Sunday, December 08, 2013

[puisi emo] ujian untuk menguatkan?


agak mnyepi aku sejak kebelakangan ni..
bukan saja di alam maya...di alam nyata juga begitu...
entahla..semakin hari aku seakan makin menjauh dari semua org.
mungkin kerna dosa2 yang aku lakukan sendiri
membuatkan aku semakin melemah dan jauh...
jauh...sangat jauh...
memikirkannya membuat aku sangat takut..
hati membatu...gelap...sepi...
tidak seperti dulu lagi...
rindu pada waktu dulu sering bertamu..
saat aku awalnya melihat cahaya..sgt indah dan damai..
tapi kini...semuanya semakin hambar..tawar..
seolah semakin tidak punya rasa..
aku lemah dengan apa yang aku hadapi saban hari..
satu persatu ujian yg mghempap diri yg sgt kerdil ini..
sampai bila aku mampu bertahan?
aku pun tak pasti..
hanya menunggu masa...
untuk aku benar2 pulih atau sebaliknya.
tiada daya dan upayaku utk melakukan ketaatan dan menolak penderhakaan
kecuali dengan izin dan pertolongan daripada Allah..
benarkah ujian itu melemahkan kita?
atau ujian itu untuk menguatkan?
bagi aku ujian itu sangat berat utk dipikul..
apalagi utk di tanggung sendiri..
diri ini akui sgt lemah..lemah bila di uji berkali-kali..
kadang kalah jua pada diri yg memberontak mahukan kebebasan
mahu bebas? dari apa?
daripada syariat Nya? ingat...kita hidup ber Tuhan..
jangan lari dari realiti...berpijak pada bumi yg nyata.
kita hanya hamba..yg sentiasa menagih kasih dariNya.
andai menjauh dari Dia, yang rugi tetap kita.
masih mahu berdegil utk terus berdosa?
jangan nanti sampai sudah tidak terasa Tuhan itu ada.
ujian yg berulang. walau menyakitkan tapi benar menguatkan.
tak percaya? kamu akan rasa bila benar ia menimpamu.
bagaimana ujian itu mnguatkan kita?
bila ujian2 lain yg mendatang kamu akan hadapi dgn lebih tenang.
saat tu terasa seolah ujian itu perkara biasa walau bagi org lain ia sgt la tak biasa.
itulah penangan ujian dari Dia Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.
bukan saja2 Dia uji kita tau tak?
hanya mahu mengukur tahap kesungguhan kita dlm mujahadah
redha atau pasrah?
dua perkara yg berbeza tapi sering dilihat seiring
jangan hanya pasrah dgn apa yg berlaku
cari lah redha itu
redha pada ujian yg di beri.
susah kan?
ya..memang sgt susah.
sebab...sebab..sebab...
bukan senang utk menjadi org yg redha pada Allah dan Allah juga redha padanya.
mereka itulah org2 yg disediakn syurga yg mengalir sungai2 dibawahnya
mereka kekal di dalamnya..
dan...
itulah kemenangan yg agung.

jika benar mahu menang di sana...
jangan terus mengalah di sini...

ingat..
masa kita di sini tidak lama.
dan bukan selamanya kekal utk kita berseronok saja.
di sana segala yg indah menanti kita..
bagi kita yg selayaknya berada di sana.

siapakah kita?


aku hanya berpuisi.
dari hati pada hati.
yang mahu mengerti.



 

2 comments:

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...