Sambungan daripada ILMU AKHIRAT (1)..
Yang pertama telah dihuraikan dalam bahagian 1...yang keduanya ialah...
2. ILMU MUAMALAH
Ilmu muamalah pula ialah ilmu sifat-sifat hati nurani..sifat-sifat hati yang baik, terpuji ialah sifat-sifat sabar, bersyukur, takut kepada Allah swt, menaruh harapan kepada Allah, rela dgn Qada’ Allah, zahid, memada, murah hati, mengenang budi Ilahi dlm segala hal ehwal hidupnya, ihsan, baik sangkaan, elok akhlak, baik pergaulan, bercakap benar dan ikhlas...
Sementara sifat-sifat yang keji yang diketawakan syaitan ialah sifat-sifat takut miskin, marah takdir, dendam kesumat, hasad dengki, menipu, suka dipuji, suka cinta hidup dunia untuk kekal berpoya-poya, takabbur, riak, pemarah, bongkak,sengketa, tamak, bakhil,suka bermewah-mewah,lupa daratan, memandang yang kaya, menghina yang miskin, suka berbangga, suka bertanding, suka bermegah-megah, tidak sanggup mengakui kebenaran, suka mencampuri urusan orang lain, hilang kerunsingan atau khasyyah di dlm hati, mudah tersinggung bila dihina, lemah menyebelahi kebenaran, berkawan pada lahir, bermusuh pada batin, merasa aman dari kemurkaan Allah yg menarik balik nikmat darinya,bergantung pada taat,tipudaya,membuat komplot,pjg angan2,berperangai kasar, gembira dgn kesukaan dunia dan hampa dgn hilangnya kesukaan itu, merasa terhibur bila ramai dan merasa sepi bila berpisah, terburu-buru,gopoh-gapah,kurang malu dan kurang bertimbang rasa.. inilah sifat2 hati yang menimbulkan berbagai-bagai kejahatan dan menumbuhkan pelbagai perbuatan2 terlarang, sebaliknya sifat2 yang baik merupakan sumber kepada segala kegiatan2 taat dan ibadat kepada ALLAH SWT...
ILMU yang membincangkan sifat-sifat itulah ilmu akhirat yang merupakan fardhu ain dlm pandangan ulama’ akhirat..orang-orang yang menepikan ilmu ini akan binasa di akhirat dgn hukuman Allah sebagaimana orang yang melanggar undang-undang zahir akan dibinasa dgn hukuman pemerintah mengikut fatwa ahli2 feqah dunia...pandangan ulama’ feqah terhadap fardhu2 ain adalah berdasarkan kebaikan hidup di dunia sedangkan pandanga ulama2 akhirat berdasarkan kebaikan hidup di akhirat...
kesenangan dunia lebih diutamakan berbanding kebahagiaan akhirat..ilmu fardhu ain diketepikan dan melebihkan yg fardhu kifayah...adakah kerna jika tidak melebihkan ilmu fardhu kifayah menyukarkan mereka utk menjadi ahli2 politik, wakil rakyat, pegawai2 tadbir, perdana menteri, atau menyandang jawatan hakim atau jawatan2 kerajaan yang lain seterusnya untuk menandingi kawan dan mengatasi lawan??? Bagi aku ini penyakit org ‘islam’ sekarang..marilah kita pohon pertolongan Allah agar melindungi kita dari sifat2 angkuh seperti ini, iaitu sifat yang dimurkai Allah dan diketawakan syaitan!!
pe mksd rse thibur ble rmai & spi ble bpsah?cmne bnda tu leh jd suatu sft yg kji lau cthnye dlm keadaan ptmuan kuarg pd mse2 ttntu spt rye yg ne lps abh cti tpksa bpsah smla utk mnruskn khdupn msg2???
ReplyDeletesesungguhnya ana hnya mnyampaikan apa yg di sampaikan oleh imam al ghazali dalam kitabnya ihya ulumiddin..
ReplyDeleteana bpendapat, merasa thibur bila ramai n sepi bila terpisah tu masuk dlm sifat yg keji sbb kalau kita benar punya Allah dlm hidup kita, kita xkan rasa sepi klw berpisah n akan sentiasa terhibur walaupun kita sendirian sebab kita selalu ada Allah bersama..namun manusia punya pendapat masing2..afwan..