Tuesday, August 23, 2011

doa khatam alquran ;)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. pujian orang-orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang-orang yang bertakwa. selawat dan salam ke atas Rasul kita Muhammad dan juga ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, Tuhan kami, terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau lah Maha Penerima Taubat lagi Mengasihani. tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan jalan yang lurus dengan berkat Al-Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al-Quran, dan jadikannya sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami telah lupa dari Al-Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam dan siang, dan jadikanlah Al-Quran itu sebagai hujah untuk kami. Wahai Tuhan Pemelihara sekalian alam.


Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al-Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al-Quran, serikan kami dengan ketinggian martabat Al-Quran, dan pakaikan kami dengan pakaian permata Al-Quran. masukkan kami ke dalam syurga dengan syafaat Al-Quran. selamatkan kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al-Quran.

Ya Allah, jadikanlah Al-Quran semasa hidup kami di dunia sebagai rakan dan di dalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari Kiamat sebagai pembantu, sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju ke syurga sebagai teman, dan sebagai penghadang dan pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al-Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaanMu jua Ya Allah, Tuhan Yang Maha Pemurah.

Ya Allah, tunjukilah kami dengan petunjuk Al-Quran. selamatkanlah kami daripada api neraka dengan sebab kemuliaan Al-Quran. tinggikanlah darjat dan martabat kami dengan sebab kelebihan Al-Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan sebab membaca Al-Quran. YA Allah, Tuhan Yang Mempunyai segala macam kelebihan dan ehsan. Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

Allah mencucuri rahmat dan salam sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Maha Suci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan salam sejahtera kepada sekalian rasul. segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbir seluruh alam.






p/s: aamin...alhamdulillah...moga Allah beri peluang yg kedua kali dlm ramadhan yg mulia ini... insyaAllah...cukuplah cinta ini bersamaku...aku tiada alasan tuk mencari jalan berpatah balik... cintaku pada kalamNya....Tuhan Cinta Agungku..=,)






No comments:

Post a Comment

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...