Tuesday, July 12, 2011

sangat jelas kan kebenaran ni?

sangat memberi erti pada cahayakeharumanku...

baca ni...hati terus jadi tenang...
semua mende rasa ringan...
tiada tempat bergantung lain selain pada Dia...
hanya Dia...
ya..
hanya Dia yg MEndengar n Memahami diri ni....
tidak dapat tidak untuk aku menerima kebenaran yg sgt jelas ni...



SURAH ASY-SYURA (AYAT 36-43)

bismillahirrahmanirrahimm...


[36]  Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada dari sisi ALLAH (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya.


[37]  dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang2 yang menjauhi dosa2 besar serta perbuatan2 yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yg tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.


[38]  dan jua (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang2 yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepadanya;


[39]  dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang2 yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan zalim, mereka hanya bertindak membela diri sepadan dan tidak melampaui batas.


[40]  dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang berlaku zalim.


[41]  dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.


[42]  sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang2 yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela dengan tiada sebarang alasan yang benar. mereka itulah orang2 yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


[43]  dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara2 yang dikehendaki di ambil berat (melakukannya).




sesungguhnya Kalam Allah adalah benar!

sangat jelas kan kebenarannya???

Allahu Akbar !!



2 comments:

  1. blur kejap bce nih... mmg lah.. tpi ape maksud di sebalik nih kak?

    ReplyDelete
  2. xde pape dik..huhu sbenarnye akak suker baca ayat2 ni..mmg akan beri akak ktenangan..and a part of tarbiyah diri akak..Allah sntiasa mngajar kita tuk bakhlak mulia..huu moga dipermudahkan..amin =)

    ReplyDelete

berkata benarlah walaupun pahit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...