Monday, May 20, 2013

ORANG GILA?? kisah ni mmg basah T_T

 
Ku Sangka Orang Gila

 ......26 May 2011.....
 
 
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)
 
 
p/s; siyes nangis terus baca ni...teringat pakcik aku pnah jumpa dulu.. T_T



HIDAYAH - Calvin Thoo memeluk agama Islam

 

SubhanaAllah. Alhamdulillah. Allahu Akbar! =')

http://sphotos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/946335_547536195289411_1664553169_n.jpg

Alhamdulillah… Pereka fesyen terkenal Calvin Thoo memeluk agama Islam…Turut dijemput bersama Ustaz Dato Ismail Kamus, Dato Dr Asri dan Yb Us Solihin Mokhyi.. Calvin Thoo menyatakan beliau memilih Islam di saat mimpi dan bermimpi bersyahadah..Subhan’Allah




~sungguh HIDAYAH itu milik ALLAH~

sedih...Allah sgt baik..
...ALLAH...
T_T




Wednesday, May 15, 2013

Hari Nakbah | 15 Mei 1948


Memperingati Hari Nakbah | 15 Mei 1948

65 tahun yang lalu lebih daripada 700,000 rakyat Palestin kehilangan tempat tinggal dan harta benda, ladang pertanian dan perniagaan mereka.

Pengganas Israel telah menghalau rakyat Palestin keluar dari tempat tinggal mereka dan pendatang-pendatang Yahudi diarak masuk terus ke rumah-rumah milik rakyat Palestin.

65 tahun telah berlalu, sehingga ke saat ini rakyat Palestin tidak pernah berputus asa dalam perjuangan mempertahankan tanah suci milik umat Islam.

Ayuh rakyat Malaysia sama-sama memperkasa Ummah dan membebaskan Al-Aqsa.

Sesungguhnya kemenangan semakin hampir. Kita pasti akan bersujud di dalam Masjidil Aqsa secara mulia kelak!

-AKA-



Tuesday, May 14, 2013

2 PENINJU PALING HEBAT DUNIA TERIMA ISLAM SEBAGAI AGAMANYA

COPYPASTE DRPD SHBT FB.
UCAPKAN ALHAMDULILLAH

Pengakhirnya kita ini manusia yg lemah...pilihan ada di tangan kita!!!
2 PENINJU PALING HEBAT DLM SEJARAH DUNIA MENERIMA ISLAM SEBAGAI AGAMANYA

Siapa tak kenal mereka. Keduanya adalah bekas juara tinju dunia. Tiada manusia yg lebih hebat dari sejarah yg dicipta oleh kedua dua peninju ini. Kini mereka sudah tiada kekuatan lagi utk menumbangkan lawan. Cuba tanya apa yg mereka tak perolehi? Populariti, kekayaan dan sebagainya sudah mereka perolehi. Mereka tidak hairan lagi dgn semua itu.

Kini keduanya mengkaji tentang kekuasaan Allah. Mereka akur manusia tiada apa-apa. Pengakhirnya manusia akan menjadi semakin lemah dan lemah sebelum di tanam ke dlm bumi. Maka jgn lah kita sombong dgn apa yg kita ada. Muhammad Ali dan Mike Tyson memilih Islam sebagai agama utk dianuti dimana agama ini byk menginsafkan mereka tentang siapa diri kita yg sebenarnya. Hebat mana kita di muka bumi Allah ini jika dibandingkan dgnNya???

Kedua peninju ini telah memilih Islam. Begitulah sahabat sekalian dgn diri kita walaupun sudah dilahirkan dlm Islam...hidup ini adalah pilihan nak berubah atau tak nak berubah. Nak solat atau tak nak solat. Nak jadi baik atau nak jadi jahat. Nak taat pada Allah atau nak ingkar pada Allah. Nak tutup aurat atau nak dedah aurat.

Sesungguhnya buat la pilihan yg mendatang kebaikan di dunia dan di akhirat..
Dan sesungguhnya setiap kebaikan itu akn mendapat pahala daripada Allah SWT dan sebaliknya setiap kejahatan itu mendapat dosa dari Allah jadi sekarang buatlah pilihan
nak pahala atau nak dosa....Insyallah mudah mudahan kita pujuk hati kita utk menerima apa yg disuruh oleh Allah. Jika Mike Tyson dan Muhammad Ali boleh, kenapa bukan kita...:)

UCAPKAN ALHAMDULILLAH
Pengakhirnya kita ini manusia yg lemah...pilihan ada di tangan kita!!!

2 PENINJU PALING HEBAT DLM SEJARAH DUNIA MENERIMA ISLAM SEBAGAI AGAMANYA

Siapa tak kenal mereka. Keduanya adalah bekas juara tinju dunia. Tiada manusia yg lebih hebat dari sejarah yg dicipta oleh kedua dua peninju ini. Kini mereka sudah tiada kekuatan lagi utk menumbangkan lawan. Cuba tanya apa yg mereka tak perolehi? Populariti, kekayaan dan sebagainya sudah mereka perolehi. Mereka tidak hairan lagi dgn semua itu.

Kini keduanya mengkaji tentang kekuasaan Allah. Mereka akur manusia tiada apa-apa. Pengakhirnya manusia akan menjadi semakin lemah dan lemah sebelum di tanam ke dlm bumi. Maka jgn lah kita sombong dgn apa yg kita ada. Muhammad Ali dan Mike Tyson memilih Islam sebagai agama utk dianuti dimana agama ini byk menginsafkan mereka tentang siapa diri kita yg sebenarnya. Hebat mana kita di muka bumi Allah ini jika dibandingkan dgnNya???

Kedua peninju ini telah memilih Islam. Begitulah sahabat sekalian dgn diri kita walaupun sudah dilahirkan dlm Islam...hidup ini adalah pilihan nak berubah atau tak nak berubah. Nak solat atau tak nak solat. Nak jadi baik atau nak jadi jahat. Nak taat pada Allah atau nak ingkar pada Allah. Nak tutup aurat atau nak dedah aurat.

Sesungguhnya buat la pilihan yg mendatang kebaikan di dunia dan di akhirat..
Dan sesungguhnya setiap kebaikan itu akn mendapat pahala daripada Allah SWT dan sebaliknya setiap kejahatan itu mendapat dosa dari Allah jadi sekarang buatlah pilihan
nak pahala atau nak dosa....Insyallah mudah mudahan kita pujuk hati kita utk menerima apa yg disuruh oleh Allah. Jika Mike Tyson dan Muhammad Ali boleh, kenapa bukan kita...:)



P/S; aku sgt hepi tgk muallaf.. suker,..sgt..Allah Maha Pengasih Maha Penyayang.. =')

Thursday, May 09, 2013

805 BLACKOUT !! SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT !



12 hours ago

Harga sebuah kesusahan yang terpaksa dibayar oleh rakyat demi mencari erti keadilan dan transformasi....hujan....jalan jem...bukan lagi alasan untuk berpeluk tubuh menikmati hari-hari yang mendatang yang penuh dengan kezaliman dan kekenyangan sang penguasa yang bobrok !


 

 [BLACK WEDNESDAY] - STADIUM KELANA JAYA


Gambar cantik dipetik dari The Malaysian Insider 
best dapat join ni dengan akhowat ramai2 ngan naqibah sekali..alhamdulillah 
terharu sbb dapat sama2 turun sbb biasanya kalau bkaitan politik ni ana pegi ngan member lain..
tapi yg kali ni syukur sgt sbb mereka pun pegi jugak..alhamdulillah..
takde apa2 yg buruk berlaku..sedih sgt tgk smua rakyat turun penuhi stadium..sampai tak muat n ade yg duduk luar stadium n di jalan2 semata2 utk menolak penipuan dalam pru-13 n menentang kezaliman pemerintah..2 3 jam jugak la tsekat di jalan..hehehe


DAN INI PULA GAMBAR DI TERENGGANU..
di anggarkan lebih kurg 20 000 yg hadir beri sokongan utk Tuan Guru Haji HAdi..

(Orang ramai penuh sesak dari jalan raya hinggalah ke pentas yang terletak di Dewan Terbuka Tok Guru nun di dalam sana)

DAN NI SOKONGAN DARI PELAJAR JORDAN
 Mahasiswa berkumpul nyatakan kebersamaan dengan kebangkitan rakyat. -Jahar

  
JANGAN LEPASKAN PELUANG UTK TURUN BERSAMA LAGI !!
JUMAAT (esok)- di SPR PUTRAJAYA
 

SABTU- di PENANG

#Share!

Location: Stadium MPSP, Jalan Betek, P. Pinang 
Map: http://goo.gl/maps/KQ9kH


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Kepada yg hadir di Stadium MPSP JALAN BETEK, berhati2 kpd provokasi diluar stadium... Kemungkinan ada drama melayu dipukul cina atau cina dipukul melayu. Kemungkinan besar ada pihak yg x bertanggungjawab akan mulakan pergaduhan terancang.

Rakyat menolak provokasi melibatkan perkauman x kira dari parti mana sekalipun. Jika terlihat apa2 yg mencurigakan, sila segera laporkan kpd pihak keselamatan.

Buktikan pada BN kita dalam PR menolak rasis perkauman!!

Harap maklum..

DAN SAYA ANTI ORANG2 YANG RACIST! 

Photo
 semalam...orang cina yang bagi ruang tuk saya jalan..
orang cina yang bagi tempat utk saya duduk..
orang cina yang bagi ruang tuk saya masuk ke stadium..
orang cina yang sekat kereta2 untuk saya lintas jalan..
dan mereka senyum melihat saya yg mcm ninja ni..
xde pun pndg sy pelik mcm bgsa sy sendiri buat.. jadi bangga kah dgn BANGSA???

Rasulullah saw sendiri tak pernah perjuangkan bangsa... sedih la tgk paper2 sehari dua ni..
dah terdesak sangat agaknya mereka..
dan bila saya tgk gmba yg di share oleh rakan fesbuk...
automatik airmata saya mengalir..sy sedih pikir kalau sy di tempat mereka.. 
bila di maki hamun di negara sendiri. T_T

 NAK REDHA JE DGN PENIPUAN YG BERLAKU??/
mungkin sy di antara rakyat2 yg terkecuali.. 
nah..amik ni baca..sy suke pendpt ustad zaharudin..n dr hafidzi mohd noor.. 

Photo: Jangan redha dengan penipuan walaupun sesama Islam!! 

Hafidzi Mohd Noor's status.
Jangan sekali tidak peduli kepada kezaliman kerana ia tidak mengenai diri kita, keluarga kita atau lingkungan kita. Kerana kezaliman itu adalah ibarat penyakit yang berjangkit. Ia bolih merebak dan bolih menimpa sesiapa sahaja. Sesiapa yang tidak peduli pada kezaliman lambat laun kezaliman itu akan tetap menjengah kita. Ketika kita ditimpa atau disentuh oleh kezaliman itu ia sudah terlambat kerana ia sudah merata dan sudah menjadi wabak yang sukar untuk dibendung. Jadi jangan pentingkan diri sendiri. Asal tidak mengenai batang hidung sendiri atau sanak saudara sendiri, kita buat alpa. Kita biarkan kezaliman berleluasa sehingga bila kita menjadi mangsanya barulah kita tersedar ibarat 'sudah terantuk baru tengadah'.

Ini bagi mereka yang tidak peduli atau alpa dengan kezaliman. Bagaimana pula dengan mereka yang redha bahkan mendokong kezaliman itu?

aku tetap bersama IKRAM & PAS! -kenyataan PRU-13

Pasca PRU-13: Kenyataan Media IKRAM

by Pertubuhan IKRAM Malaysia (Notes) on Tuesday, May 7, 2013 at 2:33pm



Kelmarin, Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) telah selesai dilaksanakan.

IKRAM merakamkan ucapan tahniah kepada semua pengundi Malaysia yang telah keluar menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan aman. Dengan peratusan keluar mengundi lebih 80%, yang tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah PRU di negara ini, kesedaran politik rakyat Malaysia tentunya sudah mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Mereka sudah faham apakah itu erti kuasa rakyat.

Walaubagaimana pun, IKRAM mengambil perhatian berat terhadap kemungkinan berlakunya proses pengundian meragukan, malahan bertentangan dengan undang-undang sehingga menjadikan PRU-13 dilihat bukannya satu proses demokrasi yang bebas dan adil. IKRAM mengambil maklum perihal beberapa isu seperti publisiti media yang berat sebelah, masalah dakwat kekal yang mudah dibasuh, proses pengundian yang meragukan serta pengundian awal dan pengundian pos yang tidak telus dan boleh dimanipulasi oleh pihak berkepentingan.

Ketelusan institusi yang bertanggungjawab khususnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi tanda tanya, diragui serta dicemari. IKRAM mempersoalkan kesahihan keputusan yang telah dimaklumkan. IKRAM menuntut SPR memberi penjelasan kepada setiap isu keraguan yang ditimbulkan sebelum ia dapat diterima sewajarnya.

IKRAM menggesa Pakatan Rakyat memilih pendekatan aman, melalui tindakan undang-undang atau perhimpunan aman.

Pengalaman PRU13 ini menguatkan lagi tekad IKRAM untuk terus memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil.

Jangan sesekali memandang kecil kuasa dan pengaruh rakyat jelata Malaysia!

Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

Friday, May 03, 2013

Gambar : Munajat Rakyat Kelantan Sempena PRU 13











Munajat rakyat Kelantan bagi menghadapi PRU 13 yang diadakan di Stadium Sultan Muhammad IV bermula jam 3.00 pagi ~ Tinta Hijau DKB


 sedih xdpt join pg tadi..huk2...
Allahu rabbi..alangkah indahnya jika terus kekal begini..
n lebih baik lagi..
amin..insyaAllah...



puisi sayu : perjuangan, harapan & kemenangan T_T

di daerah tahajud ini
aku mahu berpuisi lagi
tentang harapan ini
demi perjuangan sejati
pada siapa harus ditangisi
hanya Dia Yang Maha Memberi
apa yang mampu ku tadahi
mohon kurniaan Mu YA Rabbi

puisi syairku dilakar dari hati
airmata sayu membasahi pipi
tiada siapa peduli tapi Dia memahami
kuatkan diriku demi agama yg suci..

Kau Maha Tahu..Kau Maha Mengerti
akan diri ini yg cuba tuk berani
perkenankanlah doaku ini Ya Ilahi
aku mahu berjuang hingga jasadku dimamah bumi..

kami berkumpul bermunajat pada Mu
demi sebuah kemenangan yg semakin menuju pada MU
tiadalah keburukan dan kemusnahan menjadi impianku
hanya mengharapkan kemenangan Islam,agama Mu wahai Tuhan yang ku rindu..

dunia semakin haru, manusia semakin keliru
Engkau saja tempat kami mengadu
andai bumi ini terus di tangan penipu dan pejuang palsu
tiada daya kami kecuali dengan kekuasaan dan pertolongan dari Mu...

airmataku ini untuk kemenangan perjuanganku
walau dunia tidak digapai mampu
kejayaan di akhirat yang di tunggu-tunggu
biar kami bersungguh-sungguh untuk itu...

saat agama dan hamba Mu ditindas aku jadi buntu
aku melihat agama Mu dan umat kekasih Mu seolah diburu
hanya pergantungan pada Mu sumber kami bersatu
jadikanlah kami ansorullah..penolong2 agama Mu..

bila hukum syariat milik mutlak Mu dipersendakan
semangat berjuang makin membara dalam jiwaku
andai semua amanah Mu di anggap hanya permainan
pada siapa lagi tempat kami berseru? Allahu Rabbi..KAu Tuhanku... T_T

boleh jadi aku insan yg sangat lemah
boleh jadi aku hamba yg mampu mnggegar dunia
boleh jadi aku tersungkur tiada daya
dan boleh jadi aku berjuang sepenuh tenaga
maka siapapun aku..aku tetap mahu menjadi hamba Nya..
ya..hamba..yang benar-benar hamba..

Allahu Rabbi...
bagaimana mungkin aku tidur lena di saat ini
di kala sahabat2 perjuanganku sedang asyik bermunajat padaMu..
walau aku tak dapat bersama mereka detik ini
izinkan aku bersama mereka di dalam doa dan tangis kerana Mu..

indah sekali rasanya
bila kulelapkan mata ini
dan sedar ku dalam kemenangan Islam
bukan hanya di sini...tapi di muka bumi...
apa nilai tangis ini jika bukan kerana Pencipta diri?
apa nilai perjuangan ini jika bukan kerana pertemuan abadi?
di sana nanti..teringin diri disambut dgn salam..
salam penghormatan n kasihsayang dari Nya..
Allah Ta'ala Tuhan ku dan Tuhan sekalian alam..
aku mahu bertemu dgn MU dalam bahagia..
maka izinkan aku terus berjuang utk kemenangan agamaMu..
walau Kau tak pernah perlukan aku utk itu... T_T

Allah Cinta Agungku...
selamanya akan kekal begitu...





Wednesday, May 01, 2013

seakan mimpiku...PULANG TIKA WALIMAH~

assalamualaikum..wrt wbt..
juz nak share satu cerita sedih..n memberi inspirasi pada diri..
pernah juga mimpi macam ni..seakan-akan begini...
sedih campur gembira...
selamat membaca..
sila sediakan tisu..bagi yg hati tisu tu..huhuu
k SAS----Semoga Allah Sayang.. T_T


dan ini kisah benar...


PENGANTIN KEMBALI KE RAHMATULLAH DI SAAT SUJUD...

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “

Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “
Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!!


Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

ps: Buat adik-adik bakal pengantin, walau sehebat mana sekalipun majlis perkahwinan anda, walau secantik mana sekalipun dandanan anda, jangan tingal Solat apabila tiba waktunya...

Biarlah kita tidak hebat dan tidak cantik dimata manusia tapi hebat dan cantik disisi Allah...




cukuplah Allah untuk ku...hidup matiku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...