Friday, August 23, 2013

sunnah orang berjuang - hijjaz

Munsyid : Hijjaz
 

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara memburu cinta
Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

*Chorus
Malamnya bagai rahib merintis sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana...atau syurga




Sunday, August 18, 2013

[Kempen R4BIA]

[Kempen R4BIA]

4 jari bermakna empat/"Rabiah" dalam bahasa arab. Memberi isyarat/makna "Dataran Rabiah" dimana para muslimin telah protest terhadap coup yang dilaksanakan oleh junta di Mesir.

Ia adalah simbol kebebasan & keadilan sempena menghargai para syuhada' telah syahid mempertahankan kebebasan, keadilan & keabsahan undang-undang.

Ya Allah, lindungi lah saudara kami di Mesir!

‪#‎MesirKini‬ ‪#‎Pray4Egypt‬
 
 





sumbangan untuk mesir


hulurkanlah tangan
ringankanlah beban

demi islam

saya dan poligami - ustad zaharuddin AR

salam..selamat membaca...sy just kopipes dari Fb je ni sebagai bacaan saya..memang sejak awal hijrah saya lagi ustad zaharuddin dan isteri pertama adalah figure yg mahu sy contohi..alhamdulillah Allah permudahkan urusan ustad dlm poligami..moga segalanya yg terbaik utk ustad n keluarga.. amiin..
.................................................................

 
Saya & Poligami ( Mesti Baca Hingga Habis Sebelum Komen)


Ummu Habibah r.a (salah seorang isteri nabi s.a.w) pernah berdoa meminta dikurniakan suatu nikmat dunia hasil dari perkahwinannya dengan Rasulullah s.a.w. Namun nabi menasihatinya dengan kata baginda

قَدْ سَأَلْت اللَّه عَزَّ وَجَلَّ لِآجَالٍ مَضْرُوبَة , وَأَيَّام مَعْدُودَة , وَأَرْزَاق مَقْسُومَة , وَلَنْ يُعَجِّل شَيْئًا قَبْل حِلّه , أَوْ يُؤَخِّر شَيْئًا عَنْ حِلّه , وَلَوْ كُنْت سَأَلْت اللَّه أَنْ يُعِيذك مِنْ عَذَاب فِي النَّار , أَوْ عَذَاب فِي الْقَبْر كَانَ خَيْرًا وَأَفْضَل

Ertinya: Engkau telah meminta dari Allah tentang ajal maut yang telah ditentukan, hari-hari kita yang telah dihitungkan, rezeki-rezeki yang telah Allah bahagikan, dan pasti tiada diawalkan sesuatu dari masanya, atau dilewatkan dari masanya.....(Sahih Muslim)


Justeru,

1. Perkahwinan adalah dalam rezeki dan ketentuan Allah yang pasti sampai bila tiba masanya.

2. Rezeki isteri sedia ada dan yang baru menjadi isteri juga adalah ketetapan Allah swt. Tiadalah patut poligami dianggap penyebab hak dan rezeki isteri sedia ada dirampas. Menurut hadis sohih, masing-masing tidak boleh merampas hak dan rezeki khususnya apabila ia dilaksanakan mengikut neraca, prosedur dan tatacara hukum Shariah.

3. Perkahwinan ini hanya berkait dengan tiga keluarga terdekat bagi mereka (suami, isteri sedia ada dan yang baru). Justeru, jika kalian tidak termasuk dalamnya, seeloknya doakan sahaja pasangan ini atau kamu mengulas sesuatu yang di luar urusanmu yang menjadi sebab menjadi muslim yang buruk akhlak (berdasarkan kepada hadis من حسن إسلام المرء تركه ما لا يعنيه)

4. Tiada perlu membuat dosa umpatan, sangka buruk, spekulasi sebab atau bertanya cara kenal, umur, latar belakang pasangan, sebab, jumlah mas kahwin atau apa jua. Kerana ia bukanlah urusan yang mampu kalian ketahui dengan perincian yang tepat lagi sohih. Rumahtangga orang lain yang terbina jangan pula menjadi sebab susahnya fikiran kalian atau lebih bahaya, penambah dosa.

5. Maka apa jua sebab dan alasan, jika kalian membencinya, kalian turut membenci ketetapan Allah ke atas seorang hamba Allah yang berkahwin secara halal lagi menurut tatatertibnya.

6. Jika kalian ingin tahu, prosedur ringkas poligami yang SAYA turuti adalah :


a. Istikharah dan doa istikharah di Mekah dan Madinah serta tanahair beberapa bulan. Keputusan saya khususnya bukan hanya dari logik dan aqal tetapi ilham dan kemudahan dari Ilahi.

b. Sentiasa Istisharah (berbincang) dengan isteri sedia ada dan menyakinkan beliau akan manfaat dunia akhirat dari perkahwinan kedua yang dirancang buat kesemua kami yang terlibat.

c. Meminang bakal isteri kedua dengan kehadiran isteri sedia ada yang bersama-sama menjelas dan menerangkan hatta bebas mencadangkan tarikh pernikahan.

d. Mendapat restu dan redha bakal mertua dan keluarganya.

e. Memaklumkan kepada mertua sekarang dengan jelas serta terang lalu mendapat restu dan redha mereka.

f. Memaklumkan dan menjelaskan kepada anak-anak (2 dalam usia remaja dan 2 dalam usia kanak-kanak) akan tujuan berkahwin buat kali kedua sebagai langkah awal untuk memahamkan mereka tentang poligami yang baik menurut syarak.

g. Memulakan proses undang-undang, iaitu perlu memohon izin dari Mahkamah Syariah (di negeri masing-masing). Hakim akan meneliti semua sebab musabbab serta kedudukan kewangan pemohon. Permohonan saya telah DILULUSKAN Mahkamah Tinggi Shariah Selangor. Nasihat saya, jadikan bernikah di Thailand sebagai pilihan terakhir setelah semua proses tanahair disekat secara salah atau tidak adil atau terlalu menyusahkan.

h. Menetapkan perincian nafqah, giliran dan pembahagian harta sepencarian bagi isteri sedia ada. Juga bagi anak-anak sedia ada. Ini penting agar kedudukan dan jasa isteri sedia ada terjaga serta keadilan material dan fizikal terjaga. Pembahagian ini TELAH diluluskan oleh mahkamah.

i. Bersabar dan menangani cemburu yang fitrah bagi wanita secara hikmah, sabar serta rasional. Ini perlu ilmu, tanpa ilmu kita tewas.

j. Bersikap kasih sayang, lembut serta konsisten dalam komunsikasi

k. Kemudian, bernikahlah secara terbuka dengan walimah serta jemputan.

l. Peka terhadap perasaan isteri-isteri serta meraikannya dan tambahkan kerohanianmu dan solatmu justeru bertambahlah sabarmu.


‘Say No’ kepada poligami rahsia dan dibuat secara sembrono. Bersabar hadapi cacian mereka yang cemburu di luar sana, kerana mereka hanya menambah pahalamu dan menempah tiket ke azab Allah. Bersabar juga dengan pujian yang merupakan ‘pembunuh senyap’ keikhlasan niatmu.


Kalau sebelum ini kita kagumi Rasulullah dan sifat sabarnya, bila berpoligami, pastilah bertambah fahamnya kita akan MAHA AGUNGNYA SIFAT SABAR baginda Nabi dan isteri-isterinya.


Baginda cemerlang di dalam rumah dan luar rumah. Fizikal dan spiritual.


Bantulah kami dengan mendoakan kami, itu jutaan kali lebih baik dari berspekulasi dan bersangka-sangka serta ‘terlebih mengambil berat’ dengan bertanya itu dan ini kepada isteri-isteriku yang dicintai.


Tiadalah bertambah mulia atau cela dengan poligami dan monogami. Pokoknya adalah bagaimana kamu menjalankannya.


Berhentilah dari hasrat ingin menghubungi isteri-isteri saya bagi menyampaikan rasa TIDAK PUAS HATI kalian atau cuba menyampaikan sangsi, 'racun amarah masing-masing' dan keraguan kalian. Tiada faedahnya dan perhatikanlah diri dan keluargamu, saya pula pasti bertanggungjawab atas keluarga saya. Insha Allah.


Bagi yang bujang, tidak perlu resah..tidak habis wanita solehah di luar sana..rezekimu akan sampai pada waktunya asalkan kamu bersedia dan soleh juga.


PADAMLAH gambar-gambar yang DISEBARKAN dan disensasikan TANPA izin kami. Inilah gambar yang kami rasakan sesuai dikongsi bersama masyarakat awam. Semoga catatan ringkas ini mampu menarik keberkatan buat kami dan kalian.


Akhir sekali, TIADA PERLU cemburu, dengki atau hasad dengan kami kerana BAHAGIA kalian BUKAN terletak pada URUSAN kami ATAU kucar kacirnya kami tetapi pada hati dan diri kalian sendiri. Janganlah mencari bahagia dengan PERKARA DOSA.


Dr. Zaharuddin Abd Rahman

6 Syawwal 1434
 

Friday, August 02, 2013

suara dari Medan Rabiatul Adawiyah T_T


Bunuhlah kami lagi dan lagi 
Minumlah darah kami yang berwarna-warni
Biarkan lautan darah menjadi taufan
Berkumpullah di Tahrir beramai-ramai

Halanglah suara kebenaran dari menyinar 
Kerana kau pengecut, ya, pengecut !
Kau fikir dengan membunuh kami bakal menyejukkan nerakamu 


Dan dustakan khabar (kematianku) pada keluarga kami

Sebarkanlah pada media ideologi-ideologimu 
Katakan pada semua, bahawa rakyat memilihmu
Bunuhlah keluargamu dan jiran-jiranmu 
Bunuhlah kami seperti yang dilakukan Mubarak

Hantarkanlah pesawat untuk menakut-nakutkan kami 
Ugutlah kami dengan surat-surat layang
Katakan kami bukan syahid andai kami mati 
Dan andai kami hidup engkau akan pedajalkan kami

Katakanlah kau datang untuk memijak kami 
Kamilah kambing yang bakal kau sembelih di hari raya nanti
Khianatilah kami dan gelarlah kami pengganas
Pisah-pisahkan kami dari teman-teman dan orang-orang kesayangan kami

Padamkanlah kewujudan kami dari realiti 
Makilah kami dan panggillah kami anjing
Kurunglah kami dan kuncilah pintu-pintu 
Tanpa dibicarakan tanpa dikeji sesiapa

Cepatlah! Bunuh aku dan minum darahku 
Yatimkan anak perempuanku dan sedihkan ibuku
Sembunyikan suaraku dan tutuplah mulutku 
Padamkan kewujudanku dan hancurkan pendapatku

Biarkan pelurumu tinggal di menetap di tubuhku 
Bunuhlah aku dan berehatlah dari kesedihanku
Tetapi cuba kau berfikir sejenak
Orang bijak sentiasa tertawa di penghujung cerita

Jangan sesekali kau fikir yang kau maha berkuasa
Akan kekal di dunia wahai si pengembara

- Suara dari Medan Rabiatul Adawiyah






Ramadhan : suatu ujian atau doa yang termakbul?

SubhanaAllah... SubhanaAllah... SubhanaAllah...

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Segala puji bagi Allah, Tuhan ku dan Tuhan mu...Tuhan Pencipta sekalian alam...
DariNya aku datang dan kepada Dia jua sebaik-baik tempat kembali..

Allahu Akbar.. Allahu Akbar... Allahu Akbar...

Segala puji dan syukur pada Allah Yang Maha Mendengar dan Mengurniakan..
Maha Pengampun..Maha Memakbulkan segala doa...
Dia yang Memberi Nikmat...Yang Memberi ujian sebagai tanda kasihsayangNya...

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...

tak mampu di taip apa yg di tegur Nya sepanjang Ramadhan ini...
terlalu banyak hikmah dan ibrah dari segalanya...
terasa seperti suatu ujian yg sgt berat..
tapi bila di renungkan difikir kembali, itu doaku sendiri..
Allahu rabbi.. perancangan Allah lah yg terbaik.. Allahu Akbar..  T_T

berdoalah dan yakinlah pada Tuhan mu..benar..Dia akan kabulkan...

aku pikir bukan di sini tempat aku ceritakan semua yg berlaku.
kerna aku sgt kuatir ia tidak dapat di fahami orang ramai.
biarlah ia menjadi rahsia aku dan Penciptaku..
yg aku tahu. Allah sgt dekat. lebih dekat dari diriku sendiri.. Allah.. T_T
cukup aku mendapat apa yg aku cari dalam Ramadhan kali ini..
Allah sudah memberi. walau aku tersgt berat utk meminta kerana malu.
moga Ramadhan seterusnya juga punyai memoir terindah utk aku selalu rindui..amiin.
memori 2010, 2011, 2012, 2013....tak sangka panjang umurku melalui 4 Ramadhan yg hebat.
yang tak pernah aku bayangkan dan fikirkan selama aku hidup aku akan miliki..


Ramadhan?
kesuntukan dan kekangan masa membuatku jauh dari laptop.
gelanggang realiti jauh lebih hebat cabaran dari gelanggang maya ciptaan khayalan.
apalagi untuk update status Fb setiap hari atau update blog seperti kebiasaan sbelumnya.
baru aku sedar dan mengerti akan "ada apa dengan Ramadhan?"
ujian, nikmat, rahmat, barokah, pengorbanan, redha, iman, taqwa, sabar, semangat, kesungguhan, jalan.
sungguh jalan-jalan itu terbentang luas bagi yang mahu melaluinya...


Lailatul Qadar?? 
utk memburunya mmg pasti, tapi tiada daya dan upayaku utk bertemunya
melainkan dengan keizinan daripada Allah semata..
berbuatlah kerana cintakan Rabb mu..
bukan hanya utk menagih ganjaran dan ampunan semata.

Fastabiqul Khairat?
berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan.
ya ia juga suatu kepastian dan kemestian. tetapi bagaimana?
kualitikanlah tiap amalmu walaupun sedikit..
Allah tidak melihatkan kuantiti, tetapi usaha dan kualiti ibadat tersebut..


Harapan Ramadhan?
moga ALLAH menerima segala amal dan memberkati segala ilmu yg dipelajari.
moga ALLAH ampunkan segala dosa yang disengajakan atau tidak disengajakan.
moga ALLAH tidak menggolongi aku dalam kalangan orang2 yg celaka dan rugi akibat tidak memperoleh taqwa dan pengampunan setelah Ramadhan melepasinya sedang aku melalui sebulan penuh bulan mulia ini.
dan moga ALLAH menyintaiku sepertimana cintaNya pada org2 yg soleh/ah dan para kekasihNya..amiin.


apalagi yang aku harapkan selain dari perhatian dan pemeliharaan daripada Allah..
Allah Tuhan ku.. Cinta Agungku...
ini doaku selamanya.

Engkau sgt baik Ya Rahman.. :')

aku malu.

T_T

"When we pray, Allah hears more than we say, answers more than we ask, gives more than we imagine, in His own time..and His own ways."


p/s: insyaAllah akan dikongsi aktiviti2 sepanjang ramadhan 2013, jika diizinkan Allah..amiin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...