Friday, May 06, 2011

layakkah diri menjadi bidadari syurga?

Adaptasi Dari Tautan hati

ukhti....

Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yg bengkok untuk dilindungi dan di sayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk di sanjung dan di puja, bukan pula dicipta daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya...

Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau ingin menyerah pada si kumbang?

Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai pembentengnya. Dari kejauhan keharumannya mencuri perhatian. Kilauan warnanya yang memancarkan indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagaran duri berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahanmu yg terjaga hinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

ukhti...

Akuilah hakikat kejadian dirimu yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi saying tidak berduri. Kau tidak layak dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesunggunya Utusan Allah ada mengatakan tentang bahaya dirimu.

“Tidak ada fitnah yang lebih besar setelah wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita.”
 
Adakah kau mahu menjadikan penyebab terhadap terhumbannya lelaki ke neraka?
 

Ingatlah duhai sahabatku sayang...

Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya kecuali atas urusan yang diizinkan. Sesungguhnya yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dgn sesuatu yg terdedah. Yang tertutup indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang terpilih yang telah dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinya dengan bernaungkan keredhaan Allah, bertunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlak penuh menawan .

Sesunguhnya, wanita solehah menjadi idaman setiap insane soleh bernama Adam.

‘Wanita yg baik itu adalah untuk lelaki yg baik….’
 
 

 
[3176284649_be4b9afa8c.jpg]
 
 
...ingatan pada cahaya keharumanku...
 
 
 

Ya Allah jadikanlah kami bidadari syurga….amin...

4 comments:

  1. AMINNN.....YA RABBAL ALAMIN.....

    ReplyDelete
  2. suka nya kalu bleh jadi bidadari nati..=)
    tp sero po xlyk jah..huu

    ReplyDelete
  3. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di
    udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
    selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

    Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu
    neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang
    dia kehendaki dengan tidak dihisab.

    Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan,
    memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu
    syurga mana sahaja yang dikehendaki.

    ikut dan beramal dgn hadis nabi itu,INSYALLAH,bidadari nnti disyurga..=)

    ReplyDelete
  4. dgr ceramoh ustad2 kato gtu jugok..nati sapo2 hok taat pd suami,solat,poso,jga khormtn d dunia ni bila masuk syurga akan d transform wjh n tbuh jd supo bidadari..malah bleh jd ketua pda bidadari2 hok suami dia d syurga nti.. kalu la ore2 tino jamey loni sedar hakikat ni..mesti berebut nok wat baik blako..tp syg,.,hok d lihat hnya kecantikan d dunia saja hok xkekal, menipu n memperdaya...moga sy xbalik pada sifat buruk tu..sbb impian lebih tinggi lg drpd tu..nk comeyl d akhirat po bidadari..d dunia xpola huduh2 sikit pon..heheheh

    kalu ore jate pulop,,wjh akan diberi kecantikan wjh nabi yusuf once mnjejakkan kaki dlm syurga.. semak2 la blako nati..dunia ni just a time to grab the opportunity..chayop2..=))

    ReplyDelete

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...