Saturday, April 28, 2012

salam wahai hati ku...

salam wahai hatiku..
sudah lama tidak ku jenguk dirimu...
apa khabar imanmu wahai hati?
wahai hati...bersihkan dikau saat ini?
wahai jiwa..sucikah engkau detik ini?
di mana tangis dan airmata takut pada Pencipta mu?
di mana airmata rindu pada Tuhan mu?
di mana airmata cinta pada Cinta Agung mu?
lupakah dikau pada matlamat hidupmu?
lupakah dikau pada amanah yg di pegangmu?
di manakah letaknya wasiat Agung?
sudah layakkah kau di gelar hamba?
wahai diri.. di mana hatimu?
sudah merasa mudah dengan segalanya...
yakinkah dgn jalan yg kau pilih?
yakinkah ia bukan ujian untukmu?
ingatlah wahai hati dgn janji Nya...
ingatlah wahai diri dengan azab neraka Nya...

kau takkan tahu apa matlamat hidupmu
kau takkan tahu ke mana arah tuju pengabdianmu
selagi kau belum merasai bahawa Allah itu benar2 berada dekat denganmu...
sgt dekat...
carilah Dia dlm dirimu...

Tuhan Cinta Agungku~
always....always...and ALWAYS...




Thursday, April 26, 2012

wujudkah majlis impian itu?

majlis yg di impi bukan seperti yg bakal terjadi
ia memang di luar kuasaku
namun ku tahu ia tetap bukan seperti yg ku mahu...
kerna perjalanannya sudah dpt ku hidu..
aku tidak mahu majlis itu di cemari noda2 kemaksiatan
aku tidak mahu majlis itu dipenuhi pembaziran
aku tidak mahu majlis itu di calit perkara2 lagha keduniaan semata-mata
aku tidak mahu majlis itu menjadi suatu keseronokan jauh dari redhaMu
aku tidak mahu majlis itu mengundang murkaMu jauh dari baroqahMu
aku tidak mahu majlis itu menjadi tempat pergaulan tanpa batas
aku tidak mahu majlis itu menjadi pesta perbandingan dan pertikaian
aku tidak mahu aku menjadi pelakon di pentas sementara tabarruj berlebih-lebihan
apa yg aku mahu hanya kesederhanaan mengikut syarat dan lakuanMu...
aku hnya mahu majlis itu penuh keberkatan dan dlm redhaMu...
apa mungkin kebahagiaan menanti di sana andai permulaan sudah tersungkur?
Allahu Rabbi...
ia memang benar2 di luar daya upayaku..
dalam keterpaksaan aku hanya mampu akur...ampunkan aku...
namun dgn pertolonganMu Ya Allah...
sedaya mungkin akan ku elak penderhakaan padaMu...
dengan Izin Mu dan restu kedua ibubapaku...

wujudkah majlis impian itu?
hanya Allah saja Yang Maha Mengetahui...

Tuhan Cinta Agungku~

Friday, April 20, 2012

PURDAH : niqabis yang kalah

walaupun sy baru je stahun lebih pakai purdah,
tapi sy xpernah ikut ckp org lain..
sebab sy pakai bukan sbb org lain..
sy pakai bukan sbb org yg suruh...
sy pakai sbb sy yakin sy memang kena pakai...
sy xperlu nk cerita semua apa yg sy lalui semata2 nk buktikan yg sy wajib pakai...
cukuplah dgn keyakinan sy pada ketetapan dan takdir Allah Taala..
Dia yg memandu arah sy kepada apa yg sy jadi ari ni...
sy xkesah apa orang nk kata..
sy dah lama idup di fitnah..
sebelum sy berniqab lagi teruk sy kena fitnah...
kalau sy ikut cakap org, sy xjadi macam sy arini...
sy ada prinsip sy sendiri...
dan sy akan pegang n perjuangkan walau apa cara sekalipun...
orang lain xde hak pon untuk melarang sy dari berniqab...
bukan kamu yg alami apa yg aku alami selama ni..
jadi mana mungkin kau faham apa yg di lalui oleh niqabis...
kamu sendiri pon xpakai purdah kan?
jadi...jgn halang org yang nk buat menda sunat...
seperti juga kamu menghalang orang dari buat kebaikan...

dan untuk niqabis..yg mungkin da lama pakai niqab/purdah ni..
sedikit nasihat dari sy yg baru menjadi ahli...
jangan jadi niqabis yg kalah!!
bila kamu akan kalah??
bila kamu kahwin...dan kamu buka niqabmu...
dan masa tu mukamu diconteng2 dgn warna2...
wajahmu menjadi tatapan org ramai..
beratus2 gambar yg kau upload dlm laman sosial..
tidak salah untuk bercantik2 berposing2..tapi biarlah untuk suamimu saja..
bukannya untuk tatapan semua fren dlm laman sosial...
pakaian longgar yg kamu sarung selama ni ke mana??
tudung labuh ke mana?? jilbab kemana??
kenapa menampakkan wajah yg bertahun2 kau simpan untuk suamimu??
dalam sehari saja segala yg kau pegang hilang ntah ke mana...
aku menasihati kerna aku juga yg terkena tempiasnya...
walaupun aku sendiri belum pon kawin lagi..
ingatlah pada pakaian yg kamu sarung itu!!
pakaian sunnah isteri nabi tidak di cemari tabarruj...
tolong jangan kalah dgn mainan dunia!!
mungkin kalian xtahu dan xkan tahu bagaimana permainan itu...
kerna kamu sendiri yg menjadi pemainnya...

dan mungkin aku juga salah seorang pemainnya...

terima kasih pada semua niqabis yg memahami diriku...
dan aku tau aku bukan seorang dlm menyuarakan luahan/nasihat ni...
akhwat2 yg lain juga terasa tempiasnya...

delete lah gambarmu yang menampakkan wajah andai kamu asalnya pakai purdah...
aku menasihati untuk kehormatan kamu dan suami kamu sendiri..
walaupun suami kamu izinkan..apa itu menjamin Allah redha dgn perbuatan itu??
jika kalian sudah mendapat jaminan..terserahlah...
sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yg kalian lakukan...

afwan...
Tuhan Cinta Agungku~









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...