salam...
ini sambungan daripada entri bertajuk 'islam dan tidur'... kerna lazimnya tidur dan mimpi xdapat dipisahkan..
sekadar untuk berkongsi ilmu tntang mimpi mngikut hadis2 yg shahih n ayat2 Al-Quran yg mulia..
1)mimpi yg berasal daripada syaitan - ini adalah mimpi buruk
2)mimpi yg berasal daripada Allah - ini adlh berita gembira dan bernilai baik
3)mimpi yg dihasilkan dari jiwa manusia sendiri - mimpi jenis ini adalah neutral dan tidak bernilai baik atau buruk.
1) mimpi yang berasal daripada Allah - mengajak kepada kebaikan
2) mimpi berasal daripada syaitan - mengajak kepada maksiat dan kesesatan
ia adalah wahyu yang di berikan kepada para nabi ataupun ilham yg diberikan kepada orang-orang yg soleh.
ini sambungan daripada entri bertajuk 'islam dan tidur'... kerna lazimnya tidur dan mimpi xdapat dipisahkan..
sekadar untuk berkongsi ilmu tntang mimpi mngikut hadis2 yg shahih n ayat2 Al-Quran yg mulia..
tiga jenis mimpi :
2)mimpi yg berasal daripada Allah - ini adlh berita gembira dan bernilai baik
3)mimpi yg dihasilkan dari jiwa manusia sendiri - mimpi jenis ini adalah neutral dan tidak bernilai baik atau buruk.
"mimpi mukmin itu adalah 1 per 46 bahagian daripada kenabian"
[HR Bukhari & Muslim]
walaubagaimanapun, itu tidak bermaksud semua manusia muslim akan mngalami mimpi yg tersebut dlm hadis yg direkodkan drpd Bukhari dan Muslim spt di atas...kerana bukan semua muslim = mukmin. muslim adalah orang Islam secara keseluruhan termasuk yg fasiq tetapi mukmin adalah org Islam(muslim) yang beriman.
"mimpi itu ada tiga, mimpi benar yg berisi berita gembira daripada Allah, mimpi daripada syaitan dan mimpi yg dicipta oleh manusia sendiri. apabila salah seorang daripada kamu melihat perkara yang dibenci dalam mimpinya, bangun dan bersolatlah. jangan menceritakan perihal mimpi itu kepada orang lain."
[HR Asy-Syyaikhani]
.....................................................................
mimpi daripada Allah atau mimpi daripada syaitan??
"apabila salah seorang daripada kamu melihat mimpi yang dia sukai, mimpi itu berasal daripada Allah. pujilah Allah dan ceritakan isi mimpi itu. Apabila dia melihat mimpi lain yang dibencinya, mimpi itu berasal daripada syaitan. oleh itu berlindung kepada Allah daripada kejahatan syaitan. Jangan menceritankannya kepada sesiapa pun kerana mimpi itu tidak mencelakakan."
[HR Bukhari]
direkodkan dari Abu Qatadah, Rasulullah berkata:
"ada mimpi yang datang daripada Allah dan ada yang datang daripada syaitan. Apabila salah seorang daripada kamu mengalami mimpi yang tidak menyenangkan, dia perlu meludah ke kiri sebanyak tiga kali dan memohon perlindungan kepada Allah daripada kejahatan. Mimpi itu tidak akan membahayakannya."
2) mimpi berasal daripada syaitan - mengajak kepada maksiat dan kesesatan
.....................................................................................................
mimpi bertemu Rasulullah ??
Rasulullah bersabda seperti yg direkodkan bukhari :
"orang yang bermimpi bertemu denganku dalam tidur, adalah benar dia bermimpi bertemu denganku. Syaitan tidak dapat membayangkan ataupun menyerupai aku. Mimpi orang mukmin itu adalah sebahagian daripada 46 bahagian kenabian."
"orang yang pernah melihatku dalam mimpinya, itu bermakna dia benar-benar melihatku. syaitan tidak dapat menjelma dengan rupaku."
[HR Bukhari, Muslim, Tirmizi, Abu Daud, Ibnu Majah & Ahmad]
apabila seseorang bermimpi berjumpa dengan nabi dan nabi berpesan kepadanya supaya melakukan ataupun meninggalkan sesuatu, si pemimpi perlu menurut arahan it. kewajipan di sini bermaksud, wajib hnya utk org yg mdapat mimpi tsebut. orang yg bermimpi bertemu nabi memang benar-benar bertemu dengan nabi di dlam mimpinya kerna syaitan tidak dapat mnyerupai nabi. Nilainya adalah sama dengan karamah atau keistimewaan yg dimiliki oleh para wali. Hanya org yang hatinya bersih dan suci dapat bermimpi berjumpa dgn nabi...mimpi itu menandakan kejayaan bagi si pemimpi...Wallahu'alam..
..........................................................................................................
mimpi benar
Al-Qatadah merekodkan :
"mimpi yang benar (ru'ya) berasal daripada Allah, sedangkan mimpi buruk (hilm) berasal daripada syaitan. Orang yang melihat sesuatu yang dibencinya, dia perlu menghembuskan nafas ke kiri sebanyak tiga kali dan berlindung kepada Allah. sesungguhnya mimpi itu tidak membahayakannya."
mimpi benar (al-ru'ya al-sadiqah) adalah tanda awal kenabian Nabi Muhammad.
Aisyah berkata,
"Wahyu pertama Rasulullah adalah mimpi benar dalam tidur. Nabi tidak melihat suatu mimpi kecuali mimpi itu datang seperti waktu subuh."
direkodkan daripada Aisyah, beliau berkata :
"permulaan wahyu Rasulullah berlaku dalam bentuk mimpi benar dalam tidur. Rasulullah mendapati mimpi itu hadir sebagaimana munculnya keheningan fajar subuh. ini menyebabkan nabi suka menyendiri. Rasulullah biasanya menyendiri di gua Hira'. Di sana, rasulullah menghabiskan beberapa malam dengan beribadah, mengabdikan diri kepada Allah sebelum pulang ke rumah. Bagi tujuan itu, rasulullah membawa sedikit bekal. selepas beberapa hari di sana, Rasulullah pulang kepada khadijah lalu mngambil bekal bagi beberapa malam lagi...."
keadaan ini terus berlaku sehingga Nabi Muhammad menerima wahyu ketika berada di gua hira'. wahyu itu di sampaikan oleh malaikat jibril as yg mnyuruhnya membaca dan mengajarkan surah pertama iaitu surah al-alaq, ayat 1-5..
menurut Ali bin Abi Thalib, perkara yang dilihat manusia ketika jiwa mereka berada di sisiNya di langit adalah mimpi benar. Sebaliknya, mimpi yang muncul selepas jiwa dikembalikan ke tubuh adalah mimpi yg tidak benar. Ibnu Sina menyokong dan berpendapat, mimpi benar dialami apabila jiwa manusia bersentuhan dengan malaikat semasa tidur. Dalam keadaan itu, mimpi yang dialami di anggap sebagai wahyu bagi para nabi dan ilham bagi manusia biasa. mimpi buruk pula berpunca daripada pengaruh perasaan fizikal. pandangan Ali bin Abi Thalib dan Ibnu Sina memberikan gambaran bhwa mimpi yang benar berlaku ketika roh manusia berada dalam genggaman Allah ataupun di bawah naungan malaikat. Sebaliknya mimpi buruk ataupun mimpi kalut berlaku apabila roh tidak lagi berada di bawah naungan Allah ataupun malaikatNya, tetapi kembali bersatu dengan tubuh fizikal.
................................................
mimpi Muslim adalah khabar gembira daripada Allah
daripada Anas, Rasulullah berkata :
"sesungguhnya risalah dan nubuwah itu itu sudah terputus. Tiada rasul dan nabi selepasku."Anas menjawab,"perkara itu membebankan manusia." Nabi kemudiannya berkata, "tetapi ada khabr gembira." Mereka bertanya,"ya Rasulullah, apakah khabar gembira itu?" Nabi membalas, "Mimpi seorang muslim.
daripada Ubadah bin Ash-Shamit, Rasulullah berkata:
"mimpi mukmin itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian."
"orang yg paling benar mimpinya antara kamu semua adalah orang yg paling benar bicaranya."
[HR Abu Daud & Tarmizi]
dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda :
"apabila kiamat semakin dekat, mimpi orang mukmin menjadi hampir tidak dusta. mimpi salah seorang daripada kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yg paling jujur dalam berbicara. mimpi org muslim adalah satu antara 45 bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga jenis iaitu mimpi baik iaitu khabar gembira yang datang daripada Allah, mimpi sedih iaitu mimpi yg dtg daripada syaitan dan kemudian mimpi yg datang daripada bisikan diri sendiri. Apabila salah seorang drpd kamu bermimpi yg tidak menyenangkan, dia perlu bangun daripada tidur, mengerjakan solat, dan tidak menceritakan mimpi itu kepada manusia."
"mimpi mukmin itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian."
"orang yg paling benar mimpinya antara kamu semua adalah orang yg paling benar bicaranya."
[HR Abu Daud & Tarmizi]
dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda :
"apabila kiamat semakin dekat, mimpi orang mukmin menjadi hampir tidak dusta. mimpi salah seorang daripada kamu yang paling dekat dengan kebenaran adalah mimpi orang yg paling jujur dalam berbicara. mimpi org muslim adalah satu antara 45 bahagian kenabian. Mimpi itu sendiri terbahagi kepada tiga jenis iaitu mimpi baik iaitu khabar gembira yang datang daripada Allah, mimpi sedih iaitu mimpi yg dtg daripada syaitan dan kemudian mimpi yg datang daripada bisikan diri sendiri. Apabila salah seorang drpd kamu bermimpi yg tidak menyenangkan, dia perlu bangun daripada tidur, mengerjakan solat, dan tidak menceritakan mimpi itu kepada manusia."
................................................
antara mimpi2 yg di alami para rasul
Nabi Ibrahim - perintah mnyembelih anaknya [ surah As-saffat : 102]
Nabi Yaakub - mimpi bkaitan perkara yg blaku dlm keluarganya, nasib anaknya Yusuf - [Yusuf :15]
Nabi Yusuf - mimpi bintang,matahari dan bulan tunduk padanya. [Yusuf :4]
- mimpi raja mesir yg di tafsir nabi Yusuf [surah yusuf :43, 47, 49]
- mimpi tahanan penjara yg di tafsir nabi yusuf [surah Yusuf: 41]
- ilmu tafsir mimpi [Yusuf : 101]
Nabi Muhammad - perang badar, perang uhud (hadis)
- isra' mikraj [al-Isra' :60]
- mimpi memasuki kota mekah [Al-Fath : 27]
................................................
ihtilam atau mimpi basah
Nabi tidak pernah mengalami ihtilam iaitu mimpi basah dalam tidurnya. sebenarnya, ihtilam adalah cerminan perilaku yg berunsur dosa dan maksiat. bagi Nabi, walaupun semasa tidur, hatinya tetap terjaga. Oleh itu, tidur juga menjadi cara bagi nabi menerima wahyu daripada Allah.
"sesungguhnya dua mataku terpejam namun hatiku tidak tidur"
[HR At-Tarmizi]
mimpi benar adalah perinsip asas wahyu. bagi orang yg biasa bermimpi benar, dia adalah orang yg sentiasa bercakap benar. mimpi adalah salah satu cara bagi mendapatkan hidayah daripada Allah. mereka yg mahukan mimpi benar mesti sentiasa jujur, makan makanan yg halal, memerhatikan perintah dan larangan Allah, tidur dalam keadaan suci sambil mengadap kiblat dan menyebut nama Allah sehingga mata terpejam..
................................................
Tafsir mimpi
pentafsiran mimpi hanya boleh di lakukan oleh mereka yang memperoleh hikmah Yusufiyah. orang yg mampu mentafsir mimpi di anggap sebagai org yg memiliki hikmah yusufiyah kerana mereka mewarisi ilmu yg di anugerahkan Allah kepada nabi Yusuf as, ataupun khayal haqiqi, iaitu imaginasi benar yg dilihat dlm mimpi.
imaginasi seperti ini hanya di miliki oleh ahli sufi yg mencapai darjat muhaqqiq sempurna dan orang yg dapat membezakan antara imaginasi benar atau imaginasi salah sperti para arif atau orang2 yang telah mencapai makam makrifat..
pentafsiran rahsia mimpi yg sebenarnya termasuk dalam dimensi mukasyafah iaitu dimensi yg sukar dijelaskan dengan menggunakan logik alam syahadah...pentafsiran mimpi itu adalah anugerah ilahi.. [Yusuf:101]
gambar langit Ilahi masa g expo chengho kt depan bazar tokguru kb..
nampak x apa yg saya nampak?
hehehehe =)
...................................................................................................................................
sekian saja perkongsian ilmu tentang mimpi daripada cahaya keharumanku.
moga kita semua dapat membezakan antara mimpi yg benar atau mimpi mainan syaitan..
hiduplah dgn meletakkan Allah di tempat yg plg tinggi...
nescaya Dia akan membawa kita ke jalanNya yg lurus dan membantu kita untuk membezakan perkara yg haq ataupun bathil...
"Dengan nama Allah aku hidup dan dengan nama Allah aku mati"
~Tuhan Cinta Agungku~
.................................................................................................................................
Kalau x salah, kat celah2 awan tu ada tulis nama Allah, kan?
ReplyDeletenaam ya ukhti.. =) sy pon tersedar lepas tgk2 balik gmbar g expo dlm kamera..
ReplyDelete