Monday, April 08, 2013

HIDAYAH : peminat TRW dari sepanyol memeluk ISLAM di KELANTAN


sungguh hidayah Allah itu sgt indah...untuk hamba2 yg dikehendaki NYa.. Allahu Akbar.. moga jadi pengajaran buat kita..juga peringatan supaya selalu bersyukur dgn hidayah n petunjuk dari Allah....


p/s: teringat diri ini dulu pun insaf mase tgh praktikal satu sem di kelantan...huuuu i love ISLAM!!

DR MAZLEE MALIK VS AMENO-BEE END

KUALA LUMPUR 7 Apr: Kerajaan Sementara Barisan Nasional patut bersikap ‘gentlement’ dengan memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk bentang manifesto mereka, termasuk mengadakan debat terbuka, kata tokoh akademik, Dr Maszlee Malik.Pensyarah Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) itu mengulas pelancaran  manifesto BN semalam yang disiar secara langsung di saluran RTM.Selain TV1, ia disiar selama sejam di stesen televisyen utama seperti TV3, NTV7, Astro Awani dan TV Al-Hijrah.
Bagaimanapun, bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim sebelum ini hanya menawarkan 10 minit kepada Pakatan untuk kemukakan manifesto mereka di RTM.“BN kalau nak bertanding, tandinglah secara ‘gentleman’.
Kena ada level playing field’ (padang sama rata). Akses media, ruang untuk bertemu rakyat dan peluang untuk menerangkan manifesto.“Lagi pun media yang digunakan ialah media milik rakyat, yang ditampung oleh wang pembayar cukai. Tidak boleh ada keistimewaan, media kena neutral,” kata Maszlee ketika dihubungi.
Katanya, sekiranya media bersikap terbuka kepada dua-dua belah pihak, rakyat boleh membuat penilaian berdasarkan manifesto ditawarkan.“Macam pendakwa raya dengan peguam bela. Kena bawa bukti. Kalau dengar sebelah pihak sahaja, macam mana hakim nak buat keputusan adil?,“Nak bercakap sejam, cakaplah.
Tapi beri ruang pada orang lain untuk bentang manifesto.. dan lagi baik kalau ada debat,” kata Maszlee.Mengulas mengenai debat, katanya, ia bukan semata-mata budaya Eropah, tetapi diamalkan oleh negara demokrasi di seluruh dunia.
"Debat politik kini diamalkan di Mesir, sebelum pilihan raya. Di Indonesia diadakan debat calon Gabenor Jakarta. Malah, Kenya baru-baru ini pun adakan debat Presiden mereka yang pertama.“Bila tidak ada ruang dan padang sama rata, terbukti pihak BN tidak ‘gentleman’,” tegas Maszlee. ~keadilandaily
 
 

56 tahun ISLAM di HINA AMENO-BEE END..

Berikut pandangan Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato’ Dr Haron Din mengenai penghinaan Umno-BN terhadap Islam. Ikuti butiran lanjut bersama wartawan kanan AZIZ MUDA.


WARTAWAN: Sudah 56 tahun Umno-BN memerintah, banyak tindakan dilihat menghina, mengecam dan mempersendakan Islam. Macam mana Dato’ lihat perkara ini?
DATO’ DR HARON DIN: Umno yang dipunyai oleh orang Melayu-Islam, apabila diberi kuasa oleh Allah, mereka wajib terajui negara dengan ajaran Islam. Tetapi ini tidak berlaku dan tak nampak akan berlaku. Setelah lebih 50 tahun memerintah, Umno nampaknya tak mahu dan tak berhasrat untuk daulatkan Islam. Ini berbeza dengan PAS yang mahu memimpin ummah kepada Islam dan ingin mendaulatkan Islam di negara ini.

PAS yang perintah Kelantan, Terengganu dah buat undang-undang untuk laksanakan syariah Islam, tetapi ditentang oleh Umno. Surat rasmi pemimpin Umno kepada PAS di Kelantan dan Terengganu cukup keras, cukup jelas menunjukkan Umno menentang Islam. Selama ini, siapa yang menjuarai gerakan menentang perjuangan Islam yang dipimpin PAS? Jawapannya ialah Umno. Yang merumitkan perlaksanaan undang-undang Islam itu adalah Umno.

Hasrat PAS untuk laksanakan undang-undang Islam (hukum hudud) di Kelantan ditentang keras MCA, tetapi Umno tidak pula menegur sebaliknya menyokong... MCA itu hanya macam burung kakak tua. Dia tahu sebut tentang hukum hudud tetapi MCA itu sendiri tak tahu apa pun tentang perkara itu. MCA sebenarnya hanya ulangi apa yang disebut oleh tuannya (Umno).

Sebelum (Presiden MCA, Dato’ Seri Dr) Chua Soi Lek sebut perkara itu, rakyat Malaysia sudah hafal apa yang disebut oleh Dr Mahathir (Mohamad). Soi Lek pula sebut, yang ditentang MCA adalah hudud PAS, bukan hudud Islam.

Soi Lek tak faham pun tentang hudud PAS. Umno tak ajar kepada mereka tentang hukum hudud. Apabila Umno kata hudud PAS, Soi Lek pun kata hudud PAS.

Sebenarnya, bukan hudud PAS, tetapi memang itulah hudud Islam. Kalau itu bukan hudud Islam, tolonglah tunjuk mana satu hudud Islam sebenar?

Alasan yang diberikan Mahathir kononnya hudud itu hudud PAS semata-mata kerana Kelantan sebut enam kesalahan hudud, Terengganu pula sebut tujuh kesalahan hudud. Kerana perbezaan itu Mahathir kata itu ‘hudud PAS’. Disebabkan bilangan itu berlainan, terus saja ditolak semuanya.

Logiknya, kalau Kelantan tak betul kerana hanya sebut enam, kenapa tak sokong yang tujuh yang disebut oleh Terengganu. Sebenarnya, itu hanyalah helah Umno untuk tolak hukum Allah.

Bukti Umno-BN hina Islam termasuklah berhubung dengan dasar-dasarnya mengenai judi...

Selain tolak hudud, Umno-BN juga agen dalam menyuburkan maksiat besar di negara ini. Semasa hari merdeka dulu, hanya ada satu sahaja judi iaitu Loteri Kebajikan Masyarakat. Setelah sekian lama Umno-BN memerintah hingga ke hari ini, perjudian semakin banyak.

Sekarang seluruh rakyat boleh bilang berapa banyak judi. Selepas merdeka, berapa banyak kilang arak? Dalam masa sama, pusat-pusat maksiat semakin bercambah. Kemaksiatan berlaku tanpa dapat dikawal. Segala maksiat, jenayah yang dilakukan itu, Umnolah yang menjadi agennya.

Walaupun tidak melaksanakan Islam, Umno-BN cuba pengaruhi rakyat dengan pelaksanaan ‘maqasid syariah’?

Umno-BN sering mendakwa mereka telah laksanakan hukum syariat, laksanakan tuntutan syarak, tetapi secara jujur kita boleh lihat satu demi satu tindakan tidak betul yang dilakukan. Jelas menunjukkan mereka tidak mengikuti hukum syarak, malah mensyirikkan Allah. Mereka menghina Islam kerana tidak melaksanakan hukum Allah.

Walaupun mereka dakwa cukup menitikberatkan ‘maqasid syariah’, tetapi cuba balik kepada semua apa yang Nabi tunjukkan, apakah mereka lakukan? Nabi mengajar kita, apabila menjadi pemerintah, mestilah bertakwa dan mengajak serta membimbing rakyat kepada ketakwaan dengan sungguh-sungguh.

Tetapi apakah di bawah Umno-BN, itu semua berlaku? Sedangkan Islam yang dikehendaki adalah Islam yang syumul, menyeluruh, bukan memilih hukum tertentu sahaja. http://www.wartautara.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...