Showing posts with label bidadari. Show all posts
Showing posts with label bidadari. Show all posts

Monday, December 31, 2012

mereka bermatian pertahankan hijab, kita?


Ya ALLAH...
selamatkanlah mereka semua di sana..
saudara2 ku.. muslimah sejati pencinta agamaMu..
mereka bersusah payah menjaga hijab mereka kerana taat padaMu...
sedang aku di sini yg tidak pernah di halang, dipukul
pernah dulu lupa akan kewajipan berhijab mengikut syariatMu...

Allahu Rabbi...
aku malu dan berasa sangat kerdil berbanding mereka di sana
aku sangat malu padaMu, Ya Allah..
mereka di ancam kerna hijab yg menyelubungi seluruh tubuh
namun mereka tegar dalam ketaatanNya padaMu

Allahu Rabbi...
kuatkan aku untuk menjadi sekuat mereka...
kuatkan aku untuk menjadi setabah mereka...
kuatkan aku utk menjadi sehebat mereka...
berjuang mempertahankan hijab diri kerana agamaMu yg Haq...

ampunkan dosa2 yg lalu..
ameen..

aku masih seorang manusia biasa
ciptaan Allah sepenuhnya
T_T


Wednesday, December 05, 2012

Sifat-sifat pakaian wanita islam..


Secara ringkasnya,berikut ini ialah sifat sifat pakaian wanita dalam islam,sebagaimana yang dapat diambil kesimpulan dan isyarat isyaratnya daripada Quran,Hadith,dan ajaran para ulama dan hukama islam :

1) pakaian itu mestilah menutup Aurat.

2) pakaian itu tidak terlalu tipis sehingga tampak terbayang bayang tubuh badan dari luar.
3) pakaian itu tidak ketat atau sempit,tetapi longgar atau selesa dipakai.Ia menutup bahagian bahagian bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
4) warna pakaian itu suram atau gelap,seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang,sehingga tidak bernafsu lelaki melihatnya.
5) pakaian itu tidak sesekali disemerbakkan dengan bau bauan harum,demikian juga tubuh badan perempuan itu,kerana bau bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi..Perempuan yang memakai bau bauan ketika keluar rumah,sehingga lelaki mencium baunya,disifatkan oleh Rasulullah SAW sebagai zaniyah,ya ini pelacur atau penzina..
6) pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
7) pakaian itu tidak menyerupai pakaian perempuan kafir dan musyrik.
8) pakaian itu bukanlah untuk pakaian bermegah megah,menunjuk nunjuk dan berhias.
 
 

Tuesday, November 27, 2012

Kisah Ali كرم الله وجهه menanti Fatimah رضي الله عنها


Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah s.a.w. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakr As-Siddiq, melamar Fatimah.

“Allah mengujiku rupanya”, begitu batin Ali. Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakr. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya. Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berdakwah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam kerana sentuhan Abu Bakr; Utsman, Abdurrahman ibn Auf, Thalhah, Zubair, Sa’ad ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti Ali. Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakr; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan Ali? Dari segi kewangan, Abu Bakr sang saudagar, insyaAllah lebih bisa membahagiakan Fatimah. Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

“Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam Ali.
“Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”
Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakr ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir Quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al-Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebatilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, “Aku datang bersama Abu Bakr dan Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan Umar”. Betapa tinggi kedudukannya disisi Rasul, disisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan Nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakr As-Siddiq r.a, Umar Ibnu Khattab r.a dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakr As-Siddiq r.a: “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Siddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a melihat datangnya Abu Bakar As-Siddiq r.a dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”
Setelah duduk beristirehat sejenak, Abu Bakar As-Siddiq r.a segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yang beriman kepada Allah dan RasulNya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakr r.a mata Saidina Ali r.a berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakr, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakr r.a terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Ali r.a, Abu Bakar r.a berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan RasulNya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a berhasil mendorong keberanian Ali r.a untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Sayyidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salamah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan RasulNya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w itu belum memuaskan Ummu Salamah r.ha. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salamah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a kepada Nabi Muhammad s.a.w itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Talib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Talib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah s.a.w mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Talib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Talib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa. Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salamah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Talib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

Jawab Ali bin Abi Talib dengan terus terang. “Demi Allah, anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yang tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi, sebilah pedang dan seekor unta.”

Rasul Allah s.a.w menanggapi jawapan Ali bin Abi Talib: “Tentang pedangmu itu engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza Wajalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salamah r.ha.

Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dengan disaksikan oleh para sahabat, Rasul Allah s.a.w mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”
“Ya Rasul Allah, itu ku terima dgn baik” jawab Ali bin Abi Talib r.a dalam pernikahan itu.

 sekadar gambar hiasan

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahawa suatu hari, Fatimah berkata kepada Ali: “Maafkan aku, kerana sebelum menikah denganmu, aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda”. Ali terkejut dan berkata: “Jikalau begitu, mengapa engkau mahu menikah denganku? Dan siapakah pemuda itu?”
Sambil tersenyum Fatimah berkata: “Ya, kerana pemuda itu adalah dirimu”

Wallahua’lam bissawab..


p/s: nangis kot baca.. seriyes sweeettt sgt mereka berdua ni.. huuu <3 part paling sweet adalah bila Allah pada awalnya lagi dah menjodohkan mereka berdua.. Allahu Rabbi.. sebagai peringatan utk semua yg gian bercinta tu, yakinla dgn jodoh yg Allah dan tetapkan utk kita..jangan tertipu dgn perasaan sendiri n tak payah nak sibuk2 pasal jodoh ke ape sbb mmg Allah dah tetapkan untukmu..


 

Saturday, November 24, 2012

pahit manis berNIQAB


salam semua.. juz nk share pengalaman pahit dan manis setelah berniqab.. hanya kepada Allah tempatku kembali ;)
 
Pengalaman Manis setelah berniqab?

- Semakin di sayangi n menjadi jadik kemanjaan ngan family terutama ngan mak ayah saya yg tercinta tersayang dan terindu..yeay! (^^,) <3

- di jadikan tempat pertanyaan bab2 aurat n niqab..haa sy bukanla org yg expert tapi bila disoal pasal aurat n niqab pada sy boleh la sy terangkan sket2 bab hukum2 berniqab or isu2 pasal aurat ni..org2 di luar sana tu xramai yg tahu pasal ni sbb dunia kita dah di ajar di asuh di didik sjak kecil dgn sistem pendidikan acuan yahudi yg byk meremehkan ajaran dlm Al-qur’an n sunnah..purdah di anggap pakaian org2 arab saja padahal mereka lupa bahwa perintah berhijab tu turun dlm Al-Qur’an yg mana kitab suci itu adalah untuk semua org... sy jadi hepi sbb tu la peluang tuk saya promote pakaian sunnah isteri2 nabi ni..walaupun sy bukanlah org yg terbaik tapi sy takkan diamkan apa yg betul lagi2 kalau org cari sy n tanya pasal tu..alhamdulillah juga kerna Allah membuka pintu2 hati mereka tuk menerima apa yg disampaikan..bahkan turut sama berubah ke arah kebaikan n strong enough to wear niqab too..yeay! <3 moga Allah istiqomahkan hati2 kita semua menutup aurat n berniqab...ameen...n moga kita sedar kebaikan yg di perolehi adalah utk kehidupan kita di akhirat kelak..insyaAllah.

- di jadikan contoh- huu yg ni sy xberapa gemar sket..sbb sy tak rasa pun sy yg terbaik tapi di sebabkan apa yg di sarungkan ni adalah perintah drpd Allah,sy jadi suka la bila org mencontohi pakaian yg sy sarungkan..lagipun sy byk ikut yg dlm hadis pasal pakaian isteri2 rasulullah and sahabiat semua gelap2 n plg byk di statekan kaler itam.. jadi skrg, jubah2 sy semuanya kaler itam,,satu je kaler kelabu gelap,tu pun family yg belikan utk raya setelah byk kaler yg sy reject taknak pakai..huu paling epi lagi bila anak sedare sy yg pertama,nuribalqis,5thn, tiap kali tgk sy tgh bersiap2 nk kluar or gi mana2, mesti dia akan ckp.. “ciksu..comeynye ciksu pakai gini..nati kakak besar, kakak pun nak paka mace ciksu jugok la..nok paka *terbuh gitu..hehe..” (*mksud dia purdah sbenarnya tapi dia tak reti sebut n selalu sebut terbus smpai skrg..hhaha) terharu sgt dgr..moga Allah permudahkan dia bila dia besar nanti...ameen.. dan sepupu saya pun ada sorang da berniat utk pakaikan niqab pada anak perempuan dia.. insyaAllah moga Allah permudahkan semuanya... ;)

- disayangi budak2 pra SK.Belimbing masa mngajar diorg seminggu.. masa sy tanya budak2 yg umur 5 6 thn tu “sape yg nk ikut cikgu mimi pakai mcm ni??” semua budak perempuan agkat tangan kot.. siap ada yg balik gtaw makayah diorg lagi nk pakai niqab gak macam cikgu mimi..haha hepi masa tu Allah je yg tahu.. at least kita berusaha untuk memanjangkan sunnah pakaian isteri2 Rasulullah saw.. sy hepi sbb budak2 tu tak takut pun tgk sy berniqab.. bila sy bukak niqab, diorg suker sgt..haa smpai diorg da fhm da..sy akan bukak niqab time xde org laki kt situ..
“cikgu mimi..nk tgk muka cikgu mimi..bukak la purdah tu..mana ada orang laki da kat sini..” haa sooo sweettt~~ Pastu bila dtg je cikgu laki, dOrg pun cpat2 gtaw sy..suh sy g nyorok n pakai niqab..huwaa...rindunyerr mereka...huk2 T_T <3 nangis kot mase ari last kt skolah tu.. malu~ ;P

- di senangi org ramai.. sy pun tak tahu kenapa tapi tu la hakikatnya.. ramai org pikir and anggap yang dgn berniqab/pakai purdah ni orang akan makin jauh dan lari dari kita..lebih2 kalau pakai smua itam mcm yg sy pakai skrg.. tapi sy pelik sbb itu tak berlaku pun pada saya.. malah yg sebaliknya berlaku.. diri sy makin di dekati oleh ramai orang yg bukannya dari golongan2 yg bertudung labuh or berniqab saja malah smua golongan n lapisan umur.. dari budak kecik sampai org tua, dari kulit gelap sampai yg kulit cerah, dari makcik2 cleaner sampai profesor2, dari yg freehair sampai yg pakai jilbab/burqa, malah ada juga kawan2 baru sy dari negara2 luar,, best kawan ngn foreigner ni.. melatih kita utk speaking in english well n snang bila kita nak terangkan pada foreigner non-muslim ttg ISLAM.. tapi sy speaking bterabur gak wlpun bunyi slang british.. haa

p/s: sebenarnya byk sgt manisnya bila sy memilih untuk memakai niqab.. tak tergambar perasaan kesyukuran pada Allah Ta'ala di atas segala apa yg Dia berikan. Dia memudahkan segalanya walau tak di pinta..Dia memberi tanpa meminta balasan.. segalanya bergantung kepada diri kita sendiri..jika kita pada awalnya sudah meletakkan sesuatu tu di tempat yg positif, maka akan positif lah semuanya. Allah mengikut persangkaan hamba2 Nya.. ;)


Pengalaman Pahit sejak Berniqab?
 
Hmm..byk jugak...ade da tertulis mcm kt atas tu lam ujian2 or halangan2..dlm post bertajuk kisah seorang ninja girl’ , “lelaki caramu salah” dan “purdah: dunia sedang bermain pun ade...tp ada lagi yg lebih pahit cumaaaa biarlah ia menjadi rahsia antara sy dan Allah saja..biasala tu ujian memang pahit n jalan pun berliku sbb syurga tu manis..betul tak? Kita takkan senang2 je nak masuk syurga Allah kalau hidup kita ni xde ujian langsung daripada Allah.. Rasulullah saw n shbat, keluarga baginda n nabi2 terdahulu lagi banyak ujian n pengorbanannya... anggapla tiap apa yg buruk yg berlaku atas kita adalah kerana dosa2 n kesilapan2 kita sendiri..Allah kan Maha Penyayang.. Dia takkan zalimi hamba2Nya bahkan kita lah yg menzalimi diri kita sendiri..bykkan istigfar n sama2 muhasabah ye teman.. Astargfirullahal’azimm.... T_T

ok itu saja yg mampu di luah dlm tulisan.. dan sesungguhnya Allah Lebih Mengetahui.. ;)

nak jadi mcm ni..amin. insya Allah. terbaik!! Allahu Akbar!

p/s: banyak mana pun kepahitan yg ku telan takkan menggoyahkan perinsip dan pendirianku kerna hidayah petunjuk dan kasih sayang Allah padaku takkan pernah dpt ku balas wlu dgn menggadaikan nyawa sekalipun..Allahu Rabbi.. Kau Cinta Agungku..




Wednesday, November 21, 2012

kenapa tutup aurat?


tutup aurat supaya Allah sayang ♥
tutup aurat supaya Rasul sayang ♥
tutup aurat supaya selamat ♥
tutup aurat supaya mak ayah tak susah nanti ♥
tutup aurat supaya suami tak susah nanti ♥
tutup aurat supaya anak/adik lelaki/abang xsusah nanti ♥
tutup aurat supaya dapat elak fitnah pd lelaki ajnabi ♥
tutup aurat kerana itu lah perintah daripada ALLAH TA'ALA ♥

~tiada alasan untuk tidak menutup aurat~

nak jadi BIDADARI di SYURGA ALLAH bukan
mudah 
 tapi kita boleh berusaha ke arah tu dgn men'SOLEHAH'kan diri kita.. 
kita hanya HAMBA.. kita perlukan ALLAH.
tapi jika kita langgar perintah ALLAH, maka ALLAH MAHA KAYA.. 
DIA tak rugi sikit pun klw kita x ikut perintah DIA.
sebab ramai lagi HAMBA2 DIA yang lain mahu ikut perintahNYA..
dan DIA akan dtgkan kaum yang CINTA padaNYA
dan DIA juga menCINTAI mereka
dan PERTEMUAN dengan ALLAH lah yg UTAMA..
 
~Tuhan Cinta Agungku~
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...