Thursday, January 20, 2011

----> CINTA vs ZINA <----

Sekadar perkongsian dan pesanan...
Buat panduan, pedoman dan teladan....
Sebuah buku kecil yg memberi erti pada diri yang jauh lebih kecil...
*************************************************************
By Shopuan Anuar bin Ahmad
Sektor Pengurusan Pendidikan Islam & Moral
Jabatan Pelajaran selangor, shah alam selangor

*************************************************************
JANGAN HAMPIRI ZINA
Baca...Fahami...Hayati...

Firman Allah :
“Janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan).”
(AL-ISRA’ : 32)

KAMI TIDAK BERZINA!
Maaf, saya tidak menuduh kamu berzina tetapi kamu menghampiri zina..

Kami hanya berbual, berbincang, bertanya khabar, minum2....adakah itu menghampiri zina?
Ya, perbuatan itu boleh menjerumus kamu ke lembah perzinaan..

Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu..
Hari ini,ya...tetapi esok mungkin kamu kecundang..kamu dalam bahaya. Jangan bermain dgn bahaya..iblis dan syaitan akan memerangkap kamu..sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman.. tipu daya iblis amat halus..dia telah menipu moyang kita yg pertama, Adam dan Hawa..jangan pula lupa sejarah! Siapalah kita dibandingkan dgn Adam dan Hawa?? Iblis amat licik..pengalamannya banyak. Dia ada lebih 1001 cara. Ingatlah pesanan Rasulullah Saw :
“janganlah engkau bersendirian dgn seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan”. (Riwayat Tabrani)..
Apabila berduaan antara lelaki dan perempuan, syaitan akan menghembus perasaan berahi. Perasaan ketika itu sukar hendak dikawal..pintu perzinaan pun terbuka. Desakan nafsu semakin kuat. Iblis riang gembira melihat mangsa godaannya yang hampir terpedaya.

Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus pada perzinaan. Ada yang hanya bercinta dalam telefon dan hantar sms saja. Xpernah bersua muka pon!
Betul..itu adalah salah satu bentuk yang dimaksudkan dgn menghampiri zina. Memang pada awalnya mereka tidak bersua muka, tp perasaan mereka pasti bergelora.. lambat launnya, desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret mereka pada satu pertemuan. Ingat, pertemuan pertama yang indah itu tidak akan terhenti di situ saja.. percayalah, ia pasti berlanjutan dan berterusan.. tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya??
Takkan nak berbual-bual pon xboleh?? Itu pon berzina jugak ke??
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya..ada zina betul..ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan..ada zina mata iaitu melihat kekasihnya dengan perasaan berahi.. begitu juga melihat auratnya itu juga dikira zina mata.. ada satu lagi zina iaitu zina hati..ia berkhayal dgn berahi bersama kekasihnya..alangkah jelasnya sabda Rasulullah SAW :
”kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh..kedua-dua kaki juga berzina,dan zinanya adalah berjalan (menuju tempat pertemuan)..mulut juga berzina,dan zinanya ialah ciuman” (Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud).
Sebenarnya jalan, lorong, dan pintu menuju kepada perzinaan amat banyak.. Tutuplah dengan rapat mana-mana pintu atau jalan yang boleh membawa kepada perzinaan.




Duduk berdiskusi pelajaran xboleh ke?? Bincang pelajaran sahaja!!Berdiskusi pelajaran?? Betol ker?? Takkan berdiskusi berdua sahaja..takde kawan lain lagi ke? Jangan tipu! Allah Taala tahu apa yang terselit dalam setiap hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau berjaya, cemerlang sekalipon, kalau tak diberkati oleh Allah, kejayaan juga tidak akan diberkat. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lebih lagi lah.. janganlah berselindung di sebalik pelajaran yang mulia semata-mata untuk menghalalkan perbuatan yang ditegah..Allah suka kepada orang yang berilmu. Jagalah batasan dan ketentuan Allah supaya belajar akan menjadi suatu ibadat..kalau berdiskusi macam ni..adakah ditulis dicatat sebagai ibadat oleh malaikat pendampingmu?? Fikirkanlah....

Sungguh!! Bincang pelajaran jer...xbuat ape2 pon...ni study group!
Study group?? Xkan study group berdua sahaja? Nampak lain macam saja..senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Kalau ye pon. Carilah group study ramai sket.. kalau duduk berdua-duaan macam ni..betol ke bincang pelajaran?? Tak nampak macam ada perbincangan pon..takde ape2 catatan perbincangan, buku-buku tak diusik lagi...jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran..yang lain tu....banyak masa dihabiskan dgn fantasi cinta!!

Taklah....sungguhh..kami bincang pelajaran!
Baik sunguh awak berdua...takkanlah awak berdua xde perasaan ape2? Kalau awak berdua tidak ada perasaan..tentu awak berdua kurang sihat..ingat! kita bukan malaikat, takde nafsu. Kita manusia..jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan..itulah manusia!

Kami sama-sama belajar dan saling memberi semangat dan motivasi antara kami..
Tidak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Tidak adakah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan merendahkan kaum sejenis kita..ingat..banyak orang yg cemerlang belajar hanya dengan kaum sejenis..perasaan mereka lebih tenang dan tidak terganggu.. malah dapat pula berkat dan rahmat Allah..

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta daripada manusia??
Tidak!! Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah suci yang ada pada manusia.. kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya.. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu..tidak!! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami yang tidak mahu berkahwin.. jangan hapuskan naluri itu.. janganlah pula kita berbohong pada diri sendiri. Bukanlah salah atau berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah.. Cuma..kawal naluri itu supaya ia patuh pada perintah Allah SWT.. jadilah manusia yang sempurna nalurinya..jangan jadi malaikat! Kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia,.. dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu manusia,..

Tentu ada cara secara Islam??
Cinta secara Islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul : cinta lepas kawin..itulah cinta qudus.. cinta yang bermaruah. Buakn cinta murahan dan jalanan. Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia. Ingatlah! Apabila Allah melarang sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik..=) kalau Dia melarang cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kawin, Allah berikan ‘sesuatu’ sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah SAW : “tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Riwayat Ibni Majah).

Kalau begitu, cinta remaja semuanya menghampiri kepada perzinaan??
Ya. Kalau lelaki dan perempuan bertemu, tentu perasaan mereka turut terusik. Kemudian perasaan di layan. Kemudian teringat dan rindu. Kemudian pertemuan di atur. Selepas itu, duduk berdua-dua. Mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah juga zina. Ditegah berzina.. maka jalan ke arah perzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan perzinaan, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin.
Bolehkah percaya dengan perwatakan pasangan semasa sedang bercinta??? Percayalah..percintaan penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan penuh kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon denagn perwatakan yang paling baik, penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi utk memancing hati pasangan lawan. Masa bercinta, jika merajuk, akan ada yang memujuk. Tapi jangan harap lepas kahwin bila merajuk akan ada yg memujuk. Banyak orang yang kecewa dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza selepas berkahwin. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang sgt penyayang, penyabar,sabar menunggu pasangan walaupun terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kawin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah satu kepura-puraan dan hipokrit!

Percayalah. Kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah??? Kebahagiaan adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan perancangan manusia semata-mata. Allah yang akan menganugerahkan kepada hambaNya yang taat. Bagaimana mendapat kebahagiaan, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah??? Kebahagiaan hidup berubah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentulah prosesnya bukan dengan cara bercinta sebegini. Allah SWT tidak meredhai percintaan begini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudah pun canggung??? Bagaimana pula kesudahannya??

Tanya sikit.....adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta...
Semua itu adalah tipu daya dan perangkap syaitan. Hakikat dan matlamatnya adalah sama. Itulah cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah sama saja, suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Orang yang terlibat dengan budaya “angkat’ ni sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke..motivator ke..semuanya adalah sama..jalan akhirnya akan bertemu dengan lembah perzinaan.

Jadi, seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri???
Mengukur maruah diri tidak boleh ditentukan oleh akal atau penilaian manusia semata-mata. Ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta akan menyatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri dan tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan menyatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Oleh itu, ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah SWT.

Adakah orang yang bercinta hilang maruah diri??
Mulia manusia adalah kerana maruah dirinya terus terpelihara. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadai maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Sungguh malang sekali bagi orang yang bercinta dan pernah berzina, mereka tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak berkahwin dengan orang yang beriman. Allah SWT berfirman :
“lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman”
( Surah An-Nur : 3 )
Jika orang yang pernah berzina tidak layak berkahwin dengan orang yang suci, demikianlah juga orang yang pernah bercinta tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu ketentuan dari Tuhan.

Jadi..orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan ornag yang pernah bercinta juga?
Itulah pasangan yang layak untuk diri mereka kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik. Itulah janji Allah SWT..

Kami telah berjanji sehidup semati..
Apa yang ada pada janji cinta?? Berapa banyak janji cinta yang palsu??? Lelaki..jangan di harap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang.

Si dia ni lain dari yang lain.. dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Tahukah rahsia lelaki??? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik.. tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki !!

Jadi...perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki???
Tentu. Mana ada orang lelaki yang waras suka pada barang yang “second hand” sedangkan ada barang yang baru. Jangan terkejut jika sesetengah lelaki perempuan seperti kereta yang diletakkan di showroom..perempuan yang tidak makan diganggu dikatakan “display only” . tapi ada perempuan yang boleh “test drive”. Ada pula yang kata, sekadar belanja sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu ke hilir... sedihkan..jika kita tidak menjaga maruah diri kita, kita dipandang hina dan sinis oleh orang lain.

Masih adakaha orang yang tidak bercinta di zaman serba maju dan canggih ni??
Ya.. masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.. firman Allah Swt:
“dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina)..Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”
(Al-Ahzab : 35)

Bagaimana kami ??
Kamu masih ada peluang.. bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan daripada Allah Taala. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan.. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha..
Taubat nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat nasuha memenuhi tiga syarat :
1.      Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.      Menyesal. Menginsafi diri di atas tidak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan.
3.      Berazam,. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat, berilah kekuatan padaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan padaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan Ayah...anakmu berdosa..Engkau telah menjagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu.. Aku curahkan kasih itu kepada orang lain.. Oh Tuhan..hambaMu berdosa...
Amin,Ya Rabb...Moga Allah terima taubat kita...

Kita berpisah kerana Allah..Kalau ada jodoh, tidak ke mana..
Ya Allah..bantulah kami... kini kami datang ke pintuMU mencari redhaMU.. terimalah taubat kami..


JANGAN BIARKAN INI BERLAKU....




Pesanan
“jika remaja dapat melalui zaman remajanya yang sukar ini dengan jaya, tidak ada lagi zaman yang lebih sukar daripada itu”.

2 comments:

  1. Mohon share :)
    Dah baca buku ni .
    Memang sebuah buku yang kecil tapi mempunyai pengertian yang amat besar dan mendalam ecspecially untuk para remaja di luar sana .

    ReplyDelete
  2. ya...memang satu perkongsian yg boleh mnyedarkan.. sila lah share..sy pon sampaikan jer.. =) moga memanfaatkan org ramai.. =) syukran ukhti ;)

    ReplyDelete

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...