Thursday, March 15, 2012

Jahiliah Moden

salam...semoga Allah merahmati kita semua...ini ada sedikit ilmu..sekadar perkongsian....selamat!

apakah jahiliah??

jahiliah bukanlah bererti bodoh...
masyarakat jahiliah bukannya terdiri dari org2 bodoh tapi mereka jahil iaitu tidak tahu..
jahiliah = sesat atau jahil
- 1500 tahun dahulu..sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW..
- mundur akhlak dan sosial
- tanpa panduan dan ilmu..

kita sering menuding pada masyarakat arab jahiliah bila mndengar pkataan jahiliah..
padahal kita semua tidak pernah tahu bahawa jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad itu adalah secara menyeluruh..means, apa yg kita dngar yg dilakukan org2 arab jahiliah itu di lakukan majoriti oleh seluruh penduduk di pelusuk bumi ALLAH ni... jadi xmustahil la bila kita lihat pada apa yang dilakukan oleh masyarakat dunia sekarang xkira di mana saja seakan2 mengulangi semula apa yg dilakukan oleh masyarakat jahiliah kuno dahulu kala... 


kenapa hnaya di state arab?? kerna Islam turun di tanah Arab di mana pada zaman kegelapan dulu, hanya tanah Arab saja yg masih bersih dan agak terjaga berbanding negara2 n bangsa2 lain di sekitarnya... islam di turunkan di tanah arab kerna kawasannya yg besar dan mampu mberi impak n pengaruh yang besar pada dunia bila islam tertegak di tnh arab yg berada d tgh2 negara2 yg dilanda kegelapan teruk akibat tiadanya pegangan n kepecayaan sprti europe, persian, rome n lain2... 

jika arab jahiliah dulu mnyembah berhala, apa kurangnya bgsa lain?  mereka turut menyembah patung2 yg dibuat sendiri.. hindu dgn patung lembu gajah bagai.. buddha pula dgn patung 'the beast' mereka.. dan termasuk lah orang2 asli di malaysia sendiri.. zaman dulu mereka menyembah jin2 atau semangat2 dlm bentuk patung yg dibuat dari kayu yg di ukir...jika mahu melihat rupa smgat2 atau jin sembahan mereka bolehla tgk di muzium org asli bersebelahan muzium negara,KL... jadi.. rasanya sudah nampak sedikit apa itu jahiliah dan golongan jahiliah ni..

ketika NABI ADAM di turunkan ke dunia, telah turun bersamanya kalinah tauhid...hanya orang2 yang terpilih saja yang kekal dgn kalimah tauhid sehingga akhir zaman...

faktor jahiliah :
tiada nabi dan kitab suci yang boleh di jadikan petunjuk.
- kerna itu masyarakat menjadi lebih sesat, tidak berakhlak dan tiada sistem hidup...

kesan jahiliah :
- rosak sesat masyarakat
- telah lama tidak di datangi rasul dan peringatan
- hanya akal dan nafsu dijadikan bahan rujukan
- lahirlah masyarakat yg bgelumang dgn kemungkaran dan kezaliman
- hidup yg jelek, buruk, tidak bertamadun, tiada pedoman hidup..

apakah pula jahiliah moden ??

jahiliah moden adalah masyarakat yg hidup selepas kedatangan Islam dan setelah sempurna risalah kenabian Muhammad SAW...
- mereka dibekalkan dgn syariat
- mereka ada Al-Qur'an, hadis dan sunnah
tetapi mereka kekal dengan sifat jahiliah seperti orang2 jahil dulu...

jadi...mana yg lebih jahil antara dua golongan di atas? bagi ku.. jahiliah moden lebih dasyat...
kenapa? kerna agama yg Allah turunkan telah sampai dan disempurnakan oleh Rasulullah saw.. kita hidup di zaman yg telah lengkap agama Allah..tapi semakin lama, semakin menjadi2 dan berleluasa kemungkaran di bumi Allah... seolah-olah tidak malu pada Allah.. dan lupa pada janji dgn Allah...

perilaku jahiliah :
- bunuh anak sendiri
- zina dan pelacuran
- arak dan judi
- riba
- n semua yg mungkar.

dan pada masa sekarang apa kurangnya? cuba lihat di sekitar... cuba belek akhbar2 harian...apa yg kita lihat terpampang di dada2 akhbar n di heboh2kan media massa?
- anak bunuh emak, ayah bunuh anak, ayah rogol anak yg masih bayi, gadis di rogol di bakar di bunuh di kelar di potong badan, pelajar bunuh diri, ibu bunuh anak, ibu berzina dgn anak sendiri, ayah bersekedudukan dgn anak perempuan hingga melahirkan anak, bayi di bakar dlm tong smpah, bayi luar nikah bertambah, permohonan murtad bertambah, zina berleluasa, riba, rasuah, judi, pub2 dan pusat hiburan dilanjutkan permit masa bekerja, rumah urut dan pelacuran, simbah asid, ragut n bunuh.... semua perlakuan2 ini sudah sebati dgn masyarakat kita pada hari ini.. yang paling menyedihkan adalah bila yg melakukannya majoriti mempunyai 'bin' dan 'binti'' di dlm kad pengenalan... nauzubillah..moga Allah melindungiku..




kesan jahiliah :
- filem2 yg melanggar hukum2 Allah - promo perempuan dan maksat
- budaya sosial yg negatif - emo, black metal, punk, rempit dlll.
- pergaulan bebas lawan jantina
- seks bebas menjadi kebiasaan n xdipandang sbgai dosa besar yg mnempah neraka
- keganasan dan pembunuhan
- peningkatan jumlah anak haram n kes buang bayi.

kerana apa??
- keengganan kita menerima iman dan islam sebagai sebagai panduan hidup.
- semakin jauh dari kefahaman agama
- ilmu syariah tidak dipelajari
- iman tidak di pupuk
- memburu kepuasan nafsu dan keperluan dunia

identiti masyarakat kini = siang dan malam menguruskan dunia yang sementara sedangkan kematian dan akhirat diabaikan dan dilupakan tanpa sebarang persiapan... usia yg sedikit ini dapatkah menampung dosa yang banyak??

Langkah2 prevent diri :
- didik dgn ilmu agama
- pastikan mendirikan solat
- memburu kecemerlangan akademik
- menjaga batasan syariat
- kembali menjadi masyarakat yang peka dgn persekitaran dan bersikap saling ingat-mengingati
- segera bertaubah dan memohon ampun kpd Allah swt di atas segala dosa.
- berazam untuk mengamalkan syariat Islam di dlm semua aspek kehidupan.


wallahu'alam...
selamat semua... =)))
Tuhan Cinta Agungku <3













2 comments:

  1. Alhamdulillah..saya banyak dapat tahu tentang masyarakat pada zaman tersebut...sy juga dpt mmbuat kerja kursus sy dgn mudah..terima kasih

    ReplyDelete

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...