Sunday, June 19, 2011

Lu pikir la sendiri ! – (part 1)

Bismillahirrahmanirrahim...
Selamat dan sejahtera ke atas saudara seislam semua... =)

Tajuk Kedengarannya agak familiar sekali.. Satu trademark or tagline yg sgt popular di akhir zaman nih..Hingga menjadi ikutan muda-mudi,pakcik2,makcik2,ank2 kecil juga warga gold at the golden age..hee =P
Okey..tinggalkan persoalan ttg trademark tersebut..ape yg ingin di highlight dalam post nih adalah fikiran..pemikiran...ape yang difikir...perlu ke kita fikir...pernah kah kita terfikir...kenapa perlu fikir...kenapa kita xpernah nak pikir...dan adakah kita xde aqal untuk pikir..heee...maaflah jika anda pening dgn ayat2 saya..hehee dulu saya merasakan topik ini sgt mudah n senang di ulas dan mesti semua org dh tahu..tp nmpaknya anggapan sy salah...
Okey..jom kongsi buah fikiran...
Ni lebih kurang brainstorming or brainwash(otakbasuh) la jugak...

Fikiran yang di salah erti....
Seringkali di salah erti...kita sering mendengar orang2 kebanyakan yg masih xmemahami erti pemikiran sebenar bkata “kau xde otak ke nak pikir?” (sambil menuding2 jari ke kepala)..okey..mari kita soal balik org itu....adakah dgn otak kita berfikir?? Atau dengan aqal?? Adakah aqal dan otak same?? Dimane letaknya aqal?? Adakah AQAL tletak di dalam otak???
Berdasarkan survey2 yang telah dibuat dan di analisa...ternyata manusia di akhir zaman ini masih belum mngerti hakikat sebenar penciptaan aqal...hmm moga ape yg hendak disampaikan ini betol2 sampai...
Kenapa kita sering terdedah dgn mende2 yg menggambarkan bahawa aqal itu terletak di otak?? Di kepala?? Saintis2 barat kata otak yg kawal pgerakan n semua...Dlm drama2 terlebih cerdik juga byk di buat gaya seolah2 menunjukkan aqal terletak di kepala bila tibanya saat skrip yg berbunyi seperti di atas...nmpaknya usaha org2 kafir tuk mngelabui mata hati manusia tlah bjaya diterap dlm fikiran2 org islam.. mereka sngaja mahu manusia pikir otakla yg mngawal segalanya dan mereka hnya ingin menidakkan kemuliaan penciptaan akal sepertimana angkuh dan sombongnya iblis tuk sujud padanya..kerana bila saja manusia2 sedar bhwa akal itu mampu merubah dunia taat n tunduk pada Allah semata2, akan gagallah usaha mereka utk meramaikan penghuni neraka menemani iblis laknatullah... jgn fikir hati yg dimaksudkan di sini adalah hati organ kita yg org derma2 tu..bukan hati itu.. tapi hati yg dlm kalamNyA adalah hati nurani...jiwa..ia ghaib dan bukanlah sesuatu yg boleh disentuh dgn tgn dan bukan sesuatu yg boleh dilihat dgn mata...

Tahukah kita ape itu aqal??
AqaL merupakan sumber dan asas ilmu pengetahuan manusia..bandingan AQAL dgn ILMU sama dgn bandingan buah kepada pokok..cahaya kepada matahari..penglihatan pada mata...tiada akal maka tiada gunalah ilmu yg ada...aqal berperanan membezakan perkara yang baik dan buruk..aqal yg berfungsi dalam menggerakkan segala anggota badan kita..aqal juga yg memandu arah kita dlm setiap apa yang kita lakukan..aqal adalah semulia2 ciptaan yg di ciptakan khas utk umat manusia...ia tidak terdapat pada makhluk2 lain ciptaanNYA..kerana aqal jualah semua penghuni langit di suruh sujud pada Nabi Adam AS...keistimewaan yg terdapat pada aqal membezakan manusia dgn makhluk2 lain..lakarannya di lakar di hati nurani dan bukannya di otak..kenapa jika org yg telah rosak otaknya masih boleh menangis?? Jika akal terletak di otak, apa yg mngawal org yg tidak bfungsi otaknya untuk menangis, ketawa, suka, sedih dan sbgainya? Binatang pon ada otak bukan?? Tapi kenapa binatang xpegi sekolah belajar fizik n kimia mcm kita??

...............................................................................
Sabda Rasulullah SAW :
‘’kejadian pertama yang dijadikan Allah ialah akal, lalu Ia perintahkannya ‘datang!’ akal pun datang, kemudian Ia perintah ‘pergi!’ akal pun pergi. Kemudian Allah berfirman kepada akal ‘Demi kemuliaan dan kebesaranKu, tiada makhluk yang Ku ciptakan lebih mulia di sisi Ku dari kejadianmu, denganmu Aku mengambil dan memberi, denganmu Aku memberi pahala dan menyiksa”
[Al-Tabrani]
............................................................................

Kita ada akal ke ??
Jangan pernah fikir yang kita ni betol2 dah bijak dan berakal...aqal boleh bertambah dan berkurang...ia bukanlah seperti satu objek yg statik..yg stay pada tahap yg sama..atau satu benda yg seperti otak.. seketul dan xberubah..sentiasa ada di satu tempat..tidak...aqal bukanlah seperti itu...aqal berbeza2 pada setiap manusia..aqal boleh ditarik balik oleh Sang Pencipta..seperti asal kejadiannya..dihembus kedalam hati manusia..begitulah juga caranya Allah menarik balik aqal yg dianugerahkan pada kita jika kita tidak menghargai anugerah terbesar yg Dia berikan pada kita itu..

aqal akan hilang atau di tarik balik apabila kita melupakan Pencipta kita...apabila kita melakukan maksiat..menderhakaiNya...melakukan dosa2 dan larangan2 yang telah ditetapkanNya..ringkasnya segala perbuatan yg bertentangan dgn Islam sebenar...di saat itu,aqal kita akan ditarik balik..keluar dari hati kita..dan hanyutlah kita dalam dunia yg penuh kemaksiatan dan tipudaya...malah Allah akan mnambahkan kseronokan dlm mlakukan dosa2 kita itu supaya terus sesat selagi kita tidak bertaubat n kembali padaNya...kerna pada ketika dan saat itu, sudah tidak ada lagi cahaya di dalam hati kita...inilah yg sering kita rasai...saat kita melakukan dosa, kenapa kita tidak punya rasa takut barang sedikit pun pada Allah? Seolah-olah kita tidak dapat merasai Allah SWT sentiasa melihat segala perbuatan kita..saat itu,kita tidak takut menderhaka kerana aqal yg membantu kita melawan nafsu sudah tidak ada bersama kita...kita xpeduli akan halal haram sesuatu perkara yg dilakukan..kerna...cahaya yg memandu arah sudah hilang lenyap..petunjuk ke jalan kebenaran dan keredhaan di rampas kembali akibat kejahilan kemaksiatan kehinaan perbuatan2 yg kita lakukan..hati terhijab dari hidayah Allah..terhijab dari rasa kehadiran Allah SWT..hati kita terblock, terhadang, terhalang dari menerima cahaya itu..jadi..hidupla kita dalam kesesatan.. kelalaian... kealpaan.. dan kejahilan.... hanyut... hanyut...hanyut lagi..dan terus hanyut... diri rela dibakar dibunuh dari dipesongkan hati balik sperti dulu..=(

...........................................................
Sabda Rasulullah SAW :
“tiap-tiap sesuatu ada tunjangnya dan tunjang orang-orang mukmin ialah akalnya. Kadar ibadatnya mengikut kadar akalnya, tidakkah kamu dengar rungutan orang-orang fasik di dalam neraka ‘jika kami mendengar atau berakal tentulah kami tidak berada dalam golongan penghuni neraka’.”
[ Al-Tirmizi]
.........................................................

Org2 fasik ialah org2 yg melakukan dosa n derhaka pada Allah...
Org Islam sendiri tidak terkecuali dari golongan ini...
Jadi, dgn hadis ni jelaslah org2 yg byk mlakukan dosa dan maksiat adalah org2 yang tidak berakal atau kurang akalnya...
Adakah kita mahu menjadi sebahagian daripada yg merungut itu??


bagaimana nak dapatkan aqal tu kembali??
Dgn pertolongan Allah, Mudah saja untuk dapatkan kembali aqal kita yg hilang...dan menyingkap kembali tabir yg terhadang pada hati kita dari menerima kebenaran dan cahaya itu..apa yg perlu kita buat adalah meninggalkan segala kejahatan, dosa, kemungkaran, penderhakaan, kemaksiatan,dan segala larangan2 yg telah ditetapkan oleh Pencipta kita Yang Maha Agung, ALLAH SWT..nampak banyak kan??...tp secara ringkasnya..ELAK BUAT DOSA...just dat! Dan perlulah istiqamah dalam tekad kita..jgn lepas baca post ni aje berenti kejap buat maksiat, then esok2 buat lagi...jika yg begini..kita seolah2 bermain2 dalam mentaatiNya...itu xbaik punyerr...is Allah satisfy??? Once again....Is Allah satisfy???

Okey...cuba la buat kalau xpercaya..cuba buat dulu sampai terbukti..bila dah dapat balik anugerah yg xternilai tu, pasti hidup akan terpelihara dari melakukan dosa...aqal yg ada akan manghalang kamu dari melakukan maksiat..aqal yg sihat dan cergas suci lagi bersih akan sentiasa menentang tuntutan dan keinginan buruk dari nafsu..ia akan mengawal dan memandu seluruh anggota badan agar menjauhi kemungkaran..saat ini..kita akan dapat merasakan kewujudan Allah Swt dalam kehidupan seharian kita...kita akan dapat rasai pengawasan Allah terhadap kita dalam setiap langkah dan hembusan nafas,..merasai bahawa Dia melihat, mendengar, mengetahui setiap ape yg kita lakukan, fikirkan, luahkan or rahsiakan...kita akan sentiasa dlm ketakutan bila tersilap lgkah..terasa takut jika Allah murka..jika Allah menarik balik segala kenikmatan yg diberi..takut tuk menderhaka..takut utk melakukan laranganNya..saat ini bicara kita dan tempat mngadu kita hanya akan tertumpu padaNya..hati akan sentiasa berbicara dgnNya..kecintaan dan rindu padaNya akan mulai tercipta...dan tanpa kamu sedar,kamu sudah tidak sama seperti kamu sebelum ini...kamu akan dilihat asing, pelik, dan aneh...mgkin kerana bicara kamu, pakaian kamu, perbuatan kamu, dan fikiran kamu yg nyata berbeza dari ape yg mjadi rutin hidup di zaman jahiliyah kamu dulu...tak mengapa,, itu lebih baik utk kamu andai kamu mngerti..di ketika itu, apa yg kamu mahukan hanyalah keredhaan dari ALLAH semata-mata....

MERAIH CINTA ALLAH...hanya itu...

kamu tidak akan ada masa untuk berangan-angan..tidak ada masa untuk melakukan perkara2 remeh dan sia2...tidak ada masa untuk melepak dan bergosip topik2 bodoh...tidak ada masa untuk merancang masa depan kamu yg masih kabur dan belum tentu tercapai..kamu akan lebih mengingati mati..mati..dan mati...pemikiran kamu akan lebih pada kehidupan di akhirat..kamu akan berusaha sedaya yg kamu mampu mengumpul bekal untuk dibawa ke hari yg kekal selama-lamanya itu...kerna matlamat kamu akan berubah...kamu akan merasa cinta pada kematian kerana ia mendekatkan lagi kamu pada Pencipta seluruh alam..cinta dan rindu padaNya akan diluahkan kerna kamu yakin dan pasti kamu akan bertemu dgn Pencipta kamu, Tuhan seluruh alam...kematian ibarat kiamat kecil...yang mana baik dan buruk nasib manusia di akhirat kelak sudah terlihat semasa kita di dalam kubur..di dalam kubur, Allah akan memperlihatkan pada kita taman2 syurga...jika kita tergolong dalam golongan kanan..(dis is wat we want rite??) dan menyeksa dgn azab pedih jika kita di golongan kiri (dun wana be 1 of them).. oleh itu, alam barzakh boleh jadi kenikmatan pada org2 yg beriman dan bertaqwa padaNya..tidakkah kita mahukan nikmat itu? mati dan dpt lihat tempat kita di syurga, tentu saja cinta dan rindu kita pada Allah membuak2 kerna saat tu kita yakin kita akan dapat melihat Pencipta kita di syurga nti dan mdengar ucapan salam dariNya...bukankah itu nikmat yg Terbesar? Tidak mahukah kita melihat Pemilik jiwa kita yg kita sembah sehari semalam?? Tidak percayakah kita dgn kalamNya yg mjanjikan pertemuan itu?? Subhanallah.. kenikmatan yg tak terjangkau rasanya...then, alam barzakh juga boleh jadi permulaan kesengsaraan bagi org2 yg menderhakaiNya..kerna org2 yg berdosa akan diseksa sejak ptama kali nyawa dicabut lagi sehinggalah dibangkitkan pada hari kiamat..api neraka sudah dinyalakan ketika dlm kubur lagi..Astagfirullah... sungguh perit azab bagi org2 yg Ingkar..moga Allah menjauhkan kesengsaraan ini dari kita semua..amin..

Allah akan membantu hamba2 yang mencariNya... insyaAllah jalan kita dipermudahkan... satu yg penting adalah lakukan segalanya IKHLAS kerana Allah Taala...ingatan pada diri..
manusia yang hanyut dan bergelumang dosa yang dengan yakin berkata mereka berakal sebenarnya sedang bermimpi..angan-angan yang lebih teruk dari angan-angan mat jenin..(sori klw ade yg name ni)..hee =p mohon pada Allah agar kita semua tidak tergolong dalam golongan ini..aminn...sesungguhnya jumlah akal pada manusia berbeza2..lakaran2nya pada kanvas hati juga tidaklah sama....

...........................................................
“wahai Tuhan kami! Adakah Engkau jadikan sesuatu yang lebih agung dari Arasy? Jawab Allah “Ya, itulah akal” mereka bertanya lagi “sebanyak mana akal itu?” jawab Allah “sangat banyak dan tiada siapa yang mengetahuinya. Adakah kamu tahu sebanyak mana bilangan pasir?” jawab mereka “tidak”. Firman Allah Azzawajalla “sesungguhnya Aku telah ciptakan berbagai2 jenis akal sama seperti banyaknya bilangan pasir-pasir. Ada manusia yang dikurniakan sebiji, ada yang dikurniakan dua biji, ada tiga atau empat, ada yang dikurniakan satu faraq (tiga gantang) ada yang dikurnia satu wasaq (60 gantang) dan ada pula yang dikurniakan lebih banyak dari itu lagi.”
[Abdullah bin Salam r.a]
.............................................................

okeyla...rasanya da panjang lebar da post nih..huhu marilah kita sama2 menambah akal kita.. insyaAllah akan bijaklah kita di dunia dan akhirat kelak..aminnn...=)
tapi sebenarnya...
apa yg ingin dikongsi dan di ajak untuk berfikir masih belum diluahkan...heeehee =P
oleh itu...post ini akan bersambung pada part 2....


~ wassalam ~
^.^

to be continued.......

1 comment:

  1. panje nyoh nk baco.nnti ado smua part,kite baco smua skligus deh.heee

    ReplyDelete

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...