Friday, July 22, 2011

jika kau benar sayang

segala puji hanya bagi Allah...
alhamdulillah..subhanallah..Allahu Akbar!


bagaimanakah agaknya keadaan teman2 dan shbat2ku semua..?

diri ini amat merindui kalian..
shbat2 di tadika n sekolah rendah..
tman2 di sekolah menengah juga di kem PLKN...
rumetz n kwn2 di matrik uia pj...
rumetz n studiomates di uiam gombak..
shbat2 dan akhwat2 VIM di uiam...
juga shbat2 di alam maya dan semua shbat2 yg btemu dgn takdirNya....
moga sihat2 semua..gemuk dgn pahala amalan2 yg ikhlas kernaNya...=))



bagaimana iman kalian di saat ini?

hmm..mmg xkan terjawab kerna keadaan iman diri sendiri sudah tiada daya tuk di sukat..
wallahualam..hanya pada Allah tempat memohon..agar segala amalan diterima baik olehNya..=))



teman2 dan shbat2 semua...

biarlah perhubungan n persahabatan yg terbina hanya kerna Allah Taala semata2..
jangan pernah tertipu dgn hubungan yg tanpa redhaNya...
dulu diri pernah melalui saat2 dimana persahabatan yg terjalin bukan kernaNya...
dimana kita sygkan shbat...tapi kita xmembantu shbat kita menggapai cintaNya..
malah di saat itu..kita biarkan diri kita hnyut bersama2 tanpa takutkan Ilah kita..Allah..
di saat itu..apa ertinya persahabatan jika kita bersama2 melkukan kemaksiatan pada Allah?
apa ertinya bersahabat jika kita x bersama2 ke arah kebaikan?
apa ertinya bersahabat jika kita bersama2 tutup mata n engkar perintah Allah?
apa ertinya bersahabat jika kita berbangga dgn dosa2 n maksiat yg dilakukan shbat kita?



itukah erti sahabat sebenar?
begitukah cara bersahabat kerna Allah??
begitukah cara bershabat yg di ajar Rasulullah?


jika kita benar sygkan shbat kita....
kenapa kita tayang gambar shbat kita yg dedahkan aurat?
kenapa kita tambahkan lagi dosa dia dgn dedahkan aib dia?
kita akan suka bila dia gembira bila kita buat begitu..
tapi...sedarkah kita apa kesannya pada kita di pdg mahsyar kelak?
memang dia akan tggung sendiri apa yg dia buat..
tapi kita sering lupa...
kita juga akan turut tanggung apa yg kita bantu dia buat..


adakah kelak kamu yg saling menyintai dgn persahaban kamu yg hebat akan saling menuding jari dan saling menyalahkan kelak di hadapan Allah?

adakah kita akan melontarkan hujah2 begini?
atau kamu yg akan mendengar n di persalahkan dgn ini??


"dulu dia xpernah tegur cara saya berpakaian"
"dulu dia xpernah suruh saya tutup aurat"
"dulu dia pon macam saya juga..dia yg ajar sy pakai baju seksi2"
"dia yg ajar sy kapel n lepak2 ngan lelaki"
"dia cakap sy cantik kalau make up mcm tu jadi sy bersolekla"
"dia yg tolong make upkan sy tiapx sy kuar dating"
"dia selalu ajak sy keluar dating n teman dia jumpa laki"
"dia xpernah pon halang sy buat mende x elok"
"dia yg mula2 ajak sy tgk wayang"
"dia yg bagi sy pinjam baju2 dia yg xtutup aurat tu"
"dia kata sy nampak kolot kalau pakai baju tutup aurat..jadi sy pakaila bju2 ikut trend''
"dia yg ajar sy pakai high heels n selendang..barula uptodate! "
"dia rumet sy tapi dia xpernah ajak sy solat"
"dia yg bagi cerita2 drama2 or movie2 pd sy..jadi sy tgk la"


byk lagi tuduhan2 yg akan di ajukan pada kita kelak...
adakah kita pasti kita terselamat daripada semua ni ??
yakin???

jika benar kau sayang...
hujah2 di atas XKAN PERNAH KELUAR DARI MULUTMU..
tuduhan2 itu xkan pernah terungkap dari mulut seorg SAHABAT SEBENAR
Jika benar kita sayang...
kita xkan biarkan semua tu berlaku..
kita akan cuba menyelamatkan shbat2 kita dgn apa cara sekalipun..
kerna apa??
kerna kita menyintai mereka..
kerna kita mnyayangi mereka..
tapi...
kita sayang sahabat kita kerna apa?
kerna nafsu? wang? pangkat? publisiti? ilmu? keluarga? support? fashion? lelaki? gosip?
wallahu'alam...



shabat2 yg dirahmati Allah semua...

biarlah kita menyayangi sahabat kita kerana Allah..
kerna kita mahu bertemu lagi dgn mereka di dunia yg kekal kelak..
kerna kita mahu sama2 gapai cintaNya...
kerna kita mahu sama2 sebaris dgn mereka di blkg Penghulu kita, Rasulullah SAW..
kerna kita mahu hidup dan bersahabat dgn mereka di syurga Allah juga kelak..


bukankah sesuatu yg indah bila kita bersama2 shbat kita di syurga Allah yg penuh kenikmatan satu masa nanti??
bukankah itu cita2 kita semua dalam bersahabat??

apakah yg kalian faham tentang bersahabat jika tidak meletakkan akhirat di hadapan?
apalah ertinya persahabatan tanpa wujudnya kesedaran akan AgungNya Cinta ALLAH...


jadikanlah persahabatn yg terjalin satu ikatan yg membawa syurga..satu ikatan yg akan bkekalan selama-lamanya..satu ikatan yg mnyelamatkan dari azabnya neraka...satu ikatan yg mbawa pada lindungan di bawah naungan ArasyNya suatu masa nanti...


moga Allah mngampuniku kekhilafan yg diri lakukan..
sedar...tanpa sedar...
sengaja...tanpa sengaja...

uhibbukum fillah...abadan-abada...

indahnya bersahabat lillahitaala...


~Tuhan Cinta Agungku~



...cahayakeharumanku...

Wednesday, July 20, 2011

PURDAH : DUNIA SEDANG BERMAIN

Salam...
Setelah beberapa minggu di rumah..macam2 yg jadi..terasa diri makin jauh dan hanyut..aku perlukan sokongan dan kekuatan..tiadalah aku mampu melakukan ketaatan dan tiada jua aku mampu mengelak penderhakaan kecuali hanya dengan pertolongan Allah Taala... apa yg mahu ditekankan dlm entri ni hanya anggapan yg salah tentang purdah dari mereka2 yg xpernah tahu untuk apa pakai purdah kerna mereka bukan pemakai purdah...mereka Cuma berhujah tentang sesuatu yg mereka tidak tahu..tentang sesuatu yg mereka xpernah buat dan xpernah alami...

Purdah selebriti...

Monday, July 18, 2011

pemergianmu : ku rindu T.T




ku rindu....
harapan tuk bertemu mu xkan pernah padam...
layakkah aku menjadi umatmu?
walau dirimu xpernah terlihat...
diri ini xpernah bhenti bharap n berdoa...
agar Allah mempertemukan kita di sana...

12 ciri persahabatan lillahitaala =)

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/07/musibah9.jpg?w=402&h=253


1- Jika engkau membuat bakti kepadanya, ia kan melindungimu.

2- Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, ia akan membalas baik persahabatan itu.

3- Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia kan membantu.

4- Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikkan kepadanya, ia akan menerima  dengan baik.

5- Jika ia mendapat sesuatu kebaikan ( bantuan)  daripada mu, ia akan menghargainya dan menyebut kebaikanmu.

6- Jika ia melihat sesuatu yang  tidak baik daripada mu, ia akan menutupnya.

7- Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8- Jika engkau berdiam diri ( kerana malu hendak meminta), ia  akan menanyakan kesusahan mu.

9-  Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahan mu ( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan tersebut).

10- Jika engkau berkata kepadanya, ia akan membenarkan mu.

11- Jika engkau merancang sesuatu, nescaya ia kan membantu mu.

12- Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.



Sedutan pesanan Al-Qomah kepada puteranya.




Rujukan :
Bimbingan Mukmin. m/s : 302-303.
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/07/14/12-ciri-persahabatan-kerana-allah-swt/



7 Ciri-ciri hati mukmin yang sihat

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/07/mohd-durrah.jpg?w=300

Pertama:
Jika ia tertinggal wiridnya dari Al-Quran atau zikrullah, atau suatu peribadatan lainnya, maka ia merasakan sakit yang tiada terperi melebihi sakit orang yang tamak dan kikir ketika kehilangan barang kesayangannya.

Kedua :
Ia sentiasa merindui untuk mengabdikan diri di jalan Allah seperti rindunya seseorang kepada orang yang amat disayangi.

Ketiga :
Tujuan hidupnya hanya satu, iaitu taat kepada Allah SWT

Keempat :
Bila ia sedang melakukan solat, maka hilanglah semua kegundahannya pada kenikmatan dunia yang sementara. Di dalam solat telah ia temukan kenikmatan dan kesejukan jiwa yang suci.

Kelima:

Sangat menghargai waktu dan tidak mensia-siakannya, melebihi rasa kekhuatiran orang bakhil menjaga hartanya.

Keenam:

Tidak pernah terputus dan malas dalam mengingati Allah.

Ketujuh:

Lebih mengutamakan pada pencapaian kualiti atas suatu amalan perbuatan daripada kuantitinya. Lebih cenderung kepada keikhlasan beribadat.



Empat jenis racun hati

Pertama: Berlebihan dalam berbicara
Kedua:Berlebihan dalam memandang
Ketiga: Berlebihan dalam makan
Keempat: Berlebihan dalam bergaul



Wallahu’alam.


Rujukan :
http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=1231


 

Sunday, July 17, 2011

7 drpd Nasihat Allah SWT kepada orang mukmin


http://farm4.static.flickr.com/3256/2873849627_f18f65c4f4.jpg
1-KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan
boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui ~ Surah Al-Baqarah ayat 216


2-KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan
kesanggupannya ~ Surah Al-Baqarah ayat 286


3-RASA FRUSTASI?

Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih
hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya),
jika kamu orang-orang yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139


4-BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah
kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan
bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. ~ Surah Al-Imran ayat 200

Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’, ~
Surah Al-Baqarah ayat 45

5-APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan
harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. ~ Surah At-Taubah ayat 111


6-KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada yang lain selain Dia. Hanya kepada-Nya
aku bertawakal ~ Surah At-Taubah ayat 129


7-AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!

..dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. ~ SurahYusuf ayat 87






sumber ; http://peribadirasulullah.wordpress.com/2011/07/12/7-nasihat-allah-swt-kepada-orang-mukmin/




Friday, July 15, 2011

15 Golongan yang tidak dapat melihat wajah Allah SWT

http://peribadirasulullah.files.wordpress.com/2011/07/tiadatuhanselainallah.jpg?w=384&h=307


1- الذين يشترون بعهد الله وأيمانهم ثمناً قليلاً ( صاحب اليمين الكاذبة )

1. Mereka yang sanggup menjual hukum Allah SWT dan Iman dengan perkara dunia yang sedikit nilainya, berbanding dengan ganjaran di Akhirat yang lebih bermanfaat.


(إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَناً قَلِيلاً أُوْلَـئِكَ لاَ خَلاَقَ لَهُمْ فِي الآخِرَةِ وَلاَ يُكَلِّمُهُمُ اللّهُ وَلاَ يَنظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ) [ آل عمران : 77]


2- الحاكم الذي يحتجب عن رعيته ولا ينظر في حاجتهم وفقرهم
2- Pemerintah yang tidak mengambil berat tentang kesusahan orang bawahannya.

عن أبي مريم الأزدي رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (من ولي من أمور المسلمين شيئاً ،فاحتجب دون خلّتهم ،وحاجتهم ،وفقرهم، وفاقتهم، احتجب الله عنه يوم القيامة، دون خلّته ، وحاجته ، وفاقته، وفقره ) صحيح رواه أبو داود وصححه الألباني



3-شيخ زان (والعياذ بالله)
3- Orang tua yang melakukan zina.

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال ( ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا ينظر إليهم ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم: شيخ زانٍ ، وملك كذّاب ، وعائل مستكبر ) أخرجه مسلم


4-ملك كذَاب4- Pemerintah yang menipu.


5-عائل مستكبر5- Mereka yang meninggi diri dan takabbur.


6-مانع فضل الماء6- Penghalang pengaliran alir atau menyekat saliran air.

في حديث ابي هريرة (……. ورجل منع فضل ماء ، فيقول الله : اليوم أمنعك فضلي ، كما منعت فضل مالم تعمل يداك )



7-صاحب بيعة من أجل الدنيا فإن لم يعطه منها لم يف له
7- Mereka yang bersumpah kerana perkara keduniaan.

في روايه للبخاري: ( ورجل بايع إماماً لايبايعه إلا للدنيا، فإن أعطاه منها وفى له ، وإن لم يعطه لم يف له) اخرجه البخاري ومسلم


8-العاقَ لوالديه
8- Mereka yang menderhakai kedua ibu bapa.

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المشتبهة بالرجال والديوث) صحيح أخرجه أحمد والنسائي


9- المترجلة
9- Mereka yang menyerupai kaum berlainan jenis.

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ثلاثة لاينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة :العاق لوالديه ، والمرأة المترجلة المشتبهة بالرجال والديوث )) صحيح أخرجه أحمد والنسائي



10-الديوث
10- Mereka yang dayus dengan isteri.

الديوث من أخبث خلق الله قد ماتت الغيرة في قلبه ، يقول ابن القيم: ( وهذا يدل على أن أصل الدين الغيرة ، ومن لاغيرة له لا دين له ، فالغيره تحمي القلب فتحمي له الجوارح ، فتدفع السوء والفواحش ، وعدم الغيرة تميت القلب فتموت الجوارح ،فلا يبقى عندها دفع البته


11- من عمل عمل قوم لوط11- Mereka yang melakukan amalam kaum Lut ( Liwat ).

عن ابن عباس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (لاينظر الله – تعالى- إلى رجل أتى رجلاً ، أو امرأة في الدّبر ) صحيح اخرجه الترمذي



12-المنًان رجلاً كان أم امرأةLelaki atau wanita yang miskin lagi sombong.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاثة : ( لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولايزكيهم ، ولهم عذاب أليم ) فقالها رسول الله صلى الله عليه وسلم ثلاث مرار ، فقلت : خابوا وخسروا من هم يارسول الله قال: المنان والمنفق سلعته بالحلف والمسبل ازاره ) اخرجه مسلم



13- المسبل إزاره المختال في مشيته
13-Mereka yang melabuhkan pakaian.

عن عبدالله بن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : ( لاينظر الله تعالى إلى من جرَ ثوبه خيلاء ) أخرجه البخاري



14- البائع المنفق سلعته بالكذب
14- Penjual yang menipu.

عن ابي ذر رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( ثلاثة لايكلمهم الله يوم القيامة ، ولا يزكيهم ، ولهم عذاب أليم : المسبل إزاره ، والمنان ، والمنفق سلعته بالحلف الكاذب ) أخرجه مسلم في كتاب الإيمان



15-امرأة لاتشكر لزوجها
15- Isteri yang tidak bersyukur kepada suami.

عن عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ( لاينظر الله إلى امرأة لاتشكر لزوجها وهي لاتستغني عنه ) صحيح أخرجه النسائي وصححه الالباني





Rujukan :
http://www.konoz.com/vb/t13636.html





p/s : dalam golongan mana pon kita berada...walau sebesar mana pon dosa kita,..walau seberat sebanyak n  seteruk mana pon dosa kita...sentiasalah ingat...rahmat dan pengampunan dari Allah Taala adalah lebih besar dan Agung daripada apa yg kita lakukan....selagi kita punya masa,,,.jalan untuk kembali padaNya..bertaubat pdNya sentiasa terbuka luas utk kita...selagi kita punya waktu yg tersisa, belajarlah untuk menghargai kasih sayang dan cinta Allah Taala pada hamba-hambaNya yg ingin kembali padaNya dan bertemu dgnNya...cinta pada Allah..cinta TerAgung..Tuhan Cinta Agungku....=)



Racun yang paling berbisa adalah berbangga dengan ibadat sendiri

http://www.balagh.com/deen/images/2710010.jpg

Abu Bakar Al-Wasiti pernah berkata :

1- Di Jalan Allah SWT tidak ada dunia, di jalan dunia ada Allah SWT. ( amalan dunia yang diniatkan Ikhlas kerana Allah SWT ).

2- Makin tinggi pengalaman kerohanian, makin tidak berfaedah akal fikiran.

3- Ibadat yang paling berfaedah itu adalah ibadat yang menggunakan masa sepenuhnya untuk di Jalan Allah SWT.

4- Orang yang beramal ibadat dengan tujuan mendapat nikmat Syurga adalah orang yang beribadat dengan tujuan memuaskan hawa nafsu bukan beribadat untuk Allah SWT.

5- Tidak ada orang yang dapat melawan Allah SWT.

Tuesday, July 12, 2011

sangat jelas kan kebenaran ni?

sangat memberi erti pada cahayakeharumanku...

baca ni...hati terus jadi tenang...
semua mende rasa ringan...
tiada tempat bergantung lain selain pada Dia...
hanya Dia...
ya..
hanya Dia yg MEndengar n Memahami diri ni....
tidak dapat tidak untuk aku menerima kebenaran yg sgt jelas ni...



SURAH ASY-SYURA (AYAT 36-43)

bismillahirrahmanirrahimm...


[36]  Oleh itu, apa jua yang diberikan kepada kamu, maka ia hanyalah nikmat kesenangan hidup di dunia ini sahaja, dan (sebaliknya) apa yang ada dari sisi ALLAH (dari pahala hari akhirat) adalah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan yang berserah bulat-bulat kepada Tuhannya.


[37]  dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang2 yang menjauhi dosa2 besar serta perbuatan2 yang keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yg tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya.


[38]  dan jua (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang2 yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami beri kepadanya;


[39]  dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang2 yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan zalim, mereka hanya bertindak membela diri sepadan dan tidak melampaui batas.


[40]  dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang2 yang berlaku zalim.


[41]  dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka.


[42]  sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang2 yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela dengan tiada sebarang alasan yang benar. mereka itulah orang2 yang beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.


[43]  dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah perkara2 yang dikehendaki di ambil berat (melakukannya).




sesungguhnya Kalam Allah adalah benar!

sangat jelas kan kebenarannya???

Allahu Akbar !!



Monday, July 11, 2011

BERSIH : video2 yg disorok dari Tv Mlysia

http://www.youtube.com/watch?v=UmauVB5BpYA&feature=watch_response

http://www.youtube.com/watch?v=iAW3BLn7E2c&feature=player_embedded

http://www.youtube.com/watch?v=_dQ8J4PKb30&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=BkhKdg-7eHU&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=3omS360TO-k&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=SnWonRltXb0&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=MmgdyXOQ5Bo&feature=relmfu

 http://www.youtube.com/watch?v=XpwOHg5QzQc&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=ivuhjDbG-fk

http://www.youtube.com/watch?v=h01Lj2JsVTY&feature=related




p/s : ni tuk sng aku nk tgk betapa zalim n kejamnya pemerintah n pnguasa d malaysia!!

Allahu Akbar!!

berdiam..menyendiri..berkawan...???

salam...

huu..da lama rasanya x online n berblog..otak pon da rasa beku xbaca blog shbat2 tuk update mende2 latest..yela..kalau tgk tv, berita semua tipu jer..nk cari kbenaran mmg susah...since balik dari uia..hmm...aktiviti mmg jelas lain...di uia, VIM selalu je der aktiviti...selalu ngn akhwat2..huwaa..rindunya mereka mereka....bila kt rumah pulak, masa tuk mende2 tu kurang..tjejas,,tapi diganti ngn mende2 lain jgak..yg xkurg best n hepi..main masak2, upgrade skill jadi babysitter my fruitchilds, try resepi2 baru, try n error bila masak...share2 crite or problems ngn adikbradik..tlg makayah sedaya mungkin..g ziarah rumah kakak...rumah sedare mare...haaaa jadual harian mmg sgt pdt..anak2 sedara pon ramai..smua kecik2..kecoh abes klw semua bkumpul...wlu masa tuk xtvt yg slalu dibuat di uia seakan berkurang, tapi Allah sediakan byk mende lain lagi tuk di ambil peduli..asalkan semuanya dilakukan kernaNya..hmm....xdinafikan hati mmg resah n gelisah...takut..tapi...entahla....hnya Dia yg Mengetahui...moga Dia MEngampuniku andai aku terlalai..astargfirullah...


bila da dpt mnulis ni..byk la nk di share...tertarik ngn status seorng shbat dlm ym....mybe mereflekkan diri ni..huu...jom baca sama2..sbgai ingatn tuk diambil pandangan...=)


...........................................................................................................................

"...menyendiri lebih baik daripada berkawan dengan yang buruk,
dan kawan bergaul yang soleh/solehah lebih baik daripada mnyendiri...
berbincang2 yang baik lebih baik daripada berdiam,
dan berdiam adalah lebih baik daripada berbicara yang buruk..."

...........................................................................................................................



p/s: ni ingatan tuk diri sendiri...hati n lidah agak terjejas ekoran isu hngat yg diperkatakan skrg...Moga Allah memBERSIHkan kembali hati n lidah ini...amin...sesungguhnya hanya pada Allah tempat bergantung n tempat kembali...hnya Allah sebaik2 Pemerintah!! Allahu Akbar!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...