Friday, July 20, 2012

semuanya akan dipertanggungjawabkan olehNya

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"|Qs. Al-Isra':36|


Ya Allah..ampunkan dosa2 kami akibat perbuatan buruk kami..
ampunkan kesalahan kami kerna apa yg kami dengar...
ampunkan kesalahan kami kerna apa yang kami lihat...
ampunkan kesalahan kami kerna apa yang tersirat di hati...
jauhi kami dari dosa-dosa besar yg mengundang murka Mu...
seungguh janji2 Mu adalah Haq...azab nerakaMu adalah Haq...
selamatkan kami semua daripada azab api nerakaMu...aminn Ya Rabbal 'Alamin...


aku hamba hina yg byk dosa....salam...

selamat menyambut Bulan Cinta-Ramadhan Karim^^

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh sahabat2 n akhowati fillah yg dikasihi dan di sayangi serta di cintai kerana Allah Ta'ala dan kerna agamaNya yg suci..dengan nama Allah Yang Maha Pengasih n Penyayang..pertama-tama sekali ingin ku panjatkan kesyukuran pada Yang Maha Mulia dan Maha Esa, ALLAH TUHANKU DAN TUHAN SEKALIAN MAKHLUK SELURUH ALAM atas limpah dan kurniaNya kepada kita semua umat Muhammad SAW yang tak terhingga dan tak terhitung banyaknya.. Allahu Akbar...Subhanallah..Alhamdulillah..segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.. 

sahabat2 semua..sy sebagai seorang hamba Allah yg masih belajr n sedang belajr n akan selalu belajar ilmu2 Nya, ingin mengucapkan SALAM RAMADHAN kepada semua Muslimin n Muslimat seluruh dunia..hee selamat menyambut Bulan yg penuh cinta Ilahi, bulan yg penuh Hikmah, Petunjuk, Hidayah, Baroqah n keampuan dari Allah Tuhan yang Esa..Bulan yg penuh makna bagi diri ini..bulan di mana aku mengenal apa itu erti sebuah pengorbanan dan penghijrahan..Ramadhan 2010..tetap dalm ingatan..jiwa,ruh n jasad..qalbu yg selalu merindui bulan mulia..alhamdulillah Ya Allah...kau dekatkanku pada Ramadhan lagi...moga umurku dipanjangkan hingga ke Ramadhan ini dan kekal ke akhir Ramadhan...ku syukuri segala nikmat dan kurniaan dariMu yg tak mampu untuk ku balas...Allahu Rabbi..Kau Tuhan Yang Maha Pengasihani..

sahabat2 yg dikasihi Allah..mari kita muhasabah diri dan banyak2 berdoa pada Allah agar kita di sampaikan pada Ramadhan..banyaklah memohon dan berharap pada Allah agar kita di panjangkan umur berpuasa sebulan di bulan Ramadhan ini dengan penuh kerendahan hati dan ikhlas hati, tabah dan sabar kerna Allah Taala... banyakkan harapan dan doa untuk bertemu dgn lailatul Qadar..malam yg dinanti-nanti, di tunggu- tunggu dan di cari-cari oleh semua yg mencintai Allah... persiapkanlah diri untuk menghadapi bulan yg penuh Barokah n Petunjuk..Bulan Al-Quran di turunkan..Allahu Rabbi... betapa aku syukuri segala yang KAu beri.. akan ku ingat sampai mati...cinta dan rinduku pada Ramadhan tak terucap,hanya Allah saja yg tahu segala yg tersirat dan tersimpan rapi d kalbu..Allahu Akbar..Allah Maha Besar..Allahu Rabbi..Allah Tuhanku..

sempena Ramadhan yg bakal tiba, sy ingin memohon maaf atas segala kesilapan,kekhilafan,dan kesalahan sy pada semua yg mengenali diri ini..sering aku terfikir,,bagaimana jika ini Ramadhan yg terakhirku? bagaimana kah aku ingin bertemu dan berhadapan dengan Allah Tuhanku andai aku banyak melakukan kesalahan pada saudara2 seagama dgnku? layakkah aku bertemu dgn penghuluku, Muhammad SAW, andai aku dibenci dan di musuhi? 

Allahu Allah..Allahu Rabbi..Allah Tuhanku...ampunkan aku dan lembutkan hati2 saudara seagama danganku agar kami saling memaafkan n meminta maaf..saling kasih-mengasihi hanya kerna ingin memenuhi hak2 sesama Muslim..hanya demi menjaga keindahan n kesempurnaan agma Mu...hanya demi meraih redha dan kasihsayang dari Mu, Ya ALLAH...ampunkan kami semua umat kekasihMu yg tercinta..umat terakhir yg menapak di bumi Mu...umat yg byk lalai n sering leka dgn dunia yg disediakan sbgai ujian terbesar.. Allah Tuhanku...ampunkanlah kami semua dan sampaikanlah kami pada Ramadhan....jika kami telah sampai kepadanya, maka Kau kekalkanlah kami di dalamnya dan pertemukan kami semua dgn lailatul Qadar.. ampunkan dosa-dosa kami yg menggunung..ampunkan segala kesilapan kami yg selalu lalai dan alpa dgn keindahan dunia yg sementara...sesungguhnya, cinta dan redha Mu yg kami dambakan, Ya Allah... tambahkanlah petunjukMu ke atasku,ibubapaku,keluargaku,saudara2ku,sahabat2ku,akhowat2 yg aku cintai semuanya..bimbinglah kami semua ke jalan yang diredhai olehMu...bawalah kami semua ke jalan yg benar..jalan yg lurus yangmana pengakhirannya hanyalah kegembiraan bertemu denganMu...Allah Tuhanku.. sampaikan kami semua padaMu..jadikanlah kami d antara hamba2 yg didekatkan padaMu di sana nanti, tergolong dalam golongan yg di dekatkan/golongan kanan..yang dapat melihat keindahan n kesempurnaan Wajah Mu..yg dapat mendengar suaraMu..yg dapat menyahut salam penuh kasih dan mesra daripada Mu Ya Allah.. T_T... perkenankanlah doa2 kami Ya Allah...perkenankanlah...T_T

Dia Yang Mengajarku apa itu RAMADHAN
Dia YAng mengajarku apa itu HIDAYAH
Dia Yang Mengajarku apa itu PENGHIJRAHAN
Dia Yang Mengajarku apa itu PENGORBANAN

kepulangan pada sisi Mu yg di nanti...aku cinta dan rindu pada Allah Tuhanku yg memberi peluang untukku menghayati Ramadhan walaupun untuk sekali... T_T

~Salam Ramadhan~
^_^






Sunday, July 15, 2012

3 panduan ke jalan yg benar


Berikut adalah cara bila masa diikut panduannya insya Allah akan tetap pada jalan yang lurus :
1. Kamu harus ada satu tujuan yang hakiki (maksud) atau vision yang sebenar dimana kamu harus benar didalam mencapai tujuan mu dan sanggup menghadapi apa saja halangan dan apa saja dugaan yang mendatang asalkan kamu tidak membatalkan sendiri tujuan kamu. Harus mempunyai sikap pengorbanan yang kukuh.
2. Berikan semangat (himmah/azam) yang sebanding dengan tujuan tersebut. Hendaklah ada satu tekanan yang harus diberikan bila mana keadaan memaksa kamu untuk mengabaikan dan melengahkan tujuan kamu. Sekiranya kamu dibawa oleh kelalaian maka perbetulkan niat kamu. Niat kamu harusnya yang hakiki bukan angan-angan.
3. Pasrahkanlah pekerjaan kamu kepada Allah swt. Mohonlah supaya Dia berkenan menyempurnakan dan memberikan keselamatan dan kejayaan. Serah segala tindak tanduk kamu dan bermohon kepadaNya untuk mendapatkan pertolongan dan kekuatan dariNya.
Rujukan :
http://www.slideshare.net/MuhammadFahmi4/rahsia-ilmu-kaum-muqarrabin


Friday, July 13, 2012

peninggalan blogger


mungkin kita hnya mengenali seseorg atau blogger melalui penulisannya saja..
setelah kembalinya dia pada penciptaNya, tulisan2nya d blog akan kekal sperti itu..
begitu..sampai di situ saja..takkan berubah apa yg pernah di tulis mana2 blogger..
apa yg baik akan kekal memberi manfaat..
apa yg buruk pula..akan kekal memberi mudarat...

mungkin bagi yg mengenali blogger yg sudah tamat tempoh khidmatnya akan tahu tentang pelepasan jawatannya..namun..pada yg tidak mngenali n mngetahui..akan tetapla menanti2 post2 or entri2 terbaru d blog2 kegemaran masing2.. tanpa mereka tau si penulis sudah selamat kembali ke rahmatullah...

apa yg berlaku saban hari memang benar2 memberi pengajaran pada aku...
sekarang..aku da takut untuk menulis...bimbang tersilap dalam menyampaikan..entahla..
kerna bukan semua apa yg di tulis dapat memberi manfaat pada semua org..bahkan kdg2 akan timbul fitnah pula drpd apa yg kita tulis..kdg2, apa yg di tulis turut di salah erti..hanya kemaafan di pinta daripada smua followers atas segala kekhilafan aku sbgai seorg penulis yg tak bertauliah...terlalu byk kekurangan n kesalahan sepjg penglibatan aku dlm dunia blog ni..maafkan aku..

segala apa yg terluah dan pernah di baca yg lebih kepada hal peribadi, harap jgn di simpan...aku da delete post2 yg xmembantu umat pun yg ade dlm blog ni..sebelum aku kembali kpd Pencipta ku suatu masa nanti yg aku sendiri pun xtau bila..n aku harap perginya aku nanti dlm redha semua org..amin...afwan

moga segala medium dakwah digunakan betul2 untuk tujuan dakwah..
moga segala medium utk menyampaikan risalah n berhubung benar2 memberi manfaat d akhirat kelak...
moga segala kemudahan2 n teknologi yg ada di guna pakai seswai dgn syariat Islam..
moga segala-gala yg di lakukan hanya lah kerna Allah dan jauh dari fitnah dunia..aminn..

cukuplah Allah bagiku..cukuplah Allah sebgai Penolong ku...




Thursday, July 12, 2012

10 warming up to Ramadhan

gambar amik lam fb sblum deactivate..hee

1.banyakkan pembacaan berkaitan Ramadhan n puasa..agar lebih bersedia n bersemangat..berkobar2 :P
2.warming up ngan berpuasa tiap isnin n khamis- puasa sunat..banyakkan di bulan Sya'aban
3.latih diri tidur awal n bangun awal supaya senang nak bangun sahur nanti ;)
4.mula baca Al-Quran setiap hari (lagi baik kalau lebih drpd mutabaah ibadah yg sedia ada)..baca ngan khusyuk,try faham maksud n tadabbur..set target nk baca byk mana nanti ramadhan..best2!!
5.biasakan diri sentiasa memelihara wudhuk...insyaAllah..huu
6.muhasabah diri setiap malam sebelum tidur..fikir ape yg kita buat,salah kita,dosa r kburukan yg kita terbuat..then, istigfar byk2 mohon ampun ngan Allah n org2 yg kita wat salah.. T_T
7.mulakan amalan bersedekah sedikit demi sedikit..lama2 jadi bukit^^ bykkan infaq wlu jumlah yg kecil<3
8.adakan masa bersendiriran utk berzikir kpd Allah SWT..beruzlah sekali-skala best sgt^^..pjgkan munajat.
9.bantulah org lain yg sgt2 perlukan bantuan..jaga hubungan ngan manusia juga penting..idup dlm jemaah n saling tolong-menolong..bila da bulan puasa,kita da terbiasa..insyaAllah^^
10.hebahkan tentang ketibaan Ramadhan..bulan penuh makna..Barokah..Petunjuk..Hikmah..Hidayah.. 
boleh hebahkan apa2 saja berkaitan Ramadhan,..Hadis ke,Ayat Qur'an ke..guna la laman sosial sbgai medium yg plg mudah utk menyampaikan if xmampu nk buat poster,bagi tazkirah or ceramah..huu 

senang kan nak dapat pahala?
sesungguhnya hanya Allah yg tahu nilai tiap amal yg kita perbuat..maka janganlah berhenti..teruskan..teruskan dan teruskan sampai mati..sebab kita xtau amal yg mana yg Allah terima..dan IKHLAS itu hanya ALLAH SAJA YANG TAHU...sy sendiri pun xtahu...

selamat beramal semua sahabat2 yg di redhai n dikasihi ALLAH TAALA...assalamualaikum..tata^^



Wednesday, July 11, 2012

hidup sebagai puppet..seronokkah?


Apakah anda seronok hidup sebagai seorang ‘puppet’ membiarkan diri ‘dikhadimkan’, mengikut nafsu haywani? Sampai bila mahu hidup sebagai boneka? Bila lagi mahu bebaskan diri untuk hidup di nafsu ‘natiqah’, barulah layak bergelar khalifah.

“Penjaramu ialah nafsumu. Apabila kamu keluar daripadanya, nescaya kamu dalam kerihatan selamanya”. Nafsu adalah musuh utama manusia. Nafsu puncanya rasuah, penipuan, dengki, khianat, fitnah menfitnah, kerosakan akhlak, perebuatan kuasa, sombong, bongkak, angkuh, bunuh membunuh dan perosak rumahtangga. Nafsu boleh menghancurkan satu negara. Kerana nafsu bangsa tergadai. Kerana nafsu Islam dipersenda. Kerana nafsu orang jadi munafik. Hanya “Nafsu Mutmainnah” saja yang Allah janjikan syurgaNya. Wallahu’alam.

Abu Al-Qasim Al-Nasr Abazi


wahai puppet semua...
berhentilah jadi puppet..kamu takut pada siapa?
kamu semua ikut siapa?
kamu semua bertuankan siapa?

aku taknak jadi puppet..
cukuplah Allah bagiku..hidup n matiku...
wassalam

Tuesday, July 10, 2012

TINTA HIJAU-perginya dia bertemu PenciptaNya

Al-Fatihah pda Allahyarham Nik Hazman Nik Hashim
facebOoker TINTA HIJAU

aku nangis,,aku xtaw knpa..tapi masa first tau pasal ni td, mmg sedih..
TINTA HIJAU..moga Allah merahmatimu smpai syurga hendaknya..
pergi ketika mengerjakan umrah..semalam...di tanah suci Mekah..subhanallah,.
moga aku juga pergi di sana..amin..

beliau sudah kembali bertemu Rabb Yg Ahad...kita? hanya menghitung hari... T_T





Sunday, July 08, 2012

kenapa sy pakai tudung labuh


yg kt atas tu sebab2 nape pakai tudung labuh..
maybe ade yg sama ngan sebab knape sy decide to wear tudung labuh dlm 2010..
sy pun baru je pakai xsmpai lg kot 2 thun..hampir2...malu T_T

mengapa saya bertudung labuh?
ada byk kelebihannya..seperti yg ade kt atas tu...

>Allah Suka,cinta,syg org yg tutup aurat sbb ikut perintah Dia <3
>dapat pahala bila jaga aurat n berganda2 bila kita ikhlas nk tutup ;)
>nyaman je bila pakai wlpun org nampak panas..sebenarnya xpun..mmg selesa..siyes^^
>nampak solehah..erkk mcm ustazah?? emm..no komen
>bantu jaga mata lelaki..emm elak fitnah yg sbenarnya..
>dapat lari dari mata2 jahat lelaki yg berpenyakit hati..tp bukan semua lelaki mcm tu..ea?
>bonus..?? nampak lebih cantik,ayu n sopan...(perlu seswai dgn akhlak)..insyaAllah
>melabuhkan tudung ikut syariat, means ikut sunnah..pakaian muslimah sbenar^^
>mudah di pakai..selesa..ringkas...xperlu masa lama nk siap2 or belit2 tudung..huu
>bila da tutup dgn sempurna, boleh terus pakai buat solat... yg ni plg best! even ke mana2 pun kalau in case xde telekong, kita masih boleh solat terus je ngan pakaian tu...alhamdulillah..<3
>sbgai slh satu cara tuk didik diri hormat diri sendiri, baru la org lain akan hormat juga pada kita.
>menyihatkan badan..xkena sinar uv(tak mudah jd itam..hee)
>kurang kena kotoran2 or debu2 kota,kuman dlll..
(lagi2 if pakai niqab,mcm pakai facemask gak la) ;p
>dapat tingkatkan malu dlm diri, malu tanda ada iman..(mmg jadi..malu abes kot..erk)
>sbgai satu cabang dakwah, bawa manusia cinta pada Islam..insyaAllah n alhamdulillah :)
>ciri2 yg boleh di jadikan isteri solehah?? jodoh lancar? erkk no komen
>petanda awal ke arah jadi insan yg bertaqwa..amin..amin Ya Allah..insyaAllah..
>yg ni terbaik la..BUKAN NAK TUNJUK BAIK CUMA NAK JADI BAIK!! <3

okey..selamat menutup aurat sahabat2 yg dikasihi semua..
moga Allah merahmati n permudahkan urusan kita semua dunia akhirat..aminn..

n kalau jwapan sy sendiri..sy menutup aurat kerana Allah...
kerna ingin bertemu dgnNya nanti..jadi sy kena buat apa yg Dia suruh..
n kena tinggalkan apa yg Dia larang..
lagi satu..sebab sy syg mak ayah n adikbradik(lelaki) sy sgt2..
sy taknak mereka turut sama berdosa kalau sy tak tutup aurat dgn sempurna..
sebab...mereka masih ade tggjawab atas sy selagi sy tak nikah..
jadi..sy decide tuk ringankan beban mereka nanti..
sbb...sy xnak ke syurga sendiri2,klw boleh biar semua dpt ke sana btemu Rabb Yg Ahad..
hepi kan klu mcm tu? T_T
Amin..Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim

~Tuhan Cinta Agungku~



aku pun xtahu di mana tempatku T_T


purdah si kecil =)


hanya sekeping gambar
tapi cukup bermakna bagi seorang aku


xsbr nak ajar anak sdiri pakai niqab sjak kecil..huu berangan btol..
satu impian..melahirkan para mujahid/mujahidah..
amin..InsyaAllah



Thursday, July 05, 2012

dia takut hidup tanpa redha ibubapa

ini tentang dia...
dia seorang yg penakut...
dia seorang yg mudah simpati...
dia seorang yg terlalu menjaga hati org lain...
dlm ego n keras kepalanya,dia sbenarnya terlalu manja n sensitif...
dia seorg anak yg patuh pada kedua ibubapanya...
selagi ia x bertentangan dngan agama...dia akan ikut..
kerana itu kdg2 dia kelihatan agak sombong n tegas
apa saja yang ibubapanya suka, dia akan berusaha untuk penuhi..
harapan dan amanah yg ibubapa harapkan pada dia sgt tinggi...
even kadang2, menda yg ibubapa dia mahukan bukan seperti yg dia mahu...
berkali2 dia mengorbankan perasaannya sendiri utk memuaskan hati ibubapanya..
suatu ketika dulu, dia tinggalkan ramai org kerana tiada restu ibubapanya..
dia akan buat apa yg ibubapa dia mahu...
alhamdulillah..skrg dia sedar n bsyukur..
kerna memang itu yg terbaik untuk dia dan agamanya..
jika ibubapanya tidak suka, baginya sudah tiada harapan lagi..
dia memang seorg yg penakut...
takut hidupnya tiada restu dan redha kedua ibubapa..
dlm ketaatannya pada ibubapa, dia byk mengecewakan org lain...
maafkan lah dia...dia hnya mahu redha ibubapanya..
tiada guna juga meneruskan sesuatu yg tidak disukai kedua ibubapa...
moga semua yg pernah hadir n berharap pada dia menerima dan memahami..
dia takkan mengikut org lain..dia amanah ibubapanya..
Allah n Rasul tempat plg atas..dan selepas itu kedua ibubapanya..
apa yg dia fikirkan hanya taat kepada ibubapa..
mendapat redha ibubapa untuk dapat redha Allah...
perkara plg rumit apabila ibubapanya menyukai apa yg tidak dia sukai...
jika situasi ini berlaku, dia akan melihat dari sudut agama dahulu..
jika dia memang benar, maka dia tidak teragak2 untuk menegakkan yg hak..
tapi mestilah dengan cara yg paling sopan, lembut n penuh hikmah...
pernah dia bertegas...sgt tegas..suatu masa dulu..di saat dia benar2 inginkan sesuatu
di saat itu ketakutannya yg amat sgt hanya pada Pencipta nya yg Ahad..
dia ketepikan semua pandangan2 n apa2 saja yg di utarakan oleh ibubapanya..
dan seluruh keluarga n org2 sekelilingnya...saat tu...cukuplah hanya Allah bagi dirinya..
hanya Allah saja lah menjadi Penguat semangatnya saat itu..
alhamdulillah...tidak lama kemudian..semuanya menjadi sgt indah..
ibubapa yg dulunya tidak berapa setuju menjadi sgt memahami n lebih melindungi dia..
dia yakin..jika dia lakukan sesuatu kerna Allah, pasti Allah akan permudahkan jalannya..
dan sekarang...perkara seakan2 itu berulang lagi
cuma subjeknya berbeza...
tapi pengakhirannya tetap sama..dipermudahkan..
suatu hari...
'apa yg awk harap sekarang?'
'sy harap mak ayah sy akan fhm n terima segala keputusan yg sy buat...
hmmm..byk lagi sbenarnya tapi biarlah hanya Allah sja yg tahu'
itu lah harapan dia...
nampaknya..doa n harapannya di penuhi...again..n again..
ibubapanya memang benar2 memahami dan menerima apa yg dia putuskan...
dan mula terlihat kerisauan pada wajah kedua ibubapanya...
kerisauan untuk melepaskan dia pergi suatu ketika nanti...
kerisauan untuk mencari penggalas baru...
dia tahu..itu perkara yg sgt sukar bagi bapanya...
sejak dulu lagi...
'boleh ke dia menerima anak ayh mcm ni?' T_T
'boleh ke dia pertahankan pendirian n prinsip ank ayh? T_T
Allah sja yg tahu perasaan dia tiap kali pertanyaan2 ini keluar dri mulut bapanya...
memang...bukan semua yg sanggup n mampu bertahan dgn kata2 org sekeliling...
dan bukannya kata2 biasa...semuanya menikam dan menusuk2..
walaupun dia mampu hadapi sendiri, xbererti semua mampu menerima...
'xpelah ayah..sy pilih jalan ini..dan sy akan teruskan wlpun sy sendiri'
mungkin akan menjadi lebih sukar selepas sesuatu berlaku..
sesuatu yg di luar dugaan..ibubapanya terpaksa akur..dan redha...
bukan sesuatu yg mudah lagi untuk melepaskan apa yg dijaga rapi...
tak mengapa..dia sudah tiada rasa apa2 lagi..tidak perlu risau tentang itu...
belum masanya..mungkin nanti nanti...nanti dan nanti...
dia tahu..sgt tahu...ibubapanya terlalu sygkan dia...
mungkin kerna sejak dulu, dia seorg saja yg suka meluahkan apa saja pada kdua ibubapanya..
dan dia juga yg selalu menjadi tempat luahan ibubapanya..
dia selalu ingin mendengar dan akan mendengar...
kepahitan dan kesakitan pabila dia terpaksa jauh dgn ibubapanya...
namun dia tetap teruskan semuanya walau tpaksa berenang dlam airmata..
demi sebuah kegembiraan yg dapat dia persembahkan pada ibubapanya...
dia turut bersedih jika kedua ibubapanya bersedih...
dia akan gembira jika ibubapanya gembira...
dan dia tidak suka melihat ibubapanya kecewa...
impiannya untuk menjaga kedua ibubapanya nanti...
dia selalu berpesan pada ibubapanya..
'mak..ayah..tolongla doakan kesenanganku agar dpt ku menjagamu nanti..'
dan dia sgt berharap untuk itu..untuk tidak menyusahkan ibubapanya lagi...
dia bersyukur masanya untuk berbakti pada kedua ibubapanya di panjangkan...
kerna dia tidak terikat dengan apa2...mungkin akan lama dlm keadaan begitu...
sekarang dia hanya perlu menjaga hubungan dgn ibubapa n keluarga...
untuk meraih redha Ilahi..itu sudah cukup selagi dia tidak bermusuh dgn sesiapa...
dan dia sgt berharap agar tiada yang memusuhinya..dlm terang atau dlm diam..
ini jalan yg dia pilih...
biarkan dia dengan dunia dia..
dia tidak pernah bersendiri...
kerna dia tahu Allah sentiasa ada d sisi...


dan dia da deactvate semua acc fb dia sbb ayah dia xsuke lelaki2 komen di wall dia..jadi tragedi berulang seperti dulu..cuma yg ni mungkin tiada kompromi lagi...dia syg ayah dia..jadi dia akn jauhi ape yg ayah dia xsuka..sebab dia seorang yang sgt penakut..takut menipu di blkg ayahnya..takut melawan..takut untuk hidup tanpa redha ibubapanya...kerna dia tahu..wlpun ibubapanya tidak mengetahui, tapi ALLAH tahu semuanya...dan redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa..tidak mengapa..tiada sesiapa yg rugi pun jika dia tiada...xpayah cari dia..dia bukan seseorang yg perlu di cari..selamat tinggal...biarkan dia aktif di sini saja ;)

Monday, July 02, 2012

jom puasa pada HAri Putih^^


assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
sila jenguk website ni utk info lebih jelas pasal hari putih dlm islam...
line slow nk kopipes..bg link je la...hee ;p
selamat melawat blog tu..best blog die...fikrah sgt2 n kaler ijau..^^
selamat menambah ilmu..afwan.. ;)

http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/06/14/puasa-pada-hari-putih/

kursus kawin day1

tarikh kejadian-23jun2012-sabtu-8am to 5pm-IIUM Gombak

hanya mahu berkongsi apa yg sy dpt masa join kusus kawin or pre-marriage course ni..sebenarnya smuanya blaku secara kbetulan saja..tiba2 akhawt msj sruh ganti dia g kusus kawin ni..fees dia da byr..i juz need to pegi n dgr..sijil pun tukar ke nama sy gak la..satu kebetulan yg memang pernah sy minta..memang beberapa bulan lepas pnah tpikir nak amik kusus kawin mase ade kawan gtaw dia join, tapi mase tu da xsempat da sebab da penuh n sy sendiri pon xbersungguh sgt nak..tpikir nak pun sbb dalam uia kusus kawin murah..juz rm45 jer..klu kat luar 2x ganda..lam rm80-90 gak la..lagi satu, sy xsuker yg kt luar uia sbb...sbb...byk cerita2 yg xenak d dgr..n xperlu nk dceritakan pun..jadi alhamdulillah kusus kawin yg sy join ni not bad lar..kurang crita mengarut n xbrapa nk senonoh..memang la kusus kawin ni agak open, tapi rasanya lebih elok di tekankan bab akidah yg lebih drpd crita2 bilik tidur..sriyes sy xsuker..sbb org yg pegi tu org2 yg belum kawin..so pnyampaian harus seswai dgn org yg mdengar..lain la kalau kusus kawin utk org2 yg da kawin..ade gak la certain2 part yg menguji kesabaran apabila mdengarnya..tapi sy xmampu nk ubah apa2 kt situ..hanya mampu bersabar dan berdoa saja utk semua org yg hadir..penceramah n peserta...moga majlis aritu dlm rahmat n redhaNya...kusus kawin 2 ari..sehari ade 4 slot..ari pertama sy pegi lambat..daftar mase slot kedua terus..maklumla ganti org kan..n dlm mood tkejut lagi..fobia la dgr nikahkawin ni..huuu  ape yg sy share kat bawh ni ape yg sy tulis dlm nota je..byk lagi yg xtertulis..xpela nati kamu semua pun akan pegi gak kusus kawin ni kalau nk kawin..n kalau xnak kawin pun..mane taw kena ganti org gak ker...haa ok selamat membaca bagi yg nak baca..n selamat menengok bgi yg tengok saje sbb post ni pjg gak..;P

slot 1- pengurusan masalah/stress dlm kehidupan & pengurusan konflik dalam rumah tangga.
-tiada sharing2 sbb sy ponteng slot yg ni..(jgn tiru aksi ini)
-(nasibbaik jugak sbb time tu mood xbrape ok n risau akn jdi lgi stress bila dgr bout stress..uahahaa)
sori~

slot 2- Akidah dan Ibadah dalam Islam
>akidah=simpulan,ikatan or pegangan
>makna dlm syara'= keimanan(kepercayaan dan keyakinan) yang pasti serta keputusan yang muktamad tidak bercampur dgn syak atau keraguan terhadap Allah SWT..
>ustad citer pasal suami isteri yg gaduh pasal colgate..hmm sbenarnya masalah colgate tu titik meletupnya periuk api yg telah lama di tanam n di sorok..punca-jiwa xkuat n iman xkuat.
>IMAN..
>3 sifat induk yg perlu ada pada org yg beriman by Hamka :-
1)sabar - sifat para nabi n rasul...cakap senang tapi nk buat susah
2)amanah- hidup kita mmg dlm amanah = x khianat,selamat, jujur..aku xsuke org yg xjujur (tibe2 je..erkk)
3)malu- belum kawin kena tegas,katakan taknak kalau bkl suami/isteri ajk utk menda2 maksiat..malu pada Allah..malu pada mak ayah,malu pada org lain..malu pada diri sendiri..ingat malaikat kiri kanan...mmm..moga Allah ampunkan dosa2 aku waktu jahil dulu..T_T
>kena letak nama yg baik2 utk anak..supaya bila dia besar dia xterasa dizalimi dgn nama yg buruk n memalukan.
>suami kena byk bersabar dgn kerenah isteri dan anak2..kena ingat wanita ni akalnya pendek n ilmu/ibadat nya sedikit n nafsunya byk..jadi sebaik2 suami adalah yg paling lembut n bsabar dgn isterinya..
>isteri pula kena buat baik bertempat..contoh,berhias diri..biarlah bercantik-cantik n berseksi-seksa hnya utk suami sahaja di rumah..fenomena dunia skrg ni terbalik..isteri terlebih buat baik pd yg xhalal pula..lebih byk berhias apabila keluar rumah n ke ofis..tapi bila d rumah,xde pula bersolek n berhias..kesian suami kamu..hak mereka telah kamu beri pada org lain yg xde hak pun atas kecantikan diri kamu..muhasabah2..
>ISLAM DAN IMAN
>jadilah seorang murobbi - boleh mendidik jiwa sendiri, jiwa isteri dan jiwa anak2.
>membentuk jiwa2 murobbi dan jiwa2 Al-Quran
>seorg suami patutnya bangun lebih awal drpd isteri,kejut isteri solat jemaah bersama,tahajud bersama, jemaah subuh bersama,jadi imam..;)
>biar jiwa jd satu dlm semua ibadat- jiwa kuat- ikatan dengan hal2 berjemaah 
>mertua pun akan respek menantu mcm ni wlpun biasa2 je..kalau jdi imam bace surah pjg sket..hee
>berkorban jangan sampai terkorban
>kena banyak doa..suami yg pimpin doa..doa dlm b.melayu pon xpe..lagi syahdu n sedih..mudah faham n melekat di hati isteri yg mengaminkan doa kt blkg...(so sweet ;p mase ustad ckp ni,aku nangis kot..huu) 
>jadi kreatif time doa..boleh tukar2 doa ngan isteri..tulis dulu pun ok jgk agar lebih teratur..kang tibe2 kuar doa masuk toilet pula..heehe
>ayat lembut hati-Surah As-Syura:19 - baca 3x n hembus d leher suami/isteri (amalkn bagi yg da kawin)
>ayat elak kenderaan rosak- surah Ali-Imran:83 (baca sokmo2,bukan time punos baru nk baca..huu)
>ayat ilang stress - Al-Waqiah:19 - baca 3x n minum r urut d ubun2 
>ayat mnjadikan org cekal n tenang- Ali-Imran:200
>ayat elak sihir , buruk sangka n hasad dengki - surah Yunus:81
>suami/isteri sama2 cari redha Allah, elak buat dosa..jadikan dunia sebagai laluan ke akhirat.
>suami,isteri, anak2 yang murobbi = sama2 d syurga <3 T_T
>rumahtangga yg berjaya di dunia dan di akhirat... (aminn..insyaAllah...sob3)

slot 3- perkahwinan dan prosedur permohonan mengikut peruntukan dalam enakmen undang2 keluarga Islam (negeri selangor) Tahun 2003
>5 rukun nikah-akad,lafaz ijab&kabul,pengantin L&P,wali,saksi,maskawin
>perkahwinan=himpun ,kumpul,cantum= akad yang menghalalkan hubungan/pergaulan L&P yg diharuskan berkahwin.
>"aku terima nikah" --> paling ringkas n sah
>"aku terima nikah **nama isteri*** dgn maskawin **jumlah*** tunai" ----> full lafaz
>"aku terima nikah ***nama isteri** dgn maskawin tersebut" ---> sah jugok.
>dalam satu lafaz, bukan satu nafas..klw kena sbut dlm satu nafas,kesian pula pd yg ade athma or TB..
>ustad cerita pasal laki yg xtaw nervous ke excited ke blur mase akad tu..huu lucu..
>5 hukum nikah- wajib,haram.sunat,makruh,mubah/harus (xnk explain,insyaAllah smua da taw.)
>HUKUM/TErtib WALI;-
1)bapa,datuk,seterusnya ke atas
2)saudara lelaki seibu sebapa
3)saudara lelaki sebapa
4)anak lelaki dari saudara lelaki seibu sebapa
5)anak lelaki dari saudara lelaki sebapa n sterusnya ke bawah.
>WALI NIKAH- wali nasab atau wali hakim
> WALI HAKIM...jika...
-wali enggan
-tiada nasab
-anak luar nikah/xsah taraf
-muallafah n tiada saudara lelaki yg beragama islam
-wali yg tnggl lebih dari 2 marhalah
>STEP-step nk kawin;-
1)kursus pra-perkahwinan - ari/sijil
2)ujian HIV-di klinik kesihatan kerajaan shj.
3)kelulusan berkahwin- pengesahan
4)isi borang/dokumen2 sokongan
5)borang mastautin

*pesanan- elakkan pernikahan sindiket kerana di khuatiri status sah atau tak..jgn terjebak..carilah jln halal..

slot 4- bentuk2 komunikasi berkesan dalam rumah tangga.
>komunikasi-penyampaian atau pertukaran pesanan/mesej/maklumat fikiran dan perasaan antara suami dan isteri.
>salah satu faktor penceraian termasuk komunikasi.
>xluah xfaham - kena la berkongsi
>bentuk komunikasi- pertuturan bersemuka(nada suara)
-bahasa badan - airmuka,mimik muka, gerakan badan, kedudukan bdn,sentuhan,penampilan diri
-penggunaan perantaraan- pemberian hadiah,sms, nota,(surat cinta ke ;p), lmn sosial, ingt tarikh2 penting
>kena jaga hubungan sebelah keluarga mertua..elak dari xberkomunikasi dgn mertua..
KEPENTINGAN KOMUNIKASI
>menyatakan perasaan n mesej, kenal pasangan, bergurau n berhibur, mendidik dan menasihati, berkasih sayang n mendapat ketenangan.
>jangan harap pasangan akan faham sendiri - oyak n luoh blako..ikut la pasal gapo2 pon..(mace kelate)
>sopan santun (erk), lemah lembut (erk lg), panggilan mesra n sesuai, elakkan bercakap serentak, dengar dgn aktif tanpa prasangka...husnuzon tu penting..
FAKTOR YG ROSAKKAN KOMUNIKASI
>mencari kesalahan pasangan, prasangka buruk, ingin pasangan yg serupa dgn diri sendiri (hmm?), mengungkit, mnyakiti, bangga diri, terlalu cemburu, remahkan pasangan,ego n sensitif, terlalu ingin berkuasa, guna bahasa yg boleh memutuskan hubungan suami isteri-cerai
>apa perlu buat?  - lakukan aktiviti bersama, beribadah n raikan perayaan bersama, memberi n menerima teguran pasangan.,
TIPS KOMUNIKASI
>tiada pemenang dalam berdebat, perhatian kpd pasangan, tenang n bersabar, jaga tutur kata, fokus kpd isu,jujur n berterus-terang,kerap berkomunikasi, keputusan bersama. xdok VETO!

*pesanan-jangan harap pasangan akan faham kalau kita tak beritahu! huuu~

kusus kawin day2 akan bersambung nanti.................tata..assalamualaikum..



p/s; xsemestinya kursus kawin ni untuk org2 yg nak kawin saja..kawan sy ade yg pegi saja2 utk isi masa lapang..haa lagi sorg, mmg suke g kusus kawin..ntah brape sijil dia ade..sy lak kena gnti org on d spot..ade sijil tapi xcukup rukun nikah pun xleh nikah gak kan? uhuhuuu~


Sunday, July 01, 2012

yoyongku da takde T_T


ambo kato dos aritu
kalu kelik klate belum tentu yoyong ambo ado dumos
huwaaa...jadi sumgos..
memang nicky tu da kena buang da..
da takde kt umah..huk2..
memang dari aritu da xsedap ati..
sbb tu amik gambar dia b4 g uia..
hmm..setiap pertemuan ada perpisahan..
bukan doakan biar menda tu btol2 blaku..
tapi da dpt agak n dapat rasa..
six-sense ku mmg kuat..knapa? xpercya?
alhamdulillah..Allah bagi yg lagi comeylll..
ade anak miaw baru kt umah...hehehe
kaler putih..kecik lagi..boboi..name dia jerico gonzales..haha
adik sy yg ank ke10 yg bawak balik anak miaw tu ke rumah..
xtaw la dia kutip katmane..
xpercaya pun ade gak bila dia yg bwk balik..
brutal n ala2 gangster kot tuannya..
xsangka dlm hati ade tisu gak..
siap mandikan ngn mandian shurah lagi..heeee sooo swweeett~
sy suka laki yg suka kucing..mcm ayah sy.. ;)
sampai2 umah jam 2pgi td trus main jerico..
nti insyaAllah dpt hubby yg suke kucing gak baru la xgaduh pasal kucing...haha

seekor kucing bernama jerico gonzales,,,i still cant accept the fact..aishh~
nati updet balik post ni lenkali nk letak gmba dia..comel kaler putih itam or klabu.. ;)
okbai~

assalamualaikum...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...