Tahukah kamu apa yg dimaksudkan dgn ilmu akhirat? Berimankah kamu pada hari akhirat? Tidakkah beriman pada hari akhirat juga salah satu rukun iman? Berimankah kamu jika meninggalkan rukun ini? Bacalah...fahamilah...renungilah...dan pulanglah pd ajaran Penciptamu..
Ilmu akhirat terbahagi kpd dua...yg kedua di ulas dlm ILMU AHIRAT (2)...
1. ILMU MUKASYAFAH
Ilmu mukasyafah adalah ilmu batin atau hati nurani..itulah ilmu para siddiqin dan para muqarrabin
Ilmu mukasyafah diibaratkan satu nur yg tercetus di dalam hati nurani manusia apabila hatinya suci dan bersih daripada sifat2 terkeji..nur itulah yang menerangkan pintu hati seseorg hingga mencapai ma’rifat yang sebenar terhadap :
· Zat Allah, sifat2NYA yang sempurna dan tindakan2Nya...
· Pengertian yang sebenar terhadap nubuwah dan nabi
· Pengertian terhadap wahi dan bisikan syaitan
· Pengertian terhadap malaikat dan syaitan
· Pengertian terhadap cara2 syaitan menggoda manusia
· Pengertian terhadap cara penjelmaan malaikat2 kpd para anbia’
· Pengertian terhadap cara-cara wahi kepada para anbia’
· Pengertian terhadap pentadbiran2 langit dan bumi
· Pengertian tentang hati nurani
· Pengertian terhadap cara2 pertembungan di antara tentera malaikat dgn tentera syaitan dlm hati nurani manusia
· Pengertian terhadap perbezaan di antara ilham malaikat dgn bisikan manusia
· Pengertian terhadap akhirat, syurga, neraka, azab kubur, sirat, neraca dan hisab, dan pengertian maksud firmanNya :
“Bacalah kitab amalanmu dan pada hari ini cukuplah dirimu sendiri menjadi juru hisab”
“sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yg sebenar jika mereka tahu”
· Juga pengertian terhadap erti pertemuan dgn Allah dan memandang wajahNya pada hari akhirat, pengertian terhadap erti hidup berdampingan dgn para malaikat dan anbia’ di akhirat, pengertian terhadap perbezaan darjah2 ahli syurga dan sebagainya...
Manusia mempunyai berbagai-bagai tahap pengertian terhadap persoalan-persoalan tersebut setelah mereka mempercayai konsep2 pokoknya.. setengah mereka memandang bahawa nikmat-nikmat disyurga itu tidak lebih dari perbandingan2 shja..apa yang sebenar dikurniakan Allah swt kpd hamba2Nya yg soleh ialah nikmat-nikmat yang tidak pernah dilihat mata..tidak pernah didengar telinga..dan tidak pernah terlintas dlm hati manusia...
Apa yang diketahui manusia tentang syurga tidak lebih daripada mngetahui nama2 dan sifat2nya sahaja..ada yang berpendapat bahawa sesetengah nikmat syurga itu hanyalah perbandingan2 sahaja dan sesetengah nikmat yang lain merupakan kembaran bagi nikmat2 sebenar seperti yg difahamkan dari kitab2..
Dengan pertolongan ilmu mukasyafah akan tersingkaplah tudung pintu hati dan terbukalah pengertian2 yang sebenar hingga persoaln2 itu kelihatan begitu jelas dan tanpa ragu lagi..pengetahuan seperti itu memang boleh dicapai manusia jika cermin hati nuraninya tidak dinodai oleh karat-karat dan kekotoran-kekotoran dunia..
Yang dimaksud dgn mngetahui jalan akhirat ialah mngetahui bagaimana cara menggilapkan cermin hati nurani dari segala noda-noda itu yang selama ini menjadi hijab yang melindungi seseorang dari ma’rifat Allah..pembersihan cermin hati nurani dapat dicapai dgn mencegahkan diri dari mngikuti hawa nafsu dan dgn mngikuti dan meneladani cara hidup para anbia’ a.s..
Semakin terang dan bersih cermin hati nurani..maka makin berkilaulah cahaya hakikat-hakikat yg didapatinya.. dan semuanya itu tidak boleh dicapai melainkan dgn riadah, ilmu, dan belajar..oleh itu..marilah kita sama-sama belajar...untuk mencapai apa itu ‘kemanisan iman’ yg sebenar..dan bukannya sekadar mengetahuinya drpd buku teks sekolah menengah shja..
p/s : Aku bukanlah alim ulama’..aku bukanlah penceramah...aku bukan juga ustazah..aku bukan cikgu...aku bukan Yb..aku bukan pemimpin negara..aku bukan wakil rakyat..aku bukan pakar motivasi...aku bukan pensyarah...aku hanyalah di antara manusia biasa ciptaan Tuhanku Yang Esa dan pemegang amanah Allah sbgai ‘manusia’ yg dimuliakan drpd sekalian ciptaan2NYA yg lain semasa penciptaan Adam a.s di syurga....
”...bagiku agamaku....dan bagimu agamamu...”
“...dan cukuplah Allah sebagai penolongku...”
“...ringankanlah hisabku dgn seringan-ringannya hisaban...”
“...sesungguhnya aku berlepas daripada dosa-dosaku yang lalu...”
“...sungguh..Allah amat dekat dgn hamba-hambaNya...”
Bersambung dalam ILMU AKHIRAT (2)
No comments:
Post a Comment
berkata benarlah walaupun pahit