Thursday, July 05, 2012

dia takut hidup tanpa redha ibubapa

ini tentang dia...
dia seorang yg penakut...
dia seorang yg mudah simpati...
dia seorang yg terlalu menjaga hati org lain...
dlm ego n keras kepalanya,dia sbenarnya terlalu manja n sensitif...
dia seorg anak yg patuh pada kedua ibubapanya...
selagi ia x bertentangan dngan agama...dia akan ikut..
kerana itu kdg2 dia kelihatan agak sombong n tegas
apa saja yang ibubapanya suka, dia akan berusaha untuk penuhi..
harapan dan amanah yg ibubapa harapkan pada dia sgt tinggi...
even kadang2, menda yg ibubapa dia mahukan bukan seperti yg dia mahu...
berkali2 dia mengorbankan perasaannya sendiri utk memuaskan hati ibubapanya..
suatu ketika dulu, dia tinggalkan ramai org kerana tiada restu ibubapanya..
dia akan buat apa yg ibubapa dia mahu...
alhamdulillah..skrg dia sedar n bsyukur..
kerna memang itu yg terbaik untuk dia dan agamanya..
jika ibubapanya tidak suka, baginya sudah tiada harapan lagi..
dia memang seorg yg penakut...
takut hidupnya tiada restu dan redha kedua ibubapa..
dlm ketaatannya pada ibubapa, dia byk mengecewakan org lain...
maafkan lah dia...dia hnya mahu redha ibubapanya..
tiada guna juga meneruskan sesuatu yg tidak disukai kedua ibubapa...
moga semua yg pernah hadir n berharap pada dia menerima dan memahami..
dia takkan mengikut org lain..dia amanah ibubapanya..
Allah n Rasul tempat plg atas..dan selepas itu kedua ibubapanya..
apa yg dia fikirkan hanya taat kepada ibubapa..
mendapat redha ibubapa untuk dapat redha Allah...
perkara plg rumit apabila ibubapanya menyukai apa yg tidak dia sukai...
jika situasi ini berlaku, dia akan melihat dari sudut agama dahulu..
jika dia memang benar, maka dia tidak teragak2 untuk menegakkan yg hak..
tapi mestilah dengan cara yg paling sopan, lembut n penuh hikmah...
pernah dia bertegas...sgt tegas..suatu masa dulu..di saat dia benar2 inginkan sesuatu
di saat itu ketakutannya yg amat sgt hanya pada Pencipta nya yg Ahad..
dia ketepikan semua pandangan2 n apa2 saja yg di utarakan oleh ibubapanya..
dan seluruh keluarga n org2 sekelilingnya...saat tu...cukuplah hanya Allah bagi dirinya..
hanya Allah saja lah menjadi Penguat semangatnya saat itu..
alhamdulillah...tidak lama kemudian..semuanya menjadi sgt indah..
ibubapa yg dulunya tidak berapa setuju menjadi sgt memahami n lebih melindungi dia..
dia yakin..jika dia lakukan sesuatu kerna Allah, pasti Allah akan permudahkan jalannya..
dan sekarang...perkara seakan2 itu berulang lagi
cuma subjeknya berbeza...
tapi pengakhirannya tetap sama..dipermudahkan..
suatu hari...
'apa yg awk harap sekarang?'
'sy harap mak ayah sy akan fhm n terima segala keputusan yg sy buat...
hmmm..byk lagi sbenarnya tapi biarlah hanya Allah sja yg tahu'
itu lah harapan dia...
nampaknya..doa n harapannya di penuhi...again..n again..
ibubapanya memang benar2 memahami dan menerima apa yg dia putuskan...
dan mula terlihat kerisauan pada wajah kedua ibubapanya...
kerisauan untuk melepaskan dia pergi suatu ketika nanti...
kerisauan untuk mencari penggalas baru...
dia tahu..itu perkara yg sgt sukar bagi bapanya...
sejak dulu lagi...
'boleh ke dia menerima anak ayh mcm ni?' T_T
'boleh ke dia pertahankan pendirian n prinsip ank ayh? T_T
Allah sja yg tahu perasaan dia tiap kali pertanyaan2 ini keluar dri mulut bapanya...
memang...bukan semua yg sanggup n mampu bertahan dgn kata2 org sekeliling...
dan bukannya kata2 biasa...semuanya menikam dan menusuk2..
walaupun dia mampu hadapi sendiri, xbererti semua mampu menerima...
'xpelah ayah..sy pilih jalan ini..dan sy akan teruskan wlpun sy sendiri'
mungkin akan menjadi lebih sukar selepas sesuatu berlaku..
sesuatu yg di luar dugaan..ibubapanya terpaksa akur..dan redha...
bukan sesuatu yg mudah lagi untuk melepaskan apa yg dijaga rapi...
tak mengapa..dia sudah tiada rasa apa2 lagi..tidak perlu risau tentang itu...
belum masanya..mungkin nanti nanti...nanti dan nanti...
dia tahu..sgt tahu...ibubapanya terlalu sygkan dia...
mungkin kerna sejak dulu, dia seorg saja yg suka meluahkan apa saja pada kdua ibubapanya..
dan dia juga yg selalu menjadi tempat luahan ibubapanya..
dia selalu ingin mendengar dan akan mendengar...
kepahitan dan kesakitan pabila dia terpaksa jauh dgn ibubapanya...
namun dia tetap teruskan semuanya walau tpaksa berenang dlam airmata..
demi sebuah kegembiraan yg dapat dia persembahkan pada ibubapanya...
dia turut bersedih jika kedua ibubapanya bersedih...
dia akan gembira jika ibubapanya gembira...
dan dia tidak suka melihat ibubapanya kecewa...
impiannya untuk menjaga kedua ibubapanya nanti...
dia selalu berpesan pada ibubapanya..
'mak..ayah..tolongla doakan kesenanganku agar dpt ku menjagamu nanti..'
dan dia sgt berharap untuk itu..untuk tidak menyusahkan ibubapanya lagi...
dia bersyukur masanya untuk berbakti pada kedua ibubapanya di panjangkan...
kerna dia tidak terikat dengan apa2...mungkin akan lama dlm keadaan begitu...
sekarang dia hanya perlu menjaga hubungan dgn ibubapa n keluarga...
untuk meraih redha Ilahi..itu sudah cukup selagi dia tidak bermusuh dgn sesiapa...
dan dia sgt berharap agar tiada yang memusuhinya..dlm terang atau dlm diam..
ini jalan yg dia pilih...
biarkan dia dengan dunia dia..
dia tidak pernah bersendiri...
kerna dia tahu Allah sentiasa ada d sisi...


dan dia da deactvate semua acc fb dia sbb ayah dia xsuke lelaki2 komen di wall dia..jadi tragedi berulang seperti dulu..cuma yg ni mungkin tiada kompromi lagi...dia syg ayah dia..jadi dia akn jauhi ape yg ayah dia xsuka..sebab dia seorang yang sgt penakut..takut menipu di blkg ayahnya..takut melawan..takut untuk hidup tanpa redha ibubapanya...kerna dia tahu..wlpun ibubapanya tidak mengetahui, tapi ALLAH tahu semuanya...dan redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa..tidak mengapa..tiada sesiapa yg rugi pun jika dia tiada...xpayah cari dia..dia bukan seseorang yg perlu di cari..selamat tinggal...biarkan dia aktif di sini saja ;)

2 comments:

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...