Sunday, May 01, 2011

~Kau kekasih awal dan akhir~

Malam menanti siang
Siang menanti malam
Bagai berkurun lamanya
Masa memisahkan kita
Hingga terlupa
Pada paras rupa

Malam mencari mimpi
Siang mencari erti
Tersingkap seribu makna
Terucap seribu kata
Terlepaslah... rahsia...

Sekian lama terpisah
Akhirnya bertemu
Mengenang dosa
Mengenang rindu
Dan ternyatalah
Cintaku yang satu...

Kau Kekasih awal dan akhir
Kau Kekasih zahir dan batin
Setelah ku sedari
CintaMu yang abadi

Takku harap takku peduli
Walau bulan jatuh kebumi
Dan hadir bidadari
Tak kumimpikan lagi

Kerana Kau Maha Mengerti...
Kerana Kau lebih ku kasih...
 
 
 
p/s: Tuhan Cinta Agungku...
 
 

No comments:

Post a Comment

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...