tidak puas hati bersama2 dgn saya..ya..mmg xpuas ati n sedih pabila gereja terbesar di Asia dibina di negara kita..Malaysia..sebuah negara ISLAM..pelbagai persoaln2 yg luarbiasa bermain2 di fikiranku...mmg sy seorg yg suka berfikir..suka membaca.,menkaji..n akan di selidiki semua perkara yg berkaitan dgn sesuatu hal..kemudian fakta2 n teori2 akan di olah mngikut cara n kefahaman sy sdri..maka lahirlah konklusi mngikut kepala sendiri..(mungkin effect daripada selalu disuruh oleh lecturer2 n prof2 utk wat research research n research) dan sesungguhnya segala kebenaran hanyalah dalam pengetahuan ALLAH SUBHANAHUWATAALA...

mari mengatur puzzles n menjawab teka-teki ini...(anda berhak berfikir cara anda sendri)

ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??


Calvary Convention Centre (CCC)...itulah nama yg diberi pada complex tersebut atau sebenarnya adalah satu complex yg menggabungkan penganut2 agama kristian yg mngikuti organisasi Calvary Church yg sememangnya terbahagi kepada byk bhagian mengikut kwasan2 dalam tiap2 negeri malah tiap2 negara di seluruh dunia (sila google ‘calvary church’ utk bukti yg lbih jelas)..ini bermakna...yang menjadi pusat atau titik perkumpulan pnganut2 agama kristian di bawah calvary church adalah di CCC ini...di sinilah tempat mereka bergabung di bawah satu bumbung kompleks yg mempunyai 6 tingkat n multifunction...di sana di sediakan pusat pengajian, tempat ibadat, tempat beli belah, kedai2 makan n sbagainya... kedudukannya yg terletak di tepi highway mmg sgt stragegik bgi mnarik org ramai kesana n sememangnya terlalu ramai org akan melaluinya....

Jadi persoalan yg bermain di benak ku semenjak kali pertama di beritahu tentang gereja ini oleh seorg ustaz di akhir satu tazkirah adalah...adakah ini juga sebahagian dari fitnah akhir zaman..fitnah dajal ketua konspirator dunia? Usai saja tazkirah tersebut, ku terus googlekan ‘gereja terbesar di Asia’ dan nah...hasilnya memang terlalu sukar untk di mngerti n dipercayai...



Gambar ini...sy dapati dlam laman web yg telah di removed by the authority...sebab tu gmbar ni nmpak sdikit blur..hee terdetik lagi di hati kecilku...adakah website tersebut diblock kerna come out with sumthing that can open our eyes and mind ? Sumthing dat was unbeliveable....yaa..it’s seems like somebody was angry and not feel comfortable with this picture...and the question is why???

Ok mari jawab n fikir bersama...

Tahukah kalian para penganut ajaran illuminati n freemason berselindung di balik agama2 lain..n yg paling jelas adalah kristian..motif utama mereka adalah menghapuskan segala bentuk agama n kepercayaan tentang adanya Tuhan Yg Esa...mereka adalah penyembah syaitan iblis yg bertopengkan agama2 lain..dajal adalah kepala mereka...para penyembah dajal ini akan bertungkus lumus n berusaha sedaya upaya walaupun terpaksa berkorban, bermati-matian n terpaksa membunuh untuk mengumpul sebanyak mungkin pengikut mereka untuk di bawa bersama ke neraka jahanam... simbol yg paling femes adlah salib terbalik (antichrist), pyramid , unfinish pyramid  n ‘one eye seeing’.. jika di lihat di gereja2 kristian di seluruh dunia, mengapa ada saja lambang piramid n mata satu ni?? Xpelik ke? Bukankah agama kristian satu agama yg percaya akan adanya Tuhan yg memerintah alam Cuma yg sesatnya mereka adalah kerana mereka tidak beriman dgn Nabi Muhammad s.a.w n percaya Jesus adalah anak tuhan..kenapa pula tiba2 mereka menggunakan simbol2 ajaran yg tidak mempercayai tuhan n menyembah syaitan?? Disini kelihatannya sesuatu telah berlaku..nyata penganut2 agama kristian telah tertipu n terpedaya dgn permainan konspirator licik itu..


Visit this site utk tgk gereja yg ade lambng dajal ni..

http://drnoproblem.blogspot.com/2010/09/bukti-illuminati-mempersiap-perang.html




Motif yahudi-zionis yang ingin menubuhkan negara israel-raya di tanah palestin yg di larang kpd mereka hanya akan terhasil dgn memanipulasi penganut2 agama terbesar di dunia..ISLAM n kristian.. dgn memecah belah n melaga2kan keduanya akan lebih cepat impian mereka terlaksana..ok tinggalkan pasal ni sbb terlalu pjg utk di ulas...plis refer to buku fitnah 2010 konspirasi galaktik by Muhammad Nurani Maarif utk info yg lebih lanjut..

To be continue......



Mimpi-mimpi Rasulullah SAW

9 Mimpi Rasulullah SAW

http://files.fatakat.com/2010/5/1272930219.gif

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA
YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya,sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api kemukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. BERSABDA RASULULLAH SAW, “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”



Rujukan ;
http://promote5.blogspirit.com/


buat ukhti semua.....

Ukhti,

Andai ukhti masih remaja , jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapa ukhti, andai ukhti sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suami ukhti, andai ukhti seorang ibu didiklah anakx2 uhkti sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.


andai ukhti belum berkahwin...jangan uhti risau akan jodoh ukhti, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. jangan menggadaikan maruah ukhti hnya semata-mata kerana seorg lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuh ukhti, ia hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana ukhti bukan memancing hatinya tapi meransang nafsunya,..

 
 
 
by :
 
 
 
 
 
 
memberi erti pada diri......
 
 
 
 

macamana gadis idaman tu...hmm?

♥ ...GADIS IDAMAN...♥

gadis itu wajahnya berona NUR IMAN....
mahkotanya dliputi tanda KEHORMATAN....
maruah dri d pagari dgn KESOPANAN....
Dialah puteri indah RUPAWAN....
tika gadis lain sibuk mnghiasi dri,dia hias NUR ILAHi pd WJAHnya..
tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA...
dia selesa bsma cintaNYA..
tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA...
dia tekun dgn BAIT kata RABBNYA..
KRANA ITULAH DIKATAKAN ....


♥...DIALAH GADIS IDAMAN....♥

Saturday, March 26, 2011

.....cinta..... whatt??




apa tu cinta?

errrr

 xreti nk jawab...


ikut maher zain la...

love is everything bout Allah...=))






masih xmatang dalam hal begini....
masih x bersedia...
pengalaman mngajarku erti cinta sebenar...
mnjadikanku org yg lebih tabah...


tiada yg ku harapkan buat masa ni....

moga mngerti...




apa ku membebel ni..?

errr


zzzzzzzzzzz


Friday, March 25, 2011

maaf...bukan niatku untuk menolak

bukan niat tuk menolak...
memang hati bukan untuk kamu, kamu, kamu dan kamu...

bukan sengaja tuk menjauh...
mmg hati masih terkunci....

bukan mahu larikan diri...
mmg hati masih bersisa....


maaf...kamu kamu semua layak mendapat yang lebih baik dan sempurna...
bukan sepertiku....





aku hanya insan biasa.....
kerdil dan hina....
maaf...


aku bukan untuk kamu semua....



moga Allah menguatkan hati...
mengampuniku...
memahami dan mengerti setiap keputusanku...


amin...Ya  Rabb...

Tuesday, March 22, 2011

jangan tangisi apa yg bukan milikmu!



Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)



Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!



- Artikel iluvislam.com

ikrar cinta seorang kekasih

 
 
 
bismillahirrahmanirrahim..
 

puji kepada Ar-Rahman
menyelimuti tujuh lapisan langit dan bumi.
ku memberi salam kesejahteraan kepada orang yang ku kasihi
semoga mewangi di pangkuan sang penyejuk alam Baginda Nabi Ilahi

Illahi....
pencipta kata
pencipta rasa
pencipta cinta
pencipta cita

saksikan ketidakupayaan ku di depan takdir kekuasaanMu
saksikan kekerdilan ku di hadapan keMahabesaranMu
saksikan kesilapan dosaku dan hanya Engkau yang Maha suci
dan hanya rahmat maghfirah
redhaMu yang ku rindu

Illahi..
dengan rahmatMu
benarkan aku mencium wangiMu
agar menwangi seluruh bergelora pesona jiwa hambaMu ini
untuk mereka saudara2 ku seiman seakidah
banarkan aku bau wangiMu
untuk seluruh hambaMu
yang merasai cinta keranaMu

Illahi..
dalam semerbak wangimu
benarkan aku adukan 99 lapis hatiku

Illahi...
sejak ku kenal "ba" dalam basmalahMu
telah terkunci 99 lapis hatiku kecuali untukMu
telah ku pahat pada dinding2 nya
hanya Engkau yang berhak membuka pintu2 hatiku
maka dengan basmalahMu benarkan aku berseru
kepada seru seluruh alam

wahai alam...
dan seluruh isinya termasuk segala debu
batu..
kumbang2...
saksikan ini 99 lapis hatiku
hatiku terkunci rapat untukmu
terkunci rapat untuk anda semua
malah terkunci rapat untuk wildan2 dunia

saksikan inilah kata hati ku
saat ini,,
tidak ada kata
tidak ada daya
tidak ada cinta
tidak ada cita
kecuali untuk Illahi Rabbi azza wa jalla
meski jiwa ku kembali kepadaNya

Illahi..
benarkan aku merayu cintaMu
sehingga saat ini
aku belum dapat memberi cinta kecuali untukMu
aku tidak pernah menerima cinta
kecuali dariMu
aku tidak pernah berkongsi kasih
kecuali untukMu

kali ini...
kau letakkan kasih dalam hatiku dan hatinya..
kau satukan hati kami..
setelah segala fitnah dan ujian yang tidak putus2..
akhirnya dengan izin kasihMu.
kuserah ketaatan buat insan yang bergelar suami
imamku sayang...
aku makmumnya..

izinkan aku mencintai dia tidak melebihi cinta padaMU...!!!
 
 
 
 
p/s : wlpun bukanku yg tulis tp tibe2 rase sedih jer..huu moga Allah mnguatkan hati....

3 Syarat untuk bersahabat dengan Rasulullah SAW di Syurga

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/03/solat2bsebelum2bkamu2bdisolatkan.jpg?w=264&h=242
http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/03/solat2bdhuha.jpg?w=259

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Allahhumma solli ‘ala sayyidina Muhammad wa ‘ala alihi.
Firman Allah ta’ala:

لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

 
Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.
~Surah Ibrahim:7.
 
Sabda Rasulullah sollahu ‘alaihi wasallam:

يصبح على كل سلامي أحدكم صدقة فكل تسبيحة صدقة وكل تحميدة صدقة
وكل تهليلة صدقة وكل تكبيرة صدقة وأمر بالمعروف صدقة ونهي عن المنكر صدقة
ويجزي من ذلك ركعتا الضحي يركعهما

 
Keatas setiap sendi seseorang sedekah,setiap tasbih adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,dan menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah dan menegah kemungkaran adalah sedekah.Dan itu semua dikira dengan 2 rakaat Dhuha yang disolatnya.
~Riwayat Imam Muslim
 
Waktu Dhuha:

15 minit selepas waktu syuruq hingga 10 minit sebelum zuhur.
Seandainya kita tidak tahu waktu dhuha,maka kira dari waktu masuk subuh.Jangka waktu subuh biasanya 1 jam setengah.Kemudian tambah dari 1 setengah jam itu,30 min kemudian baru solat dhuha.(Itu apa yang guru alfaqir ajarkan).

Inilah 3 syarat untuk bersahabat dengan Rasulullah SAW di dalam Syurga nanti,

Dari Sayyidina Abu Hurairah rodiallahu ‘anhu berkata:

أوصاني خليلي صلى الله عليه وسلم بثلاث: 
صيام ثلاثة أيام من كل شهر،
وركعتي الضحى،
وأن أوتر قبل أن أنام

Kekasihku sollahu ‘alahi wasallam mewasiatkan kepadaku 3 perkara:
 
1-Puasa 3 hari setiap bulan,
 
2-2 rakaat dhuha ,
 
3-dan bersolat witir sebelum tidur. 

~Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.


Sheikh Yusri pernah sebut dalam majlis sohih Bukhari :



“Hendaklah setiap orang menjaga solat dhuha ini kerana ia ibarat membayar income tax buat sendi2 tulang kita.Nikmat tulang yang sihat adalah diantara nikmat2 besar kerana berapa ramai yang menghadapi penyakit tulang, menghalanganya untuk melakukan pekerjaan seharian.Setiap nikmat kita diminta untuk mensyukurinya dan cara untuk mensyukuri nikmat sendi2 tulang adalah dengan melakukan solat dhuha.Jadi,jika kita mahu terselamat dari ditimpa penyakit tulang,maka pelihara solat ini kerana apabila kita bersyukur Allah akan menambahkan nikmat tersebut,jika tidak,maka sebaliknya.”

Sheikh Mohammad Awad pula pernah sebut:

“Kalau kita tidak mampu melakukan solat2 rawatib,maka cukup buat kamu, lakukan solat dhuha kerana ia memurahkan rezki secara zohir dan batin. Mujarab!”

Pada mulanya…
Buat kerana faedah,
Selepas itu…
Kerana Rasulullah yang mewasiatkannya,
Dan akhirnya….

Kerana telah merasai apa yang Rasulullah rasa iaitu:

أفلا أكون عبدا شكورا

 
Salahkah aku menjadi hamba yang bersyukur?!
 
Dan itu adalah hasil buah ma’arifatnya terhadap Allah s.w.t.

Kalau kita buat kerana faedah,maka kita akan susah untuk beristiqamah sebab bila susah,barulah memperbanyakkan solat dhuha.

Tapi jika buat kerana Kekasihnya yang memesannya untuk melakukan,maka tidak semudah itu untuk dia melepaskan walau ikutannya itu hanya kerana cinta tanpa memahami hakikatnya.

Dan akhirnya…

Kerana kejujuran cintanya dengan membuktikan melalui perbuatannya,Barulah dia faham rupanya “Aku lakukan itu adalah sebagai tanda kesyukuranku terhadap nikmat2Nya.”
Kerana itu,Rasulullah adalah pintu menuju kepadaNya.
Bila sudah sampai stage ini…

Kalau rasa malas,dia mudah melawan nafsunya dengan berkata:
“Biadab engkau seorang hamba!Nikmat2Nya apalagi yang engkau dustakan sehingga begitu berat untuk melakukan 2 rakaat sebagai tanda kesyukuran????”





Rujukan :
http://almaarif87.blogspot.com/


Monday, March 14, 2011

bencana di jepun amaran dari Allah swt

senang je conclusion nyer...
sila balik n bpegang pada agama
ISLAM..
agama yg sebenar2 agama
bukan yg ditokoktambah
dikurang
dilebih
ikut btol2 kitab Allah..
Kalam Allah..
Sunnah Muhammad saw..

tu jer jalannya...

secanggih2 ciptaan manusia..
di negara yg maju...
perintis segala jenis benda
kaya dan pesat membangun...
tapi....
lihatlah...
akibatnya..
nasibnya...
ketentuanNya....
dengan hanya berkata 'kun'
maka jadi lah ia...

tsunami...
Kuasa Allah meliputi langit dan bumi..
air...
sgt taat pada perintah Allah...
xtertangguh2 dalam melaksanakn arahanNya...
bukannya seperti manusia...
sentiasa bertangguh..
engkar dlm mlaksanakan perintah Allah...


tidak perlu byk masa...
tidak perlukan peruntukan..
tidak perlukan cadangan..
tidak perlukan provokasi...
hanya perlu menjentik sedikit
nah...rasakan...
impaknya sgt besar...
walau x nampak di mata kasar
ia mampu mbunuh tanpa sedar...


jadi...

usahla terus hidup dlm mati...



hati yang mati xmampu lagi menangis keranaNYA....

untuk kau menegakkan agama, parti politik bukan landasannya

"bagi aku, untuk kau menegakkan agama, parti politik bukan landasannya.carilah jemaah yang menegakkan islam, bukannya parti politik. carilah kumpulan2 yang betul2 mengajar kau mengenal agama yang kau anuti, mengajar kau menjadi Muslim yang sebenar Muslim. "

Selamat bekerja untuk Islam ;)





p/s: sgt suke komen dari sorg hamba Allah ni nih d blog kenalanku..stuju sgt..selamat semua..

Sunday, March 13, 2011

kata dia "hentikan politik kampus segera"

tgk berita kt museum ngara masa breakfast lpas start sampling...

arini dia kata 'hentikan politik kampus segera'..
dulu seingatku dia bagi berpolitik kt kampus...
galakkan lagi..
lecturer2 pon best jer berpolitik lam klas...
tp skrg dia xbagi plak..
pelik la...
tau xkenapa?
sbb...
kt kampus skrg...
budak2 da xbodoh macam dulu lagi...
ikut je kpale dia..
ok..
skrg ni yg mng sumer yg xsokong dia..
jd kna hentikan la ni ea..
okey...


nk hentikan ke?


hentikanla...
buat ape yg mampu dia buat slagi idup ni..
kumpul duit byk2..
tolak agama mentah2..
idup ikut adat budaya org kafir...
oh luper...
konsep dia kan satukan semua...
bagusla...
tahniah...

agama kau agama aku
idup kau idup aku
adat kau adat aku
budaya kau budaya aku
pakaian kau pakaian aku


tuhan kau?
tuhan aku?

same ker??????


dia n org2 dia kata
"agama xleh campor ngan politik"
oh jadi agama asing2 la ngn politik..
oh agama hal personal ea..
oh agama hak individu..


stahuku nabi dulu politik pon ltak agama sbgai garis panduan..
ikut syariat islam..
ape2 pon letak agama plg atas
nk buat ape2 pon rujuk alquran
xlanggar perintah Allah wlpun dlm politik..

tapi dia,...
macam xtakut jer...
dia pemimpin...
dia kepala pd yg dipimpin..
tp apa yg dia buat?

hukum ape yg dia pakai?

oh xpela..lupe plak..
skrg dia buat agama baru "islam sederhana"
kamu nk ikut x agama baru tu,.
senang je agama tu
guna nama islam
buat dosa maksiat n idup cam org kafir
yakni kufur n engkar perintah Allah
xikut ape yg disuruh...
buat ape yg dihalang...



best kan?

politik sampah!
meluat mnyampah rase nk muntah...
dah2 la...
umur dh lanjut..
patutnya semua da kna ingt mati..
idup kjap sgt je kt dunia..
100 thn pon jrg2 org je yg dpt..
then xkanla nk idup kt dunia ni
mewah2 kaya2 wt dosa byk2
hanya dalam masa 50-60thn je pon klw nk sgt
tapi....
xpnah pikir ke kesan nye...
sari kt akhirat beribu2 tahun kt dunia..
wat dosa kecik pon da kena seksa lam neraka beratus2 tahun
kira la sdiri lama mane tempoh seksaan ngn ape yg dibuat..

ok
jom kira same2....



wsalam...


politik malaysia memang sampah!

Friday, March 11, 2011

are we dying??

life is wonderful
full of joy and energy
learning & experiencing
no responsibilities
play with my toys
and use my imagination
make my friends with my hands
i usually make them green
you reach a certain point
and it's a downward spiral of problems
and in conveniences
life gets harder and harder everyday
no time for anything
it's only work...
work...
and work...
to avoid the cycle
i'll down a bottle to forget

we accomplish...


then...


.............


..................


.................



we die...




we are dying right now...

Thursday, March 10, 2011

dia buat ku berfikir - kura2 & itik

setelah baca cerita itik dan kura-kura, dia mnmbahkn lgi apa yg kufikir ttgnya.. hampir kulupa jalan ceritanya kerna seingatku masa sekolah rendah saja cikgu2 bercerita kisah2 haiwan ni..hmm..satu sifat yg perlu ada pada semua orang..rendah diri..yer..walau tinggi mana pon kedudukan kita di dunia ni..perlu di ingat, masih ada yg lagi tinggi..Yang Maha Tinggi...hanya Dia...jngan pernah tersungkur dek kerana pujian drpd org sekeliling.. dia buat ku berfikir..mnyedarkanku juga..walau xterucap..kufahami yg tsirat..terima kasih..=)

 *source : iluvislam

Aku menyesal kawin...

by seorg hamba Allah on Wednesday, March 9, 2011 at 10:40am
231040.9.3_u



Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.

Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. "Jom la bang tido...". Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni. Kesian kena buli..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu.. Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak. Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia. Arghh, nyesal giler kawin..

Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin...

Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.

Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.

Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi.. Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..

Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri.. Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket. Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha. Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang... hehehe.

Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..

Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade 'PA'.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku. Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la pentingnya cari isteri yang solehah!

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..

Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..

Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..

Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..

Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!

(Ini cerita tade kaitan ngan penulis okeh. Penulis masih seorang yang selekeh)



p/s : huhu...best sgt2 citer nih..alangkah indahnya jika mmg ade lelaki yg tahu mghargai isteri..mngerti ape yg dibuat isteri adalah utk kbaikan si suami..utk kbaikan n kbahagiaan bersama di dunia n akhirat,,terima kasih penulis untuk cerita kura2 n itik tu..=)

Monday, March 07, 2011

THE TRUTH OF AL-QURAN - AL-QURAN IS A MIRACLE (2)

Bismillahirrahmanirrahim...

Al-quran adalah Satu kitab Allah yang Agung..tercatat KalamNya di dalam..segala apa yg telah berlaku, yang sedang berlaku dan akan berlaku telah tercatat dengan elok dan nyata jelas n terang di dalamnya..subhanaAllah..begitu agung dan indahnya apa yg tercatat.. kita yang hidup di era yg serba canggih ini juga masih tidak mampu meghurai segala yg terkandung didalamNya kerana bukan semua yg ada jelas dapat difahami manusia..ada ayat2Nya yang hanya Dia sahaja yang mengetahui...bahkan terdapat juga ayat2 yg mempunyai maksud2 yg ditafsir dgn berbeza2 oleh ulamak tafsir..terlalu banyak perkara yang mengagumkan dunia di zaman serba canggih ini dalam bidang sains, biologi, geologi, astronomi, chemistery, marin, archaeology, dan sebagainya terbukti ada terkandung dalam Al-Quran yg telah wujud lama ketika zaman Rasulullah SAW yg mana tidak ada apa2 peralatan canggih pun untuk mengkaji segala ape yg tersemat dalam tiap2 bidang tersebut..Al-Quran adalah untuk orang-orang yg mempercayainya..manfaatnya n kemanisannya hanya akan dapat dirasai oleh orang2 yg ingin menerima kandungannya..ingin menerima KalamNya..tidak hairanlah org2 yg menemui bukti2 kebenaran Al-Quran yg asalnya non-muslim terus mengakui KeEsaan Allah SWT dan bersedia jiwa n raga mengikuti ajaran yg terkandung di dalamnya, sedang yg telah asal dilahirkan muslim, hanya memandang remeh akan kebenaran Al-Quran dan terkadang Al-Quran hanya digunakan untuk menghias hantaran perkahwinan sahaja tanpa di manfaatkan barang sedikit pon...terkadang ia hanya digunakan Cuma sedikit sekali untuk fungsi tertentu n di pilih mngikut situasi untuk menang dalam hujah semata-mata...


fahami erti yg tersirat di sebalik maksud ayat Al-Quran di bawah ;

“Demi Al-Quran yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap kukuh”
“Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad adalah seorang Rasul) dari Rasul-rasul yang telah diutus”,
“yang tetap di atas jalan yang lurus (agama Islam)”.
“Al-Quran itu diturunkan oleh Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani”,
“supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk-neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai”.
“Demi sesungguhnya, telah tetap hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman”.
“Sesungguhnya Kami jadikan (kesombongan dan kengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebar belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak”.
“Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada hartabenda dan pangkat itu sebagai) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat). Lalu kami tutup pandangan mereka; maka dengan itu mereka tidak dapat melihat (jalan yang benar).”
“Dan (dengan sebab itu) sama sahaja kepada mereka, engkau beri amaran atau engkau tidak beri amaran kepadanya mereka tidak akan beriman”
“Sesungguhnya peringatan dan amaran (yang berkesan dan mendatangkan faedah) hanyalah yang engkau berikan kepada orang yang sedia menurut ajaran Al-quran serta ia takut (melanggar perintah Allah) Ar-Rahman semasa ia tidak dilihat orang dan ia tidak melihat azab Tuhan. Oleh itu berilah kepadanya berita yang menggembirakan dengan keampunan dan pahala yang mulia”.
(Surah Yassin: Ayat 2-11)

Moga segala isi Al-Quran dimanfaatkan oleh manusia yg benar2 mempercayai Al-Quran adalah mukjizat n wahyu dari Allah SWT yg boleh memberi petunjuk n hidayah ke jalan yg benar. Tiada apa lagi yg perlu diragui..hanya Allah satu-satunya Pencipta seluruh alam. Kemanisan membaca KalamNya semakin kuat terasa jika memahami maksudnya.. saat itu kita hanya akan berfikir.. bagaimanakah cara utkku memanfaatkannya?? Setakat ini apa yg ku mampu hanya menyampaikan n berpesan2 melalui penulisan di blog ni...huhu

Bukti2 n kebenaran Al-Quran hanya akan dapat dihargai n dirasai kehebatannya pabila kita sendiri yang menjumpai kejadian2 yg tercatat di dalam kitab suci itu benar2 berlaku n terjadi di sekeliling kita tanpa perlu kita diberitahu mengenainya..hal ini membawa kepada kesedaran tentang Agungnya Kalam Allah SWt..dan ia akan menyedarkan untuk berbahagia dan berharap dengan janji-janjiNya dan takut n berdukacita dengan azab-azabNya..

Sesungguhnya terlalu banyak petunjuk2 dari Allah yg telah tersedia untuk manusia kembali padaNya..Cuma kelalaian n nafsu yg merajai segalanya hingga membutakan mata hati manusia dan terus memesongkan diri dari jalan yg lurus..moga Allah menjauhi diri kita dari melupakanNya..amin Ya Rahman..Ya Rahim...


We just have to open our eyes..our hearts..our minds... =)

THE TRUTH OF ALQURAN - AL-QURAN IS A MIRACLE (1)

Bismillahirrahmanirrahim...

For me...Al-Quran is a truely the most precious and valuable miracle...the truth for all human being for the whole universe..now i realize that Allah SWt is The Almighty that is always with His servants, with us..everytime..He always guide us if we want to..He will love us if we love Him..He really care bout us if we do want Him to give a good care for us..20 years..living without knowing..what is known was not what it has to be..what is taught was not what is need to be known..all of the way..live in a colourful life and forgot the white is the true and the sacred colour after all.. thanks to Allah The Most Merciful for giving me the opportunity to recover my mistakes..my wrong doings..my bad deeds..my sins.. the dreams of His Book really give a big impact to me that totally change my life... because of the dream.. everything is changing.. i know that i need to return back to Him and understand all of His command in His Divine Book... Once i start to read it...Once i touch it with the true feeling and hope to know, to learn, to understand and benefit it.. it’s really works, whole settings of my life programme were set automatically without im realizing it was in progression till today when i look at myself..i found that me myself was not like what i was before...it was totally different and unbelievable... though me myself still dont believe this fact..how can i become like what i am today..how can i have the strenght to change if He didn’t help me.. im still wondering how can it be.. and the answer is all with Him... Allah is the true Lover.. though so many sins i did before, He always there for me..give me everything that i need..my mom..my dad..my family..my healthy body, my face, foods and drinks..my dress, my eyes.. my voice.. my tears.. chance to breath, my feelings and strenght.. my heart n souls... He give me everything...HE give me Love.. He give soul to feel the love..so many love that i found in my life..so many people did love me and give me hope.. it was really wonderful thing to be felt..but day after day, the feeling of human love seems like had sumthing missing and incomplete.. feel like it was not enough yet and i do want sumthing more than that feeling... maybe because of no bless from Allah... it’s always give troubles.. problems.. hatred.. unstable emosion.. bad feelings.. full of tears... regrets... revenges and broken hearts... till the second i found the TRUE LOVE..ALLAH’S LOVE..it’s such a great feeling that i never felt before..it will make us alive though our souls are nearly dead..it gives us dream and hope to return back to Him..to meet Him in the Hereafter..a hope to see Him.. a hope to hear His voice.. a hope to speak with Him... nothing i felt wonderful in this life except the chance to feel His Love..just need to recolour back a life to the basic white..the starting point for the sake of the true religion and way of life.. Islam.. and THE ALMIGHTY, our Lord, ALLAH SUBHANAHUWATAALA...May Allah Bless all of the things that i’ve done in searching His Love and guidance... aminn Ya Rabbal alaminn..


*sumber photo - kotikumpun.blogspot.com

Friday, March 04, 2011

Hukum dan Perlaksanaan: NIQAB/PURDAH

diambil direct  by Sue Rahida on Monday, February 28, 2011 at 1:33pm
p/s: untuk perkongsian n pengertian tentang pemakaian niqab yg sebenar bagi yg ingin tahu...ramai juga yg bertanya ttg ni pada sy..huhu...moga segala persoalan kamu semua terjawab..selamat membaca =) 

Beberapa muslimah bertanya perihal niqab (purdah) kepada ana melalui e-mail dan juga mesej di dalam facebook. Mahu menulis balasan pada setiap yang bertanya, panjang lebar.


Maka, ana usahakan untuk berkongsi di dalam blog sebagai salah satu usaha kecil menjawab sebahagian pertanyaan mereka. Janganlah anggap apa yang bakal dinukilkan ini sebagai muktamat sebaliknya pintu perbincangan sentiasa terbuka.Permasalahan niqab ini sudah dibahaskan terlebih dahulu oleh para ulama' dan ini hanyalah perkara furu' (cabang) di dalam agama, maka usahlah terus menerima parkongsian ini sebagai muktamat kerana ana bukanlah ahli dalam agama yang merujuk kepada semua pandangan ulama' sebaliknya ini adalah 'homework' ana sebelum dan selepas memakai niqab yang pastinya terlalu banyak kekurangan dari sisi pandang yang ana ambil dari kefahaman yang disampaikan oleh ulama'.


Ana juga banyak meminta pandangan dari muslimah yang memakai niqab, pendapat dan pandangan mereka mengenai niqab ana usahakan untuk rangkumkan di dalam post ini. Biiznillah.


Aurat wanita yang disepakati oleh ulama' adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama' sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing - bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).


"Benarkah wanita yang berniqab di dunia ini, di akhirat kelak di saat manusia lain menunggu untuk melihat wajah Allah, Allah datang kepada wanita berniqab?"Mereka mengatakan ini adalah hadith, ana ingin jelaskan di sini ana tidak pernah berjumpa dengan hadith sebegini dan setelah meminta penjelasan dari zauji beliau mengatakan ia adalah hadith rekaan(hadith palsu) semata-mata.


Sangat mudah untuk 'mengenal pasti' hadith palsu antara cirinya ialah "buat perkara kecil dapat manfaat besar sangat, tak logik."Sekiranya hadith ini adalah sohih, maka tidak akan berlaku perselisihan di kalangan ulama'.Jadi, apabila memakai niqab janganlah kerana merasa Allah akan berjumpa dengan muslimah yang berniqab di dunia. Allah, siapalah kita di pandangan Allah untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu besar tersebut meskipun kita sangat mengidamkan perkara tersebut.


Kembalikan niat untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata."Apakah hukum memakai niqab" Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat" Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan auratnya di dalam solat.


Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur).Hadith diatas, yang berbunyi."Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya."Hadith ini tidak boleh diertikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :"Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi."


Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa bid'ah-bid'ah itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain… ramai orang yang membaca selawat ketika memulai azan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah."Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya."[Al-Ahzaab : 56]


Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan selawat kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam </span>yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam azan yang menggunakan selawat, kerana ia memerlukan dalil khusus, wallahu a'lam.)Mewajibkan wanita menutup wajah.


Berdasarkan hadith : "Wanita adalah aurat", adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (sahabiyah) ketika melaksanakan solat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.


Oleh yang demikian hadith diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan tapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para sahabat)."Adakah para wanita (sahabiyah) memakai niqab?"


Hadith Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah."Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan."


Memang kaedah ini bukan bid'ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.


Di dalam kitab Hijaab Al-Mar'aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats'amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin 'Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain.


Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal."Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?!"


Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman."Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya,"[An-Nuur : 30]Maksudnya daripada (memandang) wanita.Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman."Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 31]


Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.


Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.Secara Umumnya :Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab.


Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.Oleh kerana itu Syeikh telah membuat satu bab khusus di dalam kitab Hijabul Mar'aatul Muslimah, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid'ah. Beliau telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.


Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:"Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat."Menutup muka kerana timbulnya fitnah Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.


Imam Kauthari r.a. berkata:"Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.""Saya nak pakai niqab tapi ibubapa tak benarkan, apakah saya boleh memakai niqab tanpa pengetahuan ibubapa saya?"Sekali lagi dijelaskan bahawa memakai niqab bukanlah wajib tetapi lebih baik (mulia) untuk wanita, manakala mentaati kedua ibubapa adalah wajib bagi seorang anak perempuan sebelum berkahwin. Maka, menurut kehendak ibubapa untuk tidak berniqab adalah lebih baik kepada wanita yang belum berkahwin ini adalah kerana kita perlu mendahulukan perkara yang wajib berbanding yang sunat. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar dari tempat tinggal, maka tidak perlu untuk keluar di khalayak ramai. Ini adalah lebih baik dan selamat untuk wanita.


"Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian."Secara umumnya tidak timbul isu 'istiqamah atau tidak' dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram.



Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.



Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama'.Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan.


 Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah :) "Bagaimana kamu makan di khalayak ramai?"Terpulang kepada jenis niqab yang dipakai. Ada muslimah yang berniqab sentiasa membawa niqab simpanan di dalam tas tangan, sekiranya makan makanan yang berkuah (seperti laksa, tomyam dsb) dan niqabnya kotor maka mudah untuk menukar niqab. Ada yang selesa makan di tempat yang tersorok dari pandangan umum, maka mudah untuknya membuka niqab di hadapan keluarga semasa makan di luar.


Niqab juga berbeza, ada yang memakai niqab butang atau jarum peniti di luar tudung maka apabila makan mudah untuk membuka niqab di tempat tersorok. Ada muslimah yang memakai niqab bergetah, maka hanya turunkan niqab di bawah dagu untuk makan di tempat tersorok. Sebahagian lagi memakai niqab hitam (seperti arab) yang diikat di belakang kepala, maka, mereka akan menyelaknya dari bawah niqab dan makan seperti biasa Sangat terharu dengan kata-kata seorang kakak;


"Alangkah indahnya andai daulah islamiyyah tertegak, tidaklah orang yang berniqab kelihatan pelik."


Indahnya ummat Islam itu bukan kerana dia adalah seorang Muslim tetapi yang mengindahkan ummat Islam adalah pelaksanaan syariat Islam di dalam kehidupannya.



 

Wallahua'lam





THE TRUTH OF ALQURAN - galaksi bunga mawar




“Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi mawar merah seperti (kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
 Q.S. Ar Rahmaan:37-38)

Nebula yang dikenal dengan teory ledakan besar (BIG BANG) adalah kumpulan 100 milyar galaksi yang berbentuk seperti bunga mawar.



THE TRUTH OF ALQURAN-Sungai di Dasar Laut



Maha Suci Allah yang Maha Menciptakan

Sungai dalam Laut

“Akan Kami perlihatkan secepatnya kepada mereka kelak, bukti-bukti kebenaran Kami di segenap penjuru dunia ini dan pada diri mereka sendiri, sampai terang kepada mereka, bahwa al-Quran ini suatu kebenaran. Belumkah cukup bahwa Tuhan engkau itu menyaksikan segala sesuatu. ”
 (QS Fushshilat : 53)


“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.”

 (Q.S Al Furqan:53)



 Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.



Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor Muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi “Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. .”Artinya: “Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.


 Sungai di Dasar Laut Merupakan Bukti Kebenaran Al Quran


Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi “Yakhruju minhuma lu’lu`u wal marjaan” ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur’an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur’an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam

akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur’an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...