Aslmkm ikhwah dan akhawat, nah sebuah kisah 'basah'...kelebihan istigfar...
Suatu
ketika itu, Imam Ahmad singgah di sebuah tempat yang kebanyakan mereka
tidak mengenalinya (kurangnya teknologi ketika itu). keadaan sudah larut
malam dan Imam Ahmad merasa letih dan ingin tidur didalam sebuah
masjid. Tapi niatnya tidak kesampaian kerana penjaga masjid tersebut
melarang Imam Ahmad untuk tidur di masjid. Imam Ahmad kemudian bertanya
kepada penjaga tersebut sama ada dia dibenarkan untuk tidur di luar
masjid, penjaga itu melarangnya. Imam Ahmad bertanya lagi jika dia tidak
tidur, tetapi hanya berdiri di perkarangan masjid, penjaga itu
melarangnya lagi.
Penjaga itu kemudian menolak Imam Ahmad dari masjid tersebut.
Seorang
pembuat roti ternampak kelakuan antara Imam Ahmad dan penjaga masjid
tersebut. Setelah jelas akan situasi Imam Ahmad, maka si pembuat roti
mempelawa Imam Ahmad untuk bermalam sahaja dirumahnya. Imam Ahmad
menerima pelawaan tersebut.
Ketika Imam Ahmad hendak tidur, dia terdengar zikir istighfar dari si pembuat roti yang sedang sibuk membuat rotinya. Imam
Ahmad mendengarkan zikir itu sehingga boleh dikatakan si pembuat roti itu berzikir istighfar sepanjang malam.
Paginya Imam Ahmad bertanya kepada si pembuat roti mengapa dia beristighfar. maka si pembuat roti menjawab, "Setakat ini segala doa saya dikabulkan Allah melainkan satu perkara sahaja belum lagi".
Imam Ahmad bertanya "Apakah doa kamu yang belum di perkenankan oleh Allah itu?.
Jawab lelaki itu " Saya berdoa agar dipertemukan dengan Imam Ahmad bin Hanbal"
Maka
kata Imam Ahmad : " Saya lah orangnya, Akulah Imam Ahmad Bin Hanbal,
demi Allah, sesungguhnya aku telah diseret untuk menuju kepadamu."
(Sumber: majalah Qiblati, indonesia. edisi ke 8)
p/s: citer ni dari perkongsian akhowat.banyaknya kelebihan istigfar..doa di makbulkan.. hehe.. kdg2 rasa juga begini..smpai malu dibuatnya..benarlah percaturan Allah sgt cantik dan memang yg terbaik! sukerr citer nii...syg Allah sgt2! hari ni pun hari yg menggembirakan..doa di makbul dpt jumpa n cakap ngan ustad ismail yg comel. subhanallah.. alhamdulillah.. banyaknya ilmu yg sy dpt arini.. terharu..huuu~ Allah Maha Pengasih dan Penyayang.. ^_^
=)
No comments:
Post a Comment
berkata benarlah walaupun pahit