Sunday, June 16, 2013

lupa-sibuk-balik ke tak?


banyak yg nak update flow pogrem lam blog ni tapi tak sempat lagi cari masa yg betul2 free utk mngadap laptop lama2 dan menulis.

ni tulis dulu takut lupa.. heehe

yg tergendala dulu :
1) maulid & haul di putrajaya
2) malam cinta rasul - dataran merdeka
3) kem ibadat niqab girls zon timur - rumah sri kenangan, KB Kelantan.
4) kem bestari solat di smk lembah keramat,KL

yg baru nak share :
1) myGMJ di dataran shah alam
2) majlis tahlil,doa n bacaan yasin
3) nuqaba' training camp
4) daurah tajwid
5) jaulah ke walimah akhowat-ikhwah
6) shoutul humaira'

jadi semua sekali ade 10 post.
perghhhh.. banyaknya...errkkk....nanti la update lain kali.
sekarang tengah busy cari mood nak siapkan thesis.. minggu depan jumpa supervisor.
kena anta draft thesis, compile semua chapter.. hoho.. mesti la tak siap lagi. =P

semangat nak balik kelantan. call ayah.. citer pasal gi camp.. rindunyer my dad.. T_T
ingat nak balik KB minggu depan gi usrah ngan muslimat2 di kelantan..22hb ni
tapi dapat msj lak ade Mukhayyam Dakhili 21-23hb...errkkkk...erk dan erkk lagi..
macamana yer..

hmmm...
dah bagitau sahabat nak join usrah di kelantan. dan dah bgtau ayah jugak nak balik...

buntu.

mungkin akan balik.. insyaALLAH..
sebab dari sekarang la kena mula mencari tapak dakwah baru, da nak abis kan blaja..
jadi bila pulang ke KB nanti, senang nak join gerakan dakwah di sana.
takdelah hanya aktif di uia/kampus saja, balik kampung senyap terus..
huuu taknak macam tu..mulai sekarang la kena bina link jemaah di Kelantan pula.
moga Allah permudahkan segala geraklangkah ku.. amin..

moga sentiasa dalam pemeliharaan Allah..amin YA Rahman Ya Rahim..

tiada daya dan upayaku melainkan dengan pertolongan Allah.

Tuhan Cinta Agungku~






Thursday, June 13, 2013

kenangan terindah NUQABA' TRAINING CAMP 10-12 JUNE 2013

dengan nama Allah, Yang Maha PEngasih, Maha PEnyayang...

sangat indah kisah di sebalik camp ni.
Alhamdulillah.
selamat semuanya.. selesai semua urusan dgn baik dan jayanya.
walau ade yg tidak sempurna.
tapi segalanya terkabur dgn budi dan jasa..
Allahu Rabbi..byk sgt ibrahnya dari cerita yg Kau nukil ini..
meski kau datangkan ujian yg berat pada hatiku...
dekatkan aku dengan sesuatu yang aku cuba jauhi..
dgn itu aku lebih berani diri..
mula belajar utk berlapang dada dan berani berhadapan dgn apa jua situasi.
ya..tidak dinafikan aku malu sertai camping bersama lawan jantina.
tapi aku tahu itu sebagai psediaan utkku melangkah kluar nanti..
ya..lebih2 lagi jika jadi pendidik.
tidak dapat tidak...student juga terdiri daripada lawan jantina..
selama mana mahu bersembunyi dan mjauhkan diri..
kadang diri perlu begitu..kadang perlu juga cuba menjadi sesuatu.
yg pasti, jadi sumthing yg osem..ya naqibah osem..comel sungguh akhowat..hii

sebenarnya penat ni baru sampai je uia jam kurang lebih 11pm tadi..masih bermain2 lagi di fikiran segala apa yg ditanam dlm kepala n hati ni.. Alhamdulillah...sgt byk apa yg diperoleh melalui camp selam 3 hari ni.. sgt seronok, terharu, mencabar, menguji hati, gembira, sedih, n macam2 lagi la perasaan yg hadir selama progrem berlngsung...SubhanaAllah.. sungguh rasa ini hanya diriMu yang Maha Tahu.. terimakasih..syukur pada Allah atas anugerah yg tak terhingga..memberi peluang utkku terus bersama dan dikelilingi orang2 yg baik..dan sgt hebat..Allah..Allah..Allah.. kadang terasa diri ini sgt kecil berbanding mereka..huuuuuuu aku suka duk belakang tabir je...tapi lam pogrem tu 2 kali gak la kena naik stage..malu betul..hmmm...sabar je.

ok esok la sambung tulis...sekrg penat n nak lepas rindu pada bilik di uia ni.. alhamdulillah..sampai je uia dpt msj dari anak usrah..mlm esok nak buat baca yasin n tahlil..kena conduct mjlis tu..sebelum ni xpenah lagi nk kena handle mjlis tahlil..huu insyaALLAH.. moga2 Allah permudahkan segala urusan.. memang hakikat sesiapa saja yg bergiat dalam bidang dakwah, percayalah kadang masa yg Allah berikan padamu, adanya hak org lain atas waktu itu... Allahu Rabbi.. permudahkanlah..amin...

bersambung........





point2 yg insyaAllah akn d sambung berkaitan kem ni,byk ibrah, tulis dulu takut lupa.,.heee :-

sudah ketentuannya, bertemu berpisah kerana Allah, ibrah dari aktiviti, jungle trekking, mandi sungai, peringatan dari sorg hamba Allah, tawakal, naqibah osem, penyelamat, ketua yang baik, berukhuwah kerana Allah, mencintai saudara yg lain, berbeda tapi sama, berpesan2, amanah, jujur, ikhlas, 7wonders, cabaran ujian dan dugaan, PACAT vs KUCING, ikhwah/akhowat militan, Nur&yakin, murobbi hatiku, peranan seorg kakak, teguran dan tangisan, life is a test!, presentation skills, seni itu indah, dikir, pantun,drama,etc.....APA YANG PENTING?? KERJASAMAAA~~ ^_^


OK WASSALAM..

p/s: mimi, jgn lupa ambik gamba pogrem ngan kakshaz...huhuuu peringatan tuk diri sendiri..

Thursday, June 06, 2013

IKRAM for SYRIA - jom bantu mereka!


Tanya diri kita sendiri - sanggupkan kita hidup seperti ini?

Jika tidak, jadi apa perlu kita lakukan untuk membantu mereka?



Hulurkan bantuan melalui Tabung Kasih Ummah Syria



Bank Islam Malaysia Berhad

120290 100 63512

(Pertubuhan IKRAM Malaysia)

kenapa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat ??

Assalamualaikum wrt wbt...semua oram..
just nak share per yg terbaca di FB ikram siswa uiam gombak tadi.. menarik juga la penulisan ikhwah ni...tak tau la ikhwah mane...sape nak kenal boley la klik link fb dia kat bawah tu...slmt mbaca.. penulisan ni pasai....pasai...pasai paaa nak kena kawin sama jemaah?? perlu ker???
zassssssss~~
*gambar jiwang ini hanya sekadar hiasan saja =P
..............................................................................................................
Pasai pa Ikhwah kena kahwin dengan akhawat.... hmmm..

“Abang Ismail, saya nak tanya betoi ka ikhwah dan akhawat yang ikut usrah ni depa akan kahwin dengan sesama ahli jemaah depa saja, tu kan boleh jadi benda yang bidaah dak pun asobiyyah namanya?” Acu melontarkan satu soalan cepumas kepada saya.

Lama saya dok termenung dan dok pikiaq, apa jawapan yang terbaik supaya saya boleh jawab soalan Acu tu dengan cara yang santai dan mudah difahami. Sebelum saya jawab soalan Acu, saya cuba tanya apa yang bermain dalam fikiran Acu.

“Akhi, tetiba ja tanya soalan macam tu, dah bersedia ke?

Bukan apa Abang Ismail, sebab ana dok nampak, ramai ikhwah akhawat kalau depa nak kahwin ja mesti nak cari pasangan yang sesama jemaah, dulu penah ana ikut satu program daurah baitul Muslim kat sekolah al-Islah, depan qumah ana, anjuran Anak-anak Ikram negeri Kedah,. Pak cik yang jadi panel malam tu dia habaq kita digalakkan kahwin sesama ahli jemaah kita. Jelas Acu.

“Okay, bagus la kalau macam tu atau Acu tengok ada masalah ka dengannya, maksud abang kahwin sesama jemaah.” Tanya saya lagi, untuk tahu apa yang sedang bermain dalam fikiran anak muda yang komited dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiah ini.

“Bukan apa abang Ismail, ana tengok seolah-olah ada unsur paksaan pulak, bukankah kita sepatutnya bebas memilih?” Jelas Acu.

Berpusing-pusing cari idea nak jawab soalan Acu, teringat satu ketika dulu saya juga pernah bertanya soalan yang sama kepada naqib usrah tapi pada masa tu saya sendiri tak brapa nak faham apa yang dijawab oleh nakib saya hingga akhirnya pengalaman sendirilah yang membuatkan saya tahu serba sedikit tentang hakikat pembinaan rumahtangga dakwah.

“Hmmm, soalan yang Acu tanya ni, jawapannya mungkin berbeza mengikut siapa yang jawap dan bergantung kepada situasi orang yang bertanya. Apa pun, abang akan bagi garis panduan yang mudah-mudah dulu supaya terjawap persoalan Acu.” Saya memulakan jawapan.

cuba meyusun bicara sebaik mungkin supaya jawapan yang diberi adalah jawapan yang tidak akan menyebabkan salah fahamnya menjadi bertambah buruk.

“Perkara pertama yang perlu abang jelaskan adalah, dalam Islam, tidak ada halangan untuk kita berkahwin dengan mana-mana wanita dari mana-mana bangsa atau suku pun, asalkan dia Muslim dan tidak ada halangan lain seperti belum habis tempoh iddah, bukan adik beradik susu, tidak ada halangan keras dari ibu bapa, bukan perkahwinan yang akan membawa mudharat dan sebagainya.”

“Selepas itu, kita lihat garis panduan yang Nabi berikan iaitu agar kita mencari wanita solehah yang beragama sebelum melihat kepada ciri-ciri lain seperti cantik rupa paras, keturunan dan harta dalam hadis yang biasa kita dengar.”

“Beragama ni Acu kena ingat, ukurannya bukan hanya pada tudung labuh, niqab, tanda sujud di kepala atau wajah yang seakan bercahaya sahaja, tapi hakikatnya jauh lebih luas.”

“Beragama ni adalah tahu dan mengamalkan agama, bukan hanya dari segi aurat, tudung dan kalimah-kalimah Arab atau post islamiknya di fb semata-mata.”

“Huraian tentang pemilihan calon dan sifat-sifat calon yang baik abang Ismail dah jelaskan panjang lebar dulu, memang kita boleh memilih, tapi biarlah realistik dan jangan terlalu mendamba kesempurnaan dari pasangan. Itu asasnya.”

“Okay, jadi berbalik kepada persoalan Acu tadi tu, iaitu mengapa ikhwah kena kahwin dengan akhawat yang satu jemaah sahaja?”

“Sebenarnya, seperti mana yang abang Ismail sebut tadi, dalam Islam, TIDAK ADA perintah untuk mengahwini akhawat satu jemaah sahaja, IKRAM kena kahwin dengan IKRAM, HALUAN kena kahwin dengan HALUAN, ISMA kena kahwin dengan ISMA, PAS kena kahwin dengan PAS. Benda itu setahu abang Ismail, tidak pernah wujud pun.”

“Jika ada organisasi dakwah yang mewajibkan dengan unsur paksaan perkahwinan satu jemaah, maka jelas, itu adalah satu penyimpangan. Ingin berkahwin dengan siapa pun, pilihan di tangan Acu sendiri.”

“Itu asas dia, harap Acu fahamkan betul-betul, jangan timbul salah sangka pula nanti.”

“Walaupun demikian, dalam perkahwinan, ada aspek praktikal yang perlu kita lihat dalam pemilihan calon dan aspek praktikal itu ada hubungan yang amat rapat dengan isu yang Acu timbulkan. Ianya banyak bergantung kepada sejauh mana Acu beriltizam dengan dakwah dan tarbiah dalam jemaah yang disertai.”

“Bila Acu beriltizam dengan amal dakwah dan tarbiah, iltizam itu diharapkan adalah iltizam sepanjang hayat, iaitu kita ingin menjadikan dakwah dan tarbiah berlandaskan sunnah Rasul sebagai jalan hidup kita sehingga kita mati.”

“Dengan kata lain, amal dakwah dan tarbiah ini akan berterusan selepas fasa kita sebagai pelajar. Ia akan berlanjutan hinggalah ke fasa kita bekerja, berkahwin, beranak pinak dan hingga mempunyai cucu, dan di sinilah aspek praktikal itu hadir.”

“Aspek praktikal yang abang Ismail maksudkan adalah bila suami dan isteri berkongsi jalan dakwah dan tarbiah yang sama, perancangan keluarga insya-Allah akan jadi kurang kompleks kerana masing-masing saling memahami tugas masing-masing.”

“Persefahaman adalah antara kunci utama dalam kebahagiaan rumahtangga. Sinergi suami isteri yang faham dakwah adalah kunci utama untuk kelangsungan dakwah.”

“Contoh mudah, bila ada program boleh berpergian bersama-sama, boleh berbincang berkenaan isu-isu yang timbul dalam jemaah bersama-sama atau berbincang tentang permasalahan umat Islam, banyak perkara yang boleh dikongsi sehati sejiwa. Banyak perkara teknikal dalam rumahtangga akan jadi lebih mudah.”

“Kalau suami keluar berusrah, berprogram dan melaksanakan misi dakwah kepada masyarakat, isteri di rumah akan lebih memahami dan ada juga masanya suami terpaksa bertahan di rumah ketika isteri keluar seketika untuk berusrah dan berdakwah di medannya.”

“Tarbiah anak-anak juga akan jadi lebih harmoni bila ada kesepakatan antara ibu bapa, sebagai contoh, anak-anak boleh disepakati untuk dihantar ke program-program tarbiah anjuran IKRAM, ke tadika dan sekolah Islam yang ditubuhkan oleh IKRAM, bila dah meningkat usia sedikit boleh bersama IKRAM Teens dan IKRAM Siswa, jadi kurang kompleksiti dalam perbincangan kerana kedua ibu bapa punya agenda yang sama.

“Perkara ini kita boleh sebut sebagai sekufu, iaitu bukan sekadar sekufu dari segi agama, keturunan, pendidikan, tapi kalau boleh, kita nak kena cari juga yang sekufu dari segi kefahaman amal dakwah.”

“Atas sebab-sebab yang abang Ismail nyatakan tadilah maka jemaah amat menggalakkan agar kalau masih belum berpunya, carilah calon yang sekufu dalam kefahaman amal dakwah, dengan kata lain, dari jemaah yang sama lah.”

“Macam mana nak mencari calon isteri, itu isu lain pula, perlu sesi lain untuk dijelaskan.”

“Seperkara lagi, bila dari jemaah yang sama, mudah untuk orang tengah menyelidiki keperibadiannya melalui mekanisme-mekanisme yang kita ada dan segala urusan juga akan lebih sejahtera kerana kita sentiasa muhasabah agar tidak berlaku ikhtilat yang keterlaluan sebelum perkahwinan berjaya dilangsungkan.”

“Macam yang abang Ismail sebut awal-awal tadi, kalau dah berpunya atau memang dah ada penyusunan ibu bapa tu lain pula jawapannya, tapi memandangkan Acu ni belum berpunya dan punya semangat untuk beriltizam dengan amal dakwah, maka inilah jawapan yang abang Ismail fikirkan paling sesuai.”

“Walau apa pun, harus diingat, pilihan di tangan Acu sendiri, persetujuan ibu bapa juga teramat penting, jemaah hanya ‘facilitate’ dan beri panduan sahaja.”

“Tidak dapat dinafikan, ada yang berkahwin dengan pasangan berbeza jemaah atau tidak punya jemaah tapi masih berjaya membangunkan rumahtangga islami yang diidam-idamkan dan ada juga yang berkahwin satu jemaah yang tidak lepas dari pelbagai masalah.”

“Pertimbangan yang kita buat adalah berdasarkan praktikal dan pengalaman mereka yang telah lama bergiat cergas dalam amal dakwah ini, dan abang Ismail juga telah merasai dan melihat perkara ini sepanjang beberapa tahun dalam alam dakwah dan rumahtangga ini.”

“Banyak yang abang Ismail lihat dan diceritakan oleh orang lama, bila memilih calon yang tidak ‘sekufu’ kefahaman dakwah atau yang tidak memahami keutamaan dakwah dan tarbiah untuk membangunkan umat, akhirnya leka dan larut dalam dunia rumahtangga dan kerjaya hingga agenda dakwah yang dulunya berdegar-degar dilaungkan, lebur dengan begitu mudah.”

“Kalau boleh kita tak nak perkara seperti itu berlaku, kalau boleh kita ingin bersama pasangan sama-sama menjadi pejuang agama dan melahirkan zuriat yang akan dididik menjadi pejuang juga.”

“Bukan bermakna kalau kahwin satu jemaah itu akan bebas dari masalah dan selesai segalanya, kerana ada juga yang bermasalah, tapi kita berikhtiar agar masalah-masalah dapat dikurangkan dan rumahtangga yang dibangunkan punya asas untuk suami dan isteri bersefahaman.”

“Acu faham ke? Perkara ini sebenarnya ‘common sense’ sahaja jika kita berfikir dan melihat rumahtangga sebagai satu medan untuk membangunkan ummah. ini adalah pendapat abang Ismail berdasarkan sedikit pengalaman, mungkin orang lain ada pendapatnya yang lain yang mungkin lebih bernas lagi.”

Panjang lebar saya menjelaskan dengan bahasa termudah yang boleh saya susun.

“Oooo, ok, faham-faham.” Jawab Acu dengan wajah yang cerah. Semoga persoalan dan sangkaannya kembali jernih.

Mencari pasangan yang ‘sekufu’ kefahaman adalah antara satu aspek penting dalam membina rumahtangga dakwah yang bahagia. Walaupun ianya bukan jaminan mutlak kepada kebahagiaan, tapi sekurang-kurangnya, bila asas yang dibina adalah di atas kefahaman yang sama iaitu untuk membina ummah melalui jalan dakwah dan tarbiah, adalah diharapkan suami dan isteri akan lebih mudah untuk saling memahami dan bersinergi dalam menyumbang kepada dakwah.

Harus diingat, membina rumahtangga dakwah bukan satu tugas mudah, dan ia bukan juga ubat mujarab untuk menyelesaikan segala masalah hati ikhwah dan akhawat. Tetapi rumahtangga dakwah adalah tempat untuk para da’ie membina kekuatan diri, menjadikan diri lelaki sejati yang mampu memimpin ummah dan melahirkan generasi singa yang berkualiti.

Ia adalah ujian, hanya yang kuat dan bersedia akan terus melangkah.

Kredik to Ismail Md Desa
*gambar jiwang ini pun hanya sekadar hiasan saja =P
 
p/s: Ismail Md Desa ni ikhwah melaka kot..btw, nice try!
 
 

terimakasih semua yg aku sgt hargai.

assalamualaikum..

ucapan terimakasih setinggi2 buat semua guru2 yang ado di muka bumi ni yg mengajar ilmu2 yg bermanfaat n berguna. terutama sekali pada cikgu2 dalam hidupku :

che natrah bte che ishak (emak)- ex pengetua sm pangkal kalong / sm puteri 

(banyak bljar ngan mak ttg sabar,tabah,perjalanan n usaha kuat dlm hidup) 

hanapi abd rahman (ayah) - ex guru besar sk pulau kundor 
(cikgu silat,ragbi,dikir,seni di sm putera - banyak belajar skill dari ayahku yg ensem) 

muhammad tarmizi (abang) - cikgu di gua musang (hormat sokmo ke abe sulong) 

norhayati (kakak) - cikgu pra di sk belimbing, tanah merah (byk blaja lagu budok) 

noraini (kakak) - cikgu pendidikan khas di johor- (byk belajar dari hidup dia) 

kak eira (kakak ipar) - cikgu sk tengku indera petra (blaja jd isteri yg baik dr dia) 

kak nana (kakak ipar) - lecturer d UMK (terer ni masok ni..nok blaja nati..hee)
 

dan lain2 yg guru bagiku walaupun bukan kerjaya guru : 

abdul rahman Ahmad (datuk) - blaja berusaha, low profile
 
nik mas nik wan (nenek) - blaja erti hidup,disiplin,rajin,gigih,berani lwn jepun dulu. 

muhammad fikri (abg) - blaja berhujah..hehe byk keno maroh dulu..tmkasih. 

muhammad zulhilmi (abg) - sy byk blaja dari cik! rindu..bila nak balik mlysia? hmm 

muhammad fadzli (abg) - blaja diam lebih baik drpd berkata-kata 

muhammad baihaqi (adik) - blaja rilek, cool fever, steady pah ceroh.. haa 

muhammad zahidi (adik) - blaja kijo kuat tuk capai matlamat. terbaik bro! 

muhammad afif asymawi (adik) - blaja erti sabar..sabar..sabar... 

muhammad arif hasbi (adik bongsu) - nok blaja ngapa qur'an nga dio nati..hee 

dan semua guru2 saya di PASTI, sk.tengku indera petra, sm ismail petra, cikgu tuisyen bestari,tuisyen dinamis, jurulatih kem plkn batu jong, cikgu klas tmbahan sm puteri (tupey sekoloh mok), lecturer2 d matrikulasi uiam Pj, UIAM Gombak dlll.


tak lupa juga buat semua sahabat2 dan teman2 sejak aku kecil hingga saat ini yg masih ade bersama2 denganku...segala nasihat dan tunjuk ajar amat di hargai.. jazakumullah khoir..tq sgt2...baik kawan tadika,sekolah rendah, sekolah menengah, kawan tuisyen n plkn, kwan msa matrik uia d pj, kawan uia gombak masa degree, kwn yg sama2 wat master, akhowat2 lam mentoring dulu, akhowat dari 5 grup usroh/halaqah, akhowat jemaah cwgn lain smua yg pernah kenal, sahabat2 lam FB, blog, google+ n laman sosial or kawan alam maya..trimakasih juga buat kwn2 yg kenal xdirancang, kenal dlm bas,lrt,komuter,di masjid, masa pogrem, di cafe n maner2.. sgt2 terimakasih buat kalian semua atas segalanya yg dikongsi bersama..sebenarnya aku sgt ramai kawan...hohoo...sbb aku jnis suke bkawan n senang nk masuk ngan semua orang...sy xmemilih kawan.. =)

dan yg paling tak terhingga setinggi2 trmkasih buat naqib n naqibahku, ustad emran n isteri,dr azizah, murobi2ku- kak asma'(murobi 1), norli (murobi 2), ramlah (murobi 3), kak rokiah (murobi 4), kak hijanah comel (murobi 5), akhowat2 seperjuangan yg selalu ada bersama ku mengajarku erti sebuah perjuangan utk berjaya di dunia dan akhirat..hanya Allah saja yg mampu membalas segalanya..
merekalah muallim n murobi yg selalu risau akan agamaku.. jazakumullah khair =')














p/s: kepada semua yg tertera n tercicir, halalkan segala ilmu yang di curahkan.. walau tidak secara lisan, adakalanya belajar melalui kehidupan n pengalaman lebih bermakna.. uhibbukum fillah abadan-abada.. mohon kemaafan atas segala kekhilafan spjg perkenalan...wassalam..




Wednesday, June 05, 2013

musuh dalam diri ku


Ku jejaki perjalanan ini,
ku susuri segala fitrah ini...
apa yg ku temui semua yg tidak pasti...
antara mimpi dan keinginan diri...
lantaran hati segala ku turuti 
tanpa sedar bahaya yg menanti 
jika akal sejati tidak kumiliki... 
Ku renung jasad ini..
ku cermin dibayang realiti..
tapi ku masih tidak mengerti 
untk apa aku di sini..? 
Setelah ku selami dibwah arus nafas ini,
jua ku renangi setiap denyut nadi ini.. 
Seakan ku megerti 
tugas ku mengenal pencipta abadi...
dan ku sedari musuh utama adalah diri ku sendiri...

#nazra


yer..musuh utama ada dlm diriku sendiri =(


 

Tuesday, June 04, 2013

MASONIC + TABUT + YAHUDI + AL-QUDS + BAITULMAQDIS + HAIKALSULAIMAN = ???

assalamualaikum...
P/S: hanya sekadar bahan bacaan atau perkongsian utk menambah ilmu lain yg tak ramai orang tahu dan tak ramai yg suka baca.. tapi diriku sgt suka...sbb...sbb...menda ni bukan menda kecik sebenarnya.. yang paling menarik sekali, apa kaitan freemasons ni ngan haikal sulaiman/solomon temple yg yahudi zionis nak bina sangat di tapak masjid al-aqsa?? apa kaitannya pula dengan apa yg mereka lakukan di palestin n syria sekarang? di bumi syam? di sini saya tinggalkan beberapa keywords untuk mencari or faham apa yg tak faham :

-masonic
-freemason
-illuminati
-yahudi zionis
-dajjal/one eye seeing/king of world conspiracy
-konspirasi dunia, golongan elit(pemerintah), pope, puppeteers
-sistem wang/perbankan dunia
-new world order
-one world religion
-haikal sulaiman/solomon temple
-knight templer
-tabut yahudi
-al-quds/al-aqsa
-baitul maqdis/jerusalem
-pagan
-pyramid/firaun
-asal permulaan ghawzul fikr/serangan pemikiran
-mind control 
-hedonism
-al-wahn

lpas tau n faham semua, insyaAllah akan mula nampak permainan ni n mudah relatekan dengan semua yang berlaku sekarang.. selamat semua.. selamat menjaga akidah.. mereka merancang, Allah juga merancang.. dan Perancangan Allah la yg terbaik! moga kita semua tidak tergolong dlm pengikut2 Nabi Palsu/Al-MAsih Al-Dajjal suatu hari nanti.. aminn Ya Allah..
ok boleh mula baca..saya kopipes je artikel kt bawah ni...dan Allah lebih tahu.. 

....................................................................................................................

Misteri Tabut Yahudi dan Haikal Sulaiman

Perjanjian Tabut (The Ark of Covenant) dianggap oleh beberapa pihak sebagai misteri terbesar daripada semua harta yang tersembunyi. Sehingga saat ini benda bersejarah sekaligus benda misteri ini tetap menjadi perhatian setiap ahli arkeologi moden. Perjanjian Tabut ini berisi 10 perintah yang ditulis di atas lempengan batu oleh Tuhan kepada Musa di Gunung Sinai.
 

10 Perintah Allah merupakan dasar perjanjian Allah dengan anak-anak bani Israel, yang terukir pada dua loh batu yang mengandung titah Tuhan bagi bani Israel. Menurut catatan Ibrani, Tabut sendiri adalah sebuah peti yang dibuat oleh tukang dari Bezalel. Bentuknya diperbuat daripada kayu akasia dan dilapisi oleh emas. Memiliki panjang 1.5 meter, lebar 0.7 meter dan tinggi juga 0.7 meter.

Bangsa Israel menurut kisah mereka selalu membawa Tabut sepanjang mereka mengembara di padang pasir. Tabut ini mereka yakini memiliki kekuatan misteri terhadap musuh-musuh Israel. Menurut Alkitab, tembok-tembok Yerikho dikatakan runtuh ketika orang-orang Yahudi berjalan berkeliling dengan lembaran yang ada dalam Perjanjian Tabut.

Setelah Kuil Pertama dibangun, Raja Salomon menempatkan Perjanjian Tabut di Bait Allah. Perjanjian Tabut itu disimpan di ruang khusus dalam Bait Suci yang disebut Kodesh Kodashim.
Tidak seorang pun diizinkan memasukinya kecuali Imam-imam tinggi Yahudi. Mereka pula hanya dibenarkan masuk sekali dalam setahun iaitu dalam momen Yom Kippur, hari yang dianggap paling suci dalam agama Yahudi. Perayaan ini jatuh pada tanggal 10 Tisyri dalam kalendar Yahudi.

 

Namun dalam catatan sejarah, tahun 586 SM Kerajaan Yehuda diserbu oleh Kekaisaran Babilon dibawah Nebukadnezard, dan kuil itu dihancurkan termasuk di dalamnya Perjanjian Tabut.

Beribu tahun pasca kejadian itu, Zionis Israel pun berusaha keras untuk mencari Perjanjian Tabut yang hilang. Kononnya menurut mereka, Tabut tersebut dipercayai memiliki kekuatan ghaib yang akan memberikan sentuhan sihir yang luar biasa kepada siapa pun yang menguasainya. Mereka juga digerakkan oleh faktor teologi dimana mereka meyakini bahawa Tabut adalah Mukjizat yang diberikan Tuhan kepada bangsa Yahudi. Sedangkan menurut Kitab Injil, Tabut merupakan sumber kekuatan tuhan yang bersemayam di dalamnya.

Namun sebagai umat Islam tentunya kita memiliki rujukan sendiri dalam menjelaskan tabut. Sebagai umat Nabi Muhammad SAW sudah seharusnya kita berlepas diri dari anggapan bahawa Tabut memiliki kekuatan mistik bagi orang yang menemuinya, kerana segala kekuatan itu hanyalah milik Allah.

Dalam Al Qur’an, penjelasan mengenai Tabut terangkum dalam surah Al Baqarah ayat 248 ;
“Dan Nabi mereka mengatakan kepada mereka: “Sesungguhnya tanda ia
akan menjadi Raja, ialah kembalinya tabut kepadamu, di dalamnya terdapat
ketenangan dari Tuhanmu dan sisa dari peninggalan keluarga Musa dan
keluarga Harun; tabut itu dibawa malaikat. Sesungguhnya pada yang
demikian itu terdapat tanda bagimu, jika kamu orang yang beriman.” 
(QS. Al Baqarah : 248)
Kisah Al Baqarah ayat 248 hanyalah satu buah epik dari rangkaian cerita perperangan Bani Israel. Kisah ini bercerita tentang pasukan Thalut yang melawan Jalut dimana pada akhirnya Daud memenangi pertempuran melawan Jalut.

Menurut Ath-Thabari makna dari bunyi ayat “Sesungguhnya tanda ia akan menjadi Raja, ialah kembalinya tabut kepadamu” adalah tanda-tanda Thalut akan menjadi raja.

Sesungguhnya Allah telah mengutus seorang raja kepada kalian walaupun bukan dari keturunan raja—adalah “dikembalikannya tabut yang didalamnya terdapat ketenangan dari Tuhanmu.” Ia adalah tabut yang selalu dibawa oleh Bani Israil saat bertemu dengan musuh, bergerak bersamanya sehingga musuh tidak mampu menghadapi mereka dan tidak bisa mengalahkan mereka. Namun kemudian mereka mengabaikan perintah Allah swt, banyak berselisih dengan para nabi mereka, sehingga Allah swt melepaskan tabut itu dari tangan mereka kemudian dikembalikan lagi dan dirampas lagi pada waktu yang lain dan tidak dikembalikan lagi bahkan tidak akan sekali-kali dikembalikan kepada mereka selama-lamanya.

 

Namun dalam versi lainnya, Tabut sendiri dikatakan sudah dihancurkan oleh Nabi Musa a.s sesaat ia turun dari gunung Sinai untuk menerima 10 perintah Tuhan bersamaan dengan Loh Batu. Kaum Bani Israel yang sedianya berjanji untuk beribadah kepada Allah kembali berbuat kufur dengan menyembah patung sapi emas saat ditinggal Nabi Musa a.s ke Gunung Sinai.
Kekesalan Nabi Musa as membuatnya membanting dan menghancurkan Tabut bersama dengan Loh Batu. Tetapi ia masih menjadi perdebatan, ada yang mengatakan Nabi Musa a.s hanya menghancurkan Loh Batu yang berisi 10 perintah Tuhan tidak beserta dengan Tabut. Tetapi yang jelas kisah ini terakam dengan baik di dalam Al Qur’an, sebagai pelajaran bagi kita semua.

“Dan (ingatlah), ketika Kami berjanji kepada Musa (memberikan Taurat,
sesudah) empat puluh malam, lalu kamu menjadikan anak lembu (sembahan)
sepeninggalnya dan kamu adalah orang-orang yang zalim. Kemudian sesudah
itu Kami maafkan kesalahanmu, agar kamu bersyukur. Dan (ingatlah),
ketika Kami berikan kepada Musa Al kitab (Taurat) dan keterangan yang
membedakan antara yang benar dan yang salah, agar kamu mendapat
petunjuk.”
(Al Baqarah: ayat 51-53)

Haikal Sulaiman (Solomon Temple)

Syahdan, Pada abad 17 SM orang-orang Bani Israel ditimpa kelaparan dan kekeringan sehingga mereka bersama dengan Ya’qub berhijrah dari Palestin ke Mesir menemui Yusuf as yang saat itu menjadi menteri ketika pemerintahan Fir’aun.

 

Pada abad 14 – 13 SM Allah swt mengutus Musa as kepada mereka dan sedikit dari mereka yang tidak mengimaninya dan di sinilah dimulai agama Yahudi sehingga menjadikan mereka bertentangan dengan Fir’aun dan kaumnya. Penentangan itu mejadikan orang-orang Bani Israel keluar dari Mesir. sebagaimana firman Allah swt :

“Dan (Ingatlah) ketika kami selamatkan kamu (Bani Israil) dari
(Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya; mereka menimpakan kepadamu siksaan
yang seberat-beratnya, mereka menyembelih anak-anakmu yang laki-laki dan
membiarkan hidup anak-anakmu yang perempuan. dan pada yang demikian itu
terdapat cobaan-cobaan yang besar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), ketika
kami belah laut untukmu, lalu kami selamatkan kamu dan kami tenggelamkan
(Fir’aun) dan pengikut-pengikutnya sedang kamu sendiri menyaksikan.” 
(QS. Al Baqarah : 49 – 50)
Hijrah tersebut terjadi pada abad 1280 SM pada masa pemerintahan Ramses II. Setelah itu mereka (orang-orang Yahudi) berada dibawah pimpinan Yusa’ yang menggantikan Musa as dan menetap di Kan’an (Palestin).

Daud as berhasil mendirikan pemerintahannya di Yerusalem pada tahun 990 SM dan disinilah Daud mendapatkan perintah untuk membangun Baitul Maqdis akan tetapi disebabkan kesibukannya berperang maka itu semua tidak sempat dilakukannya sehingga Allah swt mewahyukan kepadanya agar memerintahkan anaknya yang bernama Sulaiman as untuk membangun Baitul Maqdis dan ditengah pembangunannya itu beliau as membangun Haekal sebagai tempat ibadah lengkap dengan altar penyembelihan korbannya.

Setelah Sulaiman as wafat pada tahun 922 SM, pemerintahan Daud berpecah menjadi dua : kerajaan Isarel di sebelah utara dan kerajaan Yahudza di sebelah selatan. Diantara keduanya sering terlibat peperangan panjang sehinggalah mereka dihancurkan oleh Bukhtanshar Raja Babilon pada tahun 587 SM. Ketika serangan ini dilakukan terjadi penghancuran terhadap Yerusalem termasuk terhadap Haekal Sulaiman.

Mereka berjaya menawan dan membawa banyak orang-orang Yahudi ke Babilon dan menetap di sana selama 50 tahun yang dikenal dalam sejarah Yahudi dengan Para Tawanan Orang-orang Babilon.
Ketika Babilon berjaya ditakluk oleh Kirusy Raja Parsi pada tahun 538 SM maka para tawanan tersebut dibebaskan dan dikembalikan ke Palestin akan tetapi mereka tidak memiliki negara namun tetap berada dibawah kekuasaan Parsi.

Didalam Majallah at Tarikh al Arabi disebutkan bahawa setelah orang-orang Bani Israel dipulangkan kembali ke kampung halamannya di Palestin maka mereka membangun kembali tempat ibadah mereka yang telah dihancurkan oleh Bukhtanshar.

 

Ketika kegemilangan Parsi semakin muram maka kekuasaan mereka pun jatuh ketangan Aleksander Al Maqduni sehingga orang-orang Yahudi menunjukkan kesetiaan, ketundukan dan penyambutan mereka kepada Aleksander al Maqduni tatkala menguasai Yerusalem tahun 332 SM. Dan sejak saat itu mereka berada dibawah kekuasaan Yunani.

Setelah Aleksander al Maqduni wafat maka kekuasaannya terpecah diantara mereka, Mesir berada di tangan Ptolomeus sedangkan Negara-negara utara diserahkan ke tangan Selecus. Namun pada tahun 199 SM terjadi peperangan antara Ptolomeus dan Selecus yang kemudian dimenangi Ptolomeus..

Pada tahun 198 SM Yerusalem jatuh ketangan Raja Syria yang bernama Antiochus dan sejak saat itu terjadi berbagai fitnah, pemberontakan dan peperangan berdarah di Yeusalem hingga masa kedatangan pemimpin Rom yang bernama Pompy tahun 63 SM yang kemudian berjaya menguasai Yerusalem.

Sejak saat itu Yerusalem berada ditangan kekuasaan orang-orang Rom dan menjadikannya sebagai Negara Romawi. Pada saat inilah Isa bin Maryam dilahirkan di kota Betlehem di akhir pemerintahan Herodes pada tahun 37 – 40 M.

Dan sejak saat itu Yerusalem menjadi tempat yang memberikan khabar gembira tentang da’wah tauhid dan menjadi kota suci bagi orang-orang Nasrani.

Ketika orang-orang Yahudi melakukan pembangkangan dan pemberontakan terhadap pemerintahan Romawi di Yerusalem maka Penguasa Romawi, Fasbasyan mengutus anaknya yang bernama Titus untuk menghentikan pemberontakan tersebut. Titus pun melakukan penyerangan terhadap Yerusalem pada tahun 70 M dan berjaya membunuh banyak orang-orang Yahudi sehingga menyisakan Yerusalem menjadi kota yang hancur lebur dan porak poranda untuk waktu yang sangat panjang bahkan tidak dihuni kecuali oleh para penjaga dari para tentera Rom.

Kemudian orang-orang Yahudi mengadakan pemberontakan yang kedua kali di Yerusalem antara tahun 132 M dan 135 M yang dikenal dengan “Pemberontakan Barkukhi” akan tetapi penguasa Romawi berjaya memadamkan pemberontakan tersebut dan menghapus Eksistensi Yerusalem dan membangun diatasnya sebuah kota baru yang dinamakan dengan Aeilia Capitolina. Bahkan mereka tidak mengizinkan orang-orang Yahudi untuk menginjakkan kakinya di mota Aeilia sejak tahun 135 M.

Ketika Pemerintahan Romawi terpecah menjadi dua dan Palestin masuk dalam kekuasaan Rom Timur (Bizantyum) maka Aeilia berada dibawah kekuasaan Bizantyum sejak abad 4 M hingga tahun 614 M tatkala dikuasai oleh Sasani (Kisra Eberwiz) hingga kembali dikuasai oleh Penguasa Bizantyum yang bernama Heraklius tahun 627 M.

Kekuasaan Heraklius ini tidaklah berlangsung lama sehingga kaum muslimin berhasil membebaskan kota Aeilia pada tahun 15 H / 636 M pada zaman Umar bin Khottob dan sejak saat itu kaum muslimin memperbolehkan orang-orang Yahudi untuk kembali ke al Quds. (Majallah at Tarikh al Arabi juz I hal 5114 – 5126)

Dari penuturan diatas tampaklah bahawa Haekal tersebut didirikan pada masa Sulaiman as. Dan setelah sempurna pembangunan Haekal tersebut oleh Sulaiman as, ia mengalami kehancuran sebanyak tiga kali. yaitu ketika penyerbuan pasukan Bukhtanshar Raja Babilon pada tahun 587 SM lalu berhasil dibangun kembali oleh orang-orang Yahudi setelah mereka dibebaskan oleh Kirusy Raja Parsi.

Haekal kembali dihancurkan untuk kedua kalinya oleh Antiochus Raja Syria tatkala upayanya memadamkan fitnah yang dilakukan orang-orang Yahudi pada tahun 198 SM. Lalu kembali direnovasi untuk ketiga kalinya oleh Herodeus pada tahun 40 M.
Lagi-lagi Haikal dihancurkan oleh Titus pemimpin Rom tatkala menyerang Yerusalem dan menjadikan kota itu hancur lebur bahkan tidak didiami kecuali oleh para penjaganya dari tentera-tentera Rom.

Adapun tentang letak Haekal itu sendiri, sesungguhnya tidaklah terdapat dalil yang menunjukkan tempat didirikannya bangunan itu. Beberapa sumber menyebutkan bahawa bangunan itu terletak diluar perkarangan Masjidil Aqsa smentara yang lainnya menyebutkan bahwa tempatnya adalah dibawa Kubah Kuning.Sementara itu orang-orang Yahudi dan Nasrani berkeyakinan bahawa tempat Haekal Sulaiman itu berada di Puncak al Haekal atau al Haram asy Syarif atau berada di bawah Baitul Maqdis. Sebab itulah orang-orang Yahudi sejak beberapa tahun terakhir ini berusaha merobohkan Masjidil Aqsa untuk mencari Haekal Sulaiman dibawahnya. (ar.wikipedia.org)

Akan tetapi itu semua hanyalah akal-akalan yang dicari-cari oleh orang-oang Yahudi saja untuk menghancurkan al Quds dengan mengatakan bahawa mereka akan mengembalikan Haekal Sulaiman kepangkuan mereka.

 

 

Sebagaimana disebutkan didalam berbagai sejarah kota Yerusalem maka sebetulnya Haekal tersebut sudah betul-betul hancur dan porak poranda tak berbekas saat terjadi penyerangan yang dilakukan oleh Pasukan Rom di bawah pimpinan Titus pada tahun 70 M. sebelum pada akhirnya Yerusalem berhasil dibebaskan oleh kaum muslimin pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab pada tahun 15 H / 636 M.

Orang-orang Yahudi sekarang tengah sibuk mencari tabut ini yang mereka anggap sebagai mu’jizat orang-orang Yahudi dan kiblat mereka yang hilang. Mereka meyakini apabila tabut itu berhasil ditemukan maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia. Dalam melihat Tabut yang diyakini masih ada dan terus dicari oleh Yahudi, kita bisa menganalisa tiga hal dibalik itu semua.

Pertama, Teologi Kebencian. Kewujudan Tabut di Masjid Al-Quds adalah rekaan mereka untuk menguasai Yerusalem. Dengan meyakini bahawa Tabut tersimpan dalam fondasi Al Quds, mereka bergerak mencari Tabut hingga mengeruk fondasi dasar mesjid yang pernah menjadi kiblat umat muslim ini. Kehancuran Masjid Al Quds akan menjadi kebanggan tersendiri bagi mereka yang memang menaruh kebencian kepada kaum muslimin.

 

Selanjutnya, faktor kedua adalah motivasi paganistik-kabbalah yang mempercayai kesaktian Tabut. Mereka yang menemukan Tabut dipercaya akan mengalami transferisasi kekuatan mistik ke dalam tubuh dan jiwa mereka.

Ketiga, faktor teologi-politi. Selama ini kaum zionis, masih menganggap bahawa Tabut adalah kurniaan atau mu’jizat yang diberikan Tuhan kepada orang-orang Yahudi. Mereka meyakini apabila tabut itu berjaya ditemui maka keagungan dan kejayaan mereka akan kembali dan dapat menguasai dunia lagi.

Namun, sekalipun Tabut masih ada dan Yahudi berhasil menemukannya, dengan akal sehat saja kita bisa mencerna: mana mungkin Allah SWT memberikan rahmat dan mukjizat kepada bangsa yang terus membunuh nabi-nabi-Nya dan ingkar terhadap ajaran-Nya.

sumber: 
billyinfo.blogspot.com
http://amekaw.com/2013/02/misteri-tabut-yahudi-dan-haikal-sulaiman/
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2013/06/03/misteri-tabut-yahudi-dan-haikal-sulaiman/


p/s: bagaimana agaknya keadaan fizikal masjid al-aqsa sekarang yer??? ade sesiapa boleh bagitau?? masjidil aqsa bukan yg kubah kuning tu..yg kubah ijau kehitaman tu...hmmm... ok boleh teruskan baca doa qunut nazilah...disamping usaha2 yg lain.. selamat semua..wassalam...



MATA DAJJAL & POLIS SAUDI ??


Lencana ini DIKATAKAN milik pihak berkuasa (polis) sebuah negara Arab.

 

Tertera pada lencana itu lambang "Mata Satu" yang biasanya dikaitkan dengan Dajjal dan pejuang-pejuangnya. Di atas gambar mata itu ada sebuah mahkota. Jika hendak ditafsirkan lambang ini, ia mungkin membawa maksud Dajjal menjadi raja atau Raja Dajjal, iaitu raja yang dinanti oleh kaum Yahudi. Kemudian, sesuaikah bentuk mahkota itu dengan mahkota raja-raja Arab? Entahlah.



DIKATAKAN inilah contoh seorang anggota keselamatan negara Arab Saudi. WaAllahua'lam. Perhatikan lencana di bahu kirinya.



Ini satu lagi contoh lencana dan seragam pihak keselamatan negara itu. Boleh nampak "Mata Dajjal" dan mahkota?



Ini pula DIKATAKAN salah satu 'button'/butang pada pakaian seragam pihak keselamatan negara itu, iaitu pada bahagian kolar baju. WaAllahua'lam. Pada butang itu terdapat "Mata Satu" dan di atasnya mahkota.



Satu butang lagi. Gambar peralatan di tengah-tengah itu kita tahu sinonim dengan Masonic, kongsi gelap Dajjal juga. Di atasnya tetap ada mahkota. Siapa raja kepada para Mason? Tentunya Dajjal, raja yang dinanti-nanti khususnya oleh para Yahudi.



Bagaimana dengan yang ini? Bentuk segitiga berwarna hitam yang biasanya boleh kita kaitkan dengan 'piramid' (salah satu simbol yang sering digunakan oleh kongsi-kongsi gelap Dajjal) di tengah-tengah peta negara Arab Saudi?

Namun begitu, gambar ini perlukan sandaran yang lebih kukuh kerana tompok hitam segitiga itu boleh ditambah melalui suntingan gambar. Ada maklumat tambahan? Sila tinggalkan pesan di ruang komen.



Gambar ini pula DIKATAKAN diambil di Masjidil Haram. Lantai dan orang ramai dalam gambar ini memungkinkan ia memang di Masjidil Haram. WaAllahua'lam. Perhatikan gambar peta Arab Saudi di bawah Mata Satu. Mata Satu pula di bawah mahkota.

WaAllahua'lam.

Tulisan ini sekadar pencetus bicara. Semoga ada pihak-pihak yang dapat meneruskan kajian lanjut.

Abu Zulfiqar
30 OGOS 2012

*Sekiranya semua ini benar, rasa-rasa ada kaitan tak Mata Satu dengan fahaman Salafi Wahhabi dan Gerakan Wahhabi?

Rujukan dan asal gambar-gambar : http://wakeupfromyourslumber.com/blog/lindquist/kingdom-blind-one-eyed-man-shall-be-king

kopipes dari : http://myalexanderwathern.blogspot.com/2012/08/mata-dajjal-dan-pihak-berkuasa-saudi.html




Monday, June 03, 2013

myGMJ kembali lagi - 7th JUNE 2013..save the date!!

Jumaat ini !
bermula jam 8 malam!
bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam!
Ayuh bersama hadir berkongsi rasa peduli pada Palestin!
 
SAVE THE DATE: 7 JUNE 2013

Ayuh menjadi sebahagian dari jutaan umat manusia yang akan berkumpul diserata dunia untuk menunjukkan solidariti terhadap perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa!

Jumpa anda di Dataran Kemerdekaan Shah Alam Jumaat ini!
8 mlm - 11 mlm (Isya' bersama)

Acara akan dserikan dengan persembahan oleh Faizal Tahir, Muadz, Perkongsian oleh Dr Hafidzi dan juga LIVE GMJ dari Gaza bersama Dr Ismail Haniyeh.

Spread & Share!

-AKA-
 
1Like · ·
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...