Thursday, June 16, 2011

asalnya dia dari setitis air

...............

Sebuah kisah setitis air
Dalam berjuta-juta saingan
Berebut-rebut hadapi kesukaran
Akhirnya...
Dia lah yg terpilih
Hingga satu ketika
Dia mendengar alunan indah dan syahdu
Di situ dia mula mengenal bunyi
Masa berlalu...
Hingga saat dia mampu lakukan semua
Tiba masa dia bermusafir
Jalan yg pada awalnya tegak mulai bertemu liku
Ada ketika dia bengkok ke kiri
Terkadang pula bengkok ke kanan
Dia terjatuh...luka tangannya
dia terpijak duri...berdarah tapak kakinya
adakalanya dia terpaksa berpatah balik
dia mula bertanya...
tapi salah tempat pertanyaannya
dia tersesat
tercari-cari arah tuju
dalam kelamnya hari
termasuk pula semak dan belukar
kotor bajunya
cahaya mulai malap
dia meredah gelapnya malam
melalui pusingan di tempat yang sama
semakin tersasar arahnya
semakin kabur penglihatannya
di saat mulai buntu...
seakan berputus asa mencari jalan keluar
dia mahu berhenti dan berehat saja
di perhentiannya...
tiada satu irama pun yg mampu hiburkannya
dia tiada bekalan makanan tuk mengenyangkannya
dia tiada teman tuk mendengar keluhannya
dia diam sendiri
senyap...
sunyi...
sepi...
lalu dia terlena...
dia terlihat cahaya dalam lenanya
dia terdengar bunyi pertama yg dipelajarinya
hatinya kembali bernyawa
saat dia tersedar dari lenanya...
dia terus bangkit untuk mencari
mulai rindu kisah asalnya yang indah
dia melangkah kecil meneruskan perjalanan
semakin lama langkah semakin panjang
dia mula berlari
banyaknya calar pada badannya
terkena pepohon berduri disekelilingnya
tergores...
terhiris...
tertusuk...
namun dia semakin asyik
rindunya pada bunyi itu semakin dalam
tiba-tiba langkahnya terhenti
terasa sejuk tapak kakinya
nyaman penglihatannya
tenang jiwanya
terlalu indah pemandangan
dia melihat sebatang anak sungai
jernih airnya
bersinar-sinar permukaannya
dia mengikut arus air itu
semakin lama semakin hilang comot mukanya
hilang dahaga tekaknya
tertanggal kotoran pada bajunya
walau langkahnya berat meredah arus
arah tujunya mulai jelas
walau kakinya sakit beralas batu-batu tajam
air yang dingin itu bisa menghilangkan sakit lukanya
dia mahu terus mengikut arus air itu
kerna alirannya terus maju ke depan
tiada pernah mengundur ke belakang
apa yang pasti
dia yakin akan ada penghujungnya
tempat dia dpt mendengar bunyi yg dirinduinya
Dan dia mahu selalu di situ
Kerna di situ dia dapat melihat dirinya
Satu yg ditentukan hidup daripada berjuta-juta yg mati
...Asalnya dia dari setitis air...

..............


~cahayakeharumanku~


No comments:

Post a Comment

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...