Showing posts with label fikirkan. Show all posts
Showing posts with label fikirkan. Show all posts

Monday, May 20, 2013

ORANG GILA?? kisah ni mmg basah T_T

 
Ku Sangka Orang Gila

 ......26 May 2011.....
 
 
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..

(Copy pasted - Warta Dari Hati)
 
 
p/s; siyes nangis terus baca ni...teringat pakcik aku pnah jumpa dulu.. T_T



Tuesday, April 09, 2013

satu2nya kertas yg xsempat kita lihat

Sijil Kelahiran - Kertas
Sijil Penghargaan - Kertas
Sijil Kelulusan - Kertas
Sijil Perkahwinan - Kertas
Ijazah dan sanad - Kertas
Buku akaun - Kertas
Saman - Kertas
Tesis - Kertas
Passpot - Kertas
Sijil perubatan - Kertas
Jemputan ke program - Kertas
Duit - Kertas
UNDI - Atas kertas

Kehidupan ini adalah seperti kertas, dilipat, simpan, koyak dan kemudian dibuang. Dunia semuanya seperti kertas. Berapa ramai yang bersedih kerana kertasnya, bangga, malu dan gembira kerana KERTASNYA.

Hanya satu kertas yang DIMILIKI seseorang tetapi TIDAK DAPAT DILIHATNYA sendiri, SIJIL MATInya. Kerana itu seriuslah BERAMAL sebelum sijil MATI itu dikeluarkan. Juga pastikan semua kandungan kertas-kertas yang tersebut di atas membawa erti dan makna bahagia hakiki melepasi dunia ini.


di share dari fb USTAD ZAHARUDDIN ABD.RAHMAN
moga bermanfaat...



 

Tuesday, March 05, 2013

senangnya cara mereka T_T


sangat senang kan untuk menutup mulut org?
bila ade saja yg menyuarakan kebenaran dan minta keadilan di tegakkan,
cara yg paling mudah dan cepat adalah dengan mendiamkan mereka semua..
lepas tu tutup la kes dan tamat sebuah cerita pengkhianatan dan janji yg tak dikotakan....
sedang mereka lupa yg disana sedang merusuh memprotes tindakan yg di sini atas org2 mereka...
jika kamu di pihak yg benar, kenapa menutup terus pejabat di sana???
sudah abis hujah barangkali.. THEY JUST WANT US TO LISTEN NOT TO SPEAK!
kena kumpul modal byk2 dulu untuk membayar mengupah mencipta temberang baru..
cara senang,. tuding saja jari ke pihak lawan...guna media sepenuhnya mengelabui mata rakyat..

dan yeaayyy....kamu memang di pihak benarr!!! tahniah! T_T

dunia mmg penuh tipudaya dan fitnah berleluasa...
kan?

moga Allah hancurkan kerajaan yg zalim.. dan itu pasti akan  berlaku suatu masa nnti..
ISLAM WILL DOMINATE THE WORLD !!! NO MORE CORRUPTION !! JUSTICE 4 ALL !!


TEPUK DADA TANYA IMAN

 

Monday, January 28, 2013

SITI HAJAR - mujahidah tegar.

DETIK-DETIK TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
(Mujahidah yang telah ke alam sana)

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, ibu kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.

______________________________________________________

6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.

7 Jan 2013 (Isnin)

Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar. Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak mencukupi’

8 Jan 2013 (Selasa)

Gerakan mengumpul derma utk pembedahan Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari. Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.

9 Jan 2013 (Rabu)

Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang, susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua sahabat di dalam dan di luar negara.

10 Jan 2013 (Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’. Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita ceria, aura kita berpindah kepadanya.

Ramai yang bersimpati dengannya lalu mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.

11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi, dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya.UTeM sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR dan Majlis Perwakilan Pelajar .

Lawatan Naib Canselor, memberikan suntikan semangat luarbiasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.

12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2 masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang. Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.

13 Jan 2013 (Ahad)

Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA. Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar lantas menyembuhkannya sekalipun.

Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha, dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.

Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’

14Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil, Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2. Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr situasi bahaya. Stabil.

Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah, pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa. Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun. SUBHANALLAH.

Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan "kenapa senyum?”
Dia jawab…"Ada bau wangi sangat”.
"Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu. Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai. Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga. Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.

15 Jan 2013 (Selasa)

Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya. Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget - masih tak boleh kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)

Tekak Hajar masih terasa sakit – perit. Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan” Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?

Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya. Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit. Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas. Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang prihatin dan sudi menolong.

Bila Doktor pelatih datang untuk mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.

16 Jan 2013 (Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2. Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.

Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.” Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan. Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu ternampak akak muntah dan dia datang bantu.

Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah, saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar. Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak mohonlah rezeki dari Allah.

Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak, bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak zikirlah ye”. Angguk.

Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata” Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah, besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak ceritakanlah bagi pihak akak”

Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian. Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka. Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.

Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya. Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.

17 Jan 2013 (Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi. Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah menentukan yang terbaik untuknya.

Selepas waktu melawat tengahari, demam memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.

Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk.. Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.

Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang. Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan. Dia nak pandang keluar tingkap. Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi. Katanya :
"Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk. Dalam termengah2 dia berkata
"mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
"Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali. Doktor dan nurse mula berkejar datang nak menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng oksigen,dan menaikkan tekanan darah.

Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula. Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.

Hajar segera dibius dan getah saluran pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.

18 Jan 2013 (Jumaat)

Kami dimaklumkan ada air yang banyak diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor. Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……) saya nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu, kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu terasa semacam gimik.

19 Jan 2013 (sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani. Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan dan petunjuk.

Belumpun sempat selesai pembedahan kecil itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan, buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu, organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan kerana risikonya besar.

Tak lama lepas tu, pakar usus pula mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.

Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya, saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah, kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan” Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang tinggi akan meracun dirinya sendiri.

Selepas itu, doktor terus mengawasi Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2 yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali terakhir

20 Jan2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami berbahagia dengan kehadirannya.Terima kasih kerana menganugerahkan akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia kepadaMU YA ALLAH.Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.

Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung keluarganya dengan lancar.Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir, memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang (tetapi tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur menyayanginya





 


p/s: perginya dia bertemu kekasih abadi... Allahu rabbi... Allahu akbar... segala puji bgi Allah yg berkehendak atas sesuatu perkara dan tiadalah yg berlaku melainkan dengan izin daripada Allah ta'ala.. membaca kisah ni sgt2 beri kesan yg mdalam pada diri ini.. terlalu banyak pengajaran yg boleh di ambil dan dijadikan teladan.. airmata mengiringi pemergianmu...  pergantungan pada Allah atas tiap apa yang berlaku,, itu yg aku plg suka.. Alhamdulillah.. moga pergiku juga nanti dalam khusnul khatimah.. mahu pulang ke pangkuan Rabbul Izzati dgn kasihsygNya.. arap dapat jumpa adik ni di sana nanti.. aminn.. amin... amin... tolong doakan ana.. jazakumullahu khayran katsira..



Wednesday, December 05, 2012

mari bersilaturrahim! ^_^ Allahu Rabbi..

MAKSUD SILATURRAHIM?

"Menghubungkan Silaturrahim" atau tali persaudaraan dan kekeluargaan. Silah memberi maksud hubungan, Ar-Rahim maknanya pertalian manusia dari segi keturunan dan disebut juga kerabat atau keluarga.

IMAM Ibnul Atsir berkata: "Silaturrahim adalah suatu ungkapan berkaitan dengan menjalinkan perbuatan baik terhadap kaum kerabat yang memiliki hubungan senasab atau perkahwinan, berlemah lembut kepada mereka, menyayangi mereka, memerhatikan keadaan mereka, walaupun mereka jauh dan berbuat jahat. Manakala memutuskan silaturahim adalah suatu perbuatan yang berlawanan dengannya"

Kaum kerabat terdiri daripada kedua ibu dan bapa, adik beradik, pakcik, makcik, sepupu, nenek, datuk dan anak yang memiliki hubungan kekeluargaan yang dekat. Adapun hubungan yang dinisbahkan kepada selain ahli keluarga, maka ia disebut sebagai ukhuwah Islamiah (persaudaraan sesama Islam).

Allah swt ada berfirman dengan maksud: "Dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dulu (di masa jahiliah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang yang bersaudara" (Surah Ali-Imran, ayat 103)

ISLAM ANJUR HUBUNGKAN SILATURRAHIM

Mengeratkan silaturrahim sesama saudara hukumnya wajib sebagaimana perintah Allah swt dalam ayat di bawah ini:

“Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu” (Surah an-Nisaa’, ayat 1)

Kewajipan mengeratkan silaturrahim itu juga disandarkan dengan rasa keimanan kepada Allah swt sebagaimana disebutkan dalam hadis Rasullullah saw. Baginda bersabda yang bermaksud:

“Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim)” (Hadits riwayat Bukhari)

Allah swt mewajibkan kepada kita semua untuk menghubungkan silaturrahim dan mengharam memutuskannya dan menyuruh kita supaya sentiasa berbuat baik dan tolong-menolong dalam perkara-perkara kebaikan kepada semua manusia terutama kepada mereka yang ada hubungan kekeluargaan.

Firman Allah swt dalam surah An-Nisa', ayat 1 yang bermaksud:

"Wahai umat manusia, hendaklah kamu sekalian bertaqwa kepada Allah, yang telah menjadikan kamu sekalian (berasal) dari satu bapa (Adam) yang kemudian dijadikannya pula pasangannya , dari kedua jenis kelamin iaitu maka berkembang biaklah manusia di muka bumi ini lelaki dan perempuan. Maka hendaklah kamu takut kepada Allah yang kamu minta-meminta dengan namaNya, demikian juga hendaklah kamu jaga tali persaudaraan (silaturrahim). Allah selalu waspada tehadap kamu sekalian"

Dalam surah yang sama (An-Nisa’), ayat 36, Allah swt berfirman lagi, yang bermaksud:

"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan jangan kamu sekutukan dia dengan sesuatu pun jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu-bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh dan rakan sejawat dan orang musafir yang terlantar dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri"

Rasulullah saw ada membuat penjelasan berhubung dengan hubungan silaturrahim ini. ANTARA hadis yang berkaitan:

“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari)

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silaturrahim” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, dengan bersandarkan peringatan Allah swt dan Rasul saw ini, MARI KITA jalin, MARI KITA pelihara dan MARI KITA suburkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli-ahli keluarga kita.

HIKMAT PENSYARIATAN SILATURRAHIM

Hubungan silaturrahim adalah hubungan untuk menyebar kasih sayang dan kecintaan bukan kebencian antara sesama orang yang beriman. Mereka yang mengutamakan hubungan silaturrahim memiliki banyak kelebihan yang dianugerahkan oleh Allah swt. ANTARANYA:

1.Hikmah bersilaturrahim ialah dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur sebagaimana disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Nabi saw bersabda dengan maksud:

“Barangsiapa yang suka dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan usianya maka hendaklah dia menyambungkan kekeluargaan (silaturrahim)”

2. Selain melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, jalinan silaturrahim juga akan membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu di kalangan ahli keluarga. Hubungan baik ini juga membolehkan berlaku perkongsian ilmu serta kebaikan, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah atau buruk sangka dan yang akhirnya diberi jaminan syurga oleh Allah swt.

Daripada Abu Ayyub al-Anshari, katanya: "Seorang lelaki datang bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Rasulullah, beritahu kepadaku suatu amal yang dapat memasukkan aku ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. Maka Nabi SAW bersabda: Engkau beribadah kepada Allah dan tidak mensyirikkanNya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, mengeluarkan zakat dan menjalinkan silaturrahim" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Firman Allah swt yang bermaksud: "Dan bertaqwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu" (Surah an-Nisaa', ayat 1)

Rumusannya, usaha menjalinkan silaturrahim memberikan banyak manfaat. Ia sebagai suatu usaha (tanggungjawab) melaksanakan perintah Allah swt dan RasulNya, membina suasana kasih sayang yang harmoni dan saling bantu membantu, diberi keluasan rezeki oleh Allah, meraih kekuatan dengan kesatuan kekeluargaan yang terbina, menjauhi keburukan seperti fitnah dan buruk sangka, dan yang akhirnya diberi jaminan Syurga (dijauhkan dari Neraka) oleh Allah swt.

MENJALIN SILATURRAHIM – BAGAIMANA CARA?


Menjalinkan hubungan silaturrahim di kalangan ahli keluarga dapat dilaksanakan dengan pelbagai cara. ANTARANYA sentiasa berhubung dengan mereka sama ada dengan menziarahi mereka atau dengan memanfaatkan peranan alat bantu teknologi masa kini (seperti internet, e-mail, sms, atau telefon), bertanyakan khabar , memberikan hadiah, sentiasa hormat-menghormati terutamanya kepada mereka yang lebih tua, segera membantu mereka yang memerlukan dan yang berada dalam kesusahan, saling sayang menyayangi, ingat mengingatkan, memuliakan mereka, mendampingi mereka jika mereka menghadapi kesedihan, meraikan kegembiraan mereka, sentiasa memenuhi undangan dari mereka, mendoakan kebaikan buat mereka, mendamaikan yang berselisih, dan juga mengajak mereka kepada jalan kebaikan yang diredhai oleh Allah swt.

Perhubungan yang baik terhadap ahli keluarga ini perlu dilakukan secara berterusan bertepatan dengan petunjuk Allah swt dan sunnah RasulNya. Kepada mereka yang memiliki ahli keluarga yang kafir, fasiq, atau seumpamanya, maka jalinan kekeluargaan bersama dengan mereka boleh dilakukan melalui nasihat-nasihat tertentu yang baik-baik, memberi tunjuk ajar, peringatan, membantu mereka dalam kesusahan, dan berusaha mengajak mereka ke jalan yang benar dengan hikmah.

Kita boleh gunakan kesempatan hari-hari perayaan (umpamanya Hari Raya Aidil Fitri) untuk menjalinkan hubungan silaturrahim yang lebih erat di kalangan sesama ahli keluarga. Yang terputus, kita jalinkan kembali; yang renggang, kita dekat-dekatkan; dan yang rapat, kita mesra-mesrakan. Hulurkan tangan memohon maaf tanpa mengira siapa yang benar dan siapa yang salah. Itulah sifat seorang Muslim yang mulia.

SILATURRAHIM YANG TERPUTUS - JALIN SEMULA !

Islam amat menuntut umatnya untuk menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia, kerana akibat memutuskan silaturrahim itu amat besar kesan keburukannya, bukan hanya setakat di dunia sahaja bahkan juga di akhirat kelak. Lazimnya, gejala memutuskan silaturrahim di kalangan ahli keluarga berpunca daripada pertengkaran atau perselisihan yang disebabkan oleh harta benda, harta pusaka, hutang piutang, hasutan, fitnah, sifat sombong dan mementing diri sendiri. Hatta perkelahian antara sesama anak pun juga boleh menyebabkan terputusnya ikatan silaturrahim, di mana kedua-dua pihak saling salah-menyalahkan, didorong lagi jika kedua-duanya tidak mempunyai kesabaran dan sikap terbuka serta mengalah untuk memohon maaf atau saling bermaafan. Permusuhan dan pergeseran seperti ini boleh berlaku secara berpanjangan jika tidak ada kesedaran dalam diri kedua-dua pihak atau tidak ada orang lain yang mahu meleraikan atau mendamaikan pihak yang bermusuhan ini.

Perlu diingat bahawa tanggungjawab untuk membina semula silaturrahim yang terputus, bukan sahaja terletak kepada dua pihak yang bermusuhan, tetapi sanak saudara atau kawan-kawan yang mengetahui tentang perkara ini juga boleh memainkan peranan yang penting selaku orang tengah dalam mendamaikan dan menyambung semula silaturrahim yang terputus.

Oleh itu binalah ikatan silaturrahim sesama insan dalam apa jua kesempatan, mungkin dalam suasana hari raya, merupakan kesempatan yang baik untuk menjalinkan semula hubungan yang baik,
tetapi menunggu hari raya mungkin mengambil masa yang lama. Oleh itu, berfikir dan bertindaklah secara bijaksana dalam mencari waktu yang sesuai pada bila-bila masa sebagai satu wadah untuk memperkukuhkan lagi tali silaturrahim.

Rasulullah saw ada bersabda yang bermaksud:

"Orang yang menjalinkan hubungan kekeluargaan bukanlah mereka yang membalas sesuatu kebaikan, tetapi adalah mereka yang menyambungkan (menjalinkan semula) suatu perhubungan yang telah terputus" (Hadis riwayat Bukhari)

Kita perlu berusaha menghubungkan silaturrahim dengan mereka. Kita ketepikan kebencian dan padamkan api dendam. Kita berlaku baik dan tunjukkan kasih sayang kepada mereka. Kita juga perlu bersabar terhadap perbuatan yang menyakitkan dan berbuat baik dan bergaul bersama mereka dengan akhlak yang mulia semoga kita semua beroleh kemenangan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat

Firman Allah swt di dalam surah Fussilat ayat 34, yang bermaksud:

"Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik apabila engkau berlaku yang demikian maka orang yang merasa permusuhan terhadapmu dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib."

KESIMPULAN
Mewujudkan silaturrahim itu terutamanya di kalangan sesama ahli keluarga adalah satu tuntutan dan menjadi kewajipan kepada umat Islam melaksanakannya selari dengan amalan-amalan lain. Kalau silaturrahim itu belum wujud, hendaklah kita wujudkan; kalau ada apa-apa masalah atau kesulitan, hendaklah kita selesaikan; kalau sudah terputus, hendaklah kita pulihkan dan jika sudah baik keadaannya hendaklah kita suburkan. 
 kredit to : adikku syg, ukhti Khairunnisa Zamri
~ hidup ini indah bila semuanya meyakinkan ~
Allah Cinta Agungku 
^_^
 
 

Friday, July 20, 2012

semuanya akan dipertanggungjawabkan olehNya

Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya"|Qs. Al-Isra':36|


Ya Allah..ampunkan dosa2 kami akibat perbuatan buruk kami..
ampunkan kesalahan kami kerna apa yg kami dengar...
ampunkan kesalahan kami kerna apa yang kami lihat...
ampunkan kesalahan kami kerna apa yang tersirat di hati...
jauhi kami dari dosa-dosa besar yg mengundang murka Mu...
seungguh janji2 Mu adalah Haq...azab nerakaMu adalah Haq...
selamatkan kami semua daripada azab api nerakaMu...aminn Ya Rabbal 'Alamin...


aku hamba hina yg byk dosa....salam...

Friday, July 13, 2012

peninggalan blogger


mungkin kita hnya mengenali seseorg atau blogger melalui penulisannya saja..
setelah kembalinya dia pada penciptaNya, tulisan2nya d blog akan kekal sperti itu..
begitu..sampai di situ saja..takkan berubah apa yg pernah di tulis mana2 blogger..
apa yg baik akan kekal memberi manfaat..
apa yg buruk pula..akan kekal memberi mudarat...

mungkin bagi yg mengenali blogger yg sudah tamat tempoh khidmatnya akan tahu tentang pelepasan jawatannya..namun..pada yg tidak mngenali n mngetahui..akan tetapla menanti2 post2 or entri2 terbaru d blog2 kegemaran masing2.. tanpa mereka tau si penulis sudah selamat kembali ke rahmatullah...

apa yg berlaku saban hari memang benar2 memberi pengajaran pada aku...
sekarang..aku da takut untuk menulis...bimbang tersilap dalam menyampaikan..entahla..
kerna bukan semua apa yg di tulis dapat memberi manfaat pada semua org..bahkan kdg2 akan timbul fitnah pula drpd apa yg kita tulis..kdg2, apa yg di tulis turut di salah erti..hanya kemaafan di pinta daripada smua followers atas segala kekhilafan aku sbgai seorg penulis yg tak bertauliah...terlalu byk kekurangan n kesalahan sepjg penglibatan aku dlm dunia blog ni..maafkan aku..

segala apa yg terluah dan pernah di baca yg lebih kepada hal peribadi, harap jgn di simpan...aku da delete post2 yg xmembantu umat pun yg ade dlm blog ni..sebelum aku kembali kpd Pencipta ku suatu masa nanti yg aku sendiri pun xtau bila..n aku harap perginya aku nanti dlm redha semua org..amin...afwan

moga segala medium dakwah digunakan betul2 untuk tujuan dakwah..
moga segala medium utk menyampaikan risalah n berhubung benar2 memberi manfaat d akhirat kelak...
moga segala kemudahan2 n teknologi yg ada di guna pakai seswai dgn syariat Islam..
moga segala-gala yg di lakukan hanya lah kerna Allah dan jauh dari fitnah dunia..aminn..

cukuplah Allah bagiku..cukuplah Allah sebgai Penolong ku...




Wednesday, July 11, 2012

hidup sebagai puppet..seronokkah?


Apakah anda seronok hidup sebagai seorang ‘puppet’ membiarkan diri ‘dikhadimkan’, mengikut nafsu haywani? Sampai bila mahu hidup sebagai boneka? Bila lagi mahu bebaskan diri untuk hidup di nafsu ‘natiqah’, barulah layak bergelar khalifah.

“Penjaramu ialah nafsumu. Apabila kamu keluar daripadanya, nescaya kamu dalam kerihatan selamanya”. Nafsu adalah musuh utama manusia. Nafsu puncanya rasuah, penipuan, dengki, khianat, fitnah menfitnah, kerosakan akhlak, perebuatan kuasa, sombong, bongkak, angkuh, bunuh membunuh dan perosak rumahtangga. Nafsu boleh menghancurkan satu negara. Kerana nafsu bangsa tergadai. Kerana nafsu Islam dipersenda. Kerana nafsu orang jadi munafik. Hanya “Nafsu Mutmainnah” saja yang Allah janjikan syurgaNya. Wallahu’alam.

Abu Al-Qasim Al-Nasr Abazi


wahai puppet semua...
berhentilah jadi puppet..kamu takut pada siapa?
kamu semua ikut siapa?
kamu semua bertuankan siapa?

aku taknak jadi puppet..
cukuplah Allah bagiku..hidup n matiku...
wassalam

Tuesday, July 10, 2012

TINTA HIJAU-perginya dia bertemu PenciptaNya

Al-Fatihah pda Allahyarham Nik Hazman Nik Hashim
facebOoker TINTA HIJAU

aku nangis,,aku xtaw knpa..tapi masa first tau pasal ni td, mmg sedih..
TINTA HIJAU..moga Allah merahmatimu smpai syurga hendaknya..
pergi ketika mengerjakan umrah..semalam...di tanah suci Mekah..subhanallah,.
moga aku juga pergi di sana..amin..

beliau sudah kembali bertemu Rabb Yg Ahad...kita? hanya menghitung hari... T_T





Saturday, April 14, 2012

ape hal pandang macam tu??

salam...
kesibukan hari2 membuatku lupa pada pesanan khidmat masyarakat..heehe
entri ini adalah satu perkongsian dgn antunna semua (amnya yg bertudung labuh n xlabuh skali)..
moga kita dapat memanfaatkan bersama apa yg tersurat n tersirat...afwan...

and the story begin....

kisah ini bermula apabila ada seorang pemudi yg menyuarakan ketidakpuasan hatinya terhadap golongan akhowat2 yg bertudung labuh (dikatakan ala2 alim) yg memandang slack pada mereka yg tidak memakai tudung labuh..means,, tudung bawal, shawl, slendang, tudung indon, ariano n sebagainya..hal ini menimbulkan kemarahan si pemudi tadi yg katanya 'menggelegak' dgn org yg ala2 alim yg suke pandang slack ni.. mereka juga menutup aurat,,apa masalahnye? 

dunia ini memang banyak dugaannya...

sedikit nasihat dari aku yg baru setahun stgh bertudung labuh n berniqab...n bertahun2 xpakai tudung labuh (dulu punye citer la)...

dulu...
- situasi aku sebagai wanita yg xpakai tudung labuh n tutup aurat ala kadar jer....

mula2 sekali aku nak tnya diri aku la.. aku pakai macam ni Allah marah x?? means, pakai bju kurung, pakai inner, tudung bawal (ni yg plg baik da bagi aku dulu)..stokin xpakai, handsock xpakai..tudung bawal or selendang tu jarang.. Allah suka x? dulu...masa aku pakai xtutup aurat dgn sempurna, aku pon menggelegak gak bila org yg pakai tudung labuh ni pandang lain mcm je tgk aku mcm aku ni jht sgt.. tapi bila fikir2 balik kenapa mereka pndang aku mcm tu sbb kejahilan aku sendiri pakai pakaian mcm tu, aku jadi malu sendiri la kan.. kalau manusia pon xboleh nk tgk kita dgn selesa, ini pula Allah yg menurunkan perintah menutup aurat dan melabuhkan pakaian menutup seluruh tubuh.... Allah tgk ke kita dgn pakaian kita yg xmenutup aurat?? mendedahkan aurat untuk tontonan mata2 jahat lelaki?? Allah suka ke kalau kita sendiri yg meletakkan diri kita di tempat fitnah? menggoyahkan iman lelaki?? cuba nilai diri kita sendiri dulu sebelum kita tuduh orang lain pandang slack pada kita.. kenapa mereka pndang macam tu? dah memang kita yg mulakan.. kalau pakaian kita sempurna, mereka pasti sejuk hati tgk kita kan kan kan.. heeehehe =P

tudung bawal... apa yg salahnya? cube try duk tgh panas..boleh nmpak dgn jelas rambut r leher..kalau hujan pula siap boleh nampak warna kulit  lagi..jadi, tudung ini menepati ciri2 tutup aurat cara Islam x??

tudung ala2 indon.. tudung ni yg macam tudung arianoo(bukan nama sebenar) tu.. yg xpayah iron..org yg malas iron tudung memang suka sgt la ngn tudung ni... tudung yg ramai artis2 duk pakai.. n ramai pula yg mengikut...haa yg ni apa pula salahnya ?? da tutup dada kan... betul ke da tutup? okey.. cuba try duk depan kipas.. ape yg jadik? haaa kan da malu..nmpak bentuk tubuh kan? kalaupun labuh, ia masih juga nipis n kainnya jenis yg melekat kt tubuh... jadi ape guna labuh kalau yg wajib di tutup itu masih jelas boleh di lihat bentuknya?? lupakah pada hadis tntg berpakaian sprti telanjang?? lagi satu, bentuk leher pon nampak, janganlah kita samakan pemakaian kita macam rahib2 kristian,,mereka pon pakai tudung, tapi begitulah,bentuk lehernya dapat dilihat dgn jelas..jadi, tudung ini menepati ciri2 tutup aurat cara Islam x??

selendang/shawl...yg ni memang yg paling ramai pakai.. terutamanya golongan yg baru nk kenal dunia.. i mean..remaja la.. dulu masa aku muda2 pon suke pakai selendang.. masa tu artis yg pakai selendang xfemes pon lagi..yer? apa salahnya ngn selendang? tutup aurat jugak kan pakai tudung jugak!! mmg jelas2 nampak da salahnya.. aku yg pakai dulu pon tahu aku berdosa pakai macam tu.. maksud aku, selendang yg nipis tu dan singkat.. tidak mengikut ciri2 hijab yg ditetapkan oleh syarak.. singkat, nipis,jarang, xtutup lepas dada n over... da masuk tabarruj pula..jadi, tudung ini menepati ciri2 tutup aurat cara Islam x??

kesimpulannya...
kalau xpakai tudung labuh... kita xperasan pon bentuk tubuh kita still boleh terbentuk bila kita berjalan, duduk n sbgainya.. kain baju kurung tu pula nipis n kdg2 kainnya licin pula.. kalau tudung yang kita pakai tu singkat, mmg jelas la nmpak aurat, lebih2 lagi kalau time2 nk hujan, angin kuat time tu.. haaa masa tu la rasa malu baru nk tutup2..baru nk tarik2 baju.. mana nk cari kain untuk tutup bntuk tubuh yg terbentuk?? kalau pakai tudung labuh kan senang.. kita menutup separuh da badan kita.. kalau hujan lebat pon xde efek ape2 sbb tudung tu da labuh n wlupun basah, dia xmelekat pon kt tubuh sebab akan jadi byk lapis cmpur ngn baju sekali..

kalau xnak dipandang slack, jgn pakai seluar slack...hihii sori2..
maksudnya, kalau nak dipandang baik oleh org lain, pakailah pakaian terbaik di sisi Allah... 
pakaian yg di sukai oleh Allah dan rasulNya.. =)
lagi baik n sempurna kalau ikut pakaian isteri2 Rasulullah saw...=)
macamana pakaian mereka?? rajin2 la menelaah buku n menimba ilmu...
dan jgn lupa amalkan...selamat semua!! 

jika Allah memandang baik pada kita, pasti seluruh makhluk n ciptaanNya akan memandang baik juga pada kita..=))

wassalam...
Tuhan Cinta Agungku~







Thursday, March 15, 2012

Jahiliah Moden

salam...semoga Allah merahmati kita semua...ini ada sedikit ilmu..sekadar perkongsian....selamat!

apakah jahiliah??

jahiliah bukanlah bererti bodoh...
masyarakat jahiliah bukannya terdiri dari org2 bodoh tapi mereka jahil iaitu tidak tahu..
jahiliah = sesat atau jahil
- 1500 tahun dahulu..sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW..
- mundur akhlak dan sosial
- tanpa panduan dan ilmu..

kita sering menuding pada masyarakat arab jahiliah bila mndengar pkataan jahiliah..
padahal kita semua tidak pernah tahu bahawa jahiliah sebelum kelahiran Nabi Muhammad itu adalah secara menyeluruh..means, apa yg kita dngar yg dilakukan org2 arab jahiliah itu di lakukan majoriti oleh seluruh penduduk di pelusuk bumi ALLAH ni... jadi xmustahil la bila kita lihat pada apa yang dilakukan oleh masyarakat dunia sekarang xkira di mana saja seakan2 mengulangi semula apa yg dilakukan oleh masyarakat jahiliah kuno dahulu kala... 

Wednesday, January 04, 2012

kapel tu haram..kawin jela tuk halalkan..abih citer


ya...
lebih bererti dan lebih manis rasanya...
selamat bercinta...
selepas kahwin...
jngan jadikan ia hambar kerna sudah melampaui batasan sejak awalnya...
mungkin sekarang masih tidak terasa kerana masih seronok...
tunggulah bila tiba saatnya...
rasa hambar dan bosan akan mengganggu mu...
mungkin kau mampu pertahankan lakonan itu..
namun Allah saja yg tahu perit hatimu..
oleh itu..
jagalah ia sebaiknya bermula sekarang..
jika mahu redha Allah sentiasa bersama kalian...
jika xmahu, maka Allah Maha Kaya
Dia xrugi sikit pon kalau kamu semua xmahukan Dia
kerna kelak kita yg akan trima akibatnya

kapel itu haram!
aku pernah terlibat dgn kerja haram ni..kapel2 ni...
xde apa yg aku dpt hnya dosa dan letih saja
buang masa sembang2 lepak2
abiskan wang keluar, tgk wyg
bazirkan airliur berckp
semua hal nk di ceritakan..dlm hati bosan gak kan?
xyah tipula...bosan sgt sbenarnya lebih2 lagi citer psl fmly or keje
lagi btambah bosan tpksa dgr psl kwn dia la..pasal bola la futsal la..
hahahaa xpyh nk buat2 concern n buat2 minat
pandai betol korang menten muka selambe n buat2 kiut
dlm hati mmg nk muntah je dgr kan? so funny~~

emmmm...
solat x masa kuar dating???
kalau solat, knapa masih boleh bdua2an n buat mnda haram?
berdua2an dlm kereta tu xberdosa ke kak? motor lagi la terang2an..
macam mana agaknya solat kita ya?
dgr x azan kita duk ngan gf/bf??
nk tipu lgi? xbaik taw...
kau tgk aku, aku tgk kau
kau puji aku, aku senyum malu2
then bila jeles, gaduh la..apa lagi..
semua kesalahan di ungkit...
buka balik diari 2 3 thn lepas
masa tu lah boleh dgr nama smua binatang dlm zoo di panggil
yg psngn yg bajet omputih plak
kluarlah pkataan2 mencarut mat saleh tu
mana perginya kata2 yg lembut2 pada awalnya?
hahahha 
ini sesuatu yg melucukan..
berapa byk dosa yg dikumpul?
ada kamu kiraa??
oh lupa kamu sudah ade dua penjaga n tukang catat kirikanan
jdi kita xpyh penat2 kira...kan?
betol ke begitu.?

si lelaki mcintai utk memuaskan nafsu n suke2
bangga weyy dapat awek cun dan seksi
selalu di puji n menjadi rebutan pulak tu..yela,.fashion icon
bila dia da dapat
mula la mau di bawa ke hulu ke hilir...
xkurang juga si perempuan yg mahu mempergunakan lelaki tu
'sy xde duit la nk kuar..awk belanja k'
'sy xtopup sgt'..dia tahu lelaki tu pasti akan topup kan
'takutla naik taxi' then llaki tu yg kna hantar ke mana2
'cantiknya beg tu'..ok dia akan belikan..
cuba kira berapa byk wang yg dihabiskan?
macamana kalau wang tu bapak dia punye?
si perempuan pula ntah kemana rasa malu nya...
wahh same2 hebat kumpul dosa nmpaknya...
what the??

hari2 di habiskan macam  tu je..
tnpa ada rasa malu pada org lain..perfect ke psngan kita tu??
 sampai nk tyg satu dunia...haiyaaa...malu la...
bahagia kan tgk org kapel?
gambar pnuh dlm tenet berkepit2
i lebiu...u labiai...
xtaw mana dosa mana pahala
masing2 nk tonjolkan psgn masing2
bila xde gf/bf rasa malu pada kawan2
da tu..kenapa cari kawan yg xtahu agama?
semakin lama kamu bersama dlm benda salah
semakin jahil dan semakin gelaplah hati
'tapi...mereka nmpak bahagia la..'
siapa tahu mereka btol2 bahagia?
sriyes....bosan kot kapel ni sbenarnya..
seronok kejap je..then kamu terus lupa..
akan sentiasa nk lebih n lebih..xpernah cukup..
akan ade je rasa xpuas ati n nk bls dendam bila ada pluang
xyah tipula sape yg kata dia btol2 bahagia...
bila buat benda yg berdosa, Allah xkan buat kita rasa bahagia yg sebenar
bahagia yg ditonjol hnya bhgia ciptaan iblis dan nafsu
bahgia ciptaan diri sendiri
dan itu xkan sama dgn bahagia anugerah Allah Taala

naahhh...
dalam hati mereka ada sesuatu yg hilang...
hati xkan tenang dan sentiasa mahukan sesuatu..
perlukan sesuatu yg lama tidak ada..
mencari dan terus mencari..
tidak akan rasa puas selagi xjumpa..
apakah ia??

itulah CINTA ALLAH !!
selamat mencari cinta ini bersama pasangan yg halal untukmu...


kapel itu haram k..terimala hakikat itu wlupun pahit....
HARAM!!!
dan dalam syariat..menda ni xleh main2..
sebab ia berkaitan dgn hukum..
yang haram tetap jua haram..
kalau gatal sgt nk berpsangan..
kawin jelah...
haaaaa..........haaaaa......
balik umah bgtau makayh yg kita ni gatal sgt da nk kawin..
abis cerita..dah kawin buatlah sesukamu
Allah dah xmarah da time tu kalau nk dating pon...
kalau kamu nk stay jugak mcm tu..
mmg ank derhaka la kan?
dah snggup menambahkan dosa mak ayah kamu kt rumah yg xtahu apa2 psl kamu
lain la klw mkayah kamu sendiri yg bagi n galakkan kamu kapel
lagi sedih bila ibu/bapa yg dah meninggal
perghh...kejam sungguh si anak yg bermaksiat
nak2 jika roh ibubapa mereka diizinkan Allah tuk melihat ankcucunya di dunia
memang sadis la....
bapa yg dah tiada mgharapkan doa drpada anak2nya
tapi apa yg si bapa dapat hnyalah keluhan n kekecewaan...
anak yg xmengenang budi n zalim pada kedua ibubapa..
xkan sama bau minyak wangi n bau najis
kawin jela...okeh?

aku?
xlagi kot..masih belajar lagi
belajar menghargai cinta ALLAH
masih belajar menjadi seorang HAMBA
masih belajar menjadi org ISLAM
belajar tuk jadi MUKMIN
xde istilah lambat tuk kejar CINTA ALLAH
sebab Allah xpernah tinggalkan kita...
cuma kita saja yg meninggalkan Allah..

belajarla jadi HAMBA
bercinta selepas kahwin itu lebih bererti
takutlah pada amalan sendiri
sbelum ajal mjemput pergi...
mungkin kau xpernah merasa bgaimana panik ketika nyawa disekat di kerongkongan
bila kau rasa..mmmm
kau xkan pikir apa2 selain amalan2 kau selama hidup...
walaupun nyawa kau disekat sewaktu kau tidur
itu sudah cukup untukku
takut
speechless
.......

~Tuhan Cinta Agungku~


Monday, November 21, 2011

apa tu qiraat? sedihnya baru tahu...=,(

salam

sahabat2 semua...tahu x ape tu qiraat? sedihnya...malu..sabtu lpas baru tahu ape qiraat, qiraat mana yg kita guna di malaysia, ape kaitan qiraat dgn rasm uthmani, brapa jnis qiraat, ape beza qiraat kita ikut dgn qiraat2 lain, sape imam yg kita ikut, sape perawi qiraat yg kita guna, n lain2....

malu...
cuma tahu teori...
bacaan or lafaz/sebutan hurut2 dlm AlQuran x semestinya btol ikut mazhab/imam2 yg guna rasm uthmani.

syukur...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...