dari blog - http://malaysiaberih.blogspot.com/2012/09/gambar-tok-guru-nik-aziz-di-hospital.html
WALAUPUN
DI HOSPITAL YAB TG NIK AZIZ TETAP BERI SOKONGAN KEPADA NGO ROYALTI DAN
MOHON RAKYAT KELANTAN TURUN KE PUTRAJAYA 2 & 3 OKTOBER 2012 NANTI.--
SEBARKAN
Pada jam 3.30 petang di Hospital Universiti Sains Malaysia rombongan NGO Gabungan Profesiona
l Menuntut Royalti, Pendaratan Minyak dan Gas (ROYALTI) atau lebih dikenali sebagai “R” telah mengziarahi YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.
Pertemuan tersebut yang diketuai oleh Dr Syed Khalid, Naib Presiden NGO ROYALTI telah mendapat berberapa pesanan daripada YAB Tuan Guru antaranya 3 pesanan dari beliau iaitu;-
i. Rakyat Kelantan dan Malaysia kena turun beramai-ramai menyertai program Konvoi R Tuntut Royalti ke Putrajaya pada 2 dan 3 Oktober 2012 nanti anjuran NGO ROYALTI.
ii. Sekiranya tidak dapat hadir bersama-sama rombongan Konvoi Mega nanti, rakyat Kelantan diminta untuk sama-sama membuat Solat Hajat dan Berdoa agar perbicaraan kes Mahkamah Persekutuan, Istana Kehakiman, Putrajaya pada 3 Oktober 2012 memihak kepada Kerajaan Negeri Kelantan.

iii. Dan seboleh-bolehnya pakat ramai-ramai buat,
kibar bendera dan pakai sticker “R” kenderaan di seluruh Kelantan dan
Malaysia.
Pada pertemuan tersebut YAB Tuan Guru juga sudi untuk
memakai baju t-shirt R dengan menunjukan simbol tangan “R” menggunakan
bahasa isyarat Orang Kurang Upaya Bisu dan Pekak bagi menyatakan
solidariti@sokongan kepada perjuangan NGO ROYALTI yang kini makin
mendapat sokongan padu dari seluruh Rakyat Kelantan dan Malaysia
termasuk NGO dari Terengganu, Sabah, Sarawak dalam usaha menuntut hak
hasil bumi Negeri di kembalikan seperti asal tertubuhnya di Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia tahun 1963.
“Biar
pun beliau sedang keuzuran dan sedang berehat di wad, namun masih
bersemangat memberi nasihat kepada kami untuk terus memperjuangkan hak
rakyat Kelantan yang dinafikan sejak sekian lama.
“Malah
kesediaan Menteri Besar untuk hadir pada Ceramah Mega R Tuntut Royalti
Putrajaya yang akan di Shah Alam malam 2 Oktober ini amat kami hargai,”
"Kami ingin mengajak seluruh Rakyat Kelantan dan Malaysia mendoakan YAB
Tuan Guru agar ceat pulih untuk bersama-sama hadir ke program 2 dan 3
Oktober nanti"
Justeru itu pihak NGO ROYALTI mengajak seluruh
Rakyat Kelantan yang berada di seluruh Negara untuk hadir beramai-ramai
program NGO ROYALTI nanti iaitu
KONVOI MEGA R TUNTUT ROYALTI KE
PUTRAJAYA, 2 Oktober 2012, perlepasan jam 7.30 pagi di Stadium Sultan
Muhammad IV, Kota Bharu yang dijangka akan mengumpulkan lebih 600 buah
Kenderaan dengan penyertaan lebih 3,000 orang peserta seluruh Kelantan.
SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MEGA R TUNTUT ROYALTI KE PUTRAJAYA, 2 Oktober
2012 jam 7 petang di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, Selangor yang akan
dihadiri oleh;
# YBrs Sdra Nazri Deraman, Presiden R Malaysia (Kelantan)
# YBrs Sdra Hj Fauzi Abu Samah, Presiden MAMPAT (Terengganu)
# YBrs Sdra Zainnal Ajamain, Gerakan Nasionalis – GANAS (Sabah)
# YB Dato Seri Anwar Ibrahim,
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
# YB Dato Husam Musa,
Pengerusi Jk Tuntutan Royalti & Pendaratan Minyak dan Gas
Kelantan

# YB Tan Sri Ibrahim Menudin, Wakil Pimpinan Sabah
# Wakil Pimpinan Sarawak
# YB Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor
# YB Lim Kit Siang, Penasihat DAP
# YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
# YAB Tuan Guru Dato Seri Bentara Setia
Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
PROGRAM HIMPUNAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN NEGERI KELANTAN TUNTUT ROYALTI pada 3 Oktober 2012, jam 8 pagi di Istana Kehakiman, Putrajaya.
PROGRAM SERAHAN MEMORANDUM DAN 150,000 REFERANDUM TANDATANGAN RAKYAT KELANTAN TUNTUT ROYALTI kepada YAB Dato Sri Perdana Menteri Malaysia pada jam 2 petang, 3 Oktober 2012.
PROGRAM PIKET AMAN R TUNTUT ROYALTI DI MENARA PETRONAS, KLCC pada jam 6 petang 3 Oktober 2012.
Porgram-program ini diatur bagi memberi signal kepada pemimpin Malaysia supaya Perdana Menteri menyatakan dengan tegas dalam pembentangan bajetnya pada 28 September 2012 agar membayar tuntutan royalti minyak dan gas Negeri Kelantan yang tertunggak sejak 2004 hingga sekarang (2012) dianggarkan minimum RM7 Billion kepada Kerajaan Negeri Kelantan.
Pihak NGO R mendesak agar Jawatankuasa Bayaran Tunai yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 4 Ogos 2012 yang lepas melibatkan Kerajaan Negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang dibatalkan dan bayaran segeran WANG ROYALTI/BAYARAN TUNAI 5% dibayar segera kepada akaun Kerajaan Negeri Kelantan.
Untuk itu pihak NGO R ingin memohon respon daripada Perdana Menteri berkenaan Mmemerandum Menolak Jawantankuasa Bayaran Tunai yang telah dihantar pada 7 Ogos 2012 lalu yang diserahkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan, agensi rasmi dibawah Jabatan Perdana Menteri di Negeri Kelantan.
Pihak Ngo R menolak Jawatankuasa ini memandangkan ia tidak dinyatakan dalam Akta Pembangunan Petroleum 1974 dan perjanjian yang telah dimeterai antara Kerajaan Kelantan dengan Petronas pada 9 Mei 1975. Malah penyelesaian isu pembayaran Wang Royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu juga tanpa melalui Jawatankuasa Khas Bayaran Tunai.
Pihak kami menuntut Wang Royalti/ Bayaran Tunai dibayar SEGERA kepada Kerajaan Negeri.
“R TUNTUT ROYALTI”
Dr Syed Khalid Abdullah
Naib Presiden NGO ROYALTI

No comments:
Post a Comment
berkata benarlah walaupun pahit