Syarat Buat Bakal Menantuku
Bakal Menantuku,...
Tiba saatnya nanti,
Kuserahkan puteriku sebagai amanah,
Kerana kuhormati tuntutan fitrah,
Hiasilah hidupnya dengan hasanah,
Pandulah cintanya menuju jannah.
Dia puteri kesayanganku,
Melepaskannya tak semudah itu,
Dengarkan terus bicaraku,
Ada syarat sebelum kumerestu.
Bakal Menantuku,
Cinta yang kau tawarkan penuh bahagia,
Tiada hati yang terluka,
Tiada cinta lain rasa dikhianati,
Tiada anak isteri terasa sepi.
Bakal Menantuku,
Kuingin menjadi ayah sewibawa Rasulullah,
Tak rela puterinya dimadukan,
Berjanjilah padaku dengan syarat ta’liq,
BEBASKAN PUTERIKU,
Jika nanti kau ingin duakannya tanpa rela.
Bakal Menantuku,
Semua puteri Rasulullah tak rela bermadu,
Begitu jugalah fitrah puteriku,
Allah memberikan pilihan,
Jika kau enggan, gugurlah penerimaan.
Bakal Menantuku,
Kuingin dia menjadi bidadarimu di sana,
Jangan sukarkan ujian hidupnya,
Dengan cinta lain yang kau undang bersama,
Kerana fitrah cinta, tiada dua,
Bimbang rosak agamanya kerana kecewa.
Menantuku,
Kukenali puteriku berakhlak mulia,
Kukenali puteriku tekun beragama,
Perteguhkanlah dia dengan ketinggiannya,
Dengan hidup beragama selama-lamanya,
Jangan cintanya kau persia,Sudikah syaratku kau terima?
Dipetik daripada novel BEBASKAN, Fatimah Syarha Mohd Noordin..
aku terima!aku sudi terima syarat itu,aku akan cintai puterimu dengan sepenuh hati dan jiwa ragaku,akanku bina masjid dgn puterimu dgn berlandaskan agama dan sunnah Baginda,akan berusaha untuk memenuhi semua syarat itu,dgn izinNYA
ReplyDeletetp
tp siapa pakcik ku ini?anak pakcik ku namo gapo?
blh sy kenal dulu dgn ank pakcik ku itu?
hehee
hahhaha awop ni kea..kalu xwt lawop xleh ko?
ReplyDeletehehe lucu2..pakcik tu namo nyo pakcik din..hok femes dlm mjlh ujang tuh...anok dio halimah jongang..awop nok?? bleh sy tulom ejas..hehhe
ops..saloh ore,ingtkn ank pokcikku itu yg kukenali.dokse..dokse awop,heheee
ReplyDeleteank pokcik yg awop knal mano pulop nih?hehe mace2la
ReplyDelete