Wednesday, September 26, 2012

10 sifat kerohanian by Sheikh Abdul Qadir Al-Jilani

assalamualaikum wbt semua org...^^ <3
atas permintaan sorg sahabat blog nih utk compile kan kesemua 10 sifat kerohanian lam satu post, ok sekarang baru sy ade masa nk buat..sbenarnya baru terajin nk compile..huu maaf ye awak sy baru teringat bila bace balik komen2 lam blog ni..sy harap awak bace post ni..special utk awak..ukhuwah fillah <3

.........................................................................................................................
perjuangan kerohanian-  hendaklah ada 10 sifat bagi orang2 yang berada dalam perjuangn kerohanian dan dalam memeriksa diri sendiri dan yg berusaha mencapai matlamat kerohanian dan ingin berkekalan dalam keadaan itu. Apabila telah di izinkan Allah, mereka tetap berada dalam keadaan itu dan berdiri teguh di dalamnya, maka dapatlah mereka kedudukan yang tinggi...
 

SIFAT PERTAMA 
sifat pertama ialah si hamba itu hendaklah jangan bersumpah dgn nama Allah, samada dalam perkara yang benar atau pun salah, dengan sengaja atau tersilap. apabila ia telah biasa dengan demikian, tidaklah lagi ia bersumpah dgn nama Allah dgn sengaja atau tersilap. maka Allah akan membuka pintu nur (cahaya)Nya. akan disedarinya faedah ini dalam hatinya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan. Kekuatan dan kesabarannya akan bertambah. Saudara-maranya akan memujinya dan jiran-jirannya akan memuliakannya. Barangsiapa yang kenal kepadanya akan menghormatinya dan barangsiapa yg melihatnya akan gentar memandangnya.... 

sifat KEDUA 
si hamba itu hendaklah jangan berbohong sama ada benar-benar ataupun berjenaka sahaja. apabila ia telah dapat membuang perbuatan yg tidak di ingini itu dan telah menjadi sebati dgn dirinya maka Allah akan membuka hatinya dan membersihkan ilmunya sehingga beliau seolah-olah tidak tahu bohong dan apabila di dengarnya org lain berbohong, maka ia merasa benci dan malu dalam hatinya. jika ia berdoa kepada Allah untuk membuang kelakuan berbohong itu, maka Allah akan memperkenankannya... 

sifat KETIGA 
si hamba itu jangan mungkir janji apabila telah berjanji atau jangan berjanji langsung. dengan tidak mungkir janji atau tidak langsung berjanji itu, dia akan dapat sumber kekuatan dalam hal dirinya dan ini adalah tindakan yang seimbang untuk di ikut.. kerana mungkir janji adalah termasuk dalam golongan berbohong. jika ia berbuat demikian, maka pintu kemuliaan akan dibuka kepadanya dan darjat akhlak yang tinggi akan di beri kepadanya. orang-orang yang benar akan cinta kepadanya. pangkatnya di sisi Allah akan di tinggikan.... 

Sifat KEEMPAT  
si hamba itu jangan menyumpah atau melaknat makhluk ataupun menyakiti mereka, walaupun sedikit. kerana sifat keempat ini adalah di antara sifat2 yang baik dan kebajikan. ini adalah satu sifat yang benar. jika bertindak menurut dasar ini, seseorang itu akan berakhir dengan hidup yang baik di bawah lindungan Ilahi dan Allah akan menyediakn baginya pangkat kerohanian yang tinggi dan dia akan di pelihara daripada kejahatan manusia. Allah akan mengurniakannya rahmat dan kehampiran denganNya.. 

sifat KELIMA 
YANG KELIMA ialah si hamba itu jangan mendoakan supaya orang lain dapat bahaya walaupun ia di layan dgn cara yg tidak baik. janganlah membalas sama ada dengan lidah atau dengan perbuatan. bersabarlah dan serahkan kepada Allah. janganlah menuntut bela sama ada dengan perbuatan ataupun dgn lisan. orang yang melakukan ini akan di berikan pangkat yg tinggi di sisi Allah. orang yang terlatih dgn cara ini dan tetap dalam sifat ini akan mendapat kemuliaan dalam dunia ini dan di akhirat kelak, dan akan di cintai oleh orang2 yg benar, yang dekat dan yang jauh. permohonannya akan di terima dan dia akan mendapat kemuliaan di hati orang2 yang beriman... 

sifat KEENAM 
YANG KEENAM ialah si hamba itu janganlah mengatakan bahawa seseorg (yang menurut kiblat yang sama, iaitu berugama Islam) itu musyrik, munafik, atau kafir. Jika kamu tidak mengkafirkan, memunafikkan atau memusyrikkan seseorg, maka itu menunjukkan kamu mengikut sunnah Nabi Besar Muhammad SAW dan menjauhkan diri kamu dari membuat kacau dalam perkara yang Allah saja mengetahui, dan menjauhkan dari seksaanNya. dan menghampirkan kamu kepada rahmat dan redha Nya.. Oleh itu, ini adalah pintu yang mulia menuju ALLAH SWT yang mengurniakan sifat ini kepada hamba-hambaNya yang beriman sebagai ganjaran kerana kasih sayangnya kepada semua orang.. 

sifat KETUJUH  
yang ketujuh ialah si hamba itu menghindarkan dirinya dari perkara yang berdosa, zahir dan batin dan menjauhkan anggotanya membuat perkara yang berdosa. Dengan itu, dapatlah hatinya itu kurniaan Allah dan juga anggotanya dalam dunia ini dan yang disediakan untuknya di akhirat nanti. kita berharap semoga Allah memberi kita sifat ini dan membuang dari hati kita segala hawa nafsu keduniaan semata-mata... 

sifat KELAPAN  
yang kelapan ialah si hamba itu jangan membebani seseorang samada berat atau ringan. sebaliknya ia hendaklah membuang beban yang di tanggung oleh seseorang itu sama ada ia meminta atau tidak. sebenarnya ini adalah satu kemuliaan yang di beri Allah kepada si hambaNya dan ini juga memberi kekuatan kepada dia untuk menasihati orang2 lain supaya membuat yang baik dan melarang membuat yang jahat. ini adalah satu kemuliaan bagi si hamba Allah.. pada peringkat ini, seluruh makhluk ini di pandang sama sahaja. Dalam peringkat ini, si hamba itu akan di jadikan Allah hatinya tidak memerlukan apa2 dan ia berpegang teguh dan menyerah kepada Allah sahaja,. Allah tidak akan menaikkan pangkat seseorang itu di sisiNya jika ia masih terikat erat kepada kehendak hawa nafsu keduniaan semata-mata.. pada pandangan orang yang mencapai peringkat ini, semua makhluk ini adalah sama sahaja dan mempunyai hak yang sama.. inilah pintu kemuliaan bagi si mukmin dan orang2 yang salih dan inilah pintu yang sgt hampir kepada ikhlas... 

sifat KESEMBILAN 
sifat yang kesembilan ialah si hamba itu tidak berharap2 kepada manusia dan tidak juga terasa dalam hatinya hendakkan apa yang ada pada mereka. Oleh itu, ini adalah sifat yang mulia, ia tidak perlu apa-apa. Inilah kebaikan yang besar, keyakinan dan pergantungan yang erat kepada Allah.. Inilah satu pintu daripada pintu2 tawakal kepada Allah, yang membolehkan seseorang itu takut kepadaNya dan ini menunjukkan kesempurnaan amalan ugamanya,, dan ini juga tanda perdampingan yang terus langsung dengan Allah swt.. 

sifat KESEPULUH 
sifat yang kesepuluh ialah merendahkan diri iaitu tidak berbangga-bangga dan tidak membesarkan diri. dengan sifat ini, makam atau peringkat seseorang hamba itu akan dipertingkatkan dan dipermuliakan Allah. Dia disempurnakan pada sisi Allah dan pandangan manusia juga. Dia diberi kuasa mendapatkan kehendaknya dalam hal urusan dunia dan akhirat. Inilah sifat yang berupa seluruh akar dan ranting, bagi pokok kesempurnaan taat kepada Allah dan ini juga menolong menaikkan si hamba itu ke peringkat makam(stesen) orang-orang yg salih yg redha dgn Allah dalam kesusahan dan kesenangan dan inilah kesempurnaan warak.

dalam keadaan merendahkan diri itu, si hamba itu hanya nampak kelebihan orang lain dan dia berkata:
"barangkali orang itu lebih baik daripada aku pada pandangan Allah dan lebih tinggi kedudukannya." 
jika orang itu kecil, si hamba Allah berkata ;
"orang ini tidak bersalah kepada Allah,tetapi aku bersalah aku bersalah. oleh itu, tentu sahaja dia lebih baik daripada aku."
jika orang itu besar,dia berkata:
"orang ini telah menghambakan dirinya kepada Allah sebelum aku berbuat demikian.'
jika si hamba itu melihat seorang yg alim,ia berkata:
"orang ini telah diberi apa yg tidak sampai kepadaku dan ia telah mendapat apa yang tidak aku dapat, dan ia tahu apa yg tidaka ku tahu, dan dia bertindak menurut pengetahuan."
jika orang itu orang yg jahil,maka si hamba Allah itu akan berkata :
"orang ini ingkar kepada Allah dalam jahilnya, tetapi aku ingkar padahal aku berilmu, aku tidak tahu apakah akhirnya aku dan apa pula akhirnya dia."
jika dilihatnya orang yg kafir, maka dia berkata:
"aku tidak tahu,mungkin dia menjadi seorang muslim dan akhir hayatnya dalam kebaikan; tetapi mungkin aku menjadi kafir dan berakhir dalam kejahatan."

inilah pintu kasihsayang dan takut (kepada Allah) dan inilah yang perlu dan inilah yang perlu kekal pada hamba-hamba Allah. oleh yang demikian, apabila si hamba Allah itu telah menjadi seperti yang tersebut di atas itu (10 sifat ;Pn.), Allah akan memeliharanya dari mara bahaya dan akan di naikkan tarafnya sebagai orang yang berdampingan dengan Allah S.W.T dan menjadi orang pilihanNya.. Dia menjadi rakan Allah dan musuh iblis (Maha Jauh Allah dari segala sifat makhluk).. Di sinilah pintu rahmat. disini kebanggaan dan kesombongan diri hancur serana. Rasa ketinggian diri dalam hal ugama, keduniaan dan kerohanian hilang musnah. Inilah pati kehambaan dan penyembahan kpd Allah. tidak ada yang lebih baik drpd ini. Dengan tercapainya peringkat ini, lidahnya akan berhenti dari memperkatakan hal-hal ahli dunia dan apa yang sia-sia. Tidak ada kerjanya yang sempurna tanpa tangga ini. Sombong, dengki dan melampaui batas akan hilang dari hatinya dalam semua keadaan.
cakapnya serupa dengan apa yang dalam hatinya dan tujuannya serupa dengan apa yang ada dalam hatinya. pendeknya zahir dan batinnya serupa juga. manusia ini sama sahaja dalam pandangannya berkenaan hal nasihat-menasihati. Dalam nasihatnya itu,ia tidak membuat misalan dari kejahatan seseorang atau dari tindakan baik dirinya,atau memperkatakan kejahatan orang lain dan ia tidak suka mendengar kejahatan seseorang itu di buat misalan, kerana ia adalah membahayakan hamba2 Allah dan menyusahkan mereka dan membawa kerosakan pada sifat zuhudnya, kecuali mereka yang di tolong Allah dengan rahmatnya untuk memelihara lidah dan hatinya supaya selamat...

BY: SYEIKH ABDUL QADIR AL-JILANI

sumber : Pembukaan kepada yang ghaib by Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani

Wallahu'Alam....

No comments:

Post a Comment

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...